BAGUS SANUSI MINTA MAAF PADA ANWAR, TAPI JANGANLAH CELUPAR MENGATA LAGI LEPAS INI

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor dilaporkan memohon maaf di hadapan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan beberapa menteri kabinet yang hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani peringkat Kedah, semalam.

Sanusi berkata, permohonan maaf itu adalah bagi ucapan yang kurang sesuai yang pernah diucapkannya dalam konteks ‘hablumminannas’ (hubungan sesama manusia) selama beliau berkhidmat sebagai Menteri Besar Kedah dan atas kapasiti politiknya.

“Sebagai insan yang lemah, keterlanjuran dan kesilapan pastinya ada dalam diri kita masing-masing.

“Semoga pertemuan dalam bulan Syawal yang mulia ini akan menjadi asbab untuk kita mulakan lembaran baharu serta sama-sama melangkah dengan hati yang bersih, ikhlas dan bertanggungjawab,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya PN berkata, kepentingan rakyat harus mengatasi keghairahan untuk mengekalkan kuasa politik dan segala perkara yang bersifat politik sepatutnya hanya dibawa ke medan politik.

Alhamdulillah, bagus Sanusi ni, ringan mulutnya untuk meminta maaf.

Sebagai manusia dan dalam hubungan sesama manusia, memanglah kita tidak lepas daripada melakukan kesalahan.

Terutama ketika berucap di pentas politik, lantaran ghairah, seseorang itu kadang-kadang tidak sedar dan tidak dapat mengawal dirinya.

Sehubungan itu meminta maaf atas keterlanjuran kata-kata adalah sifat yang terpuji.

Meminta maaf bukan semestinya perlu dilakukan bila tiba Hari Raya saja, tetapi bila-bila masa, sebaik-baiknya sejurus kita sedar telah melakukan kesalahan.

Dalam konteks Sanusi, tindakannya meminta maaf memang harus dipuji kerana sebagai Menteri Besar, terutama ketika kempen PRU15 dan PRN Kedah yang lepas, beliau barangkali banyak mengungkapkan kata-kata yang tidak sesuai terhadap Anwar dan beberapa menteri.

Tambahan lagi, Sanusi ini seperti kita sedia maklum, beliau jenis “mulut lepas” sikit dan mudah saja mengata dalam bahasa yang tidak enak kepada musuh-musuh politiknya.

Selain Anwar, rasa-rasanya Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri adalah pemimpin paling banyak sekali dikatanya, ketika PRN Kedah yang lepas itu.

Berbanding pemimpin pembangkang lain, Sanusi bagaimanapun nampaknya tidak kekok untuk meminta maaf atas keterlanjuran kata-kata yang pernah dilafazkannya.

Sekali lagi, memang bagus dan terpuji sekali tindakan Sanusi ini, cuma lepas ni janganlah berlebih-lebih lagi mengata Anwar dan menteri-menteri kabinet yang sudah beliau minta maaf itu.

Terutama dalam kempen PRK Kuala Kubu Baru yang mana Sanusi setakat ini antara yang paling kerap turun padang dan dijangka banyak kali lagi akan turun berkempen, kawallah bahasa pengucapannya agar tidak terlalu celupar dan “bermulut lepas” seperti sebelum-sebelum ini.

Kalau masih mengata lagi dan terkeluar pula bahasa-bahasa tidak manis selepas ini, kata-kata maaf yang diucapkan semalam itu tidak ubah seperti jatuhnya air ke atas daun keladi saja.

Takkan Sanusi jenis begitu kot? – ShahbudinHusin 5Mei2024.

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 5 May 2024 — 7:37 am
Subscribe
Notify of
guest

5 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
5 May 2024 2:04 pm

Nah sudah disahkan bagus tanpa alasan lagi.

10A_20240430
Anonymous
Anonymous
5 May 2024 10:05 am

Anwar seorang yang berjiwa besar. Seorang pemaaf. Tidak berdendam. A very good leader. Mudah2an PAS boleh menilai beza antara permata dan kaca. Berilah sokongan padu pada Anwar menerajui negara. Bukan senang mendapat seorang pemimpin sehebat Anwar. Ketokohan Anwar memang diakui dunia.

Anonymous
Anonymous
5 May 2024 11:34 am
Reply to  Anonymous

Kebaikan mengatasi kejahatan.

Allah tunjuk kepada Atok Saka balasan hendak sekat rezeki orang lain selama berterusan 30 tahun tak berbaloi dan tak berkat.

Yang disekat tunjuk sikap grandiose dan kecermelangan berkerja tanpa onat dan rehat untuk kebajikan Rakyat dan Negara. Dibalas lagi hubungan baik dengan YDPA.

Yang menyekat seperti Atok dan barua2 monyot keluar masuk IJN atau Penjara terkedu lagi kena tunggu lagi 2027 PRU16 nak guling PMX dan Kerajaan.

Anonymous
Anonymous
5 May 2024 9:20 am

NI ORANG ADA AKHLAK.? DIA KUTUK ORANG ATAS BENDA YANG DIA TAK NAMPAK. QAZAF. LEPAS ITU BILA JUMPA PMX TUNDUK MACAM NGAN APA LAGI.. HANGPA LIHAT GAMBAR NI.. TU KATA DIA NI TAK MALU TAK PAYAH ROKET SAINS, DIA DAH TERSEPIT TANPA BANTUAN PUSAT SEMUA PROJEK GAGAL DAN MOHONG SATU PER SATU. INI MINTAK MAAF NAK MINTA LULUS AIRPORT METROPOLIS DAN MINTA GUGURKAN KES2 MAHKAMAH BERTIMBUN TERUTAMA SAMAN FITNAH QAZAF DARI PMX. KALU IKUT PRECEDENT PAPAGOMO TERPAKSA BAYAR RM1JUTA KEPADA PMX, KES FITNAH SERUPA INI KUAT PRIMA FACIE DIA KENA BAYAR RM10 JUTA KEPADA PMX. ITU SEBAB, RAZMAN PAS PERAK… Read more »

Anonymous
Anonymous
5 May 2024 3:17 pm
Reply to  Anonymous

AIKK.. LOKMAN ADAM TAK QAZAF KER?😅

https://youtu.be/fGQgurQTZIY?feature=shared
_____________________________________________________
LOKMAN KATA, “SAYA CABAR MANA² PEGUAM DLM DUNIA NI…”😂

HA HA HA.. ADA BERANI KER DIA SAMAN LOKMAN ADAM?🤣

😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

1000001655