TINDAKAN MAYBANK S’PURA TARIK BALIK SAMAN NFC LUKAKAN HATI RAKYAT MALAYSIA

Berita melaporkan hari ini bahawa Maybank Singapore Limited, anak syarikat Maybank (milik institusi pelaburan awam) telah menarik balik saman hutang terhadap Pengerusi National Feedlot Corporation (NFC), Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail dan dua anaknya, Wan Shahinur Izran dan Wan Izzana Fatimah Zabedah.

Saman hutang oleh Maybank Singapore itu bersabit dua pinjaman kondominium mewah di Singapura berjumlah RM8 juta.

Keputusan Maybank Singapore itu juga bermakna bank tersebut tidak boleh mengemukakan saman baru untuk menuntut jumlah hutang yang tidak dibayar.

Bagi mereka yang telah lupa mengenai skandal National Feedlot Corporation (NFC), kes ini bermula dalam tahun 2011 dan merupakan salah satu skandal kewangan dana rakyat yang mula-mula saya dedahkan.

Dalam tahun 2012, saya dan Akmal Nasir (kini Ahli Parlimen Johor Baharu) menyamar sebagai pelanggan di restoran mewah milik NFC di Singapura untuk menjejaki kondominium-kondominium mewah yang dipercayai dibeli menggunakan dana awam. Kes NFC menjadi hangat memandangkan sejumlah RM250 juta diperuntukkan kepada syarikat milik keluarga Tan Sri Shahrizat Jalil (ketika itu Ketua Wanita Umno dan menteri persekutuan) untuk membina industri ternakan lembu tetapi berakhir dengan kegagalan. Sebahagian dana awam itu sebaliknya digunakan untuk membeli kondominium mewah di Malaysia dan Singapura.

Bukti siasatan yang mendedahkan pembelian tiga unit kondominium mewah di Singapura boleh dibaca di sini:

Skandal NFC: Keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil Beli Kondominium Mewah Berharga RM9.9 Juta Di Singapura

Skandal NFC: Keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil Mengumpul Aset Mewah di Singapura

Keputusan Maybank Singapore untuk tidak meneruskan usaha mendapatkan kembali hutang dari pemilik NFC (yang juga keluarga pembesar negara) sangatlah tidak sensitif kepada kepayahan rakyat biasa yang menanggung hutang sejak wabak COVID.

Rakyat tidak lupa bagaimana sukarnya untuk mendapat pelepasan dan kelonggaran dari pihak bank (termasuk Maybank) untuk menguruskan ansuran hutang mereka sepanjang tempoh dua tahun yang lepas. Ramai juga rakyat biasa yang jatuh muflis kerana gagal melunaskan hutang mereka (yang jumlahnya jauh lebih kecil dari hutang NFC kepada Maybank Singapore).

Pada masa yang sama, keluarga Tan Sri Shahrizat Jalil yang memiliki NFC dan berhutang puluhan juta wang rakyat seolah-olah mendapat layanan yang istimewa, tidak seperti rakyat kebanyakan.

Contohnya, walaupun telah kalah kes saman di Mahkamah Persekutuan, sehingga sekarang mereka belum membayar kembali sejumlah wang yang diarahkan oleh mahkamah kepada saya. Perkara ini sedang diuruskan oleh peguam saya mengikut proses undang-undang supaya mereka akur dengan perintah mahkamah dengan sewajarnya.

Dalam bulan Januari tahun ini, pemilik NFC memaklumkan kepada mahkamah mereka sedang berunding dengan Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan di luar mahkamah saman kerajaan menuntut kembali RM250 juta dana yang tertunggak. Pemilik NFC mengutus surat kepada Kamar Peguam Negara agar kes saman kerajaan itu diselesaikan melalui satu kertas cadangan penyelesaian di luar mahkamah.

Berita mengenai wujudnya saman Maybank Singapore terhadap salah seorang pemilik NFC iaitu Wan Izzana Fatimah Zabedah menimbulkan tanda tanya yang lebih serius.

Bagaimana seorang yang berdepan tindakan saman hutang dan ada kemungkinan muflis (jika kalah saman hutang yang dibawa bank) boleh dilantik menjadi ahli lembaga pengarah sebuah badan penting kerajaan iaitu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia MDEC?

Dia juga adalah pengarah di TalentCorp dan ahli panel pelaburan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Lantikan-lantikan yang berlaku ketika dia berdepan saman hutang berhubung salah guna dana awam NFC perlu disemak semula serta-merta.

