Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

SPRM PATUT SIASAT KES RASUAH DI KLIA, BUKAN TAHAN WARTAWAN – PAS

Pas menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi keutamaan terhadap siasatan berhubung kegiatan meragukan melibatkan ejen pekerja asing dan kakitangan Jabatan Imigresen di pintu masuk negara, berbanding menahan wartawan yang melaporkan isu tersebut.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ini kerana, sekiranya laporan isu tersebut benar, ia lebih berpotensi menimbulkan masalah lebih serius dan berbahaya bagi keselamatan dan ekonomi negara berbanding dakwaan peras ugut jenayah yang didakwa melibatkan wartawan berkenaan.

Dakwanya, tindakan SPRM terhadap wartawan terbabit yang dibuat hanya berdasarkan laporan pihak berkepentingan langsung dilihat janggal dan menimbulkan persoalan.

“Pas percaya adalah lebih tepat dan sesuai tugas sekiranya SPRM mendahulukan siasatan ke atas laporan media berhubung kegiatan meragukan melibatkan ejen pekerja asing dan kakitangan Jabatan Imigresen di pintu masuk negara, berbanding menahan wartawan yang melaporkan dakwaan rasuah.

“Agak janggal dari beberapa sudut dan perlu diteliti dengan lebih dekat, terutama dari segi motif, ketepatannya bawah undang-undang dan keutamaannya,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Pada Jumaat, SPRM menahan seorang wartawan sebuah portal tempatan bagi membantu siasatan kes rasuah di sebuah hotel di Shah Alam kira-kira jam 11 malam.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, penahanan dibuat berhubung dakwaan kes rasuah, bukannya mengenai laporan berita pendedahan isu pendatang asing tanpa izin (PATI).

Ia berikutan, wartawan berkenaan dipercayai meminta sejumlah wang daripada seorang ejen pekerja asing warga Pakistan sejumlah RM20,000 untuk tidak mengeluarkan artikel berhubung isu penyeludupan PATI.

Takiyuddin menambah, isu salah laku pegawai imigresen dan ejen pekerja asing bukan perkara baharu.

“Selain itu, semasa operasi khas SPRM dijalankan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan Kelantan pula, ia turut melibatkan rampasan wang tunai berjumlah lebih RM1 juta dan penyitaan barangan kemas termasuk jongkong dan dinar emas, jam tangan berjenama, kereta, motosikal dan telefon bimbit pelbagai jenama,” katanya.

Tambah beliau, sekiranya dakwaan peras ugut jenayah oleh wartawan terbabit benar, perkara tersebut sepatutnya dilaporkan kepada pihak polis untuk siasatan bawah Kanun Keseksaan, bukannya diambil tindakan bawah Akta SPRM.

“Sekiranya laporan media tersebut pula salah atau dianggap memfitnah, bukankah pihak terkesan turut dilindungi oleh undang-undang sama ada melalui tindakan sivil atau jenayah, bukannya dengan membuat laporan kepada SPRM?” soalnya.

Sehubungan itu beliau turut menzahirkan kebimbangan berkenaan ‘kejanggalan’ berkenaan kerana didakwa boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap SPRM sendiri.

“Ia boleh dianggap bertujuan menutup mulut wartawan dan media terbabit, sekali gus memenuhi motif dan kepentingan pihak berkepentingan langsung yang didedahkan sebelum ini.

“Tindakan itu juga boleh dilihat sebagai langkah yang berlawanan dengan peranan wartawan dan media sebagai institusi teras demokrasi, prinsip kebebasan bersuara serta semak dan imbang awam,” katanya.

Sumber – https://www.sinarharian.com.my/article/715509/berita/politik/utamakan-siasatan-kes-rasuah-bukan-tahan-wartawan—takiyuddin

2 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini

13 responses to “SPRM PATUT SIASAT KES RASUAH DI KLIA, BUKAN TAHAN WARTAWAN – PAS”

  1. Anonymous Avatar
    Anonymous

    TINDAK TANDUK RAMAN

    MSO
     
    Pas gantung pesuruhjaya negeri Perak kerana parti itu menyedari tindak tanduk pesiruhjaya itu menyusah bahkan mencemarkan imej parti berkenaan.

    Tindakan itu tepat, tidak wajar Pas membusukkan dengan gelagat dan sifat orang seperti itu.

    Sebenarnya presidennya juga sudah tak relevan dan merugikan Pas dan maayarakat kerana cara dia berpolitik langsung tidak mencerminkan parti gemulah chek itu sebagai parti bernuansakan agama. 

