Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

TENGOK, TUN MAHATHIR PUN SETUJU KERAJAAN BAILOUT SAPURA!!

Sejak malam semalam dan pagi tadi, beberapa rakan telah menghantar berita mengenai kenyataan Tun Mahathir Mohamad yang dilaporkan setuju dengan tindakan kerajaan melakukan bailout terhadap Sapura Energy.

Tengok, Tun Mahathir pun setuju kerajaan bailout Sapura?…demikian antara ungkapan yang dihantar mengiringi kenyataan bekas Perdana Menteri itu.

Di dalam komen terhadap tulisan saya semalam berkaitan suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura, turut terdapat mereka yang berkongsi tentang kenyataan setujunya Tun Mahathir terhadap keputusan kerajaan itu.

Ternampaknya, mereka yang menyokong kerajaan agak gembira dengan sokongan Tun Mahathir itu.

Sebenarnya sebelum mereka menghantar berita berkenaan, saya sudah pun membacanya lebih dahulu.

Melihat sikap mereka yang semacam gembira dengan kenyataan Tun Mahathir itu, hati saya segera berkata – sejak bila mereka yang menyokong kerajaan semasa ini menjadikan kata-kata bekas Perdana Menteri itu sebagai kitab rujukan?

Bukankah selama ini Tun Mahathir sering mereka kecam dan dihina?

Pendirian Tun Mahathir yang bersetuju dengan keputusan kerajaan melakukan bailout terhadap Sapura sebenarnya bukanlah sesuatu yang pelik atau memeranjatkan.

Ini kerana Tun Mahathir sejak menjadi Perdana Menteri kali pertama dulu lagi memang berpendirian bahawa kerajaan perlu membantu syarikat-syarikat yang bermasalah.

Sebab itu, beberapa tindakan bailout dilakukan ketika era pentadbirannya.

Begitu pun, Tun Mahathir tetap berpegang kepada pendirian bahawa bantuan kepada syarikat yang bermasalah boleh dilakukan jika ia berdasarkan kajian menyeluruh dan mempunyai alasan kukuh untuk menyokongnya.

Katanya, langkah tersebut bagi mengelakkan kejatuhan syarikat berkenaan yang boleh memberi kesan kepada ekonomi dan tenaga kerja.

“Tetapi kena tentukan wang yang diberikan itu digunakan dengan baik,” katanya lagi.

Dalam hal ini, walaupun Tun Mahathir berbeza pendapat dalam banyak perkara dengan kerajaan semasa, malah Perdana Menteri, Anwar Ibrahim boleh dikira sebagai musuhnya yang utama, yang nyata pendirian beliau tidak berubah hanya disebabkan faktor politik.

Lagi pula, jika hari ini Tun Mahathir memberi kenyataan tidak setuju dengan keputusan bailout kerajaan terhadap Sapura itu, sudah tentu banyak perkara mengenai bailout yang dilakukannya sebelum ini akan diungkit kembali.

Dalam hal ini, terbukti Tun Mahathir bijak dalam mengatur komunikasi agar kecaman tidak tertuju kepadanya.

Selain itu, apa yang penting, Tun Mahathir tidak pernah berdegar-degar menolak bailout ketika belum berkuasa dan ini berbeza dengan pendirian kerajaan semasa.

Kritikan banyak pihak sejak semalam atas keputusan kerajaan menyuntik dana RM1.1 bilion kepada Sapura, jika diteliti, lebih disebabkan rasa meluat dengan cakap tak serupa bikin mereka yang berkuasa sekarang.

Belum ada kuasa cakap lain, setelah ada kuasa tiba-tiba sudah berubah nada.

Pendirian berubah-ubah itu pula bukan pertama kali, malah sudah berkali-kali.

Selepas ini, apa lagi agaknya? – ShahbudinHusin 13Mac2024.

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini

11 responses to “TENGOK, TUN MAHATHIR PUN SETUJU KERAJAAN BAILOUT SAPURA!!”

