Beberapa pemimpin PKR tampil menafikan ada berlaku insiden Anwar Ibrahim menjerit kepada Rafizi Ramli dalam mesyuarat MPP PKR sebelum pemilihan parti, Mei lalu.
Kata mereka, perkara itu langsung tidak berlaku, bahkan mendakwa mesyuarat berjalan dalam suasana harmoni.
Mereka juga menyifatkan Rafizi sebagai berbohong atau berhalusinasi berikutan dakwaan beliau kena jerit dengan Anwar itu.
Dalam podcastnya Jumaat lalu, Rafizi mendakwa beliau kena jerit dengan Anwar selama 20 minit apabila beliau mempertikaikan sistem pengundian dalam pemilihan parti yang menyaksikan banyak keputusan luar jangka berlaku di peringkat cabang.
Paling popular ialah fenomena badan tanpa kepala di mana banyak keputusan di peringkat cabang yang menyaksikan calon Ketua Cabang kalah bertanding, tetapi cai mereka bagi semua jawatan lain beroleh kemenangan.
Sistem pemilihan PKR kali ini adalah menggunakan teknologi blockchain, dikatakan bagi memastikan tahap keselamatan dan ketulenan data pengundi dalam talian, selain menjamin integriti pengundian.
Dengan fenomena badan tanpa kepala itu, Rafizi lantang mengkritik sistem pemilihan parti, malah mengambil cuti untuk mendengar rungutan dan bertemu akar umbi.
Ketika Jelajah HIRUK sebelum ini, Rafizi ada menyebut – βkalau mengikut kiraan, saya tiada masalah untuk mempertahkqn jawatan Timbalan Presiden, tetapi sistem tidak memihak kepada kitaβ.
Dalam podcast Jumaat lalu pula, bekas Menteri Ekonomi itu mendakwa, sistem blockchain itu seolah-olah telah dimanipulasi.
βIa menyebabkan siapa pun yang kita undi, ia tetap pergi kepada Nurul Izzah,β dakwanyq.
Dalam pertandingan Timbalan Presiden PKR baru-baru ini, Rafizi tewas kepada Nurul Izzah dengan perbandingan undi 3,866 – 9,803.
Ertinya, dalam podcast Jumaat akan datang, Rafizi perlu lebih detail menjelaskan tentang insiden beliau kena jerit selama 20 minit dalam mesyuarat MPP itu.
Hanya dengan beliau memperincikan kejadian itu, termasuk perkataan-perkataan yang Anwar jerit kepadanya saja dapat membuktikan beliau bukan mereka-reka cerita.
Kalau ada suara jeritan Anwar yang sempat dirakam secara sengaja atau curi-curi, elok juga didedahkan untuk mengukuhkan lagi bukti.
Apa pun, siapa jua tetamu yang dijemput dalam podcast beliau Jumaat akan datang, mereka jangan sesekali tidak mencungkil lebih dalam mengenai insiden kena jerit itu daripada Rafizi. – ShahbudinHusin 06July2025.
Leave a Reply