    Cuma Pas tidak ada keupayaan untuk memecat atau menyimpannya. Padahal damage yang dilakukan sang presiden lebih kurang sahaja bahkan lebih parah daripada apa dilakukan persuruhjaya Pas Perak itu. Trims.

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Monday, March 03, 2025

    Share

  2. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Ini dia gambaran bilik dengan wang RM170 juta dan jongkong emas
     
    https://harapandaily.com/wp-content/uploads/2025/03/FB_IMG_1740926554619-e1740926800217.jpg

    SITI NUR ZAWANI
    March 3, 2025
    Warga maya menggunakan sembang chatbot ChatGPT untuk menjana gambaran wang tunai RM170 juta selepas gempar penemuan wang tunai berkait dengan bekas Perdana Menteri ke-9.
    Janaan imej itu dimuat naik pengguna Facebook Jason Yew dengan kapsyen; “Gambaran keadaan wang tunai berjumlah kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang antarabangsa dan 16 kilogram jongkong emas”.
    Sebelum ini heboh desas desus mengenai penemuan wang berjumlah RM150 juta.

    Namun spekulasi itu meleset selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa menemui wang tunai sebanyak RM170 juta.

    Turut ditemui pelbagai mata wang asing termasuk Baht, Riyal, Pound Sterling, Won, Euro, Swiss Franc dan Yuan serta 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai RM7 juta.
    Jika dikira-kira, keseluruhan rampasan berjumlah RM177 juta.

    Rampasan dilakukan semasa penggeledahan di kediaman dan pejabat yang dipercayai dijadikan ‘safehouse’, hasil siasatan ke atas empat pegawai kanan Datuk Seri ismail Sabri Yaakob yang ditahan bulan lalu.
    Siasatan SPRM tertumpu kepada perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta publisiti ketika Ismail Sabri menerajui negara.

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Monday, March 03, 2025

    Share

  3. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Ismail Dalam Bahaya 4 

    Zuwairi Md Yusof

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgvBQuRKzgrrUoHqseYmKrv-ZcqN93ZP__1hOzg3QkOa5YzGXoi2AjBs3_TqKsjW-9xOPQAcKWgaS8PsS-yNDzE7RiHSQOVIyfBB7AxoTKQhhsiLExE2vLZleg3t7bY-pl6El8GYSloqfGaBphiT_eNLu564dbBNKOBZczCj1DvFWqpOWHIXRQ06dN6bwE/s320/FB_IMG_1740920786551.jpg

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjxC3T5987VAm2rKnkoxXKYCk-fy0O2Iutir_n1s2ZDKX6OWpj2tHTWa0bOMCBNPO6qflLe1pms45NBA6kxfh_kZ5WX5Q5vU6Eh9PQixxMI0HxkC8uBKIy1LDzjIrkgobl109HgtyxaVzZMu4NPjShPZLwZ2mpFVl75dSNgxX7rV5-_1uWjMQ45WeZsk5Q/s320/FB_IMG_1740920789517.jpg

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEif9DeocI8havznT_GIXhW6HvXIgXLZJLR489KxcBKUvTIVYgb1u1kNfFdBp2yv1UVCAdHSVg6Xp_WxMUX3NzTa0ci-3ht96XAvdQn9WMgtfVLVBbHoP_LTns91RIs6jAxeJy-gG2AoHrvO4kBc7DHuo0L5KF4ku5j9gQgWjSUj7ZeWTF6jeJUBu8gieyM/s320/FB_IMG_1740920793248.jpg

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhdQAy91doIFbTNMZq8X7zgZowsoyM8EkikuM__RQoxyhJ9ZMH0j1Y1Y9RfNrgDx3WD64ra7Y2cfgnylq7hp7_s1FtlqucKfPGbu3NsrhWChvIWUBeEtXEdrkZHZpUnNz_blKZBJPCBxGFHTio5tMoGP7CELI16FQ7VBmtc_t2CIWysuxwpHzYFrobnfRg/s280/FB_IMG_1740920797863.jpg

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj51Auxufo4zST_TI9pykeWMSsE1Qu42fgtL8RDy5eQvWTRYQXVWzTIFZVPt3AIZ2POte712JRHy-PoTsW86wtlQnET_FQ0Gzw_MAEuDmj54pcUgbHcQ8v7htZNs-WYLoi8G9oVDj6ehC023j8drS1x-6Gz2g5rPvwOIS0lYA8J_xp7Rt1KDc4xWrWpR34/s280/FB_IMG_1740920803216.jpg

