Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

SPRM PATUT SIASAT KES RASUAH DI KLIA, BUKAN TAHAN WARTAWAN – PAS

Pas menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi keutamaan terhadap siasatan berhubung kegiatan meragukan melibatkan ejen pekerja asing dan kakitangan Jabatan Imigresen di pintu masuk negara, berbanding menahan wartawan yang melaporkan isu tersebut.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ini kerana, sekiranya laporan isu tersebut benar, ia lebih berpotensi menimbulkan masalah lebih serius dan berbahaya bagi keselamatan dan ekonomi negara berbanding dakwaan peras ugut jenayah yang didakwa melibatkan wartawan berkenaan.

Dakwanya, tindakan SPRM terhadap wartawan terbabit yang dibuat hanya berdasarkan laporan pihak berkepentingan langsung dilihat janggal dan menimbulkan persoalan.

“Pas percaya adalah lebih tepat dan sesuai tugas sekiranya SPRM mendahulukan siasatan ke atas laporan media berhubung kegiatan meragukan melibatkan ejen pekerja asing dan kakitangan Jabatan Imigresen di pintu masuk negara, berbanding menahan wartawan yang melaporkan dakwaan rasuah.

“Agak janggal dari beberapa sudut dan perlu diteliti dengan lebih dekat, terutama dari segi motif, ketepatannya bawah undang-undang dan keutamaannya,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Pada Jumaat, SPRM menahan seorang wartawan sebuah portal tempatan bagi membantu siasatan kes rasuah di sebuah hotel di Shah Alam kira-kira jam 11 malam.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, penahanan dibuat berhubung dakwaan kes rasuah, bukannya mengenai laporan berita pendedahan isu pendatang asing tanpa izin (PATI).

Ia berikutan, wartawan berkenaan dipercayai meminta sejumlah wang daripada seorang ejen pekerja asing warga Pakistan sejumlah RM20,000 untuk tidak mengeluarkan artikel berhubung isu penyeludupan PATI.

Takiyuddin menambah, isu salah laku pegawai imigresen dan ejen pekerja asing bukan perkara baharu.

“Selain itu, semasa operasi khas SPRM dijalankan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan Kelantan pula, ia turut melibatkan rampasan wang tunai berjumlah lebih RM1 juta dan penyitaan barangan kemas termasuk jongkong dan dinar emas, jam tangan berjenama, kereta, motosikal dan telefon bimbit pelbagai jenama,” katanya.

Tambah beliau, sekiranya dakwaan peras ugut jenayah oleh wartawan terbabit benar, perkara tersebut sepatutnya dilaporkan kepada pihak polis untuk siasatan bawah Kanun Keseksaan, bukannya diambil tindakan bawah Akta SPRM.

“Sekiranya laporan media tersebut pula salah atau dianggap memfitnah, bukankah pihak terkesan turut dilindungi oleh undang-undang sama ada melalui tindakan sivil atau jenayah, bukannya dengan membuat laporan kepada SPRM?” soalnya.

Sehubungan itu beliau turut menzahirkan kebimbangan berkenaan ‘kejanggalan’ berkenaan kerana didakwa boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap SPRM sendiri.

“Ia boleh dianggap bertujuan menutup mulut wartawan dan media terbabit, sekali gus memenuhi motif dan kepentingan pihak berkepentingan langsung yang didedahkan sebelum ini.

“Tindakan itu juga boleh dilihat sebagai langkah yang berlawanan dengan peranan wartawan dan media sebagai institusi teras demokrasi, prinsip kebebasan bersuara serta semak dan imbang awam,” katanya.

Sumber – https://www.sinarharian.com.my/article/715509/berita/politik/utamakan-siasatan-kes-rasuah-bukan-tahan-wartawan—takiyuddin

2 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

13 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
3 March 2025 10:45 am

TINDAK TANDUK RAMAN

MSO
 
Pas gantung pesuruhjaya negeri Perak kerana parti itu menyedari tindak tanduk pesiruhjaya itu menyusah bahkan mencemarkan imej parti berkenaan.

Tindakan itu tepat, tidak wajar Pas membusukkan dengan gelagat dan sifat orang seperti itu.

Sebenarnya presidennya juga sudah tak relevan dan merugikan Pas dan maayarakat kerana cara dia berpolitik langsung tidak mencerminkan parti gemulah chek itu sebagai parti bernuansakan agama. 

Cuma Pas tidak ada keupayaan untuk memecat atau menyimpannya. Padahal damage yang dilakukan sang presiden lebih kurang sahaja bahkan lebih parah daripada apa dilakukan persuruhjaya Pas Perak itu. Trims.

