DUA KEMUSYKILAN TENTANG TOL

Pengguna di beberapa lebuhraya dalam bandar mulai robek poket apabila kenaikan tol tetap juga dilaksanakan oleh syarikat-syarikat konsesinya bermula hari ini.
Rayuan, bantahan dan kemarahan rakyat menolak kenaikan itu nampaknya tidak menyentuh langsung detik rasa kerajaan untuk bertindak sebaliknya. 
Sepertimana biasa, alasan yang biasa digunakan  tentang kenaikan itu ialah kerana mematuhi syarat yang sudah termaktub dengan syarikat konsesi. Kalau syarat itu tidak dipatuhi, kerajaan kena membayar pampasan kepada syarikat-syarikat terbabit.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Wahid Omar berkata, kerajaan terpaksa membayar pampasan RM510 juta kepada syarikat-syarikat konsesi bagi tempoh Januari – Oktober tahun ini berikutan penangguhan kenaikan tol yang sepatutnya dilaksanakan Januari lalu.
Jumlah itu, tambahnya, lebih tinggi berbanding hanya RM430 juga bagi tahun sebelumnya.
“Sebab itulah kita terpaksa membenarkan syarikat konsesi menaikkan kadar tol,” katanya sambil menambah ia dilakukan kerana terikat dengan perjanjian dengan syarikat konsesi sebelum ini.
Menteri Kerjaraya, Fazilah Yusof pula sebelum ini berkata, dengan kenaikan tol, kerajaan dapat menjimatkan perbelanjaannya yang bermakna lebih banyak kemudahan awam seperti sekolah, hospital dan sebagainya dapat dibina.
Kumpulan totok Najib pula menyalahkan Tun Mahathir Mohamad dalam semua kenaikan tol itu kerana dakwa mereka, banyak perjanjian itu dilakukan ketika era pemerintahannya.
Dalam ertikata lain, apabila tol naik, mereka cuba mengatakan kerajaan dan Perdana Menteri, Najib Razak tidak bersalah sama sekali kerana kenaikan itu.
Kerajaan kononnya terikat dengan perjanjian dengan syarikat konsesi yang sebahagian besar daripadanya dilakukan ketika era pentadbiran Tun Mahathir lagi. Lebih dari itu, rakyat cuba disogok agar menerima kenaikan itu dengan baik kerana kononnya lebih banyak sekolah, hospital dan kemudahan awam lain akan dibina oleh kerajaan.
Sekali imbas dan sekali fikir, memang nampak logik hujah menteri dan kumpulan totok Najib itu. Bermakna, kita tena redha sajalah dengan semua kenaikan tol. 
Tetapi dua tiga kali fikir, kita akan nampak kerajaan sebenarnya seperti cuba “membodohkan” kita sebagai rakyat dan pengguna.
Pertama, kerajaan adalah pihak yang paling berkuasa dalam negara ini. Tiada individu atau syarikat yang mampu menjadi lebih kuat daripada kerajaan. Lebih-lebih lagi berkaitan dengan tol, sama ada penjanjian itu dibuat oleh pentadbiran sebelumnya atau sekarang, tidak bolehkah kerajaan menunjukkan diri mereka sebagai pihak yang benar-benar ada kuasa?
Apakah susahnya untuk memanggil syarikat-syarikat konsesi itu untuk diajak berunding bagi mengelakkan kenaikan dengan menggunakan hujah pengguna jalanraya sudah meningkat sehingga di luar jangkaan sama sekali yang mungkin tiada dalam pertimbangan ketika perjanjian itu ditandatangani?
Lagi pula, bukankah banyak syarikat konsesi lebuhraya ini dimiliki oleh syarikat berkaitan kerajaan, kroni pemimpin dan terdapat juga adik menteri yang menjadi pemegang sahamnya?
Lebih dari itu, kebanyakan syarikat itu juga banyak bergantung kepada kontrak-kontrak kerajaan dalam perniagaan mereka seterusnya. Maka, tidak bolehkah kerajaan “main sedikit tarik tali” dan “menunjuk sedikit kuasa” dengan syarikat-syarikat itu demi kepentingan rakyat?
Menyalahkah kepimpinan terdahulu yang membuat perjanjian hanya menunjukkan kepimpinan yang ada hari ini tidak berkuasa dan tidak tahu menggunakan kuasa. Lalu, buat apa jadi kerajaan jika tak tahu menggunakan kuasa sedangkan perjanjian itu bukanlah suci seperti Al Quran yang tidak boleh diubah sama sekali?
Yang kedua, janji tidak menaikkan tol dalam bandar ini adalah janji Najib sendiri sebelum pilihanraya umum 2013 yang lalu. Jika sudah tahu ada perjanjian dengan syarikat konsesi, kenapa Najib  masih “gatal mulut” berjanji dengan rakyat mengenainya?
Apakah ia sekadar janji politik atau Najib sendiri tidak tahu mengenai perjanjian itu?  Munasabahkah sebagai Perdana Menteri, Najib tidak tahu tentang perjanjian itu? 
Sebagai orang Islam pula, tentu sekali mustahil Najib tidak tahu hukum memungkiri janji dan apakah label kepada yang berbuat demikian?
Sekali lagi, kesimpulannya mudah saja – hanya berkaitan tol saja pun kita sebagai rakyat sebenarnya sudah tiada alasan lagi untuk terus mengekalkan Najib mengetuai negara ini. (SH 15/10/2015)
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:35 pm
Subscribe
Notify of
guest

