APA MALAYSIA BOLEH PELAJARI DARI SRI LANKA?

Amatlah menyakitkan dan memalukan untuk melihat penderitaan Sri Lanka – bagaimana sebuah negara yang tujuh puluh tahun yang lepas, semasa era saya bersekolah, dikatakan sebagai “permata Asia Selatan”, telah mengambil jalan kemusnahan dan berakhir sebagai sebuah negara yang bankrap dan gagal, di mana rakyatnya membakar bukan sahaja rumah Perdana Menteri dan Menteri-menteri Kabinet, tetapi Presidennya juga terpaksa lari meninggalkan kediaman rasmi dan negaranya untuk menyelamatkan diri dari kemarahan rakyat selepas berhadapan tentangan selama 72 jam dengan kakitangan imigresen di lapangan terbang.

Apakah pengajaran yang boleh dipelajari Malaysia dari Sri Lanka?

Sekiranya Sri Lanka bertanya diri mereka, dalam tujuh puluh tahun yang lepas, di manakah silapnya dan kemudiannya memperbetulkan hala tuju dan dasar pembinaan negaranya, negara tersebut mungkin akan dapat mengelakkan nasib malangnya hari ini.

Bolehkah Malaysia mempelajari pengajaran ini dari Sri Lanka?

Tujuh puluh tahun yang lepas, Colombo terkenal dengan Rancangan Colombo, suatu badan antara-kerajaan kawasan serantau untuk membangunkan sumber manusia di kawasan serantau Asia Selatan dan Asia Tenggara, tetapi hari ini, Colombo dikenali dengan situasi di mana Presidennya melarikan diri selepas menang besar dalam pilihan raya dan juga di mana rakyat sendiri membakar kediaman Perdana Menteri dan Menteri Kabinet.

Sekiranya Malaysia ingin mengelakkan nasib “negara gagal” seperti Sri Lanka sebelum ulang tahun ke-100 negara dalam dekad-dekad yang akan datang ini, Malaysia perlu melalui mengkaji diri kita, untuk mencari “di manakah silapnya” apabila kita gagal untuk memenuhi potensi kita untuk menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia, sebaliknya menjadi “kleptokrasi dalam bentuk yang terburuk”.

Antara kesilapan yang telah kita buat dalam dasar dan prinsip pembinaan negara dalam setengah abad yang lepas, yang menyebabkan kita terus ditinggalkan di belakang lebih banyak negara, termasuklah kemungkinan ditinggalkan di belakang China dan Indonesia menjelang penghujung dekad ini dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International adalah:

– Kegagalan untuk menerima hakikat yang Malaysia adalah sebuah negara bermasyarakat majmuk dan kepelbagaian kaum, bahasa, budaya, dan agama di negara kita ini adalah satu aset dan bukannya liabiliti.

– Ketidakpatuhan terhadap Perkara 8(1) Perlembagaan yang menyatakan “Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang”, di mana tidak ada pengasingan rakyat kelas pertama, kelas kedua, atau ketiga, sebaliknya semua rakyat adalah sama rata di sisi undang-undang.

– Keraguan mengenai doktrin pemisahan kuasa dan kedaulatan undang-undang.

– Keadaan rasuah yang semakin teruk – kita telah meningkatkan pendapatan per kapita sebanyak 30 kali ganda dari tahun 1970 ke hari ini, tetapi kita juga telah meningkatkan rasuah dan skandal kewangan sebanyak 63,000 kali ganda, seperti yang dapat dilihat dari skandal Bank Rakyat yang bernilai RM100 juta pada tahun 1979, skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) yang bernilai RM2.5 billion pada tahun 1983, dan skandal 1MBD yang bernilai RM42 billion dalam dekad yang lepas.

– Kualiti standard pendidikan yang semakin menurun dan kegagalan Pelan Pendidikan yang menyasarkan Malaysia untuk mencapai kedudukan di atas purata global dan menjadi salah satu daripada sepertiga negara teratas dalam penilaian pendidikan antarabangsa.

