KALAU DENGAN PERKASA BOLEH BERBAIK, KENAPA PAS TERLALU KERAS DENGAN AMANAH?

Apa pun bentuk kerjasama antara Pas dengan Perkasa atau ia hanya sekadar kunjungan hormat antara sebuah NGO Melayu dengan parti politik Islam dan kemudian bersetuju atas tiga perkara iaitu 1MDB, Sosma dan TPPA semata-mata, pelbagai tafsiran boleh dibuat terhadap perkembangan terbaru ini.
Banyak portal berita melaporkan Pas dengan Perkasa sudah menjalinkan kerjasama berikutan kunjungan Perkasa bersama sebahagian barisan kepimpinannya yang diketuai Ibrahim Ali terhadap Pas yang juga dikepalai oleh Hadi Awang sendiri.
Kerjasama itu dilaporkan melibatkan hal-hal yang berkaitan kepentingan Melayu dan Islam tetapi malam tadi Setiausaha Politik Presiden Pas, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengeluarkan kenyataan bahawa ia bukan kerjasama, cuma sekadar kunjung hormat saja.
Sama ada wujud kerjasama atau hanya sekadar kunjung hormat, tetapi adegan berpeluk antara Hadi Awang dengan Ibrahim Ali tentu saja menarik untuk diperkatakan serta boleh menimbulkan pelbagai tafsiran serta andaian.
Lebih-lebih lagi bila Ibrahim juga berkata, tidak cukup sekadar beliau bersalam saja, malah harus memeluk Hadi Awang. Pelukan itu turut disambut hangat oleh Presiden Pas. Ehem, ehem….
Perkasa bukan saja dikenali NGO yang pro UMNO, malah Presidennya, Ibrahim Ali sendiri diberi laluan oleh BN bertanding atas tiket Bebas dalam pilihanraya umum lalu di Pasir Mas. 
Dalam pilihanraya sebelumnya pula, Ibrahim Ali bertanding atas tiket Pas, juga di Pasir Mas, tetapi selepas itu mengumumkan dirinya sebagai wakil rakyat Bebas dan meninggalkan Pas.
Ibrahim Ali juga turut hadir dan berucap dalam perhimpunan baju merah baru-baru ini yang bertujuan menyokong dan mempertahankan kepimpinan Najib.
Bagaimanapun, dalam beberapa isu melibatkan kepentingan Melayu, Perkasa tetap lantang bersuara dan sesekali terlihat berbeza pendirian dengan UMNO, kerajaan dan Perdana Menteri.
Jika diselusuri perjalanan politik Ibrahim Ali sebelum itu, laluannya jauh lebih berwarna-warni lagi. Apa pun, itulah Ibrahim Ali yang sentiasa hidup dan bernafas, meski siapa pun yang menjadi Perdana Menteri dan bagaimana sekalipun bergolaknya perjalanan politik negara.
Tetapi dalam perkembangan politik semasa, Ibrahim Ali dan Perkasa nyata pro Tun Mahathir dan beliau jarang tidak kelihatan dalam setiap program yang diadakan oleh bekas Perdana Menteri itu di seluruh negara untuk “membelasah” Najib.
Malah Tun Mahathir adalah juga merupakan Penaung Kehormat Perkasa.
Di sebalik Ibrahim Ali tetap mempertahankan kunjungan terhadap Pas itu sebagai kesinambungan perjuangannya ke arah menjalin ukhwah dan penyatuan ummah, sosek-sosek di belakang tabir turut berputar ligat memperkatakan mengenai pertemuan tersebut.
Pelbagai tafsiran, spekulasi dan andaian menjelma mengenainya. Ada yang pro, tetapi lebih banyak yang kontra.
Ramai menanyakan, apakah muslihat sebenar pertemuan itu? Betulkah ia sekadar kunjungan hormat dan hanya membawa agenda ukhwah dan penyatuan Melayu saja?
Apakah kunjungan hormat itu yang disusuli dengan persetujuan terhadap tiga perkara iaitu 1MDB, Sosma dan TPPA, turut terselit udang besar di sebalik batu?
Adakah ini juga bermakna Ibrahim Ali sedang merintis semula jalan untuk menjadi wakil rakyat di Pasir Mas dengan bantuan Pas?
Dari segi Pas pula, apakah tujuannya menerima kunjungan hormat Perkasa yang memang diketahui latar belakangnya itu sedangkan sebelum ini lantang mengatakan NGO itu bercorak perkauman yang ditolak oleh Islam?
Bagaimanapun, ramai  yang mempersoalkan, jika dengan Ibrahim Ali dan Perkasa, Pas dan Hadi Awang boleh berbaik dan berpelukan, kenapa sikapnya terlalu keras dengan bekas pemimpin parti itu yang kini melarikan diri dan menubuhkan Amanah?
Kenapa sampai keluar perkataan pengkhianat terhadap mereka? Apakah menubuhkan parti baru sudah boleh dianggap pengkhianat, sedangkan semasa dalam Pas, golongan tersebut digelar pula “barua” dan “gunting dalam lipatan?”
Apakah di mata Pas sekarang, Perkasa lebih baik berbanding Amanah? Adakah dengan bertemu Perkasa, Pas sebenarnya sedang menghantar mesej kepada Pakatan Harapan yang baru ditubuhkan dan enggan disertainya pada waktu ini?
Tetapi, ramai yang berkata, jika dengan Perkasa dan Ibrahim Ali boleh berbaik serta berpeluk mesra, tidak bolehkah Pas menunjukkan sikap berbaik serta bekerjasama dengan Amanah dan Pakatan Harapan jika benar ingin bersama-sama mengalahkan UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang? (SH 14/10/2015)
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:35 pm
Subscribe
Notify of
guest

