LUPAKAN MAHIADDIN SEBAGAI CALON PM JIKA PN MAHU LIHAT ADA CAHAYA KEMENANGAN

Dengan tak semena-mena, di sebalik kehangatan kempen PRK Kuala Kubu Bharu sedang berjalan dan tarikh PRU16 pula masih jauh lagi, tiba-tiba saja Azmin Ali semalam memberi kenyataan bahawa PN kekal menamakan Mahiaddin Md Yasin sebagai calon Perdana Menteri.

Ketua Penerangan PN itu berkata, gabungan tersebut tetap yakin Ahli Parlimen Pagoh itu adalah pilihan terbaik untuk rakyat.

“Sekarang kita masih mendengar laungan ‘Abah’ sebab watak Tan Sri (Muhyiddin) sebagai ketua dalam satu keluarga, sebuah negara yang menjaga kepimpinan.

“Mereka menyaksikan kepimpinan beliau dan mendapat manfaat daripadanya.

“Saya yakin insya Allah, kita teruskan kerja yang baik, jujur dan ikhlas kepada rakyat serta buat sedaya upaya untuk memberi kemenangan kepada PN kelak,” katanya lagi.

Bagaimanapun kenyataan Azmin itu cepat disanggah oleh Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man hanya beberapa jam kemudian dengan mengatakan PN belum membincangkan lagi perkara tersebut.

Katanya, setiap parti mempunyai calon Perdana Menteri masing-masing, namun PN belum membuat keputusan muktamad lagi.

“Isu (calon PM) ini tidak berbangkit, PRU16 masih lambat lagi,” ujarnya.

Dalam hal ini, izinkan saya memberi pandangan secara probono kepada PN.

Untuk PN barangkali boleh dilihat ada cahaya untuk beroleh kemenangan pada PRU16 akan datang, syarat utamanya ialah mesti mengenepikan Mahiaddin sebagai calon Perdana Menteri.

Mahiaddin adalah Perdana Menteri yang gagal sepanjang 17 bulan mendapat peluang berkhidmat sebagai ketua kerajaan selepas peristiwa Langkah Sheraton.

Semasa beliau memegang jawatan Perdana Menteri, saya telah banyak menulis mengenai kegagalannya, malah turut mendesaknya meletakkan jawatan.

Di media sosial sendiri pada waktu itu bertali arus rungutan serta luahan tidak puas dengan kepimpinanya.

Mahiaddin langsung tidak menampakkan watak sebagai Perdana Menteri ketika berkuasa, yang kerap bercakap hanyalah kenyataan medianya melaui pdf serta kemunculan dalam perutusan khas di kaca tv yang mampu mencipta rekod paling banyak dalam sejak negara mencapai kemerdekaan sehingga beliau akhirnya digelar Tokoh Perutussn Khas Negara.

Ditambah dengan pertuduhan mahkamah yang sedang dihadapinya ketika ini dan seolah-olah lepas tangan pula dalam kes menantunya melarikan diri ke luar negara, semua ini adalah beban yang menambahkan kagi kemerosotan keyakinan rakyat terhadap PN jika beliau dicalonkan untuk menjadi Perdana Menteri buat kali kedua.

Harus diingat, Mahiaddin bukan seperti Tun Mahathir Mohamad yang ada rekod gemilang sebagai Perdana Menteri buat kali pertama, lalu apabila dicalonkan buat kali kedua untuk menghadapi PRU14, sokongan rakyat datang menderu-deru ketika itu.

Sebagai Perdana Menteri yang pernah gagal, mustahil rakyat akan teruja untuk mengundi PN pada PRU akan datang jika “sigagal yang sama” dijadikan pertaruhan.

Bahkan, dalam Bersatu sendiri saya yakin ada yang tidak akan mengundi jika Mahiaddin dinamakan sebagai calon Perdana Menteri.

Muhyiddin mesti terbuka memberi laluan kepada pemimpin lain seperti Hamzah Zainuddin daripada Bersatu atau Ahmad Samsuri Mokhtar daripada Pas sebagai calon baru bagi kerusi Perdana Menteri PN.

Hamzah dirasakan layak kerana beliau sejak kebelakangan ini mula menunjukkan peranannya yang berkesan sebagai Ketua Pembangkang, manakala Pas, jika parti itu kekal memenangi paling banyak kerusi Parlimen sebagaimana diperlehinya pada PRU15 lalu, adalah lebih molek pemimpin parti itu pula dijadikan sandaran menjadi Perdana.