– Pemesongan dan penyalahgunaan Dasar Ekonomi Baharu dan penerusan dasar ini selepas 1990 walaupun dasar ini pada awalnya dirancang hanya untuk 20 tahun.

– Diaspora Malaysia pertama di mana lebih daripada sejuta rakyat Malaysia yang berbakat berpindah keluar untuk menjadikan negara lain yang hebat dan bukannya Malaysia.

– Mimpi ngeri yang berlanjutan selama 50 tahun di Sabah di mana pendatang tanpa izin telah diberikan hak mengundi.

Saya tetap berpegang kepada pendirian saya bahawa persoalan yang paling penting di Malaysia hari ini bukanlah mengenai siapa yang akan menang dalam pilihan raya yang akan datang, sebaliknya sama ada Malaysia akan menjadi sebuah negara gagal sebelum ulang tahun ke-100 negara dalam dekad-dekad yang akan datang atau sama ada kita mampu mengubah nasib negara dengan menetapkan semula dasar-dasar pembinaan negara untuk mengelakkan nasib yang menimpa Sri Lanka.

Gabungan People’s Freedom Alliance di Sri Lanka telah menang besar dalam pilihan raya parlimen Sri Lanka pada 5 Ogos 2020, memenangi 145 dari 225 kerusi, tetapi tidak sampai dua tahun kemudian, Presiden Sri Lanka terpaksa lari meninggalkan negara tersebut.

Rakyat Malaysia telah membuktikan sebelum ini yang kita tahu membezakan di antara yang benar dan yang salah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada tahun 2018.

Bolehkah kita katakan yang sama dalam Pilihan Raya Umum ke-15, sama ada diadakan tahun ini atau dalam 2023?

LIM KIT SIANG

Veteran DAP/Ahli Parlimen Iskandar Puteri.

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 14 July 2022 — 12:10 pm
Subscribe
Notify of
guest

15 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
zunnun
zunnun
14 July 2022 4:21 pm

..perlu ke kita persalahkan pelabur yg dijemput melabur oleh pemimpin2 yg tiada wawasan utk mengira asas pelaburan ?

ape asas nya ?

pastikan simpanan matawang asing mencukupi utk membuat bayaran ?

pastikan negara cukup hasil kutipan utk membuat bayaran…

pastikan pembelanjaan tidak melebihi dari hasil kutipan…

jika ass sifir tiada kefahaman, ngape persalahkan pelabur asing yg datang…

atau pelabur asing byak menyogok wang ?

klu pemimpin2 #bersih, perlu ke tergiler2 dgn sogokan ?

Din Remos
Din Remos
14 July 2022 3:15 pm

Haiyya Apek Kit Siang.. Ala mannyak benda kita olang boleh belajar sama itu Sri Langka maaa…. Petame…. Kalau banya busat punya uwang Menteri ada curi aaaa…kita boleh kasi bakar dia punya rumah looo…kasi baka dia punya Lambogini….masuk dia punya swimming pool maa…. Kedua, kita boleh belaja cara-cara memancing ikan duduk atas pancang kayu yang dipacak di tepi pantai looo…olang Sri Langka sama Bangla mannyah pandai ini taktik loo… Lagi bole belaja buat bakul, anyam daun kelapa buat bekas is buah-buahan… Haiyya Apek longsi, idung kepek tala isi…. Point yang paling penting you’d missed…the most valuable lesson you could learn from… Read more »

Anonymous
Anonymous
14 July 2022 3:38 pm
Reply to  Din Remos

Najib sakaw dgn mixed bangsa China, Perancis, Arab, Indonesia. Malah Peter Sondakh dah ready private jet nak angkut bagasi2 wang tunai, jewellery dan koleksi Birkun, kasut, jam tangan semua dari Pavilion. Tetapi diSarawak, lain pulak cerita sakaw. BETUL BETUL PUNYA SAKAW NI…. RANIA ZARA MEDINA Habis tanah di Sarawak ditarah menjadi hak milik sendiri Tapi penyokong-penyokong cakap kekayaan bumi mereka dirompak oleh bumi Malaya.. kena kenal pasti perompak betol-betul dulu ni Edisi Siasat · SENARAI HARTA YG DI MILIKI OLEH Taib Mahmud. 1. 750 hektar … di Sungai Lubai Tengah, Limbang Srwk Plantations Entiti perniagaan ini tlh diswastakn, 60% pegangan… Read more »

zunnun
zunnun
14 July 2022 4:25 pm
Reply to  Anonymous

ini semua #dAP yg salah, ini semua kit-siang yg salah ….