67 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Monkey Shooter
Monkey Shooter
15 October 2015 1:00 am

Kalau Tuan Guru Nik Aziz yang bijak berpolitik dan agama pun pernah ditipu oleh Brahim Ali ini maka apa jaminan Adi Awe seorang Presideng yang bodoh, lalok, perengus, kaki maki dan hina ahli akan dapat mempertahankan diri dari mainan politik licik Brahim Ali ini? Bukan setakat dipatuk ular dalam lubang yang sama sebanyak 2 kali, malah akan terus ditelan oleh ular sawa dalam lubang yang sama. Kalau Islam dipermainkan oleh pihak munafik ini maka tunggulah kemusnahan kepada golongan tersebut akibat dari tangan mereka sendiri.

Anonymous
Anonymous
15 October 2015 2:23 am
Reply to  Monkey Shooter

Aiyaaa..kepimpinan ulama susah lor itu macam
Sudah janji syurga sekarang boleh dapat ker itu syurga?
Saya sudah undi maaa.

Anonymous
Anonymous
14 October 2015 2:17 pm

Ada pula macai umngok nama RD di sini, woi jangan jadi batu apilah, orang semua tau umngok ni kaki pecah belah orang melayu, lepas tu terus dapat menjahanamkahn malaysia. tapi harus ingat kami disini walaupun berbeza pendapat tapi umngok orang melayu dah tak percaya. Kami disini akan pastikan umngok tumbang dalam pru, supaya semua penyamun umngok dapat masuk penjara kajang dengan mat khit toyol.

RD.
RD.
14 October 2015 4:03 pm
Reply to  Anonymous

Saya pun sangat benci dengan Najib dan isterinya. Dulu memang saya sokong UMNO, tetapi setelah Pak Lah dan kemudian Najib 'memegang' Kementerian Kewangan sebagai warisan, saya mula curiga. Apabila Najib gemar menggunakan 'orang-tengah' seperti Razak Baginda dan Jho Low untuk berurusan bagi pihak kerajaan dan secara buta-buta WANG Rakyat terpaksa digunakan untuk bayar komisyen berbillion ringgit, saya terus menyampah dengan UMNO.Akibat kemelut 1MDB, lagi saya meluat pada UMNO. Ini tidak termasuk hutang yang di tanggung PFI. Saya rasa PFI ni lebih teruk dari 1MDB.Jadinya, saya sedang berkira-kira untuk menyokong PAS, PRU14 nanti. Itu pun jika PAS keluar dari Pakatan songsang… Read more »

Anonymous
Anonymous
15 October 2015 12:15 am
Reply to  Anonymous

Tabung memali kau pertikai, tetapi orang melayu kampong yang tak bersalah di memali di bunuh oleh parti umngok kau tak tanya pula.Sudahlah, kau pergilah tanya pemimpin umngok kau tu, siapa yang bunuh orang melayu, tapi siapa pun tak ditangkap.Memang parti umngok ni bangsat dan haramjadah.

RD.
RD.
15 October 2015 9:31 am
Reply to  Anonymous

Inilah tabiat buruk, mereka yang bangga sebagai penyokong Pembangkang. Perangai macam Mat Sabu ketika masih muda, amat gemar mengelar dan memaki-hamun sesiapa yang mereka tidak suka. Kurang ajar, menggunakan perkataan kesat yang dipopularkan Najib. Berapakah umur kamu semasa inciden Memali, 1986?Saya amat menentang apa yang dilakukan Musa Hitam Menteri KDN dan Dr.M ketika itu. Untuk pengetahuan Saudara, ketika kejadian Memali, perhubungan kaum amat tegang. Saya lupa atas issue apa. Operator pengeluaran di kilang-kilang Sg.Way enggan datang bekerja kerana ibu-bapa melarang mereka keluar ke KL untuk menaiki bas-mini ke Sg.Way. Sebaik saja, incident Memali. perhubungan kaum kembali reda dengan akhbar-akhbar beralih… Read more »

RD.
RD.
14 October 2015 12:22 pm

Terang-terangan, Amanah dibiayai oleh DAP. Kalau tidak, mana mungkin puak yang tersingkir mampu buka Party Baru. Sekejap PASMA. Lepas to GHB (New Hope?), dan akhirnya Amanah.
Ahli mereka, kebanyakanya melompat dari PAS.
Harta yang di wakaf kepada PAS pun, Amanah tuntut.

