MAHIADDIN, HADI BERI LALUAN SELESA ANWAR KEKAL PM BAGI PENGGAL KEDUA?

Bersatu akan mengadakan pemilihan partinya dalam tempoh satu dua bulan akan datang, manakala pemilihan Pas yang seterusnya ialah pada tahun depan.

Berikutan kegagalan PN merampas kerusi Dun Kuala Kubu Bharu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim menyarankan agar Presiden Bersatu, Mahiaddin Md Yasin dan Presiden Pas, Hadi Awang, segera mengundurkan diri.

Menurut Zaid, berdasarkan keputusan PRK itu, PN perlu menampilkan pemimpin baharu yang boleh memberi harapan untuk PN berlawan dengan Anwar Ibrahim pada PRU16 akan datang.

“PAS dan Bersatu kini mesti mula menukar pemimpin mereka. Bawalah barisan pemimpin politik sebenar yang boleh memberi persaingan kepada Anwar

“Jika tidak, Anwar akan menjadi Perdana Menteri untuk masa yang lebih lama,” katanya.

Dalam konteks Mahiaddin yang dikatakan masih mahu ditonjolkan sebagai calon Perdana Menteri, Zaid menambah, Pengerusi PN itu tidak henti-henti bercakap mengenai pencapaian masa lalunya sebagai pemimpin negara.

“Tetapi, itu zaman yang sudah berlalu. Apa yang dia tawarkan untuk masa depan?

“Tiada apa, maka tiba masanya untuk beliau berundur,” tambah Zaid lagi.

Apa yang dilontarkan Zaid ini memang banyak kebenarannya, bahkan berkenaan Mahiaddin sebagai calon Perdana Menteri, saya sudah menulis dua hari lalu bahawa tiada harapan untuk PN menang pada PRU16 akan datang jika beliau masih diletakkan sebagai pertaruhan untuk berlawan dengan Anwar yang kini menerajui kerajaan perpaduan.

PN perlukan pemimpin baru yang segar, bukan yang semakin tua serta terpalit pula dengan kegagalan masa lalu.

Pemilihan pucuk pimpinan Bersatu dalam waktu terdekat ini dan pemilihan Pas pada tahun depan adalah waktu terbaik untuk kedua-dua parti melakukan perubahan.

Jangan takut untuk berubah jika inginkan kemenangan, tambahan lagi selain kedua-duanya iaitu Presiden Bersatu dan Pas itu semakin berusia, salah seorangnya sudah pun pernah merasai duduk sebagai Perdana Menteri, manakala seorang lagi agak uzur dan lebih kerap berulang alik ke hospital.

Hakikatnya, mereka berdua tidak perlu lagi mengejar apa-apa jawatan di dunia ini.

Peranan mereka kini sepatutnya memastikan PN kekal relevan dengan menyediakan barisan kepimpinan baharu yang lebih diyakini.

Tanpa kedua-duanya sedia berundur untuk memberi laluan kepada pemimpin yang lebih muda, kekalnya lagi Mahiaddin dan Hadi tidak ubah seperti PN menghadiahkan tropi kemenangan lebih awal kepada Anwar untuk selesa sebagai Perdana Menteri bagi penggal kedua – tiga tahun sebelum tibanya tarikh PRU16. – ShahbudinHusin 13Mei2024.

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 13 May 2024 — 8:44 am
Subscribe
Notify of
guest

22 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Husa Mitam
Husa Mitam
14 May 2024 11:27 am

Hadi + Muiden dua2 tidak ada unsur2 berahi (bahasa orang Ganu) utk dijadikan pemimpin negara 1Msia. Hadi takat sokongan padu org melayu pantai timur + Kedah (20% jumlah rakyat 1Msia ) sesuai jd PM kawasan pantai timur sahaja bukan 1Mesia manakala Muiden sudah terbukti gagal ( belum dibuktikan dimahkamah) sbg PM dlm tempoh yg singkat. Madey pula sudah jd sejarah tak diterima rakyat lg mahupun rakyat atas pulau. Satu2nya individu yg ada karisma bakal PM ialah Dr Samuri dari Pas. Beliau sekalipun dari parti Hadi +Tn Ibrahim dan yg sekampung dgnnya, namun Dr Samsuri lebih berwatak urban sebagai teknokrat yg… Read more »

Anonymous
Anonymous
15 May 2024 4:32 am
Reply to  Husa Mitam

Kalau Samuri jadi PM dia nak minta royalti dari siapa? Presideng Amerika ke? Masa jadi MB pun perjuangkan royalti macam si bodo sampai tolak Akta tahun 2012 pada tahun 2024 selepas PN 33 bulan tak buat apa.