35 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
16 October 2015 7:21 am

Conform kerajaan dah pokai mokai sebab boros moros perbelanjaan negara.Duit negara mcm harta mak bapak mereka.Songlap sana songlap sini,tipu sana tipu sini,kencing sana meleleh sini.Negara yg kaya hasil bumi boleh benggerap diperentah lanun lanun bugis,jawa,acheh

Anonymous
Anonymous
16 October 2015 6:53 am

Semasa saya melancung ke Thailand, dari Pekan Danok ke Phuket, dari Phuket ke Krabi, Hatnyai dan patah balik tiada sebiji TOL pun saya temui.

Betul juga kata guide Siam, di Malaysia ada 1 Sami tetapi banyak TOL. Di Siam ada banyak Sami tetapi tarak TOL.

TAK CUKUP DGN GST, PENAIK HARGA MINYAK N LANI PENAIK TOL PULAK. RASANYA HANYA DI BAWAH PM NI JE BERLAKUNYA KEADAAN SEDEMIKIAN RUPA.

Anonymous
Anonymous
16 October 2015 2:20 am

Yang PASTI UMNO/BN akan hancur akibat najib dan adnan mansuh.
Woiii Adnan Manshow…..Dah lah rupa kau tu buruk perangai kau pun lagi buruk daripada besi buruk

Anonymous
Anonymous
15 October 2015 6:20 pm

Pengajaran kepada pihak kerajaan supaya jangan berjanji kepada rakyat dengan perkara yang tidak pasti…sebelum kerajaan berjanji tolonglah kaji secara mendalam terlebih dahulu…kepada yang bertanggungjawab kepada isu ini tolonglah sedar diri tu…sebelum kamu di hina dengan sehina-hina nya…sekadar luahan…

Anonymous
Anonymous
15 October 2015 12:48 pm

Suma perjanjian besaq-besaq kena diluluihkan oleh kabinet..sebelum pi ka kabinet, draf perjanjian tu kena diluluihkan oleh AG dulu. Kalo Tun M kata dia dan kabinetnya bengong..kigha AG lagi la bengong..tu suma mohong besaq oleh mamak madey..toksah hangpa nak pechaya la.. jadi kalo Tun M ngaku dia bengong..Najib toksah cerita laa..baghal..bahlul..tak ketahuan..suma dok ada..hak yang kompem bengong..hehehe..hangpa la..kih..kih..kih..aku pon sama gak cam hangpa..jangan maghah haa..

asri adnan
asri adnan
15 October 2015 12:37 pm

Apa mari kita ramai2 melaungkan ungkapan ini, "BN menang rakyat senang" tanpa umno melayu bangsat." Horee suka.

