Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

  • RAFIZI AKAN LETAK JAWATAN SELEPAS SIDANG ASEAN BERAKHIR?

    Ramai yang bertanya, bila Rafizi Ramli nak letak jawatan? Kenapa beliau masih datang ke pejabat dan hadir Sidang Kemuncak Asean? Apakah beliau tak jadi letak jawatan? Sejak semalam, inilah antara soalan yang banyak berlegar di mana-mana. Seolah-olah ada yang tidak sabar mahu melihat Menteri Ekonomi itu segera menunaikan janjinya. Sabar…dan jangan risau tentang janji Rafizi…

  • KE MANA AGAKNYA RAFIZI SELEPAS INI?

    Dalam catatan di media sosialnya semalam, Rafizi Ramli yang kalah kepada Nurul Izzah Anwar dalam mempertahankan kerusi Timbalan Presiden PKR berkata, beliau tidak berhasrat untuk berputus asa. Katanya, beliau akan terus berjuang untuk masa depan Malaysia yang lebih baik. “Saya tidak berniat untuk berputus asa dan lari dari cita-cita idealisme kita selama ini, iaitu Malaysia…

  • NURUL IZZAH MESTI DIJADIKAN MENTERI

    Walaupun Nurul Izzah Anwar sebelum ini mengatakan dirinya tidak berminat menyertai kabinet jika berjaya memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR, tetapi setelah memperolehi kemenangan dengan majoriti agak besar, adalah dirasakan beliau wajar menarik balik kata-kata tersebut. Seorang Timbalan Presiden parti yang menunjangi kerajaan, pada hakikatnya tidak manis  jika tidak berada dalam kabinet. Lebih tidak manis jika…

  • IDEA KONSENSUS NASIONAL HAMZAH WAJAR DIBERI PERHATIAN

    Sebelum ini, selepas muncul dalam podcast Keluar Sekejap, saya telah menulis dengan membuat kesimpulan bahawa Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin sebagai pemimpin yang memiliki ketokohan yang mencukupi untuk ditonjolkan sebagai calon Perdana Menteri mewakili PN pada PRU16 akan datang. Dalam program tersebut, beliau terbukti mampu menjawab apa juga petanyaan dengan penuh berfakta, selari dengan logik akal…

  • TIGA TUGAS BERAT MENANTI NURUL IZZAH

    Saya telah menulis sebelum ini bahawa pertembungan antara Rafizi Ramli dengan Nurul Izzah Anwar bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR kali ini adalah peluang terbuka untuk kedua-dua pemimpin itu melakar sejarah. Dalam sejarah yang terlakar sejak PKR ditubuhkan, tidak pernah mana-mana pemimpin yang memegang jawatan Timbalan Presiden dapat lepas ke kerusi Presiden. Semuanya tersadai di…

  • RAFIZI UCAP SELAMAT TINGGAL?

    Membaca tulisan panjang Rafizi Ramli yang dimuatkan dalam media sosialnya mengenai kemelut pemilihan PKR di ketika proses pengundian sedang berlangsung di Johor Bahru, dapat dirasakan inilah luahan isi hatinya yang tidak dapat disimpan lagi. Walaupun tajuk tulisannya untuk memperkatakan tentang HIRUK iaitu  program jelajah yang dicetuskannya sebaik kempen mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR bermula, tetapi…