APAKAH HALANGAN SEBENAR UNTUK PN GUBAL AKTA ANTI LOMPAT PARTI?

1. Adakah Akta Antilompat Parti bercanggah dengan Fasal (1)(c) Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan?

Fasal (1)(c) Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan menyatakaan bahawa semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan (all citizens have the right to form associations).

Ini ditafsirkan apabila si polan Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN yang menang dalam pilihanraya atas tiket Parti Cap Ayam kemudian melompat menjadi ahli Parti Cap Kambing, maka tindakannya itu tidak bersalahan dengan Perlembagaan Persekutuan walaupun Kerajaan Parti Cap Ayam tumbang angkara perbuatan dia melompat parti.

Kes yang selari dengan senario di atas pernah diputuskan oleh Mahkamah Agung ( sekarang dipanggil Mahkamah Persekutuan) dalam satu kes berasal dari Kelantan iaitu Dewan Undangan Negeri Kelantan lawan Nordin Salleh [1992]1 MLJ 697.

Tetapi kes yang disebut di atas berlaku pada tahun 1992 kerana ketika itu tidak ada Akta Antilompat Parti.

2. Bolehkah Akta Antilompat Parti digubal oleh Parlimen Malaysia sekarang?

Jawapannya: Mengapa tidak boleh?

Perkara 10 (1) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa Perkara 10 Fasal (1) (a), (b), dan (c) tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4).

Fasal (2) (c) Perkara 10 menyatakan bahawa

Parliament may by law impose on the right conferred by paragraph (c) of Clause (1), such restrictions as it deems necessary or expedient in the interest of the security of the Federation or any part thereof, public order or morality.

Ini boleh ditafsirkan bahawa Perkara 10(1)(c) bukanlah muktamad. Perlembagaan Persekutuan membenarkan Parlimen Malaysia untuk mengenakan sekatan ke atas gejala lompat melompat parti di kalangan ahli-ahli parlimen atau Adun-Adun semacam aksi katak di bawah Fasal (2)(c) untuk digubal satu Akta Antilompat Parti demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral.

Sebuah kerajaan Persekutuan yang sah diberi mandat oleh rakyat dalam Pilihanraya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018 tiba-tiba tumbang angkara lompat parti tentu sahaja menjejaskan kepentingan keselamatan negara.

Ketenteraman awam juga terjejas sama. Isu prinsip moral dalam demokrasi berparlimen juga timbul apabila ahli-ahli parlimen yang melompat itu mengkhianati para pengundi yang memilih mereka di dalam pilihanraya.

Jika isu keperlembagaan (constitutionality) ditimbulkan sebagai alasan untuk menghalang penggubalan Akta Antilompat Parti, maka dinasihati supaya Perkara 10(1)(c) hendaklah dibaca sama dengan Fasal 2 (c).

3. Adakah Akta Antilompat Parti memerlukan kelulusan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat?

Jawabnya ialah tidak perlu. Akta Antilompat Parti adalah satu akta biasa yang memerlukan kelulusan majoriti mudah bukannya kelulusan majoriti dua pertiga.

4. Adakah Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda terlebih dahulu untuk menggubal Akta Antilompat Parti?

Jawapannya juga tidak perlu. Di dalam Perlembagaan Persekutuan sudah disediakan infrastrukturnya di bawah Fasal (2)(c) Perkara 10 untuk suatu Akta Antilompat Parti digubal.

5. Jadi, apakah halangan sebenarnya penggubalan Akta Antilompat Parti?

Jawapannya ialah kerana tidak ada keazaman politik (political will) di kalangan pemimpin parti politik yang menjadi kerajaan.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang sempat berkuasa selama 22 bulan telah gagal menggubal Akta Antilompat Parti.

Kesan dari kegagalan itu kerajaan PH telah menjadi mangsa apabila ditumbangkan oleh perbuatan melompat parti di kalangan ahli parlimen PH yang hilang prinsip moral kerana sanggup mengkhianat mandat rakyat.

