Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

MENGHORMATI PILIHAN RAKYAT

Pertama, negara kita adalah mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang meletakkan Yang Dipertuan Agong harus bertindak mengikut nasihat daripada Perdana Menteri.

Dalam kes perlantikan Tommy Thomas sebagai calon Peguam Negara, pilihan kerajaan itu sebenarnya hendaklah dihormati dan diterima kerana ia merupakan cadangan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri.

Kedua, Pakatan Harapan baru saja memenangi pilihanraya umum yang bermakna kemenangan itu adalah berdasarkan pilihan majoriti rakyat.

Oleh kerana rakyat sudah memberi kemenangan kepada Pakatan Harapan, bermakna calon Peguam Negara yang dinamakan oleh kerajaan kepada Yang Dipertuan Agong adalah juga bermaksud ia merupakan pilihan yang ada mandat rakyat bersama-sama dengannya.

Sehingga Pakatan Harapan menguasai kerajaan, pihak-pihak lain, termasuk UMNO yang cuba memainkan isu kaum dan agama di sebalik perlantikan itu, langsung tidak lagi relevan.

Mereka hanya boleh memainkan isu ini untuk meraih sokongan politik semata-mata, tetapi selagi rakyat terus memberi sokongan atau jika dalam pilihanraya seterusnya, Pakatan Harapan terus meraih mandat rakyat, ia juga hendaklah diterima dengan lapang dada oleh sesiapa pun juga.

Ketiga, jika pencalonan Tommy Thomas tidak dipersetujui kerana kedudukannya sebagai bukan Melayu dan bukan Islam, bagaimana sebelum ini mereka yang bukan Melayu dan bukan Islam boleh memegang jawatan tersebut?

Peguam Negara bukan Melayu dan bukan Islam sebelum ini ialah Thomas Vernor Alexander Brodie (1955-1959), Cecil M Sheridan (1959-1963) dan Athinanapan (1970-1974).

Hanya selepas itu, semua Peguam Negara adalah terdiri daripada Melayu yang beragama Islam.

Jadi, seperti pandangan banyak pihak yang lain, pemilihan Tommy Thomas yang dipersetujui oleh semua parti dalam Pakatan Harapan tidak seharusnya menjadi masalah dan terus berlarutan menjadi polemik.

Ia harus segera ditamatkan supaya negara boleh terus bergerak ke hadapan tanpa banyak halangan. (ShahbudinHusin 04/06/2018)

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

67 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
67
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x