AWAS…KKB TAPAK MULA JATUHNYA SELANGOR?

PRK Kuala Kubu Baharu (KKB) pada 11 Mei depan pada asasnya hanya suatu proses untuk memilih semula seorang Adun berikutan penyandangnya sebelum ini telah meninggal dunia.

Siapa kalah siapa menang tidak menjejaskan kedudukan kerajaan negeri yang diterajui PH/BN, tidak menggugat kedudukan Menteri Besar, Amirudin Saari, jauh sekali mampu menggoncang kedudukan kerajaan di peringkat pusat.

Hakikatnya, tiada apa-apa yang akan berubah, meski apa pun keputusannya nanti.

Tetapi, berdasarkan perkembangan semasa – khususnya hubungan UMNO dan DAP yang tidak berapa baik berikutan isu-isu yang berlaku kebelakangan ini, selain komposisi pengundi KKB sendiri ialah Melayu 51%, Cina 30% dan India 18%, mahu tidak mahu, PRK KKB adalah penting untuk diperhati dan dianalisa.

Ia bukan saja daripada segi sama ada PH/BN mampu bertahan lagi sebagai kerajaan di Selangor, bahkan juga sejauh kerajaan madani di peringkat pusat yang diterajui PMX boleh dielakkan daripada kejatuhan dalam PRU16 akan datang.

Paling mudah untuk dibaca ialah jika PH melalui DAP gagal mempertahankan KKB yang telah dikuasainya sejak tiga penggal lalu, ini bermakna kubu parti itu bukan lagi kawasan yang selamat di Selangor.

Tidak kira siapa calon lawan daripada PN nanti, baik Melayu atau Cina, gagalnya PH mempertahankan kerusi KKB, ia adalah petanda bahaya bakal menjelma.

Kalah DAP di KKB bermakna dalam PRU atau PRN akan datang memungkinkan parti itu kehilangan lebih banyak lagi kerusi yang selama ini selesa dimenanginya.

Kalau begitu kedaannya, rakan lain dalam PH iaitu PKR dan Amanah juga dalam zon bahaya sama.

Kalau di Selangor sudah bertukar jadi bahaya, kedudukan kerajaan pusat juga akan berada dalam bahaya juga.

Jika pun mungkin DAP masih boleh menang banyak kerusi dalam PRU16 akan datang kerana ia bertanding di kawasan pengundi Cina yang besar jumlahnya, tetapi dengan kalahnya PH di KKB, ia memberi bayangan bahawa PKR dan Amanah yang bertanding di kawasan campuran berada dalam bahaya yang cukup besar.

Tambah memburukkan keadaan menjelang PRK KKB ini ialah kerana MCA dan MIC awal-awal lagi sudah membuat keputusan tidak mahu membantu DAP.

Enggannya MCA dan MIC memberi bantuan adalah gambaran parti-parti dalam kerajaan madani sudah mulanberpecah dan tidak sehaluan lagi, walhal dalam beberapa PRK sebelum ini, insiden memboikot dan enggan memberi bantuan seumpama ini tidak pernah berlaku.

Sedikit sebanyak, dengan keengganan MCA dan MIC memberi bantuan itu, kelompok 30% pengundi Cina dan 18% pengundi India akan semakin berpecah atau barangkali lebih ramai yang tidak keluar mengundi.

Dalam keadaan tersebut, terutama jika pengundi Melayu sebanyak 51% lebih ramai yang condong kepada PN berbanding PH yang diwakili DAP, harapan PH untuk menang tentunya semakin menjauh.

Kalau testimoni MCA dan MIC berjaya di KKB di mana tanpa bantuan mereka boleh menyebabkan PH kalah, maka tiada ada jaminan juga kedua-dua parti tersebut mahu terus kekal bersama BN dalam PRU16 akan datang.

Kesimpulannya, jika keputusan PRK KKB nanti menyaksikan hala tuju pengundi Melayu lebih mengarah kepada PN, diikuti dengan pengundi Cina dan India yang makin berpecah, semua ini akan memberi harapan yang memudar kepada PH/BN untuk kekal meneruskan kuasa, di Selangor dan juga di Pusat.