ini semua pelabur2 dari China yg salah ….

pelabur2 #china kini byak melabur di #indonesia, ape kah #jokowi sakan berbaju dan menyarung kasut jenama serta jam berjenama ?

tergiler2 dgn istilah #melayu2islam, sampai pelaburan #musang-king di kedah bencana kerana pelabur dari China ke ?

ini mesti #kit-siang yg salah ?

zunnun
zunnun
14 July 2022 4:28 pm
Reply to  Din Remos

..is investment about generosity ? or is it about profitability ?

did the chinese came to #sri-lanka with a bullet pointing to rajapaksa ?

zunnun
zunnun
14 July 2022 2:30 pm

#anwar dah mula menunjukan kesundalan nya dlm politik, melalui #statement terbaru nya dgn meletakan beban pd #akar-umbi yg telah membuat keputusan, tidak akan bekerjasama dgn #bersatu/#pujaWANG…

..kerana berdasarkan kenyataan terbaru #pujaWANG, tidak kan menerima #anwar utk memimpin #khemah-besar ..

ini membuat kemarahan #akar-umbi…

hanya yg perlu ditanya pd #anwar, siape yg akan keputusan ?

… pemimpin atau #akar-umbi ?

apekah #anwar dah terkena jangkitan penyakit #dalih-helah dari #hadi-awang ?

Anonymous
Anonymous
14 July 2022 5:22 pm
Reply to  zunnun

Khalid Samad yg dikatakan antara brp pemimpin2 Amanah yg telah ditawan dan dipengaruhi oleh Barua2 Atok Saka, Khairuddin Abu Hasan dan Abu Bakar Yahya semalam telah menolak sebarang bentuk Khemah Besar PH tanpa kepimpinan Anwar. Menurut Khalid, Amanah besedia dgn Khemah Kecil PH yg sedia ada antara PKR, DAP, Amanah dan Upko. Ini adalah kenyataan terbuka pertama dari Amanah sokong pendirian keras dan tegas Rafizi, Timbalan Presiden PKR yg menolak Khemah Besar Atok Saka tanpa PKR dan Anwar sbg pemimpin PH. SIAPA PULA UNDANG PN MASUK KHEMAH BESAR? Datuk Marzuki menurut satu wawancara dengan Malaysiakini, berkata walaupun PEJUANG bersetuju dengan… Read more »

zunnun
zunnun
14 July 2022 5:53 pm
Reply to  Anonymous

#anwar is facing a predicament, a seized mentality compounded by #2 different schools of thought… perkasakan #pkr tanpa perlu khemah besar dan mengadakan jalinan kerjasama dari golongan pembangkang tapi bersyarat… hingga kini, #anwar perlu memberi ketentuan utk mendamaikan kedua2 puak yg sedang menghadapi #stress selepAs pemilihan #jawatankuasa tertinggi-pusat … jgn biarkan stress ini berterusan… baik jika #rafizi yg inginkan utk perkasa #pH tapi sebahagian besar dan badan tertinggi-pusat di kuasai oleh mereka2 yg merasakan khemah besar satu keperluan…. ..tumpukan segala tenaga utk memastikan #AyuhMalaysia dapat dijayakan agar pengundi2 setia dan atas pagar dlm #pru15 beralih pd #pkr/#pH kembali utk menjanakan… Read more »

zunnun
zunnun
14 July 2022 2:16 pm

negara2 yg akan menghadapi permasaalahan sama yg dihadapi #sri-lanka,

..#afganistan, #pakistan, #turkey, #mesir, #argentina, #lebenon, #tunisia, #argentina, #ghana, #laos…..