Kelazimannya, amanah di kurnia atau diberi oleh sesaorang atau sekumpulan orang, bukan ditagih atau diangkat keatas bahu sendiri untuk dipikul.

Anonymous
Anonymous
14 October 2015 4:38 pm
Reply to  RD.

PASMA dan GHB ditubuhkan tanpa modal yang besar. Pejabat dan alamat pun mungkin guna rumah kedai atau rumah. Tidak perlu keluar kan modal yang besar. Amanah mendapat sumbangan dari alhi PAS yang melompat menjadi ahli Amanah. Ahli-ahli PAS kan suka memberi sedekah dan sumbangan. Cuma kali ini mereka beri lebih dari semasa mereka dalam PAS. Wakaf bukan tukar hak milik jadi nama pemilik berhak mewakafkan kepada pihak lain atas nama Islam. Amanah ini adalah salah satu dari sifat Rasulullah saw. Kita sebagai umat nya perlu lah mencontohi sifat mulia ini. Kalau ikut apa yang anon kata ok lah, seramai 30000… Read more »

Anonymous
Anonymous
14 October 2015 11:39 am

kalu brahim ali boleh peluk hadi pil kuda tak mustahil suatu hari nanti Hadi berpeluk dengan netanyahu. Sebabnya hadi sekarang sangat menyokong parti yahudi umngok pimpinan najibul tuya. Bila timbul isu derma najibultuya songlap duit negara, Hadi barua dan Aeron jin cepat2 nafikan dan tuduh fitnah. Dua ekor ni ulama taik kucing. Itu belum lagi kira fatwa haji hadi yang umngok kafir.woittt haji hadi ni masalah dia bukan baru. Dari kami masih remaja lagi mamat ni gila meroyan macam2. sampai parti kapir macam umngok pun dia nak sokong. Hudud tu wayang saja. Ini contoh pejuang agama jual agama demi jaga… Read more »

Anonymous
Anonymous
14 October 2015 10:30 am

Mula2 ada gambar Najib bersalaman dengan Netanyahu, yahudi laknatullah yg umat islam kutuk. Kini ada gambar Hadi berpelukan dng Ketua NGO rasis, Brahim Ali.

Aku tak heran kalau lepas ni Hadi berpelukan dengan Najib, penjanayah rasuah yg paling jijik abad ini atau dengan Jamal Ikan Bakar atau dengan Ali Tinju. Macam2 bolih dilakukan olih Hadi…Ahli2 Pas peringkat bawahan pening kepala. macai2nya sentiasa cover line.

Anonymous
Anonymous
14 October 2015 4:44 pm
Reply to  Anonymous

Kan lebih baik Hadi peluk Najib dahulu dari peluk Berahim ?
Berahim apa kelas ? Ahli PAS dan PJ PAS Selangor pun tak akan marah malah berbangga lagi adalah

Miss Vee
Miss Vee
14 October 2015 9:48 am

AWAS !!
Budak Budak Dilarang Masuk !!
>>> KLIK SINI <<<

Anonymous
Anonymous
14 October 2015 7:43 am

Anon 10.22 org mcm ko ni mmg hidp dlm longkang n parit. Sbb tu bahasa mcm najis kutuk sunni.. Ko tau pas xleh trima langsung amanah sbb mrk penyokong kuat syiah laknatullah. Syiah ni anti sunnah wal jamaah. Ko pun x suka sunnah wal jamaah sbb ko duduk longkang n parit sama mrk..

Anonymous
Anonymous
14 October 2015 9:26 am
Reply to  Anonymous

Dengan izin Tuan Shah. " Parti Amanah Negara (AMANAH) kini sedang di dalam usaha untuk memposisikan AMANAH di peringkat antarabangsa dengan mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh gerakan Islam dunia termasuk Setiausaha Agung Kesatuan Ulamak Se-Dunia Prof Ali Alqaradaghi, " Yang 10 22 tu maksudkan ialah orang yang menguna alasan dan suka menguna Islam baik mahzahnya baik Tuhannya baik Nabi nya.. Semuanya mengikut kesesuaian diri nya pada masa itu. Dan orang yang paling marah dan orang yang paling keciwa ialah orang pernah di nasihati oleh orang agama dan orang yang pada satu masa dahulu percaya sangat-sangat pada orang agama tetapi tiba-tiba U… Read more »

Anonymous
Anonymous
14 October 2015 10:14 am
Reply to  Anonymous

anon 15.43 ,perangai macam tu ke yang sunnah wal jemaah ajarkan ,maki orang .hina orang .CAI orang .halau orang ,Begitu cara ajaran sunah wa jamaah ,sepatutnya kau yang duduk dalam kolam najis.

