PANG ADALAH WAKIL RAKYAT ULIL AMRI, SUMBANGAN ZAINAL SAKOM JANGAN DILUPAI

Keputusan PRK Kuala Kubu Bharu sudah pun diketahui dan pelbagai pihak telah tampil dengan ulasan masing-masing mengenainya sejak malam tadi lagi.

Pihak yang menang dan menyokong calon yang menang sudah tentu dengan gaya ulasan yang gembira untuk mewajarkan kemenangan tersebut.

Yang kalah dan penyokong yang kalah pula tiada pilihan lain selain cuba mendamaikan hati sendiri dengan ulasan yang menggambarkan kekalahan tidak membawa kekecewaan, sebaliknya mengatakan kemenangan pihak yang menang bukanlah terlalu memberangsangkan.

Ada pula pihak yang kalah menyebut, mereka tidak kalah, cuma kemenangan yang tertangguh.

Begitulah adat pertandingan – ada kalah dan ada yang menang, yang menang gembira, yang kalah berduka.

Namun, proses demokrasi haruslah diterima kerana kita hidup dalam sistem yang sudah ditentukan begitu bentuknya.

Bagi PRK Kuala Kubu Bharu yang berakhir semalam, tahniah tentunya tidak lupa diucapkan kepada calon PH, Pang Sock Tao kerana telah beroleh kemenangan dan kini bergelar Yang Berhormat dalam usia yang masih muda.

Kehidupan beliau selepas ini tentunya akan berubah dalam kebanyakan perkara dan tumpuan utamanya kini ialah menyantuni pengundi KKB dengan sepenuh hati.

Jika berkerja keras daripada sekarang, tidak mustahil beberapa tahun akan datang beliau akan bergelar menteri.

Apa yang menarik dengan kemenangan Pang ini ialah beliaulah satu-satunya calon yang dijenamakan sebagai calon Ulil Amri ketika musim berkempen lagi.

Tidak pernah dalam mana-mana PRK atau PRU sebelum, baik calon Melayu atau bukan Melayu, mereka itu dijenamakan sebagai calon Ulil Amri, sambil disandarkan pula ayat Al-Quran bahawa memberi sokongan kepadanya adalah wajib.

Hanya di KKB perkara itu berlaku.

Maka, tahniah harus diberikan kepada Ustaz Zainal Sakom atas cetusan idea kempen yang dilakukannya yang diyakini sedikit-sebanyak membawa kepada kemenangan kepada Pang, khususnya dalam konteks mendapat undi daripada pengundi Melayu.

Tanpa kempen Ustaz Zainal Sakom itu yang berkempen di banyak tempat dengan hujah yang sama, kemudian tersebar lagi video ucapannya di media sosial, mungkin undi Melayu yang diperolehi Pang jauh lebih merosot.

Meski banyak yang menyanggah hujah beliau itu, yang menerima hujahnya juga pasti bukan sedikit.

Ertinya setelah menang kini, Pang daripada DAP adalah wakil rakyat Ulil Amri yang pertama di negara kita.

Tahniah kepada Pang dan syabas kepada Ustaz Zainal Sakom atas kempen berani yang dicetuskannya.

Selepas ini, jika ada lagi PRK di mana-mana dan berlaku pertembungan getir yang hampir serupa seperti seperti di KKB, maknanya Ustaz Zainal Sakom boleh didatangkan lagi untuk berkempen bagi pihak kerajaan.

Dalam hal ini, bagi pihak yang menang, dalam gembira memberi ulasan tentang kemenangan yang telah diperolehi, janganlah dilupakan sumbangan Ustaz Zainal Sakom itu.

Sebutlah namanya dalam ucapan atau bila bercakap di depan kamera serta berilah secebis penghargaan kepadanya.

Janganlah bila sudah menang, beliau dilupakan begitu saja dan menjadi seorang lagi watak wira yang tak didendang. – ShahbudinHusin 12Mei2024.

5 3 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 12 May 2024 — 1:10 pm
Subscribe
Notify of
guest

15 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
13 May 2024 8:19 am

Ulil amri yang pandai takbir takkan dilupakan.

