Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

  • TIADA APA-APA AKAN BERLAKU, SEBABNYA UMNO TAK MUNGKIN BERANI NAK LAKUKAN APA-APA

    Beberapa orang bertanya kepada saya, apakah hubungan UMNO dan PKR akan terputus berikutan tindakan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan keluar UMNO dan menyertai PKR? Walaupun ada beberapa pemimpin UMNO ternampak marah dan kecewa dengan tindakan luar biasa Tengku Zafrul yang tidak pernah berlaku dalam sejarah mana-mana hubungan antara dua parti yang sama-sama berada dalam…

  • BELAJAR DARIPADA KEJAYAAN TENGKU ZAFRUL

    Tidak ada mana-mana menteri yang pernah berjaya dalam karier politik sehebat pencapaian Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz. Setakat ini beliau telah berjaya dilantik menerajui kementerian kanan di bawah tiga Perdana Menteri berbeza yang datang dari tiga parti yang berbeza. Mula-mula dilantik sebagai Menteri Kewangan ketika Muhyiddin Yassin (Presiden Bersatu) jadi Perdana Menteri dan kemudian kekal…

  • BIARKAN RAFIZI/NIK NAZMI BERHENTI – SIAPA2 BERHAJAT JADI PENGGANTI, SILALAH MULA MELOBI PERDANA MENTERI

    Bekas Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Nazri Aziz berkata, biarkan saja Rafizi Ramli berhenti sebagai menteri. “Biarkan sahaja kerana ada ramai lagi yang berbakat boleh ditonjolkan untuk menggantikannya. “Saya harap PMX tidak memujuknya kerana ia akan jadi kelebihan  pula kepadanya,” katanya sebagaimana dilaporkan media. Kenapa ada timbul isu memujuk ni? Hanya kerana Rafizi menulis surat…

  • KERAJAAN SUSAH TUMBANG TAPI SUKAR KEKALKAN KUASA, APA LAGI JIKA RAFIZI BUAT HIRUK-PIKUK

    Semalam, dua menteri daripada PKR, Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad, meletak jawatan sebagai anggota kabinet. Selain berita itu mencetuskan sedikit keributan sehingga cuaca panas berhari-hari berubah jadi mendung, ramai yang kemudian bertanya – siapa lagi akan meletak jawatan? Apakah ada kemungkinan kerajaan akan tumbang sebelum PRU16? Beberapa jam selepas itu, tersebar pula berita…

  • TAHNIAH DAN SYABAS, RAFIZI TERBUKTI PEMIMPIN BERPRINSIP

    Rafizi Ramli akhirnya meletakkan jawatan sebagai Menteri Ekonomi, susulan gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR kepada Nurul Izzah Anwar, baru-baru ini. Perletakan jawatan Rafizi ini menepati jangkaan yang ditulis semalam bahawa beliau akan berbuat demikian selepas berakhirnya Sidang Kemuncak Asean. Dalam satu kenyataan, Rafizi berkata, perletakan jawatannya berkuat kuasa 17 Jun ini, iaitu kurang dua…

  • BERASAS ATAU TIDAK, SPRM TETAP MAHU LUCUT HAK HARTA TUN DAIM – WOWWW…INI BETUL2 KEBERANIAN LUAR BIASA

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertegas untuk tetap mengambil tindakan pelucutan sebahagian hak pemilikan harta Allahyarham Tun Daim Zainuddin dan keluarganya yang tidak diisytihar.  Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata pihaknya juga tidak menolak kemungkinan lebih banyak kertas siasatan dibuka dalam tindakan melucutkan hak harta berkenaan. Beliau mengulas kenyataan peguam isteri Daim dan keluarga yang…