Anonymous
Anonymous
15 October 2015 10:59 am

Bodo kah Menteri Bn yang menandatangani perjanjian Konsesi tersebut..? atau komisyen tertentu yang perlu di bayar kepada menteri.

Dalah pelik kerana, pihak Konsesi membuat pinjaman Bank dan pihak konsesi telah pun mendapat keuntungan melebihi sasaran setelah bertahun tol tersebut dikutip. tapi masuk akal kah kerajaan pula kena bayar lagi…perjanjian apakah ini..?

kluangman
kluangman
15 October 2015 10:44 am

Baki 2.6B…kenapa tidak gunakan untuk rakyat???

Anonymous
Anonymous
15 October 2015 12:53 pm
Reply to  kluangman

kman…komen tak berbisa……baru bangun tido ke….kau ingat penat penat dia songlap, dah nak kongsi plak….baik ari ari idu karipuff bacin.

Anonymous
Anonymous
15 October 2015 10:16 am

Lebuhraya sekarang ni tiap tiap hari pun sesak tak macam mula mula dulu. Sekarang tambah 4 lorong pun tetap sesak jugak. Sebab sekarang kenderaan yang menggunakan lebuhraya cukup banyak. Ini menunjukkan punggutan tol semakin bertambah semakin bertambah semakin bertambah setiap hari. Kurang memang tak pernah. Dulu ada lebuhraya yang membuat punggutan RM1 juta dalam sehari. Sekarang ini tentu lagi lebih. Kalau nak kata rugi memanglah cukup mustahil. Rugi ini hanyalah kenyataan daripada kerajaan sahaja untuk bodoh bodohkan rakyat. Lebuhraya adalah satu perniagaan yang cukup lumayan keuntungan berlipat kali ganda. Kalau rugi mustahil Malaysia ada berpuluh puluh lebuhraya. Hanya lebuhraya Kidex… Read more »

Anonymous
Anonymous
15 October 2015 10:16 am

Dr Mahathir bersetuju demonstrasi bantah tol [09/01/2007]KUALA LUMPUR, 9 Jan (Hrkh) – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju demonstrasi membantah kenaikan tol asalkan diadakan secara aman.________________________________________"Dia ada peaceful demo tak apalah. Masa saya tak berapa peaceful (aman). Negara kita negara demokratik. Tidak mengapa diadakan demonstrasi kecil," Malaysiakini memetik beliau berkata ketika ditanya mengenai demonstrasi membantah kenaikan tol di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dekat Bandar Sunway Ahad lalu.Bekas Perdana Menteri tidak bersetuju kadar tol dinaikkan sehingga 60 peratus apabila berkata jumlah trafik bertambah berkali ganda sejak perjanjian konsesi tol ditandatangani.Tol boleh dinaikkan tetapi kadarnya tidak seharusnya sangat tinggi, katanya ketika… Read more »

Anonymous
Anonymous
15 October 2015 10:26 am
Reply to  Anonymous

Nak hairan apa dengan ahli plitik dan YB ni.

Bekas conductor bus dan tukang buka gate keretapi pun pernah jadi YB.

Akhirnya semua ni kayaraya belaka dah. Yang dah kaya pun nak kaya lagi

Anonymous
Anonymous
15 October 2015 10:29 am
Reply to  Anonymous

Jangan dok percaya sangat dengan harakah ni. Sembang saja lebih. Asyik menipu orang saja.