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEizQQM0u9yoKeQM9jvCDoGoBpxw2gX8PT68ndZQrMVvtKWGHXDIBdP7LiW3mrvuvGYsabFqnQdmQaJs8KVz1u-aHID1xAFiEaE_N8jT80XX0PcUXV6PCbLIT0WbIVyRopH2J-Vb0kLGoDgow0mK7krJ7ewiDIvFn5hbHS_dt40Ghdz3sOYkwJnR-xixSMk/s280/FB_IMG_1740920809205.jpg

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgj5il97CQxp0J66pcN9r44FeuqJ5zXonMkBrH6GDbZGOwKDSjl6a3M8xFW2MpWfXB_Pz5_Yx0VWMP1IohXH7zA5pzjNrXyf-PLA5qLjNqpt2iqvKAtZ0_yxTOlleQcV-FCZGTSbLH5q_UBn2eEh3jfozQTR-74igFP30nDHnEv1nYnehnnVi8v30R5dH8/s320/FB_IMG_1740920813405.jpg

    Berita Terkini.Laporan akhbar hari ini sahkan WANG TUNAI RM 170 JUTA dan JONGKONG EMAS RM 7 JUTA berjaya di temui dan di rampas.Amboi sakannya kenyangnya MAEL dan KONCO2 PENYAMUN menyakau ya.Kau dengan Mahiaddin,Madey samaja Penyamun Alibaba.Slow2 pun sebenarnya Pak Long kau laju! Bila kantoi terus pengsan. 😂🤣 💵💴💶💷 Wang tunai: RM170 juta (termasuk Baht ฿, Riyal ﷼, Pound Sterling £, Won ₩, Euro €, Swiss Franc CHF, dan Yuan ¥)

    🏅🏅🏅 Jongkong emas: 16kg (bernilai hampir RM7 juta)

    Jumlah keseluruhan sitaan: 💰💰💰 RM177 juta.Sakau untuk kesenangan anak cucu cicit masing2 jilaker.Sejarah membuktikan Ismail PM kedua masuk penjara selepas Najib Razak.Tahiniah dan takziah.Mail kenekan Najib Razak last2 sendiri kene.Buat jahat jangan sekali.KARMA menjemput Mael.Kapla High Council BERSHIT sekarang @ faisalazizfa ok tak tu?

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Sunday, March 02, 2025

    Share

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      BFF Mail Blur, Wee Kaa Siong Parti Cukong MCA semua adalah Geng SD10 BN yang promosi agenda Malaysia Reset aka Sheraton Move 2.0 target Snap PRU16 akhir tahun 2025 propaganda PN Atok, Abah, Hadi, Mail Blur dan H2O.

      Tengok Wee attack KWSP rugi RM500 juta, dia sebaris dgn Mat Jagong Machang Wan Fasyhal dok carry agenda Reset Malaysia.

      Wow, bila Madani declare Dividen KWSP 6.3% terbaik dari 2017 tengok reaksi2 mereka:

      a. Wee kata dividen boleh lebih lagi kalu tak rugi RM500 juta
      b. PAS kata haram dividen syariah sama dividen konventional kerana Islam darjat tinggi
      c. Masa PN Kerajaan 33 bulan bukan sahaja dividen KWSP rendah tapi duit pesawah masuk akaun BERSATU, jana wibawa masuk akaun Cina Pagoh dan akaun anak beranak BERSATU dan Abah PM8 dan Mail Blur PM9 dok godam bajet promosi PMO RM800 juta sama sendiri antara mereka berdua!

  4. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Lepas Najib, Mahiadin dan sekarang Sabri pula…. apa komen Akmal?

  5. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Tapi wartawan juga jangan mudah boleh disogok….

  6. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Jangan hidung tak mancung sikap pula sombongHishamuddin Aun

    28 Feb 2025, 09:00 AM
    Apa juga rundingan kerajaan dengan PN berkaitan peruntukan tidak akan ke mana selagi pembangkang tidak mahu ikuti syarat.6
    SHARES

    2

    0

    4

    0

    Total Views: 2,818
    https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F04%2F7094bfa6-hishamuddin-aun-columnist-220424-1.webp&w=640&q=75
    Agak-agak bahagian mana yang pembangkang masih tak faham tentang cara-cara terhormat untuk ia memohon peruntukan daripada kerajaan perpaduan bagi semua semua Ahli Parlimennya yang sudah tertangguh lebih dua tahun. Atau mereka sengaja buat-buat tak faham.