Oleh kerana penimpin Pas belum pernah memegang jawatan Perdana Menteri, rakyat khususnya pengundi Melayu/Islam lebih terghairah untuk memberi sokongan kepada PN.

Selain itu, kalau mahu dikira, Azmin sendiri, andai kata beliau menang sebagai Ahli Parlimen pada PRU16 akan datang dan PN juga mampu beroleh kemenangan, beliau turut ada kelayakan sebagai calon Perdana Menteri.

Pokoknya, dalam PN tidak ketandusan calon untuk diketengahkan sebagai calon Perdana Menteri, tetapi mencalonkan Mahiaddin untuk menjadikannya Perdana Menteri buat kali kedua adalah kerja paling buang masa yang tidak memungkinkan kemenangan mampu diperolehi. – ShahbudinHusin 11Mei2024.

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 11 May 2024 — 6:25 pm
Subscribe
Notify of
guest

15 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
12 May 2024 10:57 am

Terima kaseh kepada Mat Sagon Pasir Mas, Loyar Burok Kaki Lebong dan Tok Dor sendiri yang semua kempunan Gaji Buta, VELFIRE dan nak bagi Abah jadi PM Sakaw lagi. Gelojoh gila kuasa nak guling PMX dok ulang Qazaf Fitnah Atok hingga tertembak kaki sendiri diKKB. ——————————————— Kemenangan PH di KKB: Thank you PAS! Tajuddin Rasdi – 12 May 2024, 09:00 AM Watak seperti Hadi Awang dan Ahmad Fadhli Shaari selain isu dakwaan rasuah Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli beri kesan kepada PN. 2 SHARES 1 1 0 0 Total Views: 569 tajuddin rasdi PRK Kuala Kubu Baharu baru saja… Read more »

UMNOMADANI
UMNOMADANI
12 May 2024 11:43 am
Reply to  Anonymous

MELAYU TYPE Q, TYPE F, TYPE W KENA BERSATU PADU TIPU MELAYU LAIN

Anonymous
Anonymous
12 May 2024 9:09 am

Entah apa peranan Parti GeLakan dalam PN. Penumpang yang tak membawa apa2 faedah kepada PN. Masyarakat Cina dah lama tolak parti tak guna ni.

Bersatu pula parti gang katak yang tidak ada hala tuju. Penuh dengan kaki sakau.

PAS pula parti tunggang agama. Hanya sesuai dizaman purba.

Ada parti India baru2 ni pula join PN. Parti ampas yang tak diterima masyarakat India.

Kami cadang bubarkan sahaja PN. Yang kaki sakau dalam PN cepat2 masukkan ke dalam penjara.

PH-BN juga gabungan kemas. PMX juga pemimpin berwawasan. Kerajaan Perpaduan juga kerajaan yang diterima rakyat.

Cili
Cili
12 May 2024 10:56 am
Reply to  Anonymous

Ada juga jenis penyakau dalam kerajaan perpaduan yang bukan dari PH (PKR, Amanah dan DAP). Tapi oleh kerana factor Anwar PMX maka ada yang telah bertaubat dan ada juga yang malu2 kucing ketagih menyakau. Maklumlah dah lama sangat menyakau jadi budaya. Tentang cadangan membubarkan parti PN saya berbelah bagi sebab kemungkinan ramai bekas ahli yang akan menjelma seperti jin-jin tiada bertuan.Kalau mereka joint salah satu dari parti PH-BN amat merbahaya kerana jin-jin biasanya pakar merasuk. Andai sesiapa kena rasuk kalau dirujuk ke Hospital Bahagia nescaya doktor akan kata tiada apa2 penyakit justeru tiada ubat. Yang paling memeningkan doktor ia lah… Read more »

Anonymous
Anonymous
12 May 2024 8:10 am

Winners and losers of the KKB by-electionNicholas Chung – 12 May 2024, 07:00 AM DAP vice-chairman Nga Kor Ming stands somewhat redeemed after all the noise made over the candidacy of his former aide, Pang Sock Tao, who won the by-election. 11 SHARES 0 4 7 0 Total Views: 2,612 https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F05%2F64b81c43-pang-nga-azmin-120524.webp&w=3840&q=75 Winners: Pang Sock Tao, Nga Kor Ming and the unity government. Losers: Azmin Ali and Perikatan Nasional. PETALING JAYA: The curtains have come down on the Kuala Kubu Baharu by-election after two weeks of campaigning, with Pakatan Harapan candidate Pang Sock Tao emerging victorious in the four-cornered race for the… Read more »

Anonymous
Anonymous
12 May 2024 8:15 am
Reply to  Anonymous

Pemenang sebenar adalah PMX dan Kerajaan Madani PH-UMNO.

