TIADA TAHANAN RUMAH UNTUK NAJIB SEBELUM PRU16?

Anwar Ibrahim berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya patut mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib Razak selepas kes 1MDB yang dihadapinya selesai menjalani perbicaraan di mahkamah.

Menegaskan beliau tidak akan sesekali mengenepikan kuasa Agong, Perdana Menteri berkata, syornya itu hanya akan dikemukakan jika diminta oleh baginda.

“Jika Agong meminta nasihat saya, saya akan berkata, Tuanku, lalui proses itu,” katanya semasa wawancara dengan Bloomberg di Forum Ekonomi Qatar, semalam.

Perdana Menteri berpendirian, semua pihak harus menumpukan kepada prosiding mahkamah kes 1MDB yang sedang berjalan, berbanding isu tahanan rumah untuk Najib seperti dibangkitkan mutakhir ini.

Pada 1 April lalu, Najib memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan titah adendum atau titah tambahan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjaranya di rumah.

Susulan itu, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit selaku ‘saksi kritikal’ yang mengikrarkan afidavit bagi menyokong permohonan Najib mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan titah adendum itu.

Menerusi afidavit diikrarkan Ahmad Zahid pada 9 April, beliau menyatakan telah dimaklumkan mengenai kewujudan titah itu oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Tengku Tengku Abdul Aziz ketika pertemuan di rumahnya di Country Heights, Kajang pada 30 Januari lalu.

Meskipun pandangan Anwar berkenaan isu tahanan rumah Najib itu hanya merupakan syor jika diminta oleh Agong, bersesuaian pula kes semakan kehakiman berkaitan titah adendum telah pun difailkan di mahkamah, apa yang dinyatakan Perdana Menteri itu secara umumnya bolehlah disimpulkan sebagai pendirian kerajaan yang mungkin turut akan disampaikan dalam perbicaraan semakan kehakiman nanti.

Dengan begitu pendirian kerajaan, ertinya kerajaan tidak setuju Najib diberikan tahanan rumah.

Dengan itu, bolehlah juga difahami kenapa titah adendum itu tidak didedahkan sebelum ini.

Najib kini masih ada empat lagi kes mahkamah berkaitan 1MDB yang masih berjalan dan belum selesai.

Oleh kerana semua perbicaraan itu masih di peringkat awal, sukar untuk menjangka bila ia akan berakhir.

Mungkin tiga empat tahun lagi atau barangkali lebih lama daripada itu barulah ada pengakhiran semua kes tersebut.

Berdasarkan pengurangan hukuman yang diberi kepada Najib oleh Lembaga Pengampunan sebelum ini, tarikh beliau patut dibebaskan daripada penjara ialah pada 23 Ogos 2028.

Jika Najib bebas daripada semua pertuduhan mahkamah berkaitan semua empat kes 1MDB yang sedang dihadapinya sekarang, keputusannya barangkali hanya akan diketahui dalam tempih waktu yang tak banyak berbeza dengan tarikhnya keluar penjara.

Namun, jika beliau didapati bersalah atas satu atau keempat-empat kes 1MDB yang sedang dihadapinya, tempoh bicara pasti akan menjadi lebih panjang atau seterusnya melibatkan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Ertinya, jika pandangan Anwar itu mahu diterima pakai iaitu Najib hanya patut diberi tahanan rumah selepas kes mahkamah berkaitan 1MDB yang sedang dihadapinya selesai, ia bermakna detik itu sudah hampir dengan tarikh pembebasan bekas Perdana Menteri itu daripada penjara atau boleh jadi ia berlaku selepas 23 Ogos 2028.

Yang hampir pasti, semua tarikh itu adalah selepas PRU16.

Bermakna lagikah tahanan rumah kepada Najib ketika itu? – ShahbudinHusin 15Mei2024.

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 15 May 2024 — 3:06 pm
Subscribe
Notify of
guest

12 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
16 May 2024 12:42 pm

‘Lepas menang pilihan raya kami cari Azam Baki’

Alyaa Alhadjri
Diterbitkan:  Nov 17, 2022 12:00 PM
Dikemaskini: 12:00 PM

https://m.malaysiakini.com/news/644561#google_vignette
_____________________________________________________
HA HA HA..😅

SEBAB APA KAMI NAK CARI AZAM BAKI?😂
SEBAB DIA KAMI NAK GUNA BUAT KAKI…🤣

😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH 

1000025758
Anonymous
Anonymous
16 May 2024 12:45 pm
Reply to  Anonymous

Kontrak Azam Baki sebagai KP SPRM sambung setahun lagi

Diterbitkan:  May 10, 2024 3:26 PM
Dikemaskini: 3:42 PM

https://m.malaysiakini.com/news/705152
_____________________________________________________
HA HA HA..😅

SEPATUTNYA AZAM DAH MELANGKAH PERGI😂
TAPI, KONTRAK DIA KAMI NK SAMBUNG LAGI🤣

😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

1000025221
Anonymous
Anonymous
16 May 2024 12:01 pm

Kalau diteliti watak2 utama yg kuat mendesak dan mahukan tahanan di rumah untuk Najib, hampir semua mereka ni adalah pemimpin UMNO yang mendapat habuan besar dan hidup senang di era PM Najib dulu.Tergulingnya Najib umpama tertutupnya pintu rezki yg melimpah buat mereka. Kelompok yang tak berapa kerat inilah yang kuat menyalak sambil membina persepsi kononnya Najib dizalimi dan terpaksa menjalani pengadilan berat sebelah. Tujuan mereka agar orang ramai terpengaruh dan ikut bersama mereka untuk menaikkan kembali Najib di mercu kuasa dan seterusnya mereka bakal mendapat kembali kemewahan sebelumnya. Kelompok ini sanggup tutup mata, persetankan natijah perbuatan Najib itu terhadap negara… Read more »

