-
RAFIZI UCAP SELAMAT TINGGAL?
Membaca tulisan panjang Rafizi Ramli yang dimuatkan dalam media sosialnya mengenai kemelut pemilihan PKR di ketika proses pengundian sedang berlangsung di Johor Bahru, dapat dirasakan inilah luahan isi hatinya yang tidak dapat disimpan lagi. Walaupun tajuk tulisannya untuk memperkatakan tentang HIRUK iaitu program jelajah yang dicetuskannya sebaik kempen mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR bermula, tetapi…
-
FENOMENA NURUL IZZAH
Nurul Izzah Anwar bukanlah suatu nama yang asing dan bukan juga orang baru dalam PKR. Terceburnya beliau dalam dunia politik hampir seiring dengan lahirnya PKR dalam persada negara ini. Pertama kali namanya menjadi fenomena ialah apabila beliau berjaya menewaskan seorang menteri kanan UMNO, Shahrizat Jalil di kerusi Parlimen Lembah Pantai pada PRU tahun 2008 lalu….
-
RAFIZI BERKERAT ROTAN DENGAN ANWAR?
Keadaan paling nyata dalam ceramah Rafizi Ramli pada Grand Finale Jelajah HIRUK di Johor Bahru malam tadi tidak lain ialah beliau kini tidak lagi dapat menyembunyikan kekecewaannya terhadap Presiden PKR, Anwar Ibrahim. Perkara ini tidak mustahil akan terus berlarutan sehingga selepas pemilihan nanti dan Timbalan Presiden itu menampakkan beliau juga sudah sedia untuk berkerat rotan…
-
ENGGAN RASMI KONGRES AMK/WANITA, RAFIZI RUGIKAN DIRI SENDIRI
Tindakan Rafizi Ramli menulis surat kepada Anwar Ibrahim memaklumkan keengganannya merasmikan Kongres AMK dan Wanita PKR boleh dianggap sebagai merugikan dirinya sendiri. Ini kerana beliau sepatutnya boleh memanfaatkan platform perasmian kedua-dua sayap itu sebagai kempen saat-saat akhir sebelum hari pengundian. Kongres AMK dan Wanita PKR akan diadakan pada 22 Mei dengan majlis perasmian dijadualkan pada…
-
RAFIZI MAKIN SEDAR KEKALAHAN KIAN MENGHAMPIRINYA
Semakin tempoh kempen menuju detik-detik akhir sebelum pengundian pada 23 Mei ini, Rafizi Ramli nampaknya semakin sedar ruangnya untuk memperolehi kemenangan kian tipis. Di Sarawak semalam, penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR itu berkata, beliau sedar peluangnya untuk menang adalah amat sukar. “Saya datang (Sarawak) bukan nak kata tolonglah bagi saya menang, itu hak masing-masing. “Saya…
-
SEKALI LAGI RAFIZI CUBA MEMBUAI EMOSI DENGAN STRATEGI ‘REVERSE PSYCHOLOGY’
Seperti sudah pudar harapan untuk menang, Rafizi Ramli mendakwa pertembungan antaranya dengan Nurul Izzah Anwar bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR berlaku di atas padang yang tidak sama rata. Rafizi mendakwa, beliau sebenarnya bertembung dengan Nurul Izzah dalam keadaan segalanya telah disusun bagi memenangkan anak kepada Perdana Menteri itu. Katanya, titik persamaan antaranya dengan PKR…