MANA SEMUA PENYOKONG ANWAR, KENAPA TIADA SEORANG PUN TAMPIL HERET TAKIYUDDIN KE MAHKAMAH SYARIAH ATAS KESALAHAN QAZAF?

Sehari dua ini kecoh kembali para penyokong PH bercakap tentang Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hasan yang menimbulkan semula isu liwat yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Difahamkan beliau bercakap mengenai isu berkenaan ketika berceramah dalam kempen PRK Kuala Kubu Bharu, baru-baru ini.

Paling banyak mereka mengaitkan perbuatan Takiyuddin itu ialah dengan kesalahan qazaf iaitu menuduh seseorang dengan dakwaan melakukan zina atau liwat dengan tujuan menghina tanpa mengemukan empat orang saksi.

Selain itu tidak kurang yang menyerang Takiyuddin dengan amalan politik murahan dan bermulut puaka kerana mengitar semula pertuduhan yang konsisten dinafikan Anwar sejak dulu sebagai fitnah untuk membunuh masa depan politiknya.

Sebenarnya apa yang dilakukan oleh Takiyuddin itu bukanlah sesuatu yang asing dalam blok PN.

Sebelum itu, Naib Presiden Bersatu merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Mohd Radzi Jidin telah secara terbuka dan terang-terangan menyerang Anwar sebagai peliwat di dalam Parlimen.

Selain itu, beberapa penggiat media sosial pro BN, bermula sejak Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri lagi dan sehinggalah sekarang, masih berterusan dan tidak henti-henti memainkan isu tersebut dalam pelbagai versi untuk tujuan yang satu – menghina dan mengaibkan Anwar sebagai Perdana Menteri.

Sebelum ini, memang Anwar beberapa kali membawa kes qazaf ke mahkamah terhadap mereka yang menuduh dan mengaitkannya dengan pertuduhan liwat.

Sudah tentu, oleh kerana ketika itu Anwar berada di blok pembankang, semua kes yang dibawanya itu ditolak begitu saja.

Tetapi, sekarang keadaan sudah berbeza, selain PH mengetuai kerajaan, Anwar sendiri adalah Perdana Menteri dan ketua kerajaan.

Oleh yang demikian, kenapa masih dibiarkan banyak pihak terus menuduh Anwar dengan perbuatan liwat, walhal mereka tidak pun pernah mengemukakan empat saksi?

Sebagai Perdana Menteri, pastinya munasabah bagi Anwar tidak melayan semua pertuduhan tersebut, tetapi takkan para penyokong Anwar dalam PH, PKR, pelbagai NGO dan orang perseorangan yang setia menyokongnya, masih sampai hati hanya duduk diam dan membiarkan saja kesalahan qazaf itu berterusan?

Sebahagian daripada mereka dilihat sekadar ada menulis di media sosial atau mengeluarkan kenyataan dengan menyerang kembali penuduh tersebut dan paling ramai hanya berani mengonel dalam Grup Whatsapp semata-mata.

Mana cukup begitu bro…PH kan dah jadi kerajaan sekarang?

Sepatutnya dalam kedaan sekarang, para penyokong. Anwar, terutama pemimpin PKR sendiri dan mereka yang diberi jawatan dan kedudukan dengan pelbagai imbuhan, haruslah bertindak lebih agresif serta proaktif membela Perdana Menteri.

Membuat kenyataan media, menulis di media sosial atau mengomel dalam Grup Whatsapp sudah tidak relevan lagi.

Sudah sampai masanya mereka yang menuduh Anwar sebagai peliwat tanpa mengemukan empat saksi diheret ke mahkamah syariah atas kesalahan qazaf.

Dalam keadaan sekarang, mulakan dengan heret Takiyuddin dulu ke mahkamah syariah atas kesalahan yang dilakukannya itu.

Jangan dibiarkan beterusan Perdana Menteri kita dihina dan dimalukan secara terbuka.

Tindakan berdasarkan undang-undang mesti dikenakan ke atas mereka yang sembrono menuduh tanpa mengemukakan empat saksi daripada terus bergentayangan dengan perbuatan mereka.

Dalam hal ini, janganlah diharapkan Anwar sendiri yang berbuat demikian sebagaimana dahulu, lagi pun sebagai Perdana Menteri, beliau lebih banyak urusan lain yang lebih penting untuk diutamakan.

Setelah menjadi Perdana Menteri, kerja penyokong dan mereka yang diberi jawatan itu pulaklah yang patut berbuat demikian.

Takkan tak reti-reti lagi? – ShahbudinHusin 11Mei2024.

