-
BILA KONVENSYEN PEMUDA DIRESTUI PRESIDEN UMNO SENDIRI…
Apa yang menarik tentang konvensyen khas anjuran Pemuda UMNO semalam ialah ia diadakan dengan restu Presiden UMNO sendiri. Sebagaimana dijelaskan oleh Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh, walaupun konvensyen itu untuk menentukan hala tuju UMNO sama perlu kekal atau keluar daripada kerajaan, tetapi Dr Ahmad Zahid Hamiidi begitu berjiwa besar membenarkan ia diadakan. “Presiden merestui…
-
KERJASAMA UMNO & PAS MAMPU CETUS TSUNAMI MELAYU
Seperti mana saya pernah mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dr Akmal Salleh sebelum ini, kali ini sekali lagi saya ingin memberikan penghargaan yang sama kepadanya. Jika sebelum ini saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ketua Pemuda UMNO itu atas inisiatif menganjurkan konvensyen khas bagi membincangkan hala tuju UMNO, tetapi kali ini atas usul yang dicadangkan…
-
PAS NAK AMBIL ALIH KERAJAAN, BUKAN NAK SERTAI KERAJAAN
Seorang pemimpin Pemuda PKR di sebuah negeri semalam menyarankan agar PAS meninggalkan PN dan menyertai kerajaan perpaduan. Pemimpin pemuda berkenaan melihat krisis yang berlaku dalam gabungan itu sekarang lebih menunjukkan Bersatu hanya mementingkan agenda kuasa semata-mata berbanding menjaga semangat setiakawan. Dengan itu, bagi beliau, lebih baik jika PAS meninggalkan PN dan menyertai kerajaan perpaduan. Saranan…
-
HAJI HADI PALING LAYAK TERAJUI PN, KALAU BELIAU ENGGAN DIJADIKAN CALON PM, IA BOLEH DISERAH KEPADA PEMIMPIN LAIN
Ramai yang mula bertanya, siapa paling layak mengetuai PN setelah Muhyiddin Yassin meletak jawatan? Beberapa rakan dan kenalan, sejak Muhyiddin mengumumkan perletakan jawatannya lagi, sudah mula bertanya soalan demikian. Tanpa perlu berselindung dan ragu-ragu, pemimpin yang paling layak untuk mengetuai PN selepas pengunduran Muhyiddin ialah Tuan Guru Haji Hadi Awang, Presiden PAS. Dengan mengetuai parti…
-
KE MANA BERSATU SELEPAS INI – KEKAL BERSAMA PN ATAU SERTAI MADANI?
Selepas Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai Pengerusi PN, beberapa perletakan jawatan lain turut menyusul. Antaranya setakat ini ialah Azmin Ali (letak jawatan Setiausaha Agung PN dan Pengerusi PN Selangor, Dr Sahrudin Jamal (letak jawatan Pengerusi PN Johor), Ahmad Faizal Azumu atau Peja (letak jawatan Pengerusi PN Perak), Mohamad Hanifah Abu Baker (letak jawatan Pengerusi PN…
-
MUHYIDDIN SEWAJARNYA LETAK JUGA JAWATAN PRESIDEN BERSATU
Muhyiddin Yassin sah telah meletak jawatan sebagai Pengerusi PN berkuatkuasa 1 Januari 2026. Setelah mengumumkan hasrat berbuat demikian malam tadi dalam Grup Whatsapp Ahli-Ahli Parlimen PN, kenyataan media mengenai perkara itu menyusul pagi ini. Adalah dipercayai Muhyiddin ketika ini sedang berada di luar negara bercuti bersama keluarganya. Perletakan jawatan Muhyiddin ini diambil selepas sejumlah besar…