Jengkreng-Apek-Sakau
UMNOMADANI
UMNOMADANI
13 May 2024 12:09 am

JK YB PN MENANG KKB CER KOME TEKA MENDA APA DEME BUAT DULU?

Anonymous
Anonymous
13 May 2024 8:43 am
Reply to  UMNOMADANI

Umum calon PM lagi sekali jawabnya. Mana ada kerja lain pembangkang sekarang. Nak bodohkan Melayu saja Kah3

20220925-124026_Chrome
UMNOMADANI
UMNOMADANI
13 May 2024 5:25 pm
Reply to  UMNOMADANI

🤣 🤣 🤣 MAMPUIH LE KITA SEME DPT PM HILG DEPOSIT.

UMNOMADANI
UMNOMADANI
12 May 2024 11:35 pm

TAHNIAH AZMIN ALI BKL GNTI MUYIDIN X LAMA LG.

UMNOMADANI
UMNOMADANI
13 May 2024 12:03 am
Reply to  UMNOMADANI

JK MB PERLIS DARI PAS JD BERSATU LE

Anonymous
Anonymous
13 May 2024 8:32 am
Reply to  UMNOMADANI

Kalau namamu sudah diseru tapi kau masih diam, baiklah kau layan bideo kat rumah daripada keluar tapi pangkah pembangkang PN yang tak buat apa untuk kebajikan Rakyat..

pemerhati_video-kabur
Anonymous
Anonymous
13 May 2024 4:23 pm
Reply to  Anonymous

Kabur beb…. kabur.

Cili
Cili
12 May 2024 3:27 pm

Tuan Budin menulis “Apa yang menarik dengan kemenangan Pang ini ialah beliaulah satu-satunya calon yang dijenamakan sebagai calon Ulil Amri ketika musim berkempen lagi.” Mungkin Ustaz Zainal belajar dari Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim. Lihat sedikit petikan di bawah ini :-SH 15 Nov 2019 ~ PRK pilih wakil rakyat, bukan imam solat: Tuan Ibrahim. “Pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai bukan hendak pilih imam solat tetapi wakil rakyat,” tegas Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada pengundi Melayu di kawasan Parlimen itu. Menurutnya, pengundi Melayu diminta tidak keliru dengan keputusan Muafakat Nasional meletakkan calon MCA, Datuk… Read more »

Husa Mitam
Husa Mitam
12 May 2024 7:37 pm
Reply to  Cili

Kekalahan PN bukanlah kekalahan sebenar, ia sekadar kemenangan yg tertangguh krn kemenangan PN akan datang (coming soon) mungkin juga next change atau tukaran akan datang. Manakala kemenangan PH adalah kemenangan sekarang (now showing) tidak bertangguh lagi. Coming soon atau tukaran akan datang lambat lg jadi sementara menunggu kita tonton dulu filem yg sedang ditayangkan.

Cili
Cili
12 May 2024 8:34 pm
Reply to  Husa Mitam

Dulu banyak panggong wayang di Malaya/Malaysia. Next change atau coming soon bererti tauke panggong telah tempah filem untuk ditayangkan pada tarikh tertentu. Barang harus diingat tauke filem boleh membatalkan tempahan filem berkenaan tanpa memberikan sebab musabab.So boleh saman?.

Anonymous
Anonymous
13 May 2024 8:36 am
Reply to  Cili

Allah makbulkan doa mereka yang dizalimi oleh Perikatan Nasional 33 bulan. Takbir!

doa-solat-PN2
Anonymous
Anonymous
12 May 2024 12:49 pm

Dah kalah, jangan hutang Ah Long pula tak terbayar. Hutang tetap kena bayar.

UMNOMADANI
UMNOMADANI
12 May 2024 11:42 pm
Reply to  Anonymous

CALON UTANG 30,000 PON ADA 10,000 MANUSIA MENGUNDI NK BUAT KETUA. KOME IGT DIA KISAH?

UMNOMADANI
UMNOMADANI
12 May 2024 11:45 pm
Reply to  Anonymous

PRU NANTI AH LONG JD TUKG TAJA PN SELAIN DANA JUDI YEOP. MELINGKOP YEOP