AMIR Wartawan Rasmi LR at Monday, March 03, 2025

Share

Anonymous
Anonymous
3 March 2025 10:12 am

Ini dia gambaran bilik dengan wang RM170 juta dan jongkong emas   SITI NUR ZAWANI March 3, 2025 Warga maya menggunakan sembang chatbot ChatGPT untuk menjana gambaran wang tunai RM170 juta selepas gempar penemuan wang tunai berkait dengan bekas Perdana Menteri ke-9. Janaan imej itu dimuat naik pengguna Facebook Jason Yew dengan kapsyen; “Gambaran keadaan wang tunai berjumlah kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang antarabangsa dan 16 kilogram jongkong emas”. Sebelum ini heboh desas desus mengenai penemuan wang berjumlah RM150 juta. Namun spekulasi itu meleset selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa menemui wang tunai sebanyak RM170 juta. Turut… Read more »

Anonymous
Anonymous
3 March 2025 5:50 am

Ismail Dalam Bahaya 4 

Zuwairi Md Yusof

comment image

comment image

comment image

comment image

comment image

comment image

comment image

Berita Terkini.Laporan akhbar hari ini sahkan WANG TUNAI RM 170 JUTA dan JONGKONG EMAS RM 7 JUTA berjaya di temui dan di rampas.Amboi sakannya kenyangnya MAEL dan KONCO2 PENYAMUN menyakau ya.Kau dengan Mahiaddin,Madey samaja Penyamun Alibaba.Slow2 pun sebenarnya Pak Long kau laju! Bila kantoi terus pengsan. 😂🤣 💵💴💶💷 Wang tunai: RM170 juta (termasuk Baht ฿, Riyal ﷼, Pound Sterling £, Won ₩, Euro €, Swiss Franc CHF, dan Yuan ¥)

🏅🏅🏅 Jongkong emas: 16kg (bernilai hampir RM7 juta)

Jumlah keseluruhan sitaan: 💰💰💰 RM177 juta.Sakau untuk kesenangan anak cucu cicit masing2 jilaker.Sejarah membuktikan Ismail PM kedua masuk penjara selepas Najib Razak.Tahiniah dan takziah.Mail kenekan Najib Razak last2 sendiri kene.Buat jahat jangan sekali.KARMA menjemput Mael.Kapla High Council BERSHIT sekarang @ faisalazizfa ok tak tu?

AMIR Wartawan Rasmi LR at Sunday, March 02, 2025

Share

Anonymous
Anonymous
3 March 2025 6:00 am
Reply to  Anonymous

BFF Mail Blur, Wee Kaa Siong Parti Cukong MCA semua adalah Geng SD10 BN yang promosi agenda Malaysia Reset aka Sheraton Move 2.0 target Snap PRU16 akhir tahun 2025 propaganda PN Atok, Abah, Hadi, Mail Blur dan H2O. Tengok Wee attack KWSP rugi RM500 juta, dia sebaris dgn Mat Jagong Machang Wan Fasyhal dok carry agenda Reset Malaysia. Wow, bila Madani declare Dividen KWSP 6.3% terbaik dari 2017 tengok reaksi2 mereka: a. Wee kata dividen boleh lebih lagi kalu tak rugi RM500 juta b. PAS kata haram dividen syariah sama dividen konventional kerana Islam darjat tinggi c. Masa PN Kerajaan… Read more »

Anonymous
Anonymous
2 March 2025 11:50 pm

Lepas Najib, Mahiadin dan sekarang Sabri pula…. apa komen Akmal?

Anonymous
Anonymous
2 March 2025 11:47 pm

Tapi wartawan juga jangan mudah boleh disogok….

Anonymous
Anonymous
2 March 2025 9:44 pm

Jangan hidung tak mancung sikap pula sombongHishamuddin Aun – 28 Feb 2025, 09:00 AM Apa juga rundingan kerajaan dengan PN berkaitan peruntukan tidak akan ke mana selagi pembangkang tidak mahu ikuti syarat.6 SHARES 2 0 4 0 Total Views: 2,818 https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F04%2F7094bfa6-hishamuddin-aun-columnist-220424-1.webp&w=640&q=75 Agak-agak bahagian mana yang pembangkang masih tak faham tentang cara-cara terhormat untuk ia memohon peruntukan daripada kerajaan perpaduan bagi semua semua Ahli Parlimennya yang sudah tertangguh lebih dua tahun. Atau mereka sengaja buat-buat tak faham. Di bawah tajuk ‘Peruntukan pembangkang: Jemput bincang pun sudah tiada’, laporan Malaysia Gazette pada 20 Feb memetik Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin sebagai berkata kerajaan tidak… Read more »

Anonymous
Anonymous
2 March 2025 9:51 pm
Reply to  Anonymous

Tengok pada reaksi songel Mezoh Minyak Masak dan Tutiman Banjir, lebih baik Kerajaan Perpaduan tutup sahaja pintu rundingan untuk Peruntukan Pembangkang.

