Month: June 2018

DUA KENYATAAN MELEGAKAN…..

Selepas Tun Mahathir Mohamad berkata beliau akan kekal sebagai Perdana Menteri selagi rakyat memerlukan khidmatnya, Anwar Ibrahim yang dinamakan sebagai penggantinya pula tampil menyatakan bahawa tiada tempoh masa baginya untuk mengambil alih kedudukan itu. Kedua-dua kenyataan ini tentu saja memberi kelegaan kepada kita semua. Bermakna, antara Tun Mahathir dan Anwar seperti sudah ada persefahaman bahawa […]

ZAHID HAMIDI SEMAKIN TIDAK DIPERLUKAN, TAPI BUANG MASA & DUIT SAJA KU LI JADI PRESIDEN UMNO

Suara penolakan terhadap Zahid Hamidi untuk menerajui UMNO semakin kuat kedengaran sejak kebelakangan ini. Secara asasnya, bekas Timbalan Perdana Menteri itu langsung tidak diyakini mampu mencipta keajaiban dan membawa UMNO kepada kemenangan dalam PRU15 yang akan diadakan lima tahun akan datang. Malah dengan keputusan Hishammuddin Hussein tidak bertanding sebarang jawatan pada pemilihan UMNO 30 Jun nanti, kelibat […]

RAKYAT AKAN LEBIH SAYANG JIKA PERBELANJAAN RAJA DAPAT DIBENTANG DI PARLIMEN

Di mana salahnya apabila blogger A Kadir Jasin mendedahkan tentang perbelanjaan sebanyak RM256.9 juta bagi seorang Raja untuk tempoh selama 16 bulan? Adakah mendedahkan jumlah perbelanjaan itu mewajarkan beliau disiasat polis kerana dianggap menghina dan menghasut kebencian rakyat terhadap Raja-Raja Melayu? Salah dan silapnya – jika ada – tidak lain ialah kerana kerajaan BN selama […]

DUDUK DIAM-DIAM ADALAH LEBIH BAIK BUAT NAJIB…

Kebelakangan ini Najib Razak terlihat sangat aktif dalam memberi respon terhadap beberapa perkara yang dibangkit, diputus atau didedahkan oleh kerajaan baru Pakatan Harapan. Setiap kali sesuatu perkara itu diambil tindakan, barangkali kerana beliau ketika ini ada banyak masa sejak tidak lagi bergelar Perdana Menteri dan tidak boleh pula untuk ke luar negara, beliau dengan pantas […]

UMNO SUDAH MULA LESU…..

Tanda-tanda riwayat UMNO akan berakhir dan ia tidak mampu bertahan tanpa dibantu kuasa wang, nyata semakin terserlah sekarang  ini. Cukup sebulan sejak UMNO yang merupakan tunjang BN kehilangan kuasanya pada pilihanraya 9 Mei lalu, aktiviti UMNO sepanjang Ramadan ini boleh dikatakan terhenti sama sekali. Jika sebelum ini, bulan Ramadan merupakan bulan yang sibuk bagi pemimpin […]

APA ZAHID HAMIDI MAHU JUMPA TUN MAHATHIR?

Pagi tadi, bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga Pemangku Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi mengunjungi Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad di pejabatnya di Putrajaya. Ini bermakna Zahid Hamidi menjadi pemimpin ketiga pembangkang yang datang bertemu Tun Mahathir selepas Pakatan Harapan berjaya menumbangkan BN dalam pilihanraya 9 Mei lalu. Sebelum ini Presiden Pas, Hadi Awang bersama […]

TUN MAHATHIR MULA "PASANG PAGAR", BN AKAN SEMAKIN SUKAR UNTUK BERKUASA SEMULA

Di sebalik rayuan Pemangku Presiden UMNO, Zahid Hamidi dan ketegasan Pakatan Harapan Sarawak menolak sebarang bentuk kerjasama dengan PBB, Abang Johari Abang Haji Openg akhirnya tetap dengan keputusan membawa parti itu keluar meninggalkan BN. Tindakan Presiden PBB ini hanya selangkah saja lagi untuk beliau membawa PBB bekerjasama secara rasmi dengan kerajaan Pusat pimpinan Tun Mahathir […]

JAMINAN YANG MELEGAKAN…..

Hari ini adalah hari pertama Peguam Negara yang baru, Tommy Thomas memulakan tugas dan memasuki pejabatnya. Di sebalik kontroversi perlantikannya yang sudah pun reda ketika ini, ikrar beliau untuk menjadikan pengurusan prosiding jenayah terhadap dakwaan salah laku jenayah dalam skandal 1MDB sebagai keutamaannya, sudah tentu menambah kelegaan buat kita semua. “Semua sama di sisi undang-undang […]

ROSMAH TERUS MELAKAR SEJARAH….