6. Adakah kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai keazaman politik untuk menggubal Akta Antilompat Parti?

Adalah disangsikan kesanggupan kerajaan PN untuk berbuat demikian kerana kerajaan PN itu sendiri ditegakkan atas perbuatan lompat melompat parti.

Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

11 Ogos 2020.

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 11 August 2020 — 7:12 am
Subscribe
Notify of
guest

10 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
MAHATHIRVSANWAR
MAHATHIRVSANWAR
11 August 2020 12:46 pm

PARTI KORANG PUN BAWA HUDUD TAK JADI MASALAH…..KORANG MAHU SOKONGAN RAKYAT ATAU TAK…… Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda jika gubal akta lompat parti……. Perkara 10(1)(c) dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan, perlu dipinda jika undang-undang berkaitan lompat parti mahu digubal. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan, berkata Perkara 10(1)(c) jelas menyatakan kebebasan individu untuk berpersatuan. “Jika Perlembagaan Persekutuan (Perkara 10(1)(C) tak benarkan semua warganegara untuk membentuk persatuan, baru kita boleh gubal akta orang lompat parti,” katanya menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini. Beliau mengulas isu… Read more »

najib bini rosmah
najib bini rosmah
11 August 2020 10:52 am

Menteri agama mahu kencing RUU355 sebelum mati. Hancingnya kencing RUU355 sebelum mati. Mana satu nak kencing RUU355 atau Hukum Hudud? Kencing masih bercabang? Kahkahkah!

MAHATHIRVSANWAR
MAHATHIRVSANWAR
11 August 2020 9:49 am

DAPIG PP ADA ANTI HOPPING LAW…KENAPA TAK BERANI…. AGENDA UTAMA DASAR BUMI HANGUS…… KERAJAAN BERSIH SELEPAS PRU15 SAHAJA BOLEH GUBAL ANTI HOPPING LAW…….PRU14 MANA PUN KERAJAAN KATAK…… Tergelincir dalam tandas…… Pada tahun 2018 uncle Lim tidak bernasib baik tergolek dog di dalam jamban taik😷 dan menyifatkan kejadian itu sebagai petanda malang buat Dapig dan kuncu2nya.. Rupa-rupanya asbab tergolek dog di jamban taik😷itu adalah petanda keluarganya akan diuji dengan hal yg konon nya mereka dikatakan difitnah…. Seperti biasa bila kena tang mereka berbagai alasan dan propaganda mereka akan mainkan antaranya dakwaan terpilih, tuduhan politik, fitnah dan berbagai-bagai lagi tohmahan mereka keluarkan… Read more »

Wau Bule
Wau Bule
11 August 2020 9:13 am

A simple and logical answer….a pot calling a kettle black.

And you expect them to take up the challenge to enact the law? No way.

MAHATHIRVSANWAR
MAHATHIRVSANWAR
11 August 2020 8:31 am

KERAJAAN BERSIH SELEPAS PRU15 SAHAJA BOLEH GUBAL ANTI HOPPING LAW…….PRU14 MANA PUN KERAJAAN KATAK…… Tergelincir dalam tandas…… Pada tahun 2018 uncle Lim tidak bernasib baik tergolek dog di dalam jamban taik😷 dan menyifatkan kejadian itu sebagai petanda malang buat Dapig dan kuncu2nya.. Rupa-rupanya asbab tergolek dog di jamban taik😷itu adalah petanda keluarganya akan diuji dengan hal yg konon nya mereka dikatakan difitnah…. Seperti biasa bila kena tang mereka berbagai alasan dan propaganda mereka akan mainkan antaranya dakwaan terpilih, tuduhan politik, fitnah dan berbagai-bagai lagi tohmahan mereka keluarkan utk cuba doktrin dalam minda rakyat yg konon nya kerajaan zalim kepada mereka… Read more »