0a
Anonymous
Anonymous
13 May 2024 11:05 pm

İni kenapa pengundi2 KKB pilih Madani PH-UMNO daripada pilih PN. PMX berkerja keras non-stop dari jadi PM Nov 2023 untuk majukan ekonomi Malaysia tarik pelaburan. Abah mintak passport dari Mahkamah untuk cuti keLondon, Australia perabih duit Sakaw dan pigi jupe Menantu lari dari Interpol. PMX makin steady, Abah makin goyah masuk Kajang atau Sg. Buloh. ‘Big guns’ of Qatar’s industries join roundtable with PM Bernama – 13 May 2024, 09:31 PM More than 30 top Qatari executives took the opportunity to meet Anwar Ibrahim as he briefed them on Malaysia’s investment climate. Prime Minister Anwar Ibrahim delivering a speech at the… Read more »

Anonymous
Anonymous
13 May 2024 10:40 pm

Gaji kami sejak 33 bulan tak naik-naik setinggi Duta Khas ke Pantai Timur 27,700 linggek ///

2641164
Anonymous
Anonymous
13 May 2024 11:51 pm
Reply to  Anonymous

Siapa calon PM TEPI PN?

rakyat
Cili
Cili
14 May 2024 3:46 pm
Reply to  Anonymous

“Duta Khas ke Pantai Timur” So bukan ke Timur Tengah la?
Anonymous KAH3X++ tentu tergelak.

Anonymous
Anonymous
13 May 2024 10:19 pm

Mahiadin Hadi gagal. Jangan letak jawatan dan siapa desak wajib ke Neraka. We support both of you.

Melayu-Gred-A
Anonymous
Anonymous
13 May 2024 8:41 pm

PMX Berjaya Jernihkan Hubungan Putrajaya – Riyadh Oleh: Dr Mohd Fauzi Hj Fadzil 13 May 2024  ULASAN: Hubungan Malaysia – Arab Saudi mula dikesan bermasalah semenjak Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil alih tampuk kepimpinan negara pada tahun 2018. Langkah drastik Tun Mahathir membatalkan rancangan pembinaan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) hanya setelah tiga bulan memegang kuasa telah mengguris perasaan kepimpinan di Riyadh.  Keadaan menjadi lebih bermasalah apabila Tun Mahathir mengambil keputusan keluar daripada pakatan ketenteraan pimpinan Arab Saudi. Kehadiran tentera Malaysia di Arab Saudi hanyalah bertujuan membawa pulang rakyat Malaysia dari Yaman yang sedang berhadapan konflik semenjak tahun 2015.… Read more »

Anonymous
Anonymous
13 May 2024 7:56 pm

KERANA SANTAN, KREDIT MULUT2 PUAKA ABAH, HADİ, AZMIN, TAKI, MAT JARGON & MAT SAGON. Ramai penganalisa jangkakan, PRK Kuala Kubu Bharu merupakan persaingan sengit UG vs PN. Majoritinya menelah, UG boleh menang namun margin sipi2. Mungkin bawah 1000 undi kali ini.  Namun lain yang terjadi. Walaupun peratus keluar mengundi berkurang hampir 10% berbanding PRN6, UG menang bergaya. Majoriti 3,869 undi.  Semua kategori undi UG meningkat. Peningkatan undi popular ke undi semua kaum. Yang dikatakan kaum India akan lari ke PN, rupanya undi mereka terhadap UG lebih banyak dari PRN.  Yang mengejutkan, Undi penjawat awam UG dapat 70% . Pertama kali… Read more »

Anonymous
Anonymous
13 May 2024 5:49 pm

PN, ABAH, HADİ, AZMIN, TAKI PANCUT TERLAMPAU AWAL, HEHE REFERENDUM RAKYAT DI KKB – AKHIRNYA PN TERCEKIK MAKAN UBI KAYU DAN SKOMM SAHUT CABARAN TURUN GELANGGANG Pada hari permulaan gelanggang PRK KKB dibuka lagi, kita dapat menyaksikan betapa PN hadir tanpa bekalan modal, kecuali mengusung ubi kayu dan poster provokasi terhadap Umno dan Dap. Sejak awal lagi, Takiyuddin, SUA Pas menunjukkan sikap mengaku kalah apabila mengugut akan membuat petisyen bantahan sekiranya PN tewas di KKB. Bagi PH yang mewakili kerajaan perpaduan, kami masuk gelanggang dengan penuh yakin dan bersemangat. Semua parti gabungan di dalam kerajaan perpaduan, kecuali MCA, telah mempamerkan semangat kerjasama… Read more »