Sejak UMNO kembali menjadi Kerajaan Persekutuan, ada tanda-tanda seolah-olah satu per satu kes bersabit NFC diselesaikan tanpa melalui jalan undang-undang yang sewajarnya (seperti yang perlu dilalui rakyat biasa).

Ini gambaran bagaimana sekiranya UMNO kembali berkuasa sepenuhnya di Putrajaya, skandal-skandal penyelewengan wang rakyat berkemungkinan akan ditutup begitu sahaja dan bekas-bekas pimpinan UMNO yang terpalit dengan rasuah akan bebas begitu sahaja.

Walaupun kes NFC sudah berlaku lebih sedekad, saya akan terus memantau dan tidak akan teragak-agak mempertimbangkan tindakan undang-undang dan tindakan politik untuk menuntut kembali RM250 juta dana rakyat. Jumlah itu boleh membantu petani dan penternak kecil untuk meningkatkan bekalan makanan negara, lebih-lebih lagi ketika rakyat berdepan dengan kenaikan mendadak harga makanan.

RAFIZI RAMLI

Timbalan Presiden Keadilan

13 Julai 2022.

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 13 July 2022 — 5:58 pm
Subscribe
Notify of
guest

13 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
subtlety
subtlety
17 July 2022 7:32 am

I’ll rіght away snatch your rss feed aѕ I can not to find your emaiⅼ subscription link or neѡslеtter serviϲe.
Do you have any? Please permit mе reɑlize in order that I could subscribe.
Thankѕ.

Din Remos
Din Remos
14 July 2022 10:16 am

Tak abis-abis kisah Kak Ijat dengan lembu kondonya
Ke mana perginya et tu brute nenek kabadi fiddunya
Turut menghilang BgRiani aww awww adek sepupunya
Jangan-jangan keduanya tercekik batang benggali nala punya

kah kah kahhhh

Anonymous
Anonymous
14 July 2022 9:12 am

HA HA HA

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
Naper Bg Riani tidak tampil lagi untuk menghibur?
Mmg dh sesuai “bidang badut” yg bapok tu cebur
Apakah dia ikut jejak Nek sepupunya ke lbg kubor
Atau, dia dgn bapak Benggali, menadah lbg jubor?
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

KAH KAH KAH

zunnun
zunnun
14 July 2022 8:47 am

#rafizi is teething satu garisan yg halus/mulus yg memisahkan #dua-lautan causal dlm #pkr ketika ini…

#rule-of-the thumb, jgn melampaui batasan antara #kedua2-luatan yg memisah, permisahan #cause/#effect…

..dan jika belum bersedia jgn mulakan nya, baik melakukan nya secara berhemah kerana kini mula kedengaran #voice-of-dissent’, bergemar dlm kalangan pemimpin2-pkr kerana #rafizi/pasukan-nya cuba menguasai jawatan-kepimpinan-pusat

apekah #rafizi/#anwar/#wawi sudah bersedai utk tenteramkan suasana dgn perbezaan aura pemikiran dlm keduaan manusia…

yg perlu #rafizi lakukan, imbangi neraca kedua2 polar pemikiran jgn pula kelak yg dikeja menghadapi byak rintangan dan yg ada bercakaran sesama sendiri pula…

Anonymous
Anonymous
14 July 2022 1:39 pm
Reply to  zunnun

You’re right Bro, Rafizi bangkitkan isu halus tapi ianya perlu dan significant kerana ianya isu fundamental raison d’etre PKR.

Msg2 tersirat dari barua-barua Atok Saka, Marzuki dan Khairuddin Abu Hassan yalah Bersatu berusaha Khemah Besar PH dgn DAP dan PAN tanpa Anwar.

Rafizi bagi reaksi yg absolute dan pure PKR, semua Trojan Horses Atok Saka dalam PKR mesti dinyahkan jauh sekali lantik keMPP sebelum korupkan pemikiran ahli2 dgn khemah besar Atok Saka.

Biarlah PKR dan PH didalam khemah kecil tetapi bermaruah.