Anonymous
Anonymous
14 October 2015 7:05 am

Hj Hadi atau Pok Brahim sama saja, x der perjuangan untuk bangsa.Untuk perut aku rasa adalah.Aku sokong DAP

Anonymous
Anonymous
14 October 2015 8:05 am
Reply to  Anonymous

Haji Hadi ni memang sesuai jadi guru pondok je. Masuk politik hanya menyusahkan rakyat dan busukkan nama sendiri. Buat keputusan mcm orang sembelit ja flip flop. Jadi fitnah untuk rakyat saja. Jasanya bagus.. tapi kini dah tak releven dan menyakitkan hati rakyat kebanyakan saja. Ilmu ulamaknya bagus. Tapi tak berfungsi atau efisien untuk semua rakyat. Bagi yg jenis makan dedak, ok la nak ikut. Pak Brahim ni.. mmg sesuai masuk politik. Ikut perut dia.. hari ni timur.. besok barat.. lusa terlentang.. tulat meniarap. Dia boleh menjelma jadi macam-macam. Kejap kura-kura, kejap lelabi. Jadi kambing pun boleh. Ikut skrip. Janji ada… Read more »

Anonymous
Anonymous
14 October 2015 6:29 am

Hormat sikit Ulamak.Korang hukum dari apa yang tersurat.Kita tak tau apa yg tersirat. Nizar Jamaludin mantan MB perak , dari awal lagi aku tak bersetuju dgn dia. Hatta orang PAS pun x setuju dia bagi tazkirah. Dia lebih DAP dari Ngah kor Meng. Hlingga lah satu hari beliau tertulis dlm fb yg dia c percaya kisah Israk Mikraj Nabi….lps tu dia delete cepat2… Ni kisah benar, bila dia nak jadi imam solat maghrib …aku makmum…aku minta petunjuk dlm hati aku, betul ke dia ni nak kan Islam atau jawatan…akhirnya Nizar bacara surah Al kafirun tapi x jumpa penghujung……aku tergeleng kepala… Read more »

Anonymous
Anonymous
14 October 2015 6:53 am
Reply to  Anonymous

Bukan Nizar seorang sahaja yang baca tak jumpa penghujung sebab ayat itu berulang-ulang. dan Kau pulak boleh geleng kepala dalam solat !!!! Dan makmum yang dibelakang imam apa yang dia orang buat, tak sedar dapat jugak ke ayat penghujung nya. Bagi hujah tazkirah tapi menuduh Nizar lebih DAP. Apa dalam tazkirah itu pasal DAP saja ke? Dari kau minta petunjuk semasa solat maghrib sepatutnya kau buat lah solat istiqarah .. apa lah dalam solat khusus untuk maghrib kau bantai dengan nak tahu dia nak kan Islam atau jawatan? Bro selalunya poyo di mata manusia lah yang lebih poyo dalam penglihatan… Read more »

Anonymous
Anonymous
14 October 2015 7:02 am
Reply to  Anonymous

TIDAK LAH HEBAT WALAUPUN SEORANG PRESIDEN
TIDAK LAH SUCI MANA WALAUPUN SEORANG ULAMA
TIDAK LAH KAYA MANA PUN SEORANG BERNAMA HADI

Anonymous
Anonymous
14 October 2015 7:13 am
Reply to  Anonymous

Ini Ilmu Ghaib, orang awam macam kau orang tak kan faham??

Alamak ko ni orang kelas atasan …kira dewa-dewa ;lah….ptuiii

Anonymous
Anonymous
14 October 2015 7:18 am
Reply to  Anonymous

Bang dia pun sama cam Nizar, baca kafirun x jumpa hujung kih kih…

Lagi nak ngaku dewa-dewa……..wargh kah kah kah

Anonymous
Anonymous
14 October 2015 7:21 am
Reply to  Anonymous

Bang, si bongok ni pun satulah, ini ruang komen nak paste kat mana kata-kata nizar ni….
abang paste jer kat dahi dia …bg ada akai skit

Anonymous
Anonymous
14 October 2015 7:24 am
Reply to  Anonymous

Kan kau sendiri sama kan Israk Mikraj dengan ksiah dewa-dewa …

Jangan kan firsat, khasyaf pun belum tentu kau faham ?

Pandang lah kebelakang sejarah kehidupan kau, berapa 'pentunjuk sebenar' dan berapa 'hidayah' yang dah kau dapat ? Ada ? Kalau setakat dapat macamana orang bukan Islam dapat tak payah lah nak sembang..

Anonymous
Anonymous
14 October 2015 7:33 am
Reply to  Anonymous

Mak aiiiiiii,,,dewa bila bercakap nak menang, makan nak kenyangm hidup nak senang…..