#malaysia?

not yet ? not yet ! not yet…

zunnun
zunnun
14 July 2022 2:10 pm

…yg vamat ketara nya bila negara berhutang dgn pinjaman dari luar dan tidak mempunyai simpanan #foreign-currency yg mencukupi…

…ketika itu, negara berhadapan dgn penjajah klass terbaru, dan jika ada #mAt-kilau sekali pun, #keris-pendek nya tak mampu terbang ke awan utk menakis peluru berpandu yg mendatang…

zunnun
zunnun
14 July 2022 2:02 pm

apekah #malaysia mampu menyamai #sri-lanka ?

..bila pemimpin2-malaysia berbelanja terlalu excessive, hingga terperangkap dgn bueh2-hutang yg bila2 masa utk meletup….

..pemimpin2 menunjuk2 perbelanjaan yg excessive dgn jam-tangan jenama, kasut jenama, baju2 jenama selain beg-tangan jenama…

pemimpin2 penjenamaan #melayu2islam …

zunnun
zunnun
14 July 2022 1:51 pm

….tapi dlm mengejar pertumbuhan ekonomi, dlm mendapatkan pelaburan, dlm dan dlm mengembangkan simpanan matawang-asing…

disitu terbit peluang utk menyalah gunakan kuasa, bukan sj dlm kalangan yg berkuasa utk melulusan tapi jua dlm golongan yg menguruskan nya….

apekah #rasuah blh dibendung ?

blh, jika yg paling tertinggi menunjukan contoh seperti #jokowi lakukan di #indonesia …

tidak blh, jika yg paling tertinggi dari singgahsana ke tertinggi eksekutif nya menunjukan contoh seperti #marcos dan mobutu-sese-seko

apekah #marcos/#mobutu-sese-seko mampu menyamai scandal yg dilakukan oleh #maharaja-serba-bingai-malaysia, #si-najib dan consort nya #si-rosmah ?

Anonymous
Anonymous
14 July 2022 1:47 pm

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
Mmg Msia kena belajar dri keadaan di Sri Langka
Kita tak mahu rakyat sengsara dan bersedih duka
Tapi, ke mana pergi Nek “Et tu Brute” tua bangka?
Dia dah mamposkah itu betina tua lahanat puaka
Bg Riani bapok tu pula kenapa tak nampak muka?
Dah takda lagi ke karangan ‘torpedo’ dia nak reka?
Apa, dgn bapak Benggali dia sdng bersuka-suka?
Duit punya pasal dia tak kesah jubor koyak & luka
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

KAH KAH KAH

Din Remos
Din Remos
14 July 2022 2:59 pm
Reply to  Anonymous

Juboq sudah luka itu kongkang anak ungka

🤣🤣🤣🤣🤣😂😂😂😂😂😂

zunnun
zunnun
14 July 2022 1:31 pm

..permasaalahan yg dihadapi oleh #sri-lanka sama sekali bukan sesuatu yg ‘one-off’, hanya berlaku pd #sri-lanka sj…. negara2 yg membangun, seperti jua #malaysia perlu menjanakan pertumbuhan ekonomi.. petunjuk pd pertumbuhan ekonomi, bertali arus dgn peningkatan kutipan hasil.. … pertumbuhan ekonomi perlu pelaburan, oleh sedemikian, berhadapan dgn hutang, dan dibayar dlm jangka masa panjang, agar hasil dari pelaburan di kutip utk membuat bayaran … …pertumbuhan perlu ada simpanan matawang asing, lagi tinggi simpanan, menambahkan kekuatan pd matawang tempatan utk ‘bersaing’ dan kemampuan ‘pegging’ dlm kadar pertukaran antarabangsa…… ..pertumbuhan perlu mengambil kira keperluan rakyat, maka ‘food-security’ amat penting, memerlukan visi-misi menjayakan nya… malaysia… Read more »