Rosmah Mansor semalam disiasat SPRM selama 5 jam berkaitan SRC International, anak syarikat 1MDB yang kemudian diletakkan di bawah Kementerian Kewangan berhubung siasatan atas dakwaan pernah menyalurkan dana berjumlah RM42 juta ke akaun peribadi suaminya, bekas Perdana Menteri Najib Razak. Ini adalah kali pertama dalam sejarah negara di mana isteri seorang bekas Perdana Menteri disiasat […]

ANWAR TAK PERLU CEPAT JADI AHLI PARLIMEN, LAGI SETAHUN ATAU SETAHUN SETENGAH PALING MUNASABAH

Dalam perkembangan yang dilihat akan terus menghangatkan spekulasi mengenai hubungannya dengan Tun Mahathir Mohamad, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menyatakan beliau akan kembali menjadi Ahli Parlimen dalam tempoh beberapa bulan akan datang. “Saya akan cepatkan proses untuk jadi Ahli Parlimen, tetapi tidaklah segera,” katanya. Jelas Anwar lagi, beliau mempunyai beberapa jadual di luar negara selepas […]

MENGHORMATI PILIHAN RAKYAT

Pertama, negara kita adalah mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang meletakkan Yang Dipertuan Agong harus bertindak mengikut nasihat daripada Perdana Menteri. Dalam kes perlantikan Tommy Thomas sebagai calon Peguam Negara, pilihan kerajaan itu sebenarnya hendaklah dihormati dan diterima kerana ia merupakan cadangan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri. Kedua, Pakatan Harapan baru saja memenangi pilihanraya umum yang […]

KENAPA NEGERI YANG KALAH MELEBIH-LEBIH?

Mula-mula Kelantan, kini Terengganu pula menuntut jawatan menteri. Tuntut dan menuntut ini sebenarnya adalah suatu perkembangan yang tidak sihat kerana perlantikan menteri tidaklah berasaskan kouta negeri, tapi lebih bersandarkan kelayakan seseorang yang mahu dilantik itu. Jika negeri yang kalah mula membuat tuntutan, bagaimana kiranya negeri atau parti yang menang banyak kerusi juga menuntut bahawa mereka […]

KERAJAAN BARU INI JANGAN BERLENGAH LAGI MEMBUKA SEMULA KES ALTANTUYA

Selepas kejayaan Pakatan Harapan mengalahkan BN, antara perkara yang menjadi desakan banyak pihak ialah agar membicarakan semula kes pembunuhan Altantuya yang selama ini dianggap masih ada misterinya yang belum terungkai. Selain 1MDB, kes Altantuya merupakan tuntutan kedua paling banyak diperkatakan dan diberikan desakan ramai. Secara kebetulan kedua-dua kes ini melibatkan Najib Razak, baik secara langsung […]

UMNO SELEPAS INI TETAP DIBAYANGI WAJAH NAJIB…..

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang sebelum ini dispekulasikan akan  bertanding jawatan Presiden atau Timbalan Presiden, akhirnya memutuskan hanya bertanding jawatan Naib Presiden UMNO saja. Bermakna, beliau menyertai beberapa nama lagi yang turut memutuskan mahu mengisi jawatan nombor tiga dalam hireaki parti, antaranya Johari Ghani, Tajuddin Abdul Rahman, Ismail Sabri Yaakob dan beberapa nama yang […]

HENTIKAN POLITIK DENDAM, MAHFUZ TEGUR PAS KELANTAN

1. Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhamad menafikan beliau berkata arahan untuk menghalang Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Husam Musa dan Pengerusi Amanah Negeri, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah daripada memasuki istana dan premis kerajaan negeri datang dari pihak istana. Sebaliknya, beliau menjelaskan arahan itu diterima daripada ‘pihak atasan’. 2. Beliau tidak pula […]

INGATAN YANG SUDAH TERLAMBAT…SIAPA LEBIH BANYAK MENJARAH DANA KEKAYAAN NEGARA?

Berikutan kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa yang menyaksikan rizab tunai Petronas meningkat sebanyak RM36.5 bilion kepada RM164.7 bilion berbanding RM128.2 bilion pada penghujung tahun 2017, Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad diperingatkan agar tidak menjarah hasil minyak negara sekarang ini. “Saya mohon kerajaan baru ini akan terus memberi ruang dan modal yang cukup besar kepada […]