5 2 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 11 May 2024 — 8:31 am
Subscribe
Notify of
guest

13 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
11 May 2024 3:36 pm

Minta PDRM dedahkan identiti yang ditangkap ini dari Type U Geng cosplay jihad khawarij ko? Motif nak bikin keadaan huru hara dan letakkan semua beban kepada PMX gagal kawal negara. Type U dah terlampau desperado nak guling PMX kalau tengok Boss Type U, S/U Taki Broker PAS loyar kaki lebong Hadi terpaksa scrap the barrel rujuk Anonymous Italy kempen Perdana PN di PRK KKB. Tak pulak dia rujuk tuduhan dalam blog Tamrin Ghaffar, Macai Atok yang cabar dan adu kepada Pejabat Agama mengenai skandal Abah dengan Nika Gee Siew Yew masa kempen PRU15 dulu. Biar buku bertemu ruas diParlimen nanti… Read more »

Anonymous
Anonymous
11 May 2024 1:53 pm

JANTAN MAIN JANTAN MMG LE BURUK AKIBATπŸ˜‚ https://youtu.be/fGQgurQTZIY?feature=shared _____________________________________________________ HA HA..LANGKAH LOKMAN UMPAMA HG JEBAT🀣 πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… Perbuatan spt kaum Nabi Lut, mmg bawa musibat Pelaku yg berkenaan, sebaik nya, segera bertaubat Bukti msih tersimpan di mahkamah punya pejabat Kot ada yg msih sangsi, mari, saya cabar berdebat πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ‘Œ πŸ‘Œ πŸ‘Œ πŸ‘Œ πŸ‘Œ πŸ‘Œ πŸ‘Œ πŸ‘Œ πŸ‘Œ πŸ‘Œ πŸ‘Œ πŸ‘Œ πŸ‘Œ πŸ‘Œ πŸ‘Œ πŸ‘Œ Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhhh 🀣… Read more »

1000000346
Tok Janggut
Tok Janggut
11 May 2024 11:48 am

Ulamak2 kena main peranan..ramai yg jahil ttg perkara ini. Ulamak2 dan jabatan agama kena terangkn kpd masyarakat hukumnya dr segi agama kepada individu2 yg mmbuat tuduhan tersebut tanpa mmbawa 4 saksi. . Kita tak nak kejahilan yg berterusan berlaku dlm masyarakat dan dilakukan pulak oleh mereka2 yg menyatakan mereka adalah pejuang agama..Jika ini dibiarkan berterusan apakah jenis generasi Islam yg akn kita ada nnti ? Bukankah ada diantara yg akan mnjadi wali kpd anak perempuan mereka..bagaimana amalan agama mereka ? Tidakkh mereka tahu yg hukuman ini dijatuhkn oleh mahkamah conversional bukan mahkamah yg mmbicarakan mengikut kaedah Islam. Dan Anwar telah… Read more »

Anonymous
Anonymous
11 May 2024 11:01 am

IANYA BENAR BUKANLAH FITNAH YG DITEBARπŸ˜‚ https://youtu.be/fGQgurQTZIY?feature=shared _____________________________________________________ HA HA LOKMAN BAGAIKAN IMAM KAT MIMBAR🀣 πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… Apa telah berlaku itu elok kita jadikan sbgai iktibar Keputusan mahkamah, dh didedah di dada akhbar Tak usah nk pertikai, serata dunia dh luas tersebar Kot ada peguam nk berdebat, meh sini saya cabar! πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ‘Œ πŸ‘Œ πŸ‘Œ πŸ‘Œ πŸ‘Œ πŸ‘Œ πŸ‘Œ πŸ‘Œ πŸ‘Œ πŸ‘Œ πŸ‘Œ πŸ‘Œ πŸ‘Œ πŸ‘Œ πŸ‘Œ πŸ‘Œ Kah kaahh kaaahhhh… Read more »

1000069089
Cili
Cili
11 May 2024 12:14 pm
Reply to  Anonymous

Anonymous KAH3X++

Chegu Bard: Konspirasi Liwat II.wmv

https://www.youtube.com/watch?v=EgEeefCz_Ls

Anonymous
Anonymous
11 May 2024 10:06 am

Tokoh2 besar “Parti Gua” tak nampak batang hidung di KKB. Apa hal? Merajuk ke?

Cili
Cili
11 May 2024 9:32 am

Chegu Bard: Konspirasi Liwat II.wmv
https://www.youtube.com/watch?v=EgEeefCz_Ls

Kenapa Chegu Bard marah sangat kepada Anwar sekarang ini?

Cili
Cili
11 May 2024 9:43 am
Reply to  Cili

Budin menulis “Dalam hal ini, janganlah diharapkan Anwar sendiri yang berbuat demikian sebagaimana dahulu, lagi pun sebagai Perdana Menteri, beliau lebih banyak urusan lain yang lebih penting untuk diutamakan”

Majoriti pengundi Cina tak kisah hal qazaf atau dosa pahala dalam masyarakat Melayu dan Islam. Yang penting mesti undi calon DAP dari kalangan bangsa mereka sendiri.