  1. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Budin….hang ni tak ada hati perut la Budin. Kesian la kat 2,000 vendors tu (80% daripadanya bumiputera). Biarlah Abam Non bail out asalkan duit suntikan tu diberikan terus kepada vendor2 tu. Lagi pun suntikan dana tu kira macam pinjaman la…kena bayar balik.

    Dulu sewaktu Tun M bailed out MISC, aku pun setuju, walaupun anak dia Mirzan ketika itu adalah pemegang saham terbesar syarikat itu. Sebabnya MISC adalah anak syarikat ulung kerajaan di bidang perkapalan. Takkan nak biarkan ianya bankrup kut.Lagipun apabila berlaku bail out tersebut Mirzan terpaksa melepaskan sahamnya kepada PETRONAS yang mengeluar duit suntikan dana.

    As I told you Budin….please try to be objective and never allow your hatred at Abam Non to cloud your judgement. Sakit hati sebab dicampakkan terkonteng2 begitu saja selepas berpenat lelah berkempen untuk beliau memanglah sesuatu yang sukar dilupakan. Tetapi anggaplah itu bukannya rezeki saudara.

    Peace bro!

  2. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Local white rice back in stores, says Mat SabuFMT Reporters

    13 Mar 2025, 10:47 PM
    Agriculture and food security minister Mohamad Sabu says supply is now stable and going according to schedule.3
    SHARES

    1

    1

    1

    0

    Total Views: 534
    https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2025%2F01%2F321fd4af-rice_beras_25125.webp&w=3840&q=75

    The recent shortage of locally produced white rice had led to a demand for more expensive imported rice.
      

       

    PETALING JAYA: More local white rice is being made available at retail outlets across the country as part of the government’s move to meet the growing demand.Agriculture and food security minister Mohamad Sabu said the supply of the more affordable local white rice has now stabilised and is being distributed to retailers according to schedule.

    “Food problems in the world will never be fully solved until the end of time, but what I can say is that the supply of local white rice in the market is going according to schedule,” Berita Harian quoted Mohamad, better known as Mat Sabu, as saying.
    There has been a shortage of locally produced white rice nationally, leading to dependence on more expensive imported rice.

    ADVERTISING

    The government currently controls the price of local white rice at RM26 per 10kg, while imported rice is sold at much higher prices, sometimes exceeding RM40 per 10kg.
    There are claims that because of this price gap, local white rice might have been mixed with imported white rice to be sold at more lucrative markets, thus worsening the shortage.
    On March 1, the ministry said the shortage of local white rice was due to issues with padi pricing, production costs, and the ceiling price.
    On March 3, Prime Minister Anwar Ibrahim ordered the ministry to speed up efforts to restore supply and give regular updates to the public.
    The domestic trade and cost of living ministry then revealed that millers have been passing off local rice as an imported variety to make an easy profit.

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      Jangan koyak Budin dan PN. Hadam je sakit hati.

    2. Anonymous Avatar
      Anonymous

      Beras tempatan ini hilang dari pasaran sebab kartel2 peniaga beras mengumpul beras tempatan untuk dicampurkan dengan beras impot supaya dapat dijual dengan harga tinggi. Kerja-kerja menipu la tu.

      Nak bendung kegiatan tersebut sama susahnya dengan membenteras penjualan diesel subsidi secara haram kpd pihak yang tidak sepatutnya menikmati subsidi tersebut. Sama sukarnya dengan usaha membendung kegiatan menikah di Thailand oleh pasangan2 yang menghadapi masaalah untuk berpoligami. Well…at least menikah di Thailand itu tidak melibatkan kerugian kepada negara dan rakyat.