Mereka lupa yang pemintak sedekah tak boleh memilih dan pada zaman mereka Abah PM8 tadak peruntukan untuk pembangkang PH.

Tak guna PMX nak tunjuk sikap toleransi kepada kepala2 pengat yang hanya ada agenda nak guling PMX!

Anonymous
Anonymous
2 March 2025 8:21 pm

APA JADI DGN AGENDA MALAYSIA RESET AKA SHERATON MOVE AKHIR TAHUN 2025 SNAP PRU16? Sah terkantoi lah Agenda Malaysia Reset dgn. Keluarga Malaysia jika dana disita SPRM. Larian Keluarga Malaysia Putrajaya dgn KJ sbg Duta hanya berlaku sekali sahaja. Banyak Pak Long kena jawab bagaimana boleh sedut RM170 juta dalam tempoh 15 bulan jadi PM9! Ismail Sabri isytihar harta dalam siasatan SPRM FMT Reporters – 02 Mar 2025, 07:02 PM Bekas PM itu diarah isytihar harta pada 11 Dis tahun lepas, dan telah melakukannya secara rasmi pada 10 Feb lepas.2 SHARES 1 1 0 0 Total Views:489 https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F03%2F7deea20e-ismail-sabri-yaakob-bn-bera-perdana-menteri-310324.webp&w=3840&q=75 Siasatan SPRM… Read more »

Anonymous
Anonymous
2 March 2025 8:22 pm
Reply to  Anonymous

NOOHHHH…. 
 
Satu satu nya PM yang mendapat pengiktirafan dari BERSIH.

comment image

AMIR Wartawan Rasmi LR at Sunday, March 02, 2025

Share

Anonymous
Anonymous
2 March 2025 10:00 pm
Reply to  Anonymous

Ramai netizen2 yang memberi komen gambar viral Mail Blur terlantar diatas katil wad tanpa seurat wayar yang biasa disambung kepada badan pesakit kes B/P darah tinggi atau stroke atau mild heart attack.

Gaya mcm berehat sekejap ala cirit birit Abah PM8 dari dilawati oleh SPRM!

Lagi pun minggu lepas, relaks je Mail Blur nampak sehat berbahas diDewan Rakyat dok tibai PMX dan semua dasar2 Kerajaan Perpaduan seolah dia Agen PN.

Anonymous
Anonymous
2 March 2025 6:04 pm

SPRM patut bukak balik kes PAS terima RM90 juta dari UMNO Najib konon duit curi 1MDB faktor2 berikut: a. Rasuah politik b. Duit haram duit curi 1MDB dari Khazanah Malaysia adalah curi duit Rakyat c. Claire Brown dah mengaku terima bayaran gelap dari Hadi PAS sebanyak RM1.3 juta sebagai duit tutup mulut setuju Hadi tarik kes saman fitnah keatas Claire Brown diMahkamah London atas tuduhan Claire Fitnah Hadi terima bayaran RM90 juta dari Najib UMNO! d. Selalu orang yang yg difitnah yg dapat bayaran, ini terbalik Claire Brown yg memfitnah dapat bayaran dari Hadi! Makna Hadi takut rahsia rasuah RM90… Read more »

Anonymous
Anonymous
2 March 2025 6:10 pm
Reply to  Anonymous

Kalu SPRM bukak balik kes Hadi terima duit RM90 juta dari UMNO Najib, cfm Taki Black Friday akan pusing suruh SPRM buat sibuk dengan kes wartawan dan agen pekerja asing.

PAS ketakutan imej dan persepsi parti Islam bersubahat dengan rasuah demi kuasa politik Kafir Machiavelli terutama terlibat makan duit curi 1MDB milik Rakyat Malaysia.

Tidak keterlaluan SPRM siasat duit RM90 juta telah dibelanja oleh siapa dan faedah apa?

Parah lah kalu beli Porshe/Merc Mewah, Moto Mewah dsb.

13
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x