SPRM PANGGIL SEMULA MB PERLIS?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan memanggil semula Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berhubung siasatan dakwaan kes salah guna kuasa.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata keputusan untuk memanggil semula Pesuruhjaya PAS Perlis itu atau sebaliknya, tertakluk kepada keperluan siasatan.

“Bergantung kepada hasil siasatan,” katanya ringkas kepada BH.

Beliau berkata demikian ketika ditanya kemungkinan SPRM akan memanggil semula Mohd Shukri selepas ini.

Semalam, Azam mengesahkan Mohd Shukri ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 membabitkan dakwaan salah guna kuasa.

Beliau bagaimanapun, dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas hampir lapan jam diambil keterangan.

Mohd Shukri sebelum itu ditahan pada jam 11 pagi ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini.

Difahamkan, beliau disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 berhubung isu salah guna kuasa.

Ia membabitkan pelaksanaan projek pembangunan prasarana termasuk membaik pulih, menyelenggara, pembekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022.

Media sebelum ini melaporkan anak kepada Menteri Besar Perlis itu antara enam individu yang direman oleh SPRM bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan dokumen tuntutan palsu berjumlah RM600,000.

Malah, SPRM dilaporkan sedang menyiasat seorang pemimpin kanan di utara tanah air, kerana disyaki melantik beberapa syarikat dipercayai mempunyai kepentingan dengannya membabitkan projek pembekalan dianggar bernilai RM300,000.

Pemimpin itu juga disyaki melantik beberapa syarikat bagi kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan jalan, yang membabitkan peruntukan Pejabat Menteri Besar kira-kira RM1 juta yang dipercayai mempunyai kepentingan dengan anak pemimpin berkenaan.

Sumber – https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/05/1241546/kes-salah-guna-kuasa-sprm-mungkin-panggil-balik-mb-perlis

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 2 May 2024 — 6:44 am
Subscribe
Notify of
guest

9 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
3 May 2024 9:59 am

Habislah imej PAS. Imej Bersatu dah tercalar. Kini giliran PAS pula…. Jadi tak bersih pun seperti di war warkan…

Azizan
Azizan
2 May 2024 9:00 pm

Heranla saya dengan sprm ni ..kenapa disiasat pemimpin parti pas yg mereka adalah “maksum” kpd sesetengah pengikut tegar pas tu? Pemimpin mereka berkaraoke dgn anak dara org sampai jam 2 pagi okay pa,,,ydpa mesyuarat pas kata ini “salah satu kaedah dakwah” …kah kah kah…mereka sogok duit semasa pilihanraya dikatakan “sedekah”…jika orang lain berbuat sedemikian dilabel sebagai rasuah…si Zahid Hamidi tu..jika masuk pas…otomatik jd bersih suci…sama kes dgn tun m , sghahidan kassim…tun m dulu perompak kata pas,,sebarang suci bersih,,mesin baduh baju pas dah cuci tun m….Kartel beras shahidan pun bersih jugak….menantu din pagoh tu pun…tak payah la sprm kalut2 cari…suruh… Read more »

Anonymous
Anonymous
2 May 2024 1:10 pm

HA HA HA..πŸ˜… SPRM?πŸ˜‚ AZAM BAKI??🀣

πŸ˜€ πŸ˜ƒ πŸ˜„ πŸ˜† πŸ˜… πŸ˜‚ 🀣
KAH KAH KAH KAH

142885
Anonymous
Anonymous
2 May 2024 1:08 pm

HA HA HA.. SPRM???πŸ˜‚ AZAM BAKI???🀣

πŸ˜€ πŸ˜ƒ πŸ˜„ πŸ˜† πŸ˜… πŸ˜‚ 🀣
KAH KAH KAH KAH

142884
Anonymous
Anonymous
2 May 2024 9:03 am

Kita joget-joget dulu sebelum tayangan Perdana Menantu Dari Neraka Part 2. Mari berdakwah.

Alamak_Sakau_Lagi_600000
Anonymous
Anonymous
2 May 2024 8:56 am

Geng Lebai liberal akan ambil alih tampuk kuasa untuk drama Menantu Dari Neraka Part 2. Dana judi for all.

1690544878674
Anonymous
Anonymous
2 May 2024 8:46 am

Dengan kerjasama tikam belakang tepat ke Lebai, anak jantan Singapura Azmin yang berjaya memastikan geng Lebai Pas takkan ada menantu di Selangor untuk buat tuntutan palsu lagi.

Azmin_Tak_Berani_Pecat_MP_Sokong_PMX2
Anonymous
Anonymous
3 May 2024 9:57 am
Reply to  Anonymous

kabur beb….. kabur.

Anonymous
Anonymous
2 May 2024 8:30 am

Menantu Dari Neraka Part 2 mendapat kebenaran tuntutan palsu sehingga 600,000 linggek oleh Lebai Pas Bobobo tertelan sagon cap dana judi

bobobo_Mat-sagon