JIKA MB PERLIS RASA MEMANG BELIAU ADA BUAT SALAH, ELOKLAH SEGERA LETAK JAWATAN

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dilaporkan sudah selesai memberi keterangan kepada SPRM dan telah pun dibenarkan pulang.

Beliau dipanggil ke pejabat SPRM di Putrajaya pagi tadi iaitu hanya sehari selepas sebuah laporan berdasarkan sumber agensi tersebut mendedahkan seorang pemimpin kanan di negeri utara tanah air sedang disiasat berkaitan kes rasuah.

Sumber SPRM memberitahu, pemimpin yang tidak dinamakan itu disyaki melantik beberapa syarikat yang dipercayai mempunyai kepentingan dengannya bagi projek pembekalan kerajaan dianggar bernilai RM300,000.

Perbuatan itu dilakukan dari Januari 2023 hingga Mac 2024 lalu.

“Pemimpin itu juga disyaki melantik beberapa syarikat bagi kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan jalan yang melibatkan peruntukan Pejabat Menteri Besar kira-kira RM1 juta yang dipercayai mempunyai kepentingan dengan anak pemimpin berkenaan.

“Projek berkenaan dipercayai dimonopoli oleh anak pemimpin terbabit dengan menggunakan beberapa lesen syarikat-syarikat di bawah kawalannya.

β€œSyarikat-syarikat itu turut disyaki mengemukakan dokumen yang mempunyai butiran palsu bagi kerja-kerja terbabit selain diberikan komisyen kira-kira lima peratus daripada nilai projek.

β€œAntara kerja-kerja yang dilakukan adalah melibatkan pembekalan air mineral serta pembekalan hamper dan cenderahati,” kata sumber itu lagi.

Sebelum ini pada 24 April lalu, anak Mohd Shukri adalah antara enam individu yang direman SPRM bagi membantu siasatan dalam kes pemalsuan dokumen tuntutan palsu berjumlah RM600,000.

Dikatakan turut direman ialah pegawai kanan di pejabat Menteri Besar Perlis.

“Suspek yang ditahan berusia antara 27 hingga 37 tahun itu dikehendaki bagi membantu siasatan berkaitan pelaksanaan projek pembangunan prasarana seperti membaik-pulih, menyelenggara, perbekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022.

β€œSiasatan dipercayai juga menjurus kepada tuntutan palsu terhadap kerja yang tidak dilaksanakan.

“Suspek yang ditahan itu dipercayai berperanan sebagai pemilik syarikat, kontraktor dan penjawat awam di Pejabat Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pejabat Menteri Besar Perlis,” kata sumber yang mengetahui mengenai penahanan tersebut.

Dalam keseluruhan kes ini yang kini menjadi perbualan di seluruh negara, selain ia amat mengejutkan kerana Mohd Shukri belum pun setahun setengah memegang jawatan Menteri Besar, hanya dirinya juga yang tahu sama ada beliau dan anaknya terlibat dalam kes yang sedang disiasat SPRM itu atau sebaliknya.

SPRM sudah pasti sedang mengumpul bukti dan keterangan untuk proses pendakwaan di mahkamah dalam waktu terdekat ini kiranya sudah cukup bukti untuk mereka berbuat demikian.

Tetapi, sebagai pemimpin politik sebuah parti Islam yang seharusnya mereka paling jauh daripada terjerumus dengan kes-kes sakau seperti ini, tambahan lagi anak Mohd Shukri itu juga dikatakan adalah menantu kepada Presiden Pas, Hadi Awang, tindakan awalan yang terpuji haruslah dilakukan dengan kadar segera.

Tindakan terpuji itu tidak lain ialah Mohd Shukri mesti secara sukarela melepaskan jawatannya jika benar beliau terlibat dalam salah guna kuasa sepertimana yang sedang disiasat SPRM itu.

Jangan tunggu diheret ke mahkamah untuk berbuat demikian, tanya diri sendiri ketika di atas tikar sembahyang.

Beliau dalam hal ini mesti jujur kepada dirinya, jujur kepada partinya, jujur kepada rakyat dan jujur kepada Tuhan. – ShahbudinHusin 30April2024.