Apa beza khasyaf Qauni dan Jinni….kut yer mamat dewa ni teror sangat ttg kasyaf……….

Anonymous
Anonymous
14 October 2015 7:35 am
Reply to  Anonymous

Bang ,
Mamat dewa ni dh salah orang….Jgn abang sudi plk mamat ni…kesian dia…dh tua bang anak kecik lagi…….

Anonymous
Anonymous
14 October 2015 8:13 am
Reply to  Anonymous

HAHAHA.. Pecah kan beberapa khasyaf .. Macam Mahzab jugak jadi nya. Ini semua dari buku dan dari cakap orang … Makam ini makam itu Wali ini Wali itu.. Islam itu mudah yang memecah dan me'label'kan lah yang menyusahkan.. Pandang lah ke belakang kehidupan tuan, ada berapa 'petunjuk yang benar' dan berapa 'hidayah' yang telah tuan terima.. kalau setakat sama macam LGE, dapat jangan nak sembang lah khaysaf ini khasaf itu… TAHU DAN DI PERLIHATKAN NYA DENGAN RASA NYA ADA LAH BERBEZA. Ok saya minta maaf kerana membuat tuan tercabar tetapi saya tetap katakan kejadian Israk dan Mikraj ada lah Ilmu… Read more »

Anonymous
Anonymous
14 October 2015 1:56 pm
Reply to  Anonymous

kasyaf makrifat hakikat semua ini adalah ajaran sesat…taubat, jgn ikut langkah syaitan..

Anonymous
Anonymous
14 October 2015 2:57 pm
Reply to  Anonymous

anon 21;56
tak tau diam-diam lah………

Anonymous
Anonymous
14 October 2015 5:00 pm
Reply to  Anonymous

anon 21 56 Mula nya saya nak tutup subjek ini. Susah kalau anon kata makrifat hakikat ajaran sesat. Israk Mikraj itu lah makrifat paling tinggi.Manusia biasa tak boleh capai dan miliki nya. Lailatul Qadar yang kita nanti-nantikan pun begitu lah keadaan nya. Kita takut belajar dan tidak mahu mencari sebab kita takut jadi gila. Salah ke kita jadi gila (terasing) kerana mencari Allah? Dan kita juga di war-warkan kita tidak layak mendapat ilmu seperti itu tapi kalau ada kemahuan dengan izin Nya kita boleh dapat. Bukan dengan baca buku atau setakat dengar cerita orang. Maaf bukan nak tujukan pada sesiapa… Read more »

Anonymous
Anonymous
14 October 2015 6:27 am

Ulamak ulamak yg kearah nak berbaik baik dgn orang zalim, suka membuat kerosakan patut dimaki hamun aje, Apa masalah ulamak tu sendiri cari masalah untuk dimaki

hawariyyun
hawariyyun
14 October 2015 6:05 am

tuan shahbudin.walaupun tuan kata tidak bertanggungjawab atas statement pengkomen2 di sini,tetapi tuan tetap akan dipertanggungjawabkan memikul statement bersama mereka memaki hamun ulama. komen2 di blog ni amat menggerunkan pabila mengenang hari pembalasan akhirat.

Anonymous
Anonymous
14 October 2015 6:36 am
Reply to  hawariyyun

Nak jaga kesucian dan darjat Ulamak (saya tak kata ulama ya), jangan masuk politik lah.

Yang Hadi buat ini ialah berlandaskan perjuangan atas sebab politik. Itu sebab dia beran buat kerja macam ini. Nampak sangat Hadi sendiri yang membuktikan kata-kata Mahathir betul "jangan campur kan poltik dangan agama"

Yang kena maki ialah Presiden bukan ulamak !!

Bagaimanapun, ramai yang mempersoalkan, jika dengan Ibrahim Ali dan Perkasa, Pas dan Hadi Awang boleh berbaik dan berpelukan, kenapa sikapnya terlalu keras dengan bekas pemimpin parti itu yang kini melarikan diri dan menubuhkan Amanah?

Ulama tak buat kerja macam itu, siap dengan berpeluk !

Anonymous
Anonymous
14 October 2015 10:11 am
Reply to  hawariyyun

wahai awariiyun. memang kita tak bolih maki hamun kepada ulamak ,tetapi ulamak yang bagaimana? kalau ulamk sendiri tak pandai jaga mulut .bhasa yang diucapkanya kasar ,kurang adab.cara tindakanya keras,kelembutan langsung tak digunaklan ,apakah salah kita balas semual apa yang diucapkan? lain kali tuan nasihatkan ulamk itu agar tidak berrlaku kurang hajar pada sahabat ,pada kawan ,pada rakan seperjuanagn dulu supaya di hormati oleh manusi dan haiwan ,begitu ,jangan ajar orang jadi kurang adab.

