Month: June 2018

PENJELASAN KHAIRUDDIN TENTANG DAKWAAN ZAHID HAMIDI BAHAWA TUN M YANG JEMPUTNYA BERTEMU, BUKAN BELIAU MAHU BERJUMPA PERDANA MENTERI

ZAHID HAMIDI KAKI PENIPU!! DIA YANG MERAYU NAK JUMPA TUN DR MAHATHIR MOHAMAD!! SAYA YANG BAWA BELIAU JUMPA PERDANA MENTERI!! BUKAN PERDANA MENTERI JEMPUT BELIAU!! Zahid hamidi ini semacam ‘iblis’ bertopengkan manusia!! Dia kaki penipu dan kaki pembelit!! Setiap tutur katanya kini penuh dengan pendustaan!! Sebenarnya zahid hamidi yang merayu nak berjumpa dengan tun dr […]

DEBAT PRESIDEN UMNO – KJ SUDAH SETUJU, ZAHID HAMIDI BILA LAGI?

Semalam, Tengku Razaleigh Hamzah mengemukakan cabaran berdebat kepada dua pesaingnya, Zahid Hamidi dan Khairy Jamaluddin menjelang pemilihan Presiden UMNO pada 30 Jun depan. Kalau saya sanggup membuat apa saja penjelasan kepada sebarang pertanyaan, yang lain-lain juga sepatutnya sedia membuat penjelasan yang sama, kata beliau dalam satu temubual dengan sebuah stesen televisyen. Sehubungan itu, Tengku Razaleigh […]

PH MESTI TERUS BONGKAR SKANDAL2 BN

Teguran Anwar Ibrahim terhadap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng agar tidak terus mendedahkan skandal serta salah laku kerajaan BN terdahulu dengan alasan akan menjejaskan sentimen pelabur, dengan jelas memperlihatkan Ketua Umum PKR itu melakukan satu lagi kesilapan dalam langkah politiknya. Setelah sebelum ini beliau dilihat tergesa-gesa untuk kembali ke arena politik selepas dibebaskan daripada penjara […]

WAKTU BERKEMPEN TERLALU SINGKAT, UMNO PATUT ANJUR DEBAT TERBUKA

Waktu berkempen bagi pemilihan pucuk pimpinan UMNO kali ini boleh dikata agak singkat dan pasti menyukarkan calon-calon yang bertanding untuk menjelajah ke negeri-negeri dan bahagian-bahagian untuk bertemu perwakilan. Dengan tarikh tutup pencalonan pada 17 Jun lalu, manakala hari pengundian pada 30 Jun, bermakna waktu berkempen hanya ada kira-kira 12 hari saja. Dengan itu, sudah tentu calon-calon […]

BENARKAH POLITIK WANG MASIH WUJUD MESKIPUN UMNO TIDAK LAGI BERKUASA?

UMNO dan wang barangkali sudah terlalu sukar untuk dipisahkan, biar pun parti itu tidak lagi mempunyai kuasa sebagai kerajaan ketika ini. Menjelang pemilihan pucuk pimpinan UMNO pada 30 Jun depan, sekarang ini sudah pun terdengar desas-desus tentang adanya calon yang menggunakan kuasa wang untuk memenangi pertandingan. Seorang calon yang bertanding jawatan tertinggi UMNO dipercayai  mula […]

HANYA KU LI TIADA BEBAN BAGASI, ZAHID HAMIDI ATAU KJ MASING2 ADA MASALAH TERSENDIRI

Walaupun ada tujuh orang yang dilaporkan telah menghantar borang pencalonan untuk bertanding jawatan Presiden UMNO pada pemilihan 30 Jun depan, persaingan sebenar adalah antara tiga calon saja. Mereka ialah Zahid Hamidi, Tengku Razaleigh Hamzah dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Empat lagi calon yang turut menghantar borang pencalonan tidak lebih sekadar suka-suka saja berbuat demikian dan […]

EHH…EHH…SOMBONGNYA!!

Unit Komunikasi Strategik UMNO menasihatkan pihak lain selain ahli UMNO agar tidak mencampuri urusan pemilihan pucuk pimpinan parti itu yang akan berlangsung pada 30 Jun ini. Ehh..ehh…sombongnya!! Pertama, siapa ketua kepada unit tersebut dan sejak bila ia wujud? Kenapa sebelum ini tidak pernah kedengaran wujudnya Unit Komunikasi Strategik UMNO? Adakah unit ini hanya diwujudkan setelah […]

TIGA PENJURU – SIAPA MENANG, SIAPA KECUNDANG?

Pertandingan merebut jawatan Presiden UMNO pada pemilihan 30 Jun ini bakal menyaksikan persaingan tiga penjuru apabila Khairy Jamaluddin mengesahkan penyertaannya di saat-saat akhir, hari ini. Ini bermakna Zahid Hamidi yang memangku jawatan Presiden UMNO akan dicabar oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan juga Khairy Jamaluddin. Dengan pertandingan tiga penjuru yang menyamai apa yang berlaku seperti dalam PRU14 baru-baru, […]

APAKAH ZAHID HAMIDI AKAN MENEMUI TUN MAHATHIR SEKALI LAGI?