1 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 30 April 2024 — 3:19 pm
Subscribe
Notify of
guest

16 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
1 May 2024 1:57 pm

PAK HASSAN KARIM HADIR DI MAHKAMAH JOHOR BHARU SOKONG CGU BARDπŸ˜…

https://youtu.be/59luMEV87FU?si=IF7ek2TegPv5hucD

PAK HASSAN TIDAK ADA SEGAN SILU UNTUK BERSAMA PIHAK YG BENAR, SELARI DGN FIRMAN ALLAH DLM AL-QURAN SURAH AL-BAQARAH AYAT 42:πŸ˜‚
_____________________________________________________
ΩˆΩŽΩ„ΩŽΨ§ ΨͺΩŽΩ„Ϋ‘Ψ¨ΩΨ³ΩΩˆΨ§Ω’ Ω±Ω„Ϋ‘Ψ­ΩŽΩ‚Ω‘ΩŽ Ψ¨ΩΩ±Ω„Ϋ‘Ψ¨ΩŽΩ€Ω°Ψ·ΩΩ„Ω وَΨͺΩŽΩƒΫ‘ΨͺΩΩ…ΩΩˆΨ§Ω’ Ω±Ω„Ϋ‘Ψ­ΩŽΩ‚Ω‘ΩŽ ΩˆΩŽΨ£ΩŽΩ†Ψͺُمۑ ΨͺΩŽΨΉΫ‘Ω„ΩŽΩ…ΩΩˆΩ†ΩŽ (ο»ΏΩ€Ω’ο»Ώ)

Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya. (42) 
_____________________________________________________
HA HA HA.. MMG HEBAT & TERBAIKLAH PAK HASSAN…🀣

πŸ˜€ πŸ˜ƒ πŸ˜„ πŸ˜† πŸ˜… πŸ˜‚ 🀣
KAH KAH KAH KAH

142177
Anonymous
Anonymous
1 May 2024 2:05 pm
Reply to  Anonymous

BAGI PAK HASSAN, KEBENARAN MESTI DITEGAKKAN TANPA TERIKAT DGN IDEOLOGI POLITIK, MANAKALA PERINTAH ALLAH MENJADI TONGGAK PEGANGAN…πŸ˜…

LAIN PULA CERITA DGN PAK BUDIN, UPAH MENJADI TONGGAK PEGANGAN..πŸ˜‚

HA HA HA.. MASYUUK TEBAL KALU, TIBAI PN.. TAPI, MASYUUK NIPIS KALU, BALUN PH…🀣

πŸ˜€ πŸ˜ƒ πŸ˜„ πŸ˜† πŸ˜… πŸ˜‚ 🀣
KAH KAH KAH KAH

135081
Azizan
Azizan
1 May 2024 1:55 pm

Kita tunggu dan lihat perkembangan siasatan terlebih dahulu… seseorang yg dituduh,,tidak semestinya bersalah dgn pertuduhan tersebut sehinggalah dibuktikan kedalahan. PN sudah tentu mendakwa ini “penganiayaan politik”… sebagaimana PH berkata sedemikian kepada BN apabila setiap kali pimpinan PH diambil tindakan, termasuk pmx pun. Tak perlulah nak suruh org letak jwtn atas alasan integriti ka apa ka…lagi tak terbukti bersalah,,maka yg dituduh adalah tidak bersalah. Jgn jd macam sikap sesetengah pimpinan pas satu ketika dahulu…pimpinan BN silap sikit ja terus suruh letak jwtn. Kebulor nak jd kerajaan masa tu….la pun sama ja lah.

Anonymous
Anonymous
1 May 2024 11:36 am

PEMILIK MUSANG KING RAUB DIANGGAP PENCEROBOH – MAHKAMAHπŸ˜…

https://youtu.be/-LqH5l7XEyc?si=V9TffPywx4Ten9O3
_____________________________________________________
PUAKΒ² BAK KUT TEH YG MENCEROBOH TANAH RIZAB HUTAN SIMPAN ITU MEMPROTES KEPUTUSAN MAHKAMAH..πŸ˜‚

HA HA HA.. AWAT DEPA TAK CALL TERUS MINTA TOLONG PMX MCM SORANG NYONYA BUAT MASA TOKONG DIA NAK DIROBOH TU…?🀣

πŸ˜€ πŸ˜ƒ πŸ˜„ πŸ˜† πŸ˜… πŸ˜‚ 🀣
KAH KAH KAH KAH

135079
Anonymous
Anonymous
1 May 2024 11:37 am
Reply to  Anonymous

BUAT LER MCM NYONYA TU BUAT:πŸ˜…

https://youtu.be/2FiOAyvNiqc?si=NVrVp4lc3ogsleNT
_____________________________________________________
“KALAU YOU LOBOH, SAYA SIKALANG JUGA TELEFON PERDANA MENTELI.. YOU BAGI SAYA 5 MINIT SAYA MAU CALL PERDANA MENTELI SIKALANG..”πŸ˜‚