Anonymous
Anonymous
16 May 2024 12:29 pm
Reply to  Anonymous

1. Skandal Maminco (1981)2. Skandal Perwaja Steel (1992)
3. Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ)4. Skandal Bumiputera Malaysia Finance (BMF)5. Skandal Perdagangan Mata Wang Bank Negara Malaysia (BNM)6. 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
Kerana adanya lompong dalam sistem perundangan/kewangan negara, akan terus ada pemimpin jenis malaon yg berani ambil kesempatan. No pulak sibuk nak ringankan hukuman dan tahanan rumah. Macam manalah nak tamatkan skandal 2 begini. Yang tanggung beban rakyat bawahan juga. Hampih betul!!

Anonymous
Anonymous
16 May 2024 11:45 am

Tindakan Meta turunkan laporan Anwar bertemu pemimpin Hamas langgar hak kebebasan media – Fahmi

Mohd Iskandar Ibrahim

[email protected]

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/05/1090691/tindakan-meta-turunkan-laporan-anwar-bertemu-pemimpin-hamas-langgar-hak
_____________________________________________________
PAHMI POKOK CERMAI CAKAP PASAL KEBEBASAN MEDIA??? 🤣

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH..
(100 ribu juta billion trillion kali)!
😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣

135067
Anonymous
Anonymous
16 May 2024 8:52 am

Lantikan semula Azam Baki: PM Anwar ada beberapa pertimbangan – Fahmi

Bernama
15/05/2024 18:58 MYT

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lantikan-semula-azam-baki-pm-anwar-ada-beberapa-pertimbangan-fahmi-470734
_____________________________________________________
AZAM BAKI???😂 LANTIK LAGI???🤣

😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

142892
Anonymous
Anonymous
16 May 2024 5:53 am

Untung oi trillion angkut pi offshore, kena cekup harta paling mahal kena sita pun macam mencungkil gigi selepas menketekedarah.

420608581_913981363415269_2595552792104858476_n
Anonymous
Anonymous
16 May 2024 5:48 am

Keputusan kes Najib yang untung bukan orang lain. Geng PN juga.Depa akan rajin memuji Raja Melayu dan tiada lagi 3R

menantu_lari
Anonymous
Anonymous
15 May 2024 7:44 pm

Salam 4.70 kepada Type U Bah Kut Teh dalam blog ini.

Ringgit pun rai sambut kemenangan PRK KKB kepada PMX, Madani dan PH-UMNO.

—————————————————-

Ringgit closes higher on US Fed’s interest rate commentBernama

15 May 2024, 06:58 PM
The market will monitor the US consumer price index tonight and Malaysia’s economic data on Friday, says analyst.
1
SHARES

0

1

0

0

Total Views: 217
https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F05%2F68a60443-money-exchange-week-3-150424.webp&w=3840&q=75

comment image

KUALA LUMPUR: The ringgit strengthened further against the US dollar at the close following US Federal Reserve (Fed) chair Jerome Powell’s comment on interest rate.

Yesterday, Powell indicated that the US central bank’s next interest rate move is unlikely to be a hike after the higher-than-expected US producer price index data released last night, which climbed 2.2% year-on-year in April.
Bank Muamalat Malaysia Bhd chief economist Afzanizam Rashid said the regional currencies were also displaying a similar trend by continuing to appreciate against the greenback.

ADVERTISING

“While the timing for a rate cut remains an open debate, at least we can safely rule out a rate hike by the Fed.
“It’s a question of how long the Fed will maintain its restrictive monetary stance and whether it will be successful in bringing the inflation rate towards the 2% target,” he told Bernama.
Next, the market will monitor the release of the US consumer price index tonight and Malaysia’s economic data on Friday.
At 6pm, the ringgit rose to 4.7050/4.7075 versus the greenback from 4.72/4.73 at yesterday close.

Anonymous
Anonymous
15 May 2024 5:19 pm

Kenapa terlalu sibuk soal pengurangan tempoh pemenjaraan dan tahanan rumah walhal proses perbicaraan dan pengadilan Najib masih berjalan dan belum pun berakhir. Keadilan haruslah merangkumi semua pihak iaitu rakyat dan negara yang terkesan akibat perbuatan Najib, bukan hanya fokus kepada keadilan satu sosok tubuh semata2. Apa yang dinyatakan Anwar itu amat wajar sekali. Kita perlu adil dan biarkan proses mencari keadilan terhadap Najib di mahkamah selesai dahulu. Najib telah diberi hak melantik peguam2 hebat bagi mewakilinya. Andai fakta dan bukti lebih menyebelahi beliau, maka suka atau tidak, kita harus terima. Begitu juga sebaliknya. Maka izinkan dulu proses menegakkan keadilan itu… Read more »

Anonymous
Anonymous
15 May 2024 6:14 pm
Reply to  Anonymous

Dapat kurangkan hukuman jel dan denda pun patut bersyukur… ni nak tahanan rumah pula. Kes pula masih ada kat mahkamah…. cukup2lah. Kepada penyokong2 bossku sedarlah…

Anonymous
Anonymous
15 May 2024 4:56 pm

Setuju. Tak semudah itu diberi “tahanan rumah”. Orang lain yang kesalahan lebih kecil terpaksa berada dalam penjara. Inikan pula kesalahan yang lebih besar.