Anonymous
Anonymous
11 May 2024 9:11 am

β€˜Memang sah Mahiaddin dah sesat’ – Tamrin Ghafar November 17, 2021 2:36 am Raggie Jessy Tamrin Tun Ghafar Ψ‘Ω…ΩŠΩ…Ϊ  Ψ΅Ψ­ Ω…Ψ§Ω‡ΩŠΨ§ Ψ§Ω„Ψ―ΩŠΩ† Ψ―Ω‡ Ψ³Ψ³ΨͺΨ‘ – ΨͺΩ…Ψ±ΩŠΩ† غافر 1. Sekian lama Mahiaddin tipu rakyat Malaysia khususnya rakyat Johor dengan memakai nama Muhyiddin Yassin sedangkan nama sebenar beliau ialah Mahiaddin Md Yasin 2. Kalau dah nama sendiri pun beliau anggup tipu, inikan pula perkara lain 3. Kita tidak pasti tujuan sebenar mengapa penipuan itu dilakukan tapi ada juga berpendapat jika sekiranya diheret ke mahkamah oleh Dato Stanley Clement Augustin, suami kepada Nika Gee Siew Yee atas sebab hubungan seks Mahiaddin dengan beliau di satu… Read more »

Anonymous
Anonymous
11 May 2024 11:30 am
Reply to  Anonymous

Bolehlah tanya Taki Loyar PAS pasal tuduhan dan cabaran Tamrin ini terhadap Abah PN, Boss No. 1 Taki Dan Hadi yang begitu ghairah bayar upah untuk guling PMX supaya dia jadi PM dan elak Penjara kerana kes-kes Sakaw anak beranak termasuk Menantu dikejar Interpol. Taki dan Hadi rujuk kepada anonymous Italy yang di bayar upah bila tuduh PMX homoseksΓΌal tegar walaupun Hadi sendiri menulis buku 81 muka sΓΌrat pertahankan PMX dari konspirasi Liwat Atok, Khairuddin Abu Hassan dan termasuk Hamzah sendiri. Buku Hadi bertajuk Qazaf Fitnah Liwat Mahathir keatas Anwar. Jadi MP2 Kerajaan Perpaduan boleh bertemu buku dengan ruas sama… Read more »

Anonymous
Anonymous
11 May 2024 9:09 am

Tidak hairan ini Inilah senjata terakhir Atok, Abah dan Hadi untuk kalah kan PMX melalui Langkah HIV atau Langkah Homoseksual. Sumber utama fitnah Qazaf keatas PMX adalah Liwat rekaan Atok dan Barua Atok Khairuddin Abu Hassan. Ini dijadi rujukan utama semua pemimpin PN sekarang termasuk Hadi dan Taki yang telah dipengarohi propaganda Atok dan Khairuddin. Media Italy pun dibayar upah untuk propaganda persepsi Atok ini. Malah secara berdepan disessi pertama Parlimen selepas PRU15, PMX dah jawab tuduhan Hamzah kaitkan media Italy ini dengan konspirasi lebih 30 tahun yang jugak melibatkan Hamzah dengan bini dia berkerja dengan Atok. PMX telah bangkitkan… Read more »

Anonymous
Anonymous
11 May 2024 9:05 am

INI PETIKAN SATU PERENGGAN DARI TULISAN BG BUDIN:πŸ˜†
_____________________________________________________
Sudah sampai masanya mereka yang menuduh Anwar sebagai peliwat tanpa mengemukan empat saksi diheret ke mahkamah syariah atas kesalahan qazaf.
_____________________________________________________
TAPI.. LOKMAN ADAM TAK BUAT KESALAHAN QAZAF KER, BG BUDIN?πŸ˜…

https://youtu.be/fGQgurQTZIY?feature=shared

LOKMAN KATA, “SAYA CABAR MANAΒ² PEGUAM DLM DUNIA NI…”πŸ˜‚

HA HA HA.. ADA BERANI KER HERET LOKMAN ADAM KE MAHKAMAH SYARIAH..?🀣

πŸ˜€ πŸ˜ƒ πŸ˜„ πŸ˜† πŸ˜… πŸ˜‚ 🀣
KAH KAH KAH KAH

1000069035
Cili
Cili
11 May 2024 4:02 pm
Reply to  Anonymous

Anonymous KAH3X++
Bersangka baiklah tuan, mungkin beliau telah memohon maaf kepada Anwar dan bertaubat nasuha. Anta pun satu hari nanti kalau Allah SWT takdirkan merasa insaf boleh lah ikut jejak langkah Lokman.