Tidak lama selepas kalahnya BN dan Zahid Hamidi dilantik sebagai Pemangku Presiden UMNO, beliau telah mengambil inisiatif menemui Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad. Menurut Tun Mahathir, Zahid Hamidi menemuinya untuk meminta nasihat berhubung apa yang berlaku kepada UMNO sehingga parti itu ditolak dalam pilihanraya yang lalu. “Dia nak tahu macam mana nak uruskan UMNO. Jadi, […]

BERI PELUANG KEPADA KU LI, MEMILIH ZAHID HAMIDI JADI PRESIDEN SEPERTI UMNO MEMILIH "JALAN MATI"

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah kini sah bertanding mencabar Zahid Hamidi bagi jawatan Presiden UMNO. Kesediaan beliau bertanding merupakan peluang terbaik untuk UMNO memulihkan imejnya dan memberi harapan memenangi PRU15 akan datang. Kali terakhir UMNO membenarkan pertandingan bagi jawatan Presiden UMNO ialah pada 1987 di mana ketika itu Ku Li bertanding menentang Tun […]

PENULIS YANG MEMUJI-MUJI ZAHID HAMIDI MUNGKIN ZAHID HAMIDI SENDIRI

Menjelang 17 Jun ini di mana ia merupakan tarikh akhir untuk mendaftarkan diri bagi merebut jawatan MT UMNO dan pemilihan akan diadakan pada 30 Jun, Tengku Razaleigh Hamzah dilihat mula menunjukkan kesungguhan untuk bertanding jawatan Presiden UMNO. Jika akhirnya Ku Li mendaftarkan dirinya untuk bertanding jawatan tersebut, bermakna beliau akan berhadapan dengan Pemangku Presiden UMNO, […]

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin  kepada seluruh pembaca dan penjenguk blog ini tidak kira di mana juga berada. Kepada yang beragama Islam, sambut dan raikanlah Hari Raya ini dengan rasa gembira sebagai tanda kemenangan setelah sebulan melakukan ibadah puasa. Kepada yang bukan beragama Islam, sama-samalah juga meraikannya dalam konteks persahabatan dan masyarakat berbilang […]

NAJIB SALAH, APA YANG BERLAKU KEPADA UMNO KINI ADALAH BALA TUHAN, BUKANNYA UJIAN

Apabila Najib Razak menyifatkan apa yang berlaku kepada UMNO ketika ini sebagai ujian dan menuntut semua anggota parti meneruskan perjuangan, walaupun sedang berhadapan dengan ujian getir, beliau sebenarnya telah memberi tafsiran yang salah dan mengelirukan. Kedudukan UMNO ketika ini – jika diteliti – bukanlah suatu ujian, tetapi merupakan bala yang berpunca daripada kepimpinan Najib yang […]

MENGAPA LETAK JAWATAN?

Pengerusi SPR, Hashim Abdullah dilapor memendekkan tempoh perkhidmatannya di badan pengendali pilihanraya itu dengan tarikh terakhirnya berkhidmat ialah 1 Julai depan. Beliau mula dilantik sebagai Pengerusi SPR pada Januari 2016. Kenapa Hashim letak jawatan lebih awal? Selepas pilihanraya pada 5 Mei lalu yang menyaksikan Pakatan Harapan berjaya menumbangkan BN, Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menegaskan, kerajaan akan […]

CEPATNYA BUAT PUSINGAN U?

Sebelum PRU 14 – Ibrahim Abu Shah berkata, negara ini akan hancur hanya dalam tempoh dua tahun jika pentadbiran negara diambil alih oleh Pakatan Harapan. “Tengok  manifetso mereka sudah cukup,  banyak perkara yang bercanggah dan hanya berkaitan dengan kepentingan perubadi. “Apa tujuan mereka nak jatuhkan Najib Razak. Bukankah ia lebih bersifat personal, dendam dan marah,” […]

BERAPA BANYAK NAJIB ADA RUMAH UNTUK MENYIMPAN HASIL CURI 1MDB? BAGAIMANA DENGAN DI LUAR NEGARA?

Dalam langkah yang memberi satu lagi kejutan kepada rakyat Malaysia, sebuah banglo yang dikaitkan dengan Najib Razak di Presint 10, Putrajaya telah diserbu dan digeledah oleh pihak polis semalam. Dalam penggeledahan ke atas banglo yang dikenali sebagai “rumah selamat”  itu, puluhan barangan berjenama yang diisi dalam dua kotak besar telah dirampas oleh Unit Siasatan Jenayah […]

APAKAH NAJIB BENAR2 YAKIN TIDAK BERSALAH?

Wahhh…bukan main tinggi lagi keyakinan Najib Razak kononnya beliau tidak bersalah dalam siasatan kes 1MDB yang sedang dihadapinya!! Apakah sandaran Najib kepada keyakinannya itu? Adakah beliau benar-benar yakin tidak bersalah atau sekadar untuk memujuk hatinya sendiri? Bolehkah kenyataan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad semalam yang menyatakan kerajaan perlu mendapatkan bukti kukuh terlebih dahulu sebelum mendakwa […]