mustapa m said
mustapa m said
15 October 2015 12:06 am
Reply to  hawariyyun

Mengkritik Ulamak dengan mengkritik Hadi selaku Presiden parti politik berbeza sana sekali. Tidak waras kalau kita anggap mengkritik Hadi adalah mengkritik Ulamak.

mustapa m said
mustapa m said
15 October 2015 12:06 am
Reply to  hawariyyun

Mengkritik Ulamak dengan mengkritik Hadi selaku Presiden parti politik berbeza sana sekali. Tidak waras kalau kita anggap mengkritik Hadi adalah mengkritik Ulamak.

ms
ms
14 October 2015 6:04 am

tak payah laa nak wujudkan ruang untuk fitnah. biar muka hodoh tapi jangan bodoh. asal melayu/islam nak bersatu org macam kau akan kacau. timbulkan persoalan itu ini. Ada masaalah jiwa ker kau. jiwa kacau ker. Tak boleh tengok melayu/islam bersatu. hati panas ker. Kemudian bila melayu tak brsatu org macam kau akan beritahu "lihat cina..mreka bersatu akan sesuatu pekara" tapi bila ada melayu islam nak bersatu org macam kau akan timbulkan itu ini. kau buka ruang untuk fitnah. Org macam kau nak apa sebenanrnya?

Anonymous
Anonymous
14 October 2015 6:26 am
Reply to  ms

Bila masa cina bersatu ? Cina MCA menyalahkan DAP sebab ramai Cina yang hadir perhimpunan Bersih.

Ini yang kau kata bersatu ?

Nak kena bangsa kena kenal bahasanya
Nak kenal orang kena kenal perjuangan nya.

Dalam perjuangan ada budi bahasa nya, ada akhlaknya, ada bijak pandainya dan ada kejujurangnya yang jadi pengukur.

Hidup ini perjuagan. Perjuangan adalah ibadat.

Tuhan menjadi semua nya berpasangan supaya kita dapat melihat perbezaan yang mana yang baik dan yang mana yang buruk.

Baca tajuk ' KALAU DENGAN PERKASA BOLEH BERBAIK, KENAPA PAS TERLALU KERAS DENGAN AMANAH? '

kluangman
kluangman
14 October 2015 5:13 am

Hadi Awang @& ibrahim ali hanya dijulang jika berpeluk dengan Najib atau Anwar Ibrahim…tak gitu cai?

Anonymous
Anonymous
14 October 2015 4:23 am

Jgn kutuk ulamak! Terutama hadi awang! Dia maksum! Pengikut ramai tau.. Tp. Semua bodoh belaka…hahaha! Eloooo.. Org Pas! Aper citer? Braheng ali khianat pas 2008 boleh jadi geng baik dah…geng progresif tak boleh pulak? Aper citer ni? Korang punya presideng cemaner ni?

Anonymous
Anonymous
14 October 2015 5:10 am
Reply to  Anonymous

Depa ni kedua-dua mmg sesuai berkawan. Spesis makan dedak macam Hasan Malek, Jamal Pak Tongkol, Ali Tinju dan Ahmad Maslan jugak.

Abdul Said
Abdul Said
14 October 2015 3:46 am

Janganlah tuan-tuan marah kepada orang gila. Orang gila perbuatannya selalu menyalahi fikiran yang waras. Mengapa pula kita nak marah dengan orang gila bila ia menyelongkar tong sampah, makan sisa makanan yang dibuang, pakai seluar koyak, cakap merapu dan tak tentu hala. Lagi pun rakyat Malaysia juga perlukan pelawak diparlimen. Itu pun kalau pelawak tu tidak pomteng atau duduk tidur!!!

ozone
ozone
14 October 2015 5:55 am
Reply to  Abdul Said

Pernah masuk parlimen ker…..Pegi lah jumpa sendiri tanya sendiri kat Hj Hadi….Jgn sembang berdegar-degar……..

Amanah ni mana Perlembagaan dia…apa matlamat utama…Kalu xde perlembagaan , bila menang pilihanraya tak ke perlembagaan DAP akan di guna pakai….

Ko kata perkasa….Perkasa ada perlembagaan walaupun ko gelakkan dia….HJ hadi n Berahim Ali ni, ko ingat diaorang bodoh ke…fikir secara lateral macam ko….Kalu Hj Hadi bodoh dah lama jadi mcm Mat Sabu….

Pergilah Jumpa Hj Hadi n Berahim Ali ,,,,ada berani ke ????