    Di bawah tajuk ‘Peruntukan pembangkang: Jemput bincang pun sudah tiada’, laporan Malaysia Gazette pada 20 Feb memetik Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin sebagai berkata kerajaan tidak membuat apa-apa langkah mahupun menjemput mereka ke meja rundingan berkaitan peruntukan.
    “Nak ‘update’ (nyatakan perkembangan) macam mana sebab tidak ada apa-apa yang mereka (kerajaan) buat atau jemput kita untuk duduk (berbincang),” katanya dalam sidang media di Dewan Rakyat. Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) Takiyuddin Hassan menambah: “Menteri Wilayah (Dr Zaliha Mustafa) buat kenyataan bahawa peruntukan kepada mereka (ahli Parlimen kerajaan), bukan kepada kita (pembangkang).”
    Ini susulan Dr Zaliha memaklumkan ahli Parlimen kerajaan menerima peruntukan khas perdana menteri berjumlah RM1.7 juta bagi kawasan Parlimen di Semenanjung dan RM2.2 juta bagi Sabah dan Sarawak baru-baru ini. Bertambah sakitlah hati wakil rakyat pembangkang yang selama ini melopong kerana tidak mendapat apa-apa.
    Untuk kefahaman Hamzah, sebuah gudang besar karpet di Nilai 3 terbakar pada pagi 21 Feb lalu — stoknya untuk Aidilfitri habis musnah — maka kerajaan tidak dapat hendak menghamparkan permaidani merah buat delegasi pembangkang datang berbincang di Putrajaya.
    Kepada Takiyuddin pula, kita nak beritahu ini semua salah DAP — parti itu sebagai komponen kerajaan perpaduan patut dipersalahkan atas semua masalah dalam negara dari dahulu sampai sekarang seperti didakwa rakannya Awang Hashim (PN-Pendang) dalam sidang Dewan Rakyat, Rabu lalu.
    Secara lebih serius, kita nak ingatkan balik kepada keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan dalam mesyuaratnya di Sri Perdana, Putrajaya pada 17 Apr 2024 pada dasarnya bersetuju untuk mempertimbang bagi menyalurkan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.
    Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berkata satu draf memorandum persefahaman (MoU) akan dirangka terlebih dahulu dan akan dipanjangkan kepada pihak pembangkang sebagai langkah untuk perundingan seterusnya.
    Berselang cuma beberapa hari, Pengerusi PN Muhyiddin Yassin berkata pihaknya berpendirian kerajaan perpaduan tidak sepatutnya mewujudkan MoU jika benar-benar ikhlas untuk menyalurkan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.
    Berlawanan dengan didakwa presiden Bersatu itu, pembangkang ketika Anwar Ibrahim menjadi ketuanya tidak pernah mendapat peruntukan sepanjang PN menjadi kerajaan sehinggalah pembangkang menandatangani MoU Transformasi dan Kestabilan Politik sewaktu Ismail Sabri Yaakob menjadi perdana menteri pada 13 Sept 2021.
    Anwar sewaktu dipanggil ketika itu mengetepikan segala kepentingan lain untuk datang berbincang — tidak seperti pembangkang ketika ini yang bersifat angkuh dengan menuntut peruntukan diberikan tanpa sebarang ikatan.