HA HA HA.. CALL JE PMX & TANYA:
“KENAPA MELAYU MAHU HINA CHINA DI MALAYSIA?”🀣

πŸ˜€ πŸ˜ƒ πŸ˜„ πŸ˜† πŸ˜… πŸ˜‚ 🀣
KAH KAH KAH KAH

1000063885
Anonymous
Anonymous
1 May 2024 12:14 pm
Reply to  Anonymous

SEORANG NYONYA CHINA MENGELUARKAN KENYATAAN RACIST:
“MENGAPA MELAYU MAHU HINA CHINA DI MALAYSIA?”
…KERANA PBT MAHU ROBOH TOKONG YG DIA BINA DI ATAS TANAH RIZAB JALAN.πŸ˜‚

KENYATAAN NYONYA ITU MEMBERI TANGGAPAN KPD MASYARAKAT CHINA BAHAWA APAΒ² TINDAKAN KERAJAAN TERHADAP ORGΒ² BERBANGSA CHINA MERUPAKAN KEGIATAN “MELAYU MENGHINA CHINA”.😒

TIDAKKAH ITU KENYATAAN “3R”? ADAKAH NYONYA ITU DITANGKAP?🀣

πŸ˜€ πŸ˜ƒ πŸ˜„ πŸ˜† πŸ˜… πŸ˜‚ 🀣
KAH KAH KAH KAH

135739
Anonymous
Anonymous
1 May 2024 12:21 pm
Reply to  Anonymous

KENYATAAN NYONYA ITU JUGA MEMBAWA GAMBARAN KPD RAKYAT BAHAWA, APAΒ² MASALAH ORGΒ² CHINA BERKAITAN TINDAKAN UNDANGΒ² DI MALAYSIA BOLEH DISELESAIKAN DGN MUDAH DGN CARA MENELEFON TERUS KPD PMX.πŸ˜…

ADAKAH NYONYA ITU MEMBUAT FITNAH TERHADAP PMX? JIKA FITNAH, ADAKAH DIA DITANGKAP MCM CIKGU BARD TU?πŸ˜‚

HA HA HA.. ATAU PUN MMG NYA KENYATAAN NYONYA ITU ADALAH BENAR? TANYA JER…🀣

πŸ˜€ πŸ˜ƒ πŸ˜„ πŸ˜† πŸ˜… πŸ˜‚ 🀣
KAH KAH KAH KAH

132146
Anonymous
Anonymous
1 May 2024 4:49 am

CIKGU BARD DITANGKAP KERANA BERITA BLOOMBERG
ο»Ώ
https://youtube.com/shorts/JaZ7jAqA-9Y?si=ZaVx4MO796B3IFMk
_____________________________________________________
DITANGKAP DGN DIGARI SEOLAH-OLAH DIA BUNUH ORANG ATAU MAFIA DADAH ATAU PEROMPAK BERSENJATA? WAL HAL DIA HANYA ULAS BERITA YG DIKELUARKAN OLEH BLOOMBERGβ€¦πŸ˜’

ADA DEKAT 1000 KOMEN DLM VIDEO INI. BOLEH DIKATAKAN SEMUA KOMENΒ² ITU MEMBALUN REJIM MADANON ZALIM & JUGA PMXβ€¦πŸ˜‚

HA HA HA.. PENYET LUNYAI PMX KENA LANYAK GANYANG DGN RAKYATβ€¦πŸ€£

πŸ˜€ πŸ˜ƒ πŸ˜„ πŸ˜† πŸ˜… πŸ˜‚ 🀣
KAH KAH KAH KAH

138778
Anonymous
Anonymous
1 May 2024 4:22 am

HA HA..KETUL TAHI KENAPA DIANGGAP INTAN?🀣 πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… Alahai lah Bg Budin penulis upahan Rejim Pakatan MB Perlis baru disiasat & blm pun lagi ada sabitan KesΒ² Wak Sakau naper takda pun timbul kekalutan? 47 kes prima facie naper tak mintak letak jawatan? πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ‘Ž πŸ‘Ž πŸ‘Ž πŸ‘Ž πŸ‘Ž πŸ‘Ž πŸ‘Ž πŸ‘Ž πŸ‘Ž πŸ‘Ž πŸ‘Ž πŸ‘Ž πŸ‘Ž πŸ‘Ž πŸ‘Ž πŸ‘Ž Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhhh 🀣 🀣 🀣 🀣 🀣 🀣… Read more »

133610
Anonymous
Anonymous
30 April 2024 9:10 pm

MAHARAJA LAWAK MEGA OLEH MAT MASLANπŸ˜…

https://youtube.com/shorts/r_bOc-EuKf8?si=VyGowIGSETecXhpJ
_____________________________________________________
MAT MASLAN KATA:
DI KKB PENDUDUK MELAYU ADA 51% DAN BUKAN MELAYU ADA 49%. MAKA, TAK ADIL LAH PN MELETAK CALON MELAYU KAT SITU“πŸ˜‚