Anonymous
Anonymous
14 October 2015 6:16 am
Reply to  Abdul Said

Lu apa hal mamat ? Gila jugak ke ? Belum tahu lagi ke PAS Selangor tidak setuju kerjasama PAS & Perkasas ? Hj Hadi ni susah nak jumpa. Apa lagi kat Parlimen. Kan dia asyik PONTENG . Bentang hudud dia kat Jepun. Jika Pesuruhjaya Negeri PAS tidak di maklumkan rancangan Hj Hadi jangan harap lah ahli bawahan tahu. ' Parti Amanah boleh di tubuhkan dan diluluskan tanpa perlembangaan. Ya mungkin tidak lengakp tapi tak kan lah sampai tak ada basic nya langsung.Yang Amanah terbuka untuk bukan Islam tu bukan ke salah satu perlembangaan Amanah ? Hj Hadi dengan Berahim Ali… Read more »

Anonymous
Anonymous
14 October 2015 6:34 am
Reply to  Abdul Said

Bagi tau aku, apa basic nya……….

Anonymous
Anonymous
14 October 2015 6:39 am
Reply to  Abdul Said

Sapa khalid samad , dr iskandar…..lebih baik jumpa Presiden Amanah Mat Sabu….

Amacam kalu Mat sabu punya elaun 15k sebagai pengerusi Perbadanan Air P.Pinang ditarik balik oleh LGE…..ada dia nak dengar cakap DAP ker……..

Lu tak tau apa2 lah bro…..main serkap jarang jer…

Anonymous
Anonymous
14 October 2015 6:45 am
Reply to  Abdul Said

Amanah ni berorentasi kan DUIT jer……itu sebenarnya….Samseng!!!!!!!!!!! ko ingat Polis mkn gaji buta ker……

Anonymous
Anonymous
14 October 2015 6:50 am
Reply to  Abdul Said

pernah ke pergi Masjid Rusila……….pergi dulu jangan buat cerita susah nak jumpa……

Hampeh la lu ni

Anonymous
Anonymous
14 October 2015 7:18 am
Reply to  Abdul Said

dah dapat kawan baru .. yeah !! Setiap parti yang dapat kelulusan ROS mesti lah ada perlembangaan yang asas dan sekiranya ada tambahan yang difikirkan perlu AJK akan buat mesyuarat. ROS bukan main lulus kan pendaftaraan sahaja dan ada borang khas untuk dilengkapkan. Kalau kau tanya siapa Khalid Samad Dr Iskandar macam tulah patut kau tanya siapa kita yang kau suruh untuk berjumpa dengan Presiden kau yang kaki maki ?? Kaki belit ?? Sekarang Mat Sabu Pengurusi Air memang lah dapat 15K dan semasa dia bukan Pengurusi Air pun, Mat Sabu bersama dengan DAP walaupun masa itu dia tidak dapat… Read more »

Anonymous
Anonymous
14 October 2015 7:25 am
Reply to  Abdul Said

Sekarang Mat Sabu Pengurusi Air memang lah dapat 15K dan semasa dia bukan Pengurusi Air pun, Mat Sabu bersama dengan DAP walaupun masa itu dia tidak dapat 15k. Tak jadi masalah asalkan perjuangan untuk rakyat demi rakyat !!

Boleh bagi link utk aku buat rujukan dari kenyataan ko ni. Ko tgk u tube era anti Dap …apa mat sabu kata kat DAP…

Anonymous
Anonymous
14 October 2015 7:29 am
Reply to  Abdul Said

Ko ingat DAP tu lurus bendul ker…… Fulus jer citer nya…….takdenya utk rakyat ….Cakap jer….

Anonymous
Anonymous
14 October 2015 8:27 am
Reply to  Abdul Said

Ini dah masuk bab sejarah. Nanti masuk isu hudud dan Amanat Hj Hadi.

LGE dan Mat Sabu sama-sama dalam satu sel semasa ISA. Dan hubungan mereka lebih rapat selepas tertubuhnya PR. Dimana Mat Sabu ceramah di situ ada LGE. Dan dimana ada LGE disitu ada Mat Sabu. Sehingga LGE memanggil Mat Sabu, Abang Mat. Masa ini Mat Sabu tidak dibayar 15k !

Pandang lah ke hadapan dan bergerak lah ke hari ini untuk hari esuk.

Biar DAP dari parti yang jual agama untuk dunia .

Anonymous
Anonymous
14 October 2015 2:22 am

Hang x kan la tak paham Budin. Org Melayu ni auta sama ja mcm keling eee mamak Penang tu jugak. Keling eee lagi dasat.. tapi melayu pun, x kurang hebatnya.. depa ni mmg elok berkawan..melayu keling.. sama2 mcm haramjadah…khalas. Jenih dah la buat salah, berpura2 buat muka "cengei" marahkan orang. Inilah jadinya PAS terhadap AMANAH. Nak tutup kelemahan diri yg x boleh diubah sampai bila2.. Hang x pernah mengaji pondok, hang mungkin x tau la. Di pondok2, tok2 guru buat salah, depa x reti minta maaf kat murid2. Diam begitu ja. Otak depa mmg kampongan gila…. Walhal dlm Islam, kena… Read more »

Anonymous
Anonymous
14 October 2015 2:48 am
Reply to  Anonymous

Ano.10.22,satu ulasan yang amat tepat dan bernas sekali,orang kalau sanggup kata orang anjing..diapun macam anjing juga la!