    Pada 15 Sept tahun lalu, PN sebulat suara menolak MoU berkenaan atas empat sebab utama, iaitu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, di mana beberapa syaratnya dikhuatiri boleh menjejaskan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.
    Malah, pembangkang menyifatkan MoU itu turut bertentangan dengan nilai budaya, moral dan agama kerana drafnya didakwa mereka mengandungi syarat-syarat yang dilihat bertentangan dengan nilai tradisi, budaya, moral, agama serta tempatan.
    Menolak untuk membuat sebarang cadangan balas, Muhyiddin berkata layanan sama tetap akan diberikan kepada Ahli Parlimen pembangkang.
    “Itu sebabnya bagi kami tiada tujuan dan faedah untuk buat cadangan balas. Dalam kalangan Ahli Parlimen kita, tak ada kata buat cadangan balas sebab mereka tahu cadangan baru ini apa pun mereka tak layan, tak beri peruntukan. Sudah dua tahun buat rundingan… berapa banyak dah perbincangan dibuat? Kamu tak perlu bincang, kalau nak bagi… bagilah,” katanya.
    Andai Ahli Parlimen pembangkang tercari-cari kepada siapa kesalahan patut diletakkan sebagai punca mereka masih tidak mendapat peruntukan, ia sepatutnya dihalakan kepada Muhyiddin dan bukan sesiapa yang lain.
    Terbaharu kelmarin Fadillah berkata kerajaan sedia menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi meneliti pandangan serta cadangan semua pihak ke arah mencari penyelesaian terhadap kemelut berkaitan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.
    Menegaskan kedua-dua pihak — kerajaan dan pembangkang — perlu mencapai konsensus berhubung perkara itu, sebuah jawatankuasa akan dibentuk bagi membolehkan ia dibincangkan.
    “Beliau (Fadillah) beritahu saya sila masukkan surat permohonan atau surat mahu berbincang atau nak beri pandangan balas, barulah beliau akan tubuh jawatankuasa. Jadi, ini bersyaratlah. Nanti kita akan bincang (dalam kalangan Ahli Parlimen pembangkang),” kata Takiyuddin sebagai reaksi.
    “Kita akan tulis surat bahawa jika benar, kami bersetujulah untuk ditubuh satu jawatankuasa ini,” kata Hamzah pula yang harus melihat ini satu lagi peluang buat pembangkang yang diketuainya di Dewan Rakyat daripada hanya berbuat bising di luar.
    “Kita bincanglah dulu,” kata perdana menteri Sabtu lalu mengenai pendekatan yang secara konsisten diingatkannya kepada pembangkang sambil menambah, “Seperti kita tahu sudah dua tahun lebih dia (Ahli Parlimen pembangkang) berdolak-dalik.”
    Sekali lagi diingatkan, gudang karpet di Nilai 3 terbakar membabitkan kerugian RM30 juta — tapi sah-sah bukan DAP yang bakar — jadi tiadalah permaidani merah dapat disediakan buat mereka.
    Lagipun, sejak bila pula pihak yang berkehendak boleh menetapkan pelbagai syarat kepada pihak yang berkuasa untuk memberi.
    Kalau kesediaan untuk berbincang dilakukan dari dahulu lagi, harus sudah lebih dua tahun Ahli Parlimen pembangkang mendapat peruntukan, namun lebih baik terlewat daripada tiada langsung.

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      Tengok pada reaksi songel Mezoh Minyak Masak dan Tutiman Banjir, lebih baik Kerajaan Perpaduan tutup sahaja pintu rundingan untuk Peruntukan Pembangkang.

      Mereka lupa yang pemintak sedekah tak boleh memilih dan pada zaman mereka Abah PM8 tadak peruntukan untuk pembangkang PH.

      Tak guna PMX nak tunjuk sikap toleransi kepada kepala2 pengat yang hanya ada agenda nak guling PMX!

  7. Anonymous Avatar
    Anonymous

    APA JADI DGN AGENDA MALAYSIA RESET AKA SHERATON MOVE AKHIR TAHUN 2025 SNAP PRU16?

    Sah terkantoi lah Agenda Malaysia Reset dgn. Keluarga Malaysia jika dana disita SPRM.
    Larian Keluarga Malaysia Putrajaya dgn KJ sbg Duta hanya berlaku sekali sahaja.

    Banyak Pak Long kena jawab bagaimana boleh sedut RM170 juta dalam tempoh 15 bulan jadi PM9!

    Ismail Sabri isytihar harta dalam siasatan SPRM
    FMT Reporters

    02 Mar 2025, 07:02 PM
    Bekas PM itu diarah isytihar harta pada 11 Dis tahun lepas, dan telah melakukannya secara rasmi pada 10 Feb lepas.2
    SHARES

    1

    1

    0

    0

    Total Views:489
    https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F03%2F7deea20e-ismail-sabri-yaakob-bn-bera-perdana-menteri-310324.webp&w=3840&q=75

    Siasatan SPRM tertumpu pada perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta publisiti semasa Ismail Sabri Yaakob menerajui negara antara Ogos 2021 hingga November 2022.

    PETALING JAYA: Ismail Sabri Yaakob telah mengisytiharkan harta sebagai sebahagian siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung rasuah dan pengubahan wang haram.SPRM berkata, siasatannya tertumpu pada perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta publisiti semasa beliau menerajui negara antara Ogos 2021 hingga November 2022.