      Jika hukuman hudud potong tangan dikenakan kepada pesalah2 yang menyorok beras tempatan dan mencampurkannya dengan beras impot….mungkin gejala ini dapat dikurangkan. Kita tunggu orang PAS jadi PM la untuk melaksanakan undang2 ini….kah kah kah

  3. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Unity govt has resolved 9 MA63 demands, says FadillahBernama

    13 Mar 2025, 08:07 PM
    The deputy prime minister says key issues, such as supply control, judiciary administration, and revenue board representation for Sabah and Sarawak, have been settled.7
    SHARES

    1

    1

    5

    0

    Total Views: 1,041
    https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2025%2F02%2F07a67a78-fadillah-yusof-bernama-260225.webp&w=3840&q=75
    Deputy prime minister Fadillah Yusof said today’s meeting was crucial in formulating pragmatic follow-up action on outstanding MA63-related demands that have yet to be fully implemented. (Bernama pic)
    KUALA LUMPUR: The unity government has successfully resolved nine key claims related to the Malaysia Agreement 1963 (MA63), says deputy prime minister Fadillah Yusof.Fadillah, who is also the energy transition and water transformation minister, said the resolutions included recognising Sabah and Sarawak’s public works departments and the departments of irrigation and drainage as technical departments under Treasury Instruction 182 (AP182).

    Additionally, amendments to the Inland Revenue Board Act 1995 have been made to appoint representatives from the two state governments as permanent members of the board.
    “Other matters resolved were the handover of power to regulate gas supply in Sabah, the administration of the judiciary in Sabah and Sarawak, as well as the preparation of special guidelines for the resumption of land reserved for federal purposes in Sabah and Sarawak,” he said.
    Fadillah said this in a statement after chairing the first MA63 implementation action council technical meeting of 2025 at the Prime Minister’s Department in Putrajaya.
    He said the unity government had also finalised the transfer of electricity regulatory powers to the Sabah government, and proposed amendments to Article 95B of the Federal Constitution concerning legislative power modifications for Sabah and Sarawak.
    Another milestone achieved was the conversion of Bintulu port’s status from a federal port to a state port. The government also addressed workforce-related concerns in the two states.
    “In addition, the special interim grant to Sabah and Sarawak has been doubled to RM600 million each starting this year,” he said.

    ADVERTISING

    Fadillah said today’s meeting was crucial in formulating pragmatic follow-up action on outstanding MA63-related demands that have yet to be fully implemented.
    He said this aligns with the decisions made during the first MA63 implementation action council meeting of 2024, chaired by Prime Minister Anwar Ibrahim on Sept 12.
    The meeting also reviewed six presentation papers from various ministries and departments, including updates on MA63-related matters under the finance ministry, and the report from the working committee on the Sabah and Sarawak civil service.
    Fadillah said the discussions also covered a proposed tourism law amendment, Sabah-Sarawak-Kalimantan border development, and reports on the progress of health and education in both states.

    He said all decisions agreed upon today would be brought to the next meeting for consideration and agreement.

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      Jangan koyak Budin dan PN. Hadam je sakit hati.

  4. Anonymous Avatar
    Anonymous

    PN akan hantar surat berkait peruntukan Ahli ParlimenFMT Reporters

    13 Mar 2025, 09:59 PM
    Ketua Whip PN Takiyuddin Hassan berkata mereka mahu mendapatkan perincian lanjut daripada kerajaan mengenai maksud rundingan itu.4
    SHARES