Anonymous
Anonymous
15 October 2015 10:11 am

Masalah tol ni kalau ikut formula mahathir dulu, sekian tahun sekian naiknya kuasa beli rakyat dan secara relatifnya tak terkesan sebab kuasa beli relatif dalam usd (parameter dunia) meningkat. Malangnya kita hanya dapat jumlah ringhit meningkat jadi banyak bukan kerana kuasa beli relatif kepada USD meningkat tapi tukaran wang asing. Sebenarnya kuasa beli relatif kita dah mengurang dgn byk sekarang..

Anonymous
Anonymous
15 October 2015 10:05 am

Betoi lahtu,rakyat bodoo,yg pilih lanun perompak pencuri jadi pemimpin,pa hal….
Lainkali pilih yg berjiwa rykt reintegrate,macam di indo,jokowi

Amin
Amin
15 October 2015 8:47 am

Jika Hutang 1MDB boleh dirasionalisasikan takkan perjanjian konsesi tak boleh dibuat sama. Contohnya panjangkan sikit tempoh konsesi dan boleh kekalkan atau kurangkan kadar tol sekarang. Macam loan kereta. Lama tempoh, bayaran bulanan akan lebih rendah walaupun jumlah interest lebih tinggi. Boleh ke Kerajaan atau Pegawai pegawai nya berfikir begitu. Jumlah pengguna jalanraya akan bertambah dalam jangka panjang dan kutipan juga akan bertambah membolehkan hutang dibayar dengan jangka yang lebih panjang. Macam tuan blogger cakap, hanya perlu dirundingkan.

Miss Vee
Miss Vee
15 October 2015 8:38 am

ANDA PASTI MAHUKAN INI !!
>>> CLICK HERE !!<<<

Malindo
Malindo
15 October 2015 7:09 am

Salam Hormat:Kita berharap yg memerintah sekarang jgn tuding jari ke belakang,kamu yg memerintah skrg kamu selesaikan.Perjanjian hanya atas kertas,kamu yg berkuasa skrg.Saya hanya mahu tanya,perjanjian kamu yg memerintah dengan Rakyat bagaimana?perjanjian utk sejahterakan Rakyat bagaimana?Perjanjian Rakyat di Utamakan bagaimana?

Anonymous
Anonymous
15 October 2015 6:24 am

Rakyat di dera olih rejim yg zalim, rakyat diperas setelah mendapat kuasa.Mereka tahu rakyat bolih di beli apabila masa mengundi semakin dekat.Ahli umno yg masih setia belum sedar permainan org yg paling berkuasa.PRU 14 adalah masa menyedarkan mereka

mus
mus
15 October 2015 6:16 am

Antara ciri-ciri orang munafik ialah apabila berjanji, mereka mungkir

Anonymous
Anonymous
15 October 2015 9:19 am
Reply to  mus

siapa angkat mereka ni……….jawapannya raayat bangang

NordinabilaH
NordinabilaH
15 October 2015 5:36 am

Najib peduli apa duit 2.6b dah ada pada pru 2013 tu dia cakap je yg rakyat sokong dia buat apa klu ahmad maslan cakap senang je klu tak nak bayar jangan lalu tol klu tak suka jangan duduk malaysia hehehe bodohnya rakyat

Anonymous
Anonymous
15 October 2015 8:14 am
Reply to  NordinabilaH

en. din aku paling suka ulang balik ayat kau,……''bodoh nya raayat''

Anonymous
Anonymous
15 October 2015 5:03 am

Pertama, kerajaan adalah pihak yang paling berkuasa dalam negara ini. Tiada individu atau syarikat yang mampu menjadi lebih kuat daripada kerajaan. Lebih-lebih lagi berkaitan dengan tol, sama ada penjanjian itu dibuat oleh pentadbiran sebelumnya atau sekarang, tidak bolehkah kerajaan menunjukkan diri mereka sebagai pihak yang benar-benar ada kuasa? jawapan – kerajaan boleh tunjuk tapi kerajaan kurang cekap tangani masalah. masalah tol ni slalu jadi bahan ketika pilihan raya, lepas pilihanraya, isu tol terus didiamkan dgn byk alasan Apakah susahnya untuk memanggil syarikat-syarikat konsesi itu untuk diajak berunding bagi mengelakkan kenaikan dengan menggunakan hujah pengguna jalanraya sudah meningkat sehingga di luar… Read more »