    “Bekas perdana menteri (itu) telah diarahkan membuat pengisytiharan harta bawah Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009 pada 11 Dis 2024. Pengisytiharan harta tersebut dibuat secara rasmi pada 10 Feb 2025.
    “(Beliau) telah hadir ke pejabat SPRM untuk memberikan keterangan pada 19 Feb 2025. SPRM tidak menolak kemungkinan beliau akan dipanggil semula bagi membantu siasatan selanjutnya,” kata SPRM dalam kenyataan.
    Menurut SPRM, empat pegawai kanan Ismail ditahan selepas agensi itu menerima maklumat baharu dan laporan risikan.
    Dalam serbuan di kediaman mereka dan tiga premis lain, dipercayai menjadi ‘safe house’, wang tunai dalam pelbagai mata wang antarabangsa, bernilai kira-kira RM170 juta, ditemukan bersama 16kg jongkong emas tulen dianggarkan bernilai hampir RM7 juta.
    SPRM juga berkata, pihaknya telah mengenal pasti hampir 10 saksi yang akan dipanggil ‘dalam masa terdekat’ untuk membantu siasatan.
    “Suruhanjaya ini ingin menegaskan bahawa siasatan dijalankan secara bebas, profesional, dan mengikut lunas undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya.
    “SPRM komited untuk memastikan bahawa sebarang bentuk salah laku berkaitan rasuah dan pengubahan wang haram ditangani dengan tegas demi kepentingan negara.”
    Khamis lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata, agensi itu akan memanggil lapan individu bagi membantu siasatan berikutan penahanan empat bekas pegawai kanan Ismail.
    Mereka direman pada 21 Feb kerana disyaki terlibat dengan rasuah, namun telah dibebaskan.
    Azam sebelum ini berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM, berkaitan kesalahan meminta dan menerima rasuah, serta undang-undang pencegahan pengubahan wang haram.
    Tahun lepas, SPRM memulakan siasatan berhubung RM700 juta yang didakwa digunakan untuk tujuan promosi dan publisiti bagi menguar-uarkan pencapaian kerajaan semasa dua pentadbiran terdahulu, antara Mac 2020 hingga November 2022.
    SPRM sedang menyiasat bagaimana wang itu dibelanjakan, dan telah memanggil syarikat-syarikat yang menerima dana daripada kerajaan.

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      Ramai netizen2 yang memberi komen gambar viral Mail Blur terlantar diatas katil wad tanpa seurat wayar yang biasa disambung kepada badan pesakit kes B/P darah tinggi atau stroke atau mild heart attack.

      Gaya mcm berehat sekejap ala cirit birit Abah PM8 dari dilawati oleh SPRM!

      Lagi pun minggu lepas, relaks je Mail Blur nampak sehat berbahas diDewan Rakyat dok tibai PMX dan semua dasar2 Kerajaan Perpaduan seolah dia Agen PN.

  8. Anonymous Avatar
    Anonymous

    SPRM patut bukak balik kes PAS terima RM90 juta dari UMNO Najib konon duit curi 1MDB faktor2 berikut:

    a. Rasuah politik
    b. Duit haram duit curi 1MDB dari Khazanah Malaysia adalah curi duit Rakyat
    c. Claire Brown dah mengaku terima bayaran gelap dari Hadi PAS sebanyak RM1.3 juta sebagai duit tutup mulut setuju Hadi tarik kes saman fitnah keatas Claire Brown diMahkamah London atas tuduhan Claire Fitnah Hadi terima bayaran RM90 juta dari Najib UMNO!
    d. Selalu orang yang yg difitnah yg dapat bayaran, ini terbalik Claire Brown yg memfitnah dapat bayaran dari Hadi! Makna Hadi takut rahsia rasuah RM90 juta bocor diMahkamah London dan dia bakal kalah kes parok!

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      Kalu SPRM bukak balik kes Hadi terima duit RM90 juta dari UMNO Najib, cfm Taki Black Friday akan pusing suruh SPRM buat sibuk dengan kes wartawan dan agen pekerja asing.

      PAS ketakutan imej dan persepsi parti Islam bersubahat dengan rasuah demi kuasa politik Kafir Machiavelli terutama terlibat makan duit curi 1MDB milik Rakyat Malaysia.

      Tidak keterlaluan SPRM siasat duit RM90 juta telah dibelanja oleh siapa dan faedah apa?

      Parah lah kalu beli Porshe/Merc Mewah, Moto Mewah dsb.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

13
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x