MAHATHIRVSANWAR
MAHATHIRVSANWAR
11 August 2020 8:18 am

PH BERGANTUNG NYAWA DENGAN MAHARAJA KATAK UNTUK BERKUASA ITU SEBAB ANTI HOPPING HANYA DIPOLITIKKAN…… SEMASA PH BERKUASA ANTI HOPPING TIDAK UNTUNGKAN MEREKA KERANA ITU MEREKA BUAT ACUH TAK ACUH…..BILA MEREKA JATUH BARU MULA MEROYAN ….. KENAPA ANTI HOPPING LAW TIDAK BOLEH DIBUAT KERANA IA KEPERLUAN DORAEMON MAHARAJA KATAK….JANGAN LUPA PH KERAJAAN KATAK ….LAGIPUN ITU BUKAN KEUTAMAAN BANI YAKJUJ MAKJUJ….DASAR BUMI HANGUS ADALAH KEUTAMAAN…… NOBITA TENTU AKAN MINTA NYAWA DARI DORAEMON…… MEREKA BERDUA SEPERTI KEKASIH GELAP…… Takiyuddin bacakan surat campur tangan Tun M, Guan Eng dalam kes taikun hartanah……. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan, mendakwa… Read more »

najib bini rosmah
najib bini rosmah
11 August 2020 7:48 am

Madey si Kitol bapa lompat katak terbesar di Malaysia setakat ini. Dari UMNO dipecat tanpa parti balik semula UMNO haramkan UMNO buat UMNO baru keluar UMNO baru masuk balik keluar balik masuk balik keluar UMNO tubuh Berkhianat dipecat SU Kerja Berkhianat dan buat UMNO baru lagi. Ibrahim Ali patut malu gelar diri sendiri Raja Katak. Kahkahkah!

MAHATHIRVSANWAR
MAHATHIRVSANWAR
11 August 2020 7:28 am

SEMASA PH BERKUASA ANTI HOPPING TIDAK UNTUNGKAN MEREKA KERANA ITU MEREKA BUAT ACUH TAK ACUH…..BILA MEREKA JATUH BARU MULA MEROYAN ….. KENAPA ANTI HOPPING LAW TIDAK BOLEH DIBUAT KERANA IA KEPERLUAN DORAEMON MAHARAJA KATAK….JANGAN LUPA PH KERAJAAN KATAK ….LAGIPUN ITU BUKAN KEUTAMAAN BANI YAKJUJ MAKJUJ….DASAR BUMI HANGUS ADALAH KEUTAMAAN…… NOBITA TENTU AKAN MINTA NYAWA DARI DORAEMON…… MEREKA BERDUA SEPERTI KEKASIH GELAP…… Takiyuddin bacakan surat campur tangan Tun M, Guan Eng dalam kes taikun hartanah……. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan, mendakwa ada salinan surat menunjukkan campur tangan Tun Dr Mahathir Mohamad, Lim Guan Eng dan… Read more »

zunnun
zunnun
11 August 2020 7:22 am

pH perlu berasa bersalah kerana tidak mengubal undang2 melompat2 parti di kerana membiarkan mahathir membesarkan parti nyamok nya menelan parti omNo…

maka, biar lah kerajaan pN meneruskan sedemikian, dan bila pH berkuasa semula, gubalkan undang agar melompak parti satu bentuk pelancuran politik penjenamaan nya…

penyakit melayu2 islam hadi, syndrome melompak2 utk mendapatkan ghadimah dah jadi lumrah dlm fahaman agama mereke….

“no money no religion”

Anonymous
Anonymous
11 August 2020 10:27 am
Reply to  zunnun

Berdentam dentum dengan “melompak parti satu bentuk pelancuran politik penjenamaan nya…” entahapekebendanye.

DAP DIRTY OLD MAN ZUNNUN THE LANUN (PANGKAT NAIK KE PUKIMAK BILA DIA CAKAP TAK SENONOH DAN/ATAU MENCARUT)