Maka itu, segala jentera PH/BN jangan pandang mudah PRK KKB ini kerana ia tidak mustahil boleh menjadi tapak bermulanya sebuah kejatuhan kepada perjuangan mereka. – ShahbudinHusin 21/04/2024.

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 21 April 2024 — 12:14 pm
Subscribe
Notify of
guest

10 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
21 April 2024 9:08 pm

Jangan percaya Syiah murtad. Iraq, Syria dan Yemen jadi mangsa politik Syiah. Jangan biar Palestin dan Jordan jadi mangsa akibat pengaruh Syiah murtad.

Hadi_Layan_Syiah
Anonymous
Anonymous
21 April 2024 9:12 pm
Reply to  Anonymous

Syiah itu sesat. Kau iktiraf Syiah sebagai Islam kau murtad.

76640152_2511402522404703_306746718899142656_n
Anonymous
Anonymous
21 April 2024 9:15 pm
Reply to  Anonymous

Jumpa Syiah no hal. Tetapi iktiraf Syiah sebagai Islam macam Pas sah murtad dan jatuh kafir. Syiah boleh masuk Mekah? Munafik pun boleh. Hadi saja tak boleh.

Hadi_Layan_Syiah_2
Anonymous
Anonymous
21 April 2024 7:42 pm

“Apa saja ide Tok Kerala pasti akan melingkup.” ujar Guru Pasti Assadiq, Marang penuh yakin sambil memberikan fokus cermin matanya kepada penceramah PRK Kuala Kubu.

Azmon
Anonymous
Anonymous
21 April 2024 7:17 pm

“Masa PRN tahun lepas, memang kita nak Azmin menang, sebab calon MB Selangor dari PN semuanya pondan macam Sajat. Sekurang-kurang Azmin anak jantan.” ujar seorang bekas reformis tahun 2009 bangga.

S
Anonymous
Anonymous
21 April 2024 7:06 pm

“Syukurlah bukan saya umum minggu lepas, kalau tidak macam mana saya nak umum benda lain masa PRK ini?” ujar Azmin menjelaskan kekaburan wakil rakyat Bersatu masih sokong PMX

Azmin_Tak_Berani_Pecat_MP_Sokong_PMX
Anonymous
Anonymous
21 April 2024 6:58 pm

Azmin yakin anak muda akan kembali beri sokongan kepada PN selepas status quo dalam PRK kekal berterusan. “Gelombang hijau kali ini akan lebih jelas daripada video kabur dahulu.” ujarnya sambil menggaru-garu hidung.

2
Cili
Cili
21 April 2024 6:09 pm

Hubungan parti dalam Kerajaan Perpaduan tak retak, kekal kukuh – PM“Yang ada hanya gerombolan-gerombolan ‘desperado’ yang cuba adu domba dan saya beritahu kepada mereka, semoga berjaya dan selamat tinggal. Ia tidak akan berjaya.

https://www.sinarharian.com.my/article/660632/berita/nasional/hubungan-parti-dalam-kerajaan-perpaduan-tak-retak-kekal-kukuh—pm

Anonymous
Anonymous
21 April 2024 5:30 pm

Jelas pendirian Kerajaan Perpaduan menjawab Akmal dan Isham Jalil, talibarut PN. ————————————— No cracks in unity govt, good luck to the agitators, says Anwar Mohamad Fadli – 21 Apr 2024, 02:03 PM The PKR president and prime minister says the government and its components remain steadfast. Free Malaysia Today Prime Minister Anwar Ibrahim did not deny that there are ‘desperate groups’ attempting to incite matters, but said their efforts will not succeed. SHAH ALAM: There are no signs of cracks in the unity government led by Pakatan Harapan and Barisan Nasional, says Prime Minister Anwar Ibrahim. The PKR president said… Read more »

Anonymous
Anonymous
21 April 2024 2:00 pm

KKB milik Kerajaan Perpaduan. Nokhtah.