Sambutan berganda semalam:

a. Menang PRK KKB
b. Lepasi tempoh PM2 Gagal PN: Abah Sakaw 18 bulan dan Mail Blur 15 bulan. Kejar dalam 4 bulan lagi atasi tempoh PM7 Bapak Pengkhianat PH pulak 22 bulan
c. Jubilee 25 tahun PKR
d. Jubilee 75 tahun UMNO

Anonymous
Anonymous
12 May 2024 8:57 am
Reply to  Anonymous

Tahniah PH.
Tahniah PMX
Tahniah PH-BN

Dah tak kabur lagi….. Rakyat sekarang bersama Kerajaan Perpaduan.

UMNOMADANI
UMNOMADANI
12 May 2024 6:34 am

MELAYU DH LARI TINGGALKN PN. KOME BILA LG YEOP?

Anonymous
Anonymous
11 May 2024 9:48 pm

Tahniah PMX! Sambutan berganda triple peat malam ini untuk Kerajaan Madani PH-UMNO: 1. Menang PRK KKB 2. Ulang tahun PKR 25 tahun dan 3. Ulang tahun UMNO 75 tahun. Jelas, undi India, Cina dan Orang Asli kekal solid dan mangal dengan Kerajaan Perpaduan Madani PH-UMNO. Kempen pro-PN oleh Ramasamy Urimal, Wee MCA dan Geng Musuh dalam selimut UMNO Trojan PN Mail Bera Blur PM Tepi dan lackey dia Akmal Pemuda UMNO semua pancit dan buntu konon nak KO Madani. Eloklah mereka semua ini join PN, ada tak tambah dan tiada tak kurang kepada Kerajaan Perpaduan Madani PH-UMNO. Amacam type U… Read more »

Anonymous
Anonymous
11 May 2024 8:56 pm

Yang Cirit wajib ditolak
Yang Terpalit Minyak Masak wajib ditolak
Yang Kabur wajib ditolak
Yang Banyak Dalil wajib ditolak

Kami doa DSAI kekal sebagai PM selepas PRU16.

UMNOMADANI
UMNOMADANI
12 May 2024 6:45 am
Reply to  Anonymous

YG DH TERMKN DANA JUDI PRU14 WAJIB LE TOBAT. ATE DEME IGT X TURUN JD DARAH DAGING KE YEOP?

Anonymous
Anonymous
11 May 2024 8:32 pm

Mana lari semua pemfitnah tegar Jemin Semburit Blur Sandakan dan Taki Broker PAS loyar burok yang fitnah PMX guna Anonymous Italy? Tok Dor yang buat grand entrance diCeramah Mega Perdana PN kerana cabut lari dari PMX berhari raya Madani diTerengganu terlupa gulai kawah dia ada daging babi GELAKAN, parti extremis Cina yang mencetuskan 13 Mei dulu. Tok Dor jugak lupa dia pernah cium mulut dengan DAP masa BA dan PR. Sah fitnah Langkah HIV atau Langkah Anonymous Italy pun tak makan lut sama seperti Pencipta Liwat Atok terus tersekat rezeki kantoi hilang deposit di Parlimen Titiwangsa PRU15 dulu. ————————————————PH menang… Read more »

Anonymous
Anonymous
11 May 2024 9:09 pm
Reply to  Anonymous

Taki broker PAS ni nafsu klepto pakai kopiah dan BFF dengan Bapak Broker Nuar Musa, ularmaq baru PAS.

Mesti SPRM boleh korek bagi checkmate sikit dia seperti Abah, Hamzah, Wan Jana Wibawa, Radzi Jidin Tisu Lembik semua nafsu besar Sakaw.

REEFORNUSI pun dah pancit bila semua kroni2 dia diGLC utama Kedah kena dakwa Sakaw.

Projek Tebuk Banjir atau mana2 Projek bawah Menteri2 PAS Blur dulu 33 bulan, Taki lah tukang catur.

Kena ajar kaw kaw dia ini.

UMNOMADANI
UMNOMADANI
12 May 2024 6:43 am
Reply to  Anonymous

DEME NK KAYA JUGA YEOP. DANA JUDI KENA POW. DERMA INFAK PUN KENA POW.

Anonymous
Anonymous
12 May 2024 9:01 am
Reply to  Anonymous

Si Blur Semburit memang politikus picisan. Politikus tepi jalan.