    2

    1

    1

    0

    Total Views: 363
    https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F09%2F7a0d9778-takiyuddin-hassan-bernama-030924-1.webp&w=3840&q=75
    Ketua Whip PN Takiyuddin Hassan berkata pucuk pimpinan PN memberikan persetujuan untuk mengutus surat kepada kerajaan bagi membincangkan perkara tersebut. (Gambar Bernama)
    PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) akan menghantar surat kepada kerajaan pada minggu ini bagi mendapatkan perincian lanjut mengenai maksud rundingan bagi mendapatkan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.Ketua Whip PN Takiyuddin Hassan berkata pucuk pimpinan PN memberikan persetujuan untuk mengutus surat kepada kerajaan bagi membincangkan perkara tersebut, lapor Utusan Malaysia.
    “Semasa pentadbiran (bekas perdana menteri) Ismail Sabri Yaakob, kita (PN) terus jemput mereka (pembangkang) dan buat jawatankuasa. Dalam jawatankuasa itu kita bincang terma-terma dan syarat, akhirnya kita berjaya.
    “Ini tiba-tiba hantar kepada kita draf, saya tak nak ulas panjang. Sepatutnya tubuh jawatankuasa dahulu, bentang apa cadangan kerajaan samaada kita setuju atau tidak,” katanya selepas Forum Khas Bandar Raya Islam di Madinah Ramadan, di Kota Bharu.
    Pada bulan lalu, Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berkata kerajaan setuju menubuhkan jawatankuasa untuk membincangkan cadangan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembankang.
    Beliau berkata jawatankuasa itu perlu meneliti cadangan pembangkang dan mencapai satu persetujuan yang menyeluruh.
    PN sebelum ini menolak draf memorandum persefahaman daripada kerajaan berkaitan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.
    Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata tiada syarat yang memerlukan Ahli Parlimen menyokong beliau untuk mendapatkan peruntukan itu.

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      Budak PASTI tahun satu boleh ajor Taki Loyar Lebong PAS brp benda asas berunding:

      a. Peruntukan Pembangkang bukan hak tetapi ehsan Kerajaan

      b. Masa Kerajaan PN 33 bulan, Abah PM8 tidak bagi hanya beria2 ura CSA sebelum dia digulingkan PM8. Hanya Mail Bera PM9 terpaksa bagi berunding kerana majoriti yg goyang dan tipis.

      c. Kerajaan Perpaduan punyai majoriti 2/3, jadi PN dalam kedudukan mintak sedekah

      d. Kalu posisi mintak sedekah tak boleh desak dan memilih. Berlagaklah dengan sewajar sbg orang yang lemah dan berharap.

      e. Terbaik PN buang kaki gedebe dan derhaka ini cari personaliti PN yg bukan kaki gaduh lain dari Taki

      f. Kalu gagal, salah diri sendiri dan ukur badan. Mintak duit Sakaw Dari Abah, Hadi, Hamzah dan Taki!

  5. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Penyakit mental Budin dan PN!

    Kesian kou Budin, teras utama kewalaunan kau adalah meremeh apa sahaja yang dibuat PMX kerana PN maseh gagal gulingkan PMX selepas melebihi separuh penggal.

    Tiap kali kau tibai PMX apa2 isu, jadi senjata makan tuan gigit kau dan semua propaganda PN yg kou dok sebar.

    Banyak contoh2.

    AGC putuskan Addendum dibuat diluar Lembaga Pengampunan tidak sah supaya tidak dicabar diMahkamah.

    Taki dan Hamzah kelihatan paling bahalol nak tunggang Addendum yang tak boleh dikuatkuasa undang2.

    Isu URA dan Sapura Crest nenyerlahkan PMX dan Kerajaan mendahului PN dalam bantu Bumiputra Melayu!

    Masaalah utama Kerajaan PN 33 bulan dulu adalah sindrom Sakaw berleluasa menjadi obsesi utama Pemimpin2 PN berlumba2 kumpul harta tak buat apa2 utk tadbir negara.

    Jadi bila PMX dan Kerajaan Perpaduan mencapai prestasi baik mentadbir negara, PN naik hantu sakit hati dan sedaya upaya meremehkan.

    Ini lah penyakit mental Budin dan PN!

  6. UMNOMADANI Avatar
    UMNOMADANI

    TUN SKRG WALANON TERHORMAT PENYKONG TEGAR PMX

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      2 kes dah jerut tengkok, salah satu yg berat CPC Batu Putih.

      Dah hilang mood Atok nak simpan dendam kepada PMX lagi bila tengok hukuman Batu Putih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

11
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x