Anonymous
Anonymous
13 May 2024 10:37 am

Tolonglah Melayu Islam sangat-sangat-sangat-sangat-sangat perlukan calon PM daripada Perikatan Nasional yang setaraf atau lebih berkualiti daripada PMX. Kalau ada.

joker
UMNOMADANI
UMNOMADANI
13 May 2024 5:18 pm
Reply to  Anonymous

TEMAN SAHKN DEME SEME XDE CALON PM. CALON KE SG BULOH @ KAJANG RAMAI LE

anonymous
anonymous
13 May 2024 10:14 am

Apa la Abang Budin ni….Mana ada ahli politik yang suka-suka mahu undur diri. Sedangkan Tun M yang sudah tua gayut jalan terketar-ketar tu pun cakap……Kalau ada yang mendesak, dia bersedia jadi PM untuk kali ketiga. Itu cakap2 orang yang sudah hampir nau ke lubang kubur!

Walaupun semput2 dan sudah hampir kojol, tiada orang yang rela hati untuk melepaskan jawatan atau bersara begitu sahaja melainkan terpaksa seperti kalah dalam pemilihan atau disailang oleh rakan2 dalam parti sendiri.

UMNOMADANI
UMNOMADANI
13 May 2024 5:15 pm
Reply to  anonymous

GITU LE GHUPE ORG X IGT KE MATI. SEBIJIK GHUPE TUN M

Anonymous
Anonymous
13 May 2024 10:07 am

M’Din perlu undur…. letak Hadi sebagai calon PM. Selesai masalah. Kan Hadi ada macam2 formula untuk majukan negara menjadi macam Spura!

UMNOMADANI
UMNOMADANI
13 May 2024 5:13 pm
Reply to  Anonymous

HADI SYIAH BAHAYA WOI. ROSAK AKIDAH KITA SEMUA NNTI

Anonymous
Anonymous
13 May 2024 10:04 am

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI PN boleh menang jika PAS jadi calon Tetapi terbunuh diri dek strategi licik dan kotor pakatan gelap Azmin-Taki gila kuasa dalam PN. Dimana ada sentuhan 2 ekor ini akan hancuss dan gagal, sekor kaki tikam belakang dan sekor lagi bawa badi Black Friday derhaka YDPA. Taki scrap the barrel gaya desperado kehabisan modal dengan kempen Qazaf dari Anonymous Italy pun adalah dari idea Azmin Semburit galakan dari Atok. PMX sendiri tak perlu gunyah tumpu kepada tugas Nasional PM dan tak perlu tunjuk muka pun sebaliknya serah kepada kebijaksanaan strategi Panglima Perang PH, VP PKR/ MB Selangor dengan bantuan… Read more »

UMNOMADANI
UMNOMADANI
13 May 2024 5:10 pm
Reply to  Anonymous

YAKIN LE SELAGI ADA AZMIN DLM PN BKL MELINGKOP YEOP

UMNOMADANI
UMNOMADANI
13 May 2024 5:12 pm
Reply to  Anonymous

TKR MUYIDIN DGN AZMIN BARU LE DEME X SONDOL SESAME SNDIRI

Anonymous
Anonymous
13 May 2024 9:32 am

Azmin Kata Undi PH Merosot?

İni serupa Haziq buat SD kata Sandakan berlaku tak blur dan dia dan Azmin pelakon2 utama tetapi Atok yang tolong cover-up dan Azmin kata blur.

Jom Lihat Fakta Sebenar PRN 2023 vs PRK 2024 bagi KKB:

1. Undi awal Polis
dan Tentera
kepada PH
meningkat
300%

2 Undi
popular PH
meningkat 

PRN 2023 – 54%
PRK 2024 – 57%

3. Undi Melayu
meningkat

PRN 2023 – 39%
PRK 2024 – 43%

4 Undi Cina
meningkat

PRN 2023 – 85%
PRK 2024 – 88%

Undi India
meningkat

PRN 2023 – 60%
PRK 2024 – 70%

Cili
Cili
13 May 2024 9:47 am
Reply to  Anonymous

Anwar hargai bantuan UMNO, BN di Kuala Kubu Bharu
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/05/1246148/anwar-hargai-bantuan-umno-bn-di-kuala-kubu-bharu

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, merakamkan penghargaan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang membantu Pakatan Harapan (PH) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu.

UMNOMADANI
UMNOMADANI
13 May 2024 5:09 pm
Reply to  Anonymous

ADAT MELAYU DGN SYIAH X SAMA. SBB ITU SYIAH KENA PALAU SADDAM DAN GHADAFI