Anonymous
Anonymous
14 October 2015 4:52 am
Reply to  Anonymous

sel2 otak aku masih stabil..Alhamdulillah..
tapi dalam memberi komen jagalah kesucian nama Maha Pencipta sekelian alam dan Rasul kekasihNYA…Wallauhu'alam..

Anonymous
Anonymous
14 October 2015 5:35 am
Reply to  Anonymous

anus 10:22
Ko kalu sembang macam ko wali………ko duk kutuk diaorang berapa ramai murid dgn pengikut ko….Ko sendiri pun lupa siapa diri ko. Ko judge dari gambar yg ko lihat. Ko pi lah jumpa Hj Hadi n Berahim Ali….2 orang bkn susah nak jumpa…..pergi je Masjid Rusila ko jumpalah Hj Hadi…Bukan mcm nak jumpa Najib…

Melayu cakap lebih…..last2 bawak lori je…duk rumah flat je..cakap macam ada first class phd. Jenis ko ni lah bila ajak berperang bagi byk alasan……ptuiiiii

Anonymous
Anonymous
14 October 2015 6:02 am
Reply to  Anonymous

Kalau kata orang broker, barua. Amacam

Anonymous
Anonymous
14 October 2015 6:03 am
Reply to  Anonymous

Saudara 12 52

Tang mana yang dikatakan menghina Allah dan Nabi… sehingga di ingatkan jaga kesucian Maha Pencipta dan Rasul.

Yang saya faham yang di maki nya ialah mereka yang menguna nama Allah dan Nabi.

Orang yang di maksudkan ialah tidak putus-putus sebut Alhamdulillah, Insya allah dan Bismillah.. tapi perangai sebenar .. Ini tempat saya sendiri, mengaji hebat, baca doa panjang… tapi perangai tak boleh di ikut.
tkasih

Anonymous
Anonymous
14 October 2015 6:07 am
Reply to  Anonymous

Anon 10;22
Ni lah Melayu…..dengki ..pakai Vellfire jer rasuah , tak betul,,,Pergi lah siasat dulu….entah2 dia jual kerepek dah 20tahun…ko masih makan gaji lagi….lepas tu dengki tu tak tentu hala…..kenapa ko pakai keta apa……aku rasa level pemikiran macam ko ni pakai Myvi je sampai tua…

Anonymous
Anonymous
14 October 2015 6:11 am
Reply to  Anonymous

"Kalau kata orang broker, barua. Amacam"

Kalu ko pergi Melaka, diaorang panggil ko Lahabau, lahanat amacam………

Anonymous
Anonymous
14 October 2015 6:12 am
Reply to  Anonymous

Well said bro.

Anonymous
Anonymous
14 October 2015 9:14 am
Reply to  Anonymous

Orang jual kerepak 20 tahun dari tepi jalan sampai ada kilang, orang tak persoalkan tetapi apabila seorang pejuang Islam dalam keadaan ahli nya sendiri yang masih ramai memerlukan bantuan dari segi pendidikan dan modal untuk berniaga tetapi dia sendiri pakai hellfire itu yang orang hairan dan persoalkan.

Rosmah isteri PM pun orang persoalkan sehingga dia cakap yang dia menabung dari kecil !!

Anonymous
Anonymous
14 October 2015 3:26 pm
Reply to  Anonymous

Agaknya yang kata broker, barua tu; broker, barua tu dah kembali pada diri batang tubuh sendiri kot.
Yang kata lahabau, lahanat; begitu juga lah.
Kesian

Anonymous
Anonymous
14 October 2015 1:37 am

Pukimak same feather, fly together.

Pakai serban menyamar Islam.. tapi asabiyah cam lahanat. Yg sekor tu dah terang lagi bersuluh asabiyahnya.

Anonymous
Anonymous
14 October 2015 2:20 am
Reply to  Anonymous

Duan-dua ekor malaon ni barua Umngok. Hadi kata umngok kafir, brahim kata umngok bangsat, Tapi yang senearnya Hadi dan Brahim dua-dua kafir sebab sudah jadi barua banjing Umngok.Tak caya buka kitab "Amanat Haji Hadi, tahun 1980". Kami belum lagi mati.

Anonymous
Anonymous
14 October 2015 2:40 am
Reply to  Anonymous

'Orang kalau nak lemas, najis opun dia capai!'

Anonymous
Anonymous
14 October 2015 3:34 am
Reply to  Anonymous

Hadi tengah pening pil kuda kut??? Dia sebenarnya sangka dia peluk Azmin…tapi tak perasan pi peluk Ibrahim katak.

Seperti 'katak' yang bolih survive didarat dan didalam air, jalur politik Berahim pun serupa. Dia bolih survive mana2 dan bolih jadikan dirinya politically relevant pada bila2 masa. Tulah hebatnya Brahim 'katak'.