Jadi bagi anggota2 Trojan Atok Saka spt Tian Chua Malaysia Chronicle dan saki baki geng2 Jemin Semburit, sila berambus.

zunnun
zunnun
13 July 2022 11:04 pm

let be real here… ‘…Maybank tarik balik saman nya RM 8 Juta ke atas NFC melibatkan pembelian kondo-mewah bernilai RM 9.9 Juta dipercayai pada 2012…’ ‘…dgn penarikan saman tersebut saman kini status NFA…’ dgn perubahan masa dari 2012 dan kini 2022, nilai kondo tersebut telah melebihi paras hutang termasuk #interest yg dikenakan… oleh sedemiian, Maybank hanya perlu liquidate property tersebut pd pasaran semasa … maybank dapar kembali hutang nya dgn keuntungan dan dgn itu perlu ape utk memanjangkan kes tersebut utk menanggung lagi kos guaman …? terkini, dgn Maybank diberi Mandat utk melakukan Dollar/Ringgit Swap?OTC, melibatkan $200 Billion utk negara… Read more »

Anonymous
Anonymous
13 July 2022 11:11 pm
Reply to  zunnun

Our right to name Dr M as PM candidate, says Pejuang FMT Reporters – July 13, 2022 9:43 PM Dr Mahathir Mohamad said he was willing to defend his Langkawi seat if there were no suitable candidates. (Facebook pic) PETALING JAYA: It is Pejuang’s right to nominate Dr Mahathir Mohamad as prime minister if it wins in the next general election (GE15), a party leader said. Khairuddin Abu Hassan said others, therefore, should not concern themselves with the party’s choice. “Why shouldn’t we nominate Mahathir?” the party’s Federal Territories chief asked, pointing out that the former prime minister was more… Read more »

zunnun
zunnun
13 July 2022 11:28 pm
Reply to  Anonymous

#cai2-si-saka-tua ternanti2 agar #sinyanyuktua kembali bertanding dan mendapatkan kembali berkuasa sebagai #pM kali ketiga…

jika tidak, #cai2-bingai terpaksa menjual-bini utk menampung hutang yg masih tertunggak…

cuba tanya #wau-bule & #rj-raggie, apekah bini mereka akan dijadikan abdi utk membayar tunggakan hutang ?

bagus jika khairuddi-hassan/#wau-bule/#TT/#rj-raggie/#khatri bertanding kembali mencuba samada #pujaWANG masih direrima oleh rakyat jelata….

Anonymous
Anonymous
13 July 2022 8:48 pm

Celakalah semua ahli Umno dan semoga Allah SWT masukkan mereka semua ke dalam Neraka Jahannam. Amin YRA.

Anonymous
Anonymous
13 July 2022 8:23 pm

HA HA HA…

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
Naper blog ini Bg Riani dah tidak lagi ambil peduli
Tak terasakah dia bila Din Remos sakat dan perli?
Kejora bantai lanyak pun, dia buat diam pekak tuli
Dia dah takut ker, bila asyik saja kena dera & buli?
Apakah dia sdg sibuk melayan si bapak Benggali?
Msti rakus, Benggali tu rentap seluar dalam & coli
Tak dpt dibayang..bgaimana bontot Bg Riani diuli
Yg pastinya, lubang jubor tu msti dilumor KY Jelly
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

KAH KAH KAH
(Credit to Din Remos)

“TAK KUASER I TAU!”
😀😃😄😆😅😂🤣
“AUW.. AUUWW.. AUUUWWW..”

Din Remos
Din Remos
13 July 2022 11:29 pm
Reply to  Anonymous

🤣🤣🤣🤣🤣🤣
😂😂😂😂😂😂
Lubang juboq lomoq ky jelly…
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

Anonymous
Anonymous
13 July 2022 8:20 pm

😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥
💐🌹🥀🌺🌷🌸💮🏵️🌻🌼💐🌹🥀🌺🌷🌸💮🌹💐
Bila teringatkan si dia..rasa sgt pilu & sayu di jiwa
Naper ler lama menghilang si dara yg cantik lawa
Bagi diri ini si dia adalah insan yg paling istimewa
Dia lah intan..dia lah payung & dia juga lah nyawa
❤️🧡💛💚💙💜🤍♥️💘💝💖💗💓💞💕💌❣️💚❤️
😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
Lain ler pula, Bg Riani bapok badut bahan ketawa
Cerita basi torpedo dan belukang je asyik dibawa
Dia cari pendapatan dgn lubang pongong disewa
Dkat bapak Benggali lah yg paling kerap dipelawa
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

KAH KAH KAH

“TAK KUASER I TAU!”
😀😃😄😆😅😂🤣
“AUW.. AUUWW.. AUUUWWW..”

Anonymous
Anonymous
13 July 2022 7:15 pm

Bila golongan jadah memimpin negara, begitulah jadinya. Apa nak buat, kebanyakan rakyat khususnya kaum Melayu terutama di pendalaman terlalu bebal & dungu, mudah dibeli jiwa mereka dgn sikit habuan. Mereka tak fikir malaon2 spt yg mendapat projek telah selewengkan dana rakyat.

Melayu kian layu di bawah Melayu UMNO