Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

  • CADANGAN PAS PERKUKUH PN PERLU DIBERI PERHATIAN

    Di ketika kedudukan kerajaan semakin dipertikaikan, kewujudan PN sebagai blok pembangkang juga turut sama diperkatakan. Antaranya, PN dikatakan tidak cukup agresif bersuara dalam isu-isu yang berlaku dalam negara, majoriti Ahli Parlimennya seperti duduk dalam gua, kapal seperti ada dua nakhoda dan sehingga ini masih gagal memuktamadkan calon Perdana Menteri. Dalam semua keadaan itu, majoriti mereka…

  • RAFIZI BIDAS PAS

    PAS bagi kata dua kepada saya: mereka hanya akan sokong cadangan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai badan kehakiman jika saya sertai perhimpunan Turun Anwar yang mereka anjur. Itu kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS. Sokongan bersyarat ni maksudnya nak menunggang. Hari ini, kami yang sembilan Ahli Parlimen PKR ni dah mula hantar surat secara…

  • KUMPULAN 9 AHLI PARLIMEN PKR TIDAK MAMPU JATUHKAN PM, TAPI…

    Ada pelbagai pro dan kontra kedengaran berikutan tindakan Rafizi Ramli mengadakan sidang media bersama lapan Ahli Parlimen PKR menuntut kerajaan menubuhkan RCI atau Suruhanjaya Siasatan Diraja berkaitan isu kehakiman. Ada yang  setuju dan memuji tindakan beliau itu, tetapi tidak kurang yang bersikap sinis serta mempertikaikannya atas alasan RCI yang disarankan tidak berkesan untuk menyelesaikan masalah…

  • SELAIN TERUS MENEKAN PERDANA MENTERI, RAFIZI JUGA NAMPAKNYA BELUM LAGI INGIN BERSARA

    Sidang media Rafizi Ramli pagi tadi secara umumnya tersasar daripada jangkaan banyak pihak. Pada awalnya sidang media itu dijangka sebagai pengumuman penarikan sokongan beliau bersama beberapa Ahli Parlimen PKR terhadap Perdana Menteri. Ramai yang beranggapan demikian susulan keputusan pemilihan PKR Mei lalu yang menyaksikan bukan saja Rafizi terpelanting daripada jawatannya, bahkan cai beliau turut kalah…

  • KENA JERIT 20 MINIT, RAFIZI PERLU BERI PENJELASAN LANJUT DALAM PODCAST JUMAAT DEPAN

    Beberapa pemimpin PKR tampil menafikan ada berlaku insiden Anwar Ibrahim menjerit kepada Rafizi Ramli dalam mesyuarat MPP PKR sebelum pemilihan parti, Mei lalu. Kata mereka, perkara itu langsung tidak berlaku, bahkan mendakwa mesyuarat berjalan dalam suasana harmoni. Mereka juga menyifatkan Rafizi sebagai berbohong atau berhalusinasi berikutan dakwaan beliau kena jerit dengan Anwar itu. Dalam podcastnya…

  • KEBIMBANGAN SAIFUDDIN TENTANG KEHILANGAN RAFIZI SEMACAM AKAN JADI KENYATAAN

    Pada Kongres PKR di Johor Bahru Mei lalu, Saifuddin Nasition Ismail pernah melahirkan kebimbangan  jika parti kehilangan Rafizi Ramli. Sebaik pengumuman keputusan pemilihan yang menyaksikan kekalahan Rafizi kepada Nurul Izzah Anwar ketika itu, Saifuddin merupakan satu-satunya pimpinan PKR yang memilih untuk bersama Rafizi sehingga ke keretanya. Beliau berkata, perasaannya bercampur-baur usai pengumuman keputusan pemilihan itu….