HA HA HA.. DAH SEWEL TERUK MAT MASLAN NI SEJAK COMULUT DGN DAPigs…🀣

πŸ˜€ πŸ˜ƒ πŸ˜„ πŸ˜† πŸ˜… πŸ˜‚ 🀣
KAH KAH KAH KAH

134924
Anonymous
Anonymous
30 April 2024 8:41 pm

PARTΔ° GELAKAN DARI SEKOLAH VERNAKULAR JENIS KEBANGSAAN CINA BEDAL MAT SAGON PASIR MAS SURUH LEBIH MATANG POLΔ°TΔ°K. MASAALAH MAT SAGON BAGI BOLA TANGGUNG KERANA GULAI KAWAH HADΔ° DALAM PN PUN ADA DAGING BABI GELAKAN. MAT SAGON DOK HIRUP GULAI KAWAH Δ°NΔ° KERANA ANGAU GILA KUASA NAK GAJI BUTA, PANGKAT, VELFIRE DAN PELUANG SAKAW STYLE ABAH BERSATU. Henti β€˜main’ isu sekolah vernakular, sayap Bersekutu Bersatu tegur Fadhli Nora Mahpar – 30 Apr 2024, 08:00 PM Chong Fat Full berharap semua pihak termasuk Ahmad Fadhli Shaari menghentikan serangan membabitkan isu sekolah vernakular. PETALING JAYA: Ketua sayap Bersekutu Bersatu menegur Ketua Penerangan PAS… Read more »

Anonymous
Anonymous
30 April 2024 8:26 pm

Den ni raso macam polik lo jugo. Hapo ko jadah yg Pak Budin kalut sangat nak suruh montori bosar Perlis tu lotak jawatan. Dio baru dalam siasatan, bolum tobukti layi dio tu bosalah.

Yang Wak Jahid Ponorogo tu kono ompet puluh tujuh potuduhan rasuah, somuo ado bukti primo facie, konapo Pak Budin tak kalut pulo nak suruh lotak jawatan?

Pak Budin tontu ingat, orang-orang PH pun dulu minta Wak Jahid tu disumbat ko dalam ponjaro.

Anonymous
Anonymous
30 April 2024 8:27 pm
Reply to  Anonymous

Dalam posting yang lopaih den tobaco ado sorang mamat bukan main layi bopantun momuji Pak Budin, konon katonya Pak Budin ni ponogak kobonaran. Tapi ponogak kobonaran hapo ko bondo nya kalau boginilah sikap Pak Budin, “double standard”.

Den lobih nampak Pak Budin ni momiliki ciri sorang munapiq. Kalau orang pombangkang, satu duo kes kocik yang bolum ado bukti sahih pun Pak Budin suruh lotak jawatan tapi kalau orang korajaan ado bopuluh potuduhan yang ado primo facie pun Pak Budin anggap suci. Macam mano kiro ni Pak Budin?

Anonymous
Anonymous
30 April 2024 8:49 pm
Reply to  Anonymous

SALAM BRO ANON 8:26/8:27 PM,πŸ˜‚ HA HA..MUNAFIQ BG BUDIN DAH MULA KETARA🀣 πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… Mmg saya sgt bersetujulah dgn kataΒ² dari saudara Saya ni tergelak jer dgn Bg Budin punya sandiwara Wak dgn 47 kes prima facie tu apa pula kira bicara Bukan ke, orgΒ² PH minta Wak disumbat ke penjara? πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ‘Œ πŸ‘Œ πŸ‘Œ πŸ‘Œ πŸ‘Œ πŸ‘Œ πŸ‘Œ πŸ‘Œ πŸ‘Œ πŸ‘Œ πŸ‘Œ πŸ‘Œ πŸ‘Œ πŸ‘Œ πŸ‘Œ πŸ‘Œ Kah kaahh kaaahhhh… Read more »

133604
Cili
Cili
30 April 2024 3:34 pm

PANAS! MB Perlis ditahan SPRM | CheguBard didakwa lagi | Badan Peguam cabar pengampunan Najib

https://www.youtube.com/watch?v=uTqArIVJrAw

Anonymous
Anonymous
30 April 2024 7:01 pm
Reply to  Cili

Papagomo pun dah kena igat 3R.

Sekor lagi, Salim Todi yang cetuskan Langkah HIV pun dalam radar PDRM kes 3R.

Semua barua2 Atok masuk dalam dulu bagi rehat tunggu PRU16 2027.

Jadi Langkah nak guling PMX kena buat planning dalam Sg. Buloh atau Kajang. Tadak fon dan line internet. Main sabun je le.

Jenuh lah Loyar EE Atok, Rafique Rashid nak defend kes-kes ini tambah beban kes Aman Palestine Sakaw duit derma.