Anonymous
Anonymous
15 October 2015 5:32 am
Reply to  Anonymous

*pembetulan
jawapan- oleh kerana byk syarikat konsesi 'milik bersama' kerajaan sepatutnya lebih mudah pimpinan kerajaan sekarang tidak penuhi janji pilihan raya yg lalu.

Anonymous
Anonymous
15 October 2015 8:27 am
Reply to  Anonymous

what do you expect from a politician…..even mat sabu having his on party

Sang Wira Bangsa
Sang Wira Bangsa
15 October 2015 5:02 am

Tidak perlulah kita penatkan aqal memikir kenapa kerajaan yang ada tidak mampu berfikir. Kita perlu sedarkan diri kita di Malaysia sudah tidak wujud perkara asas. 1. Kerajaan yang ada sekarang bukannya kerajaan tetapi sebuah syarikat dewa langit (terima kasih kepada dasar pensyarikatan Malaysia oleh Dr Mahathir Mohamad). Kenapa status 'dewa langit'? Syarikat ini beroperasi untuk keuntungan semata. Kerugian bukan tanggungjawab syarikat, sebaliknya dihempap ke atas kepala dan bahu pelanggan (rakyat) sekalipon terangan pemegang saham dan lembaga pengarah salah urus. Ini berlaku semenjak tahun 80an. 2. Pemimpin sedia ada tiada taraf kelayakkan untuk duduk di kerusi kepimpinan. Mereka ini nilai inteleknya… Read more »

Anonymous
Anonymous
15 October 2015 6:47 am

Woiii…Dana 1MDB sebanyak RM42 bilion boleh beli kesemua konsesi tol ni kalau kerajaan nak.

Pokoknya antara nak dengan tak nak saja.
Melainkan ada udang disebalik batu..

Anonymous
Anonymous
15 October 2015 6:52 am

Personal jet kerajaan mampu beli untuk kepentingan Najib dan macai macai dia.

Tol tak mampu beli pula.

Anonymous
Anonymous
15 October 2015 4:03 am

Orang Malaysia kalau duduk belakang stereng kereta terus menjadi monster jalanraya, macam mana kita nak berbasikal pergi kerja? Di Netherlands, kerajaan menggalakkan rakyat berbasikal dengan membina jalan basikal, di Malaysia kita ada Lebuhraya Ber -Tol Mahal…

Anonymous
Anonymous
15 October 2015 3:56 am

GLC kan kepunyaan Kerajaan? Ni bagaikan kocek kiri masuk kocek kanan. Tahi lembu la. Semua nak duit je. Rintihan rakyat tak dengar.

Anonymous
Anonymous
15 October 2015 3:33 am

Mari beramai-ramai kita berbasikal ketempat kerja,lagi sihat.

Anonymous
Anonymous
15 October 2015 8:32 am
Reply to  Anonymous

statement antara raayat yang bodo

Anonymous
Anonymous
15 October 2015 9:56 am
Reply to  Anonymous

Tak la bro,statemen naik bicycle ada logins utk kesihatan,sekaligus protes kerajaan yg berkuasa dupaya untung rugi ,biar konsesi merasa sepertimana rykt rasa,golongkan tikar konsensi yg ego,kurangla tax kerajaan,sama2 putih mata

Anonymous
Anonymous
15 October 2015 3:20 am

Kalau najib tidak dapat selesaikan masalah kenaikan harga tol,saya harap datin rosmah mansur campur tangan dalam masalah ini….apa guna title datin yang sering diperkatakan iaitu 'orang yang paling berkuasa di malaysia'