Sejak malam semalam dan pagi tadi, beberapa rakan telah menghantar berita mengenai kenyataan Tun Mahathir Mohamad yang dilaporkan setuju dengan tindakan kerajaan melakukan bailout terhadap Sapura Energy.
Tengok, Tun Mahathir pun setuju kerajaan bailout Sapura?…demikian antara ungkapan yang dihantar mengiringi kenyataan bekas Perdana Menteri itu.
Di dalam komen terhadap tulisan saya semalam berkaitan suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura, turut terdapat mereka yang berkongsi tentang kenyataan setujunya Tun Mahathir terhadap keputusan kerajaan itu.
Ternampaknya, mereka yang menyokong kerajaan agak gembira dengan sokongan Tun Mahathir itu.
Sebenarnya sebelum mereka menghantar berita berkenaan, saya sudah pun membacanya lebih dahulu.
Melihat sikap mereka yang semacam gembira dengan kenyataan Tun Mahathir itu, hati saya segera berkata – sejak bila mereka yang menyokong kerajaan semasa ini menjadikan kata-kata bekas Perdana Menteri itu sebagai kitab rujukan?
Bukankah selama ini Tun Mahathir sering mereka kecam dan dihina?
Pendirian Tun Mahathir yang bersetuju dengan keputusan kerajaan melakukan bailout terhadap Sapura sebenarnya bukanlah sesuatu yang pelik atau memeranjatkan.
Ini kerana Tun Mahathir sejak menjadi Perdana Menteri kali pertama dulu lagi memang berpendirian bahawa kerajaan perlu membantu syarikat-syarikat yang bermasalah.
Sebab itu, beberapa tindakan bailout dilakukan ketika era pentadbirannya.
Begitu pun, Tun Mahathir tetap berpegang kepada pendirian bahawa bantuan kepada syarikat yang bermasalah boleh dilakukan jika ia berdasarkan kajian menyeluruh dan mempunyai alasan kukuh untuk menyokongnya.
Katanya, langkah tersebut bagi mengelakkan kejatuhan syarikat berkenaan yang boleh memberi kesan kepada ekonomi dan tenaga kerja.
“Tetapi kena tentukan wang yang diberikan itu digunakan dengan baik,” katanya lagi.
Dalam hal ini, walaupun Tun Mahathir berbeza pendapat dalam banyak perkara dengan kerajaan semasa, malah Perdana Menteri, Anwar Ibrahim boleh dikira sebagai musuhnya yang utama, yang nyata pendirian beliau tidak berubah hanya disebabkan faktor politik.
Lagi pula, jika hari ini Tun Mahathir memberi kenyataan tidak setuju dengan keputusan bailout kerajaan terhadap Sapura itu, sudah tentu banyak perkara mengenai bailout yang dilakukannya sebelum ini akan diungkit kembali.
Dalam hal ini, terbukti Tun Mahathir bijak dalam mengatur komunikasi agar kecaman tidak tertuju kepadanya.
Selain itu, apa yang penting, Tun Mahathir tidak pernah berdegar-degar menolak bailout ketika belum berkuasa dan ini berbeza dengan pendirian kerajaan semasa.
Kritikan banyak pihak sejak semalam atas keputusan kerajaan menyuntik dana RM1.1 bilion kepada Sapura, jika diteliti, lebih disebabkan rasa meluat dengan cakap tak serupa bikin mereka yang berkuasa sekarang.
Belum ada kuasa cakap lain, setelah ada kuasa tiba-tiba sudah berubah nada.
Pendirian berubah-ubah itu pula bukan pertama kali, malah sudah berkali-kali.
Selepas ini, apa lagi agaknya? – ShahbudinHusin 13Mac2024.
Budin….hang ni tak ada hati perut la Budin. Kesian la kat 2,000 vendors tu (80% daripadanya bumiputera). Biarlah Abam Non bail out asalkan duit suntikan tu diberikan terus kepada vendor2 tu. Lagi pun suntikan dana tu kira macam pinjaman la…kena bayar balik. Dulu sewaktu Tun M bailed out MISC, aku pun setuju, walaupun anak dia Mirzan ketika itu adalah pemegang saham terbesar syarikat itu. Sebabnya MISC adalah anak syarikat ulung kerajaan di bidang perkapalan. Takkan nak biarkan ianya bankrup kut.Lagipun apabila berlaku bail out tersebut Mirzan terpaksa melepaskan sahamnya kepada PETRONAS yang mengeluar duit suntikan dana. As I told you… Read more »
Local white rice back in stores, says Mat SabuFMT Reporters – 13 Mar 2025, 10:47 PM Agriculture and food security minister Mohamad Sabu says supply is now stable and going according to schedule.3 SHARES 1 1 1 0 Total Views: 534 https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2025%2F01%2F321fd4af-rice_beras_25125.webp&w=3840&q=75 The recent shortage of locally produced white rice had led to a demand for more expensive imported rice. PETALING JAYA: More local white rice is being made available at retail outlets across the country as part of the government’s move to meet the growing demand.Agriculture and food security minister Mohamad Sabu said the supply of the more affordable… Read more »
Jangan koyak Budin dan PN. Hadam je sakit hati.
Beras tempatan ini hilang dari pasaran sebab kartel2 peniaga beras mengumpul beras tempatan untuk dicampurkan dengan beras impot supaya dapat dijual dengan harga tinggi. Kerja-kerja menipu la tu. Nak bendung kegiatan tersebut sama susahnya dengan membenteras penjualan diesel subsidi secara haram kpd pihak yang tidak sepatutnya menikmati subsidi tersebut. Sama sukarnya dengan usaha membendung kegiatan menikah di Thailand oleh pasangan2 yang menghadapi masaalah untuk berpoligami. Well…at least menikah di Thailand itu tidak melibatkan kerugian kepada negara dan rakyat. Jika hukuman hudud potong tangan dikenakan kepada pesalah2 yang menyorok beras tempatan dan mencampurkannya dengan beras impot….mungkin gejala ini dapat dikurangkan. Kita… Read more »
Unity govt has resolved 9 MA63 demands, says FadillahBernama – 13 Mar 2025, 08:07 PM The deputy prime minister says key issues, such as supply control, judiciary administration, and revenue board representation for Sabah and Sarawak, have been settled.7 SHARES 1 1 5 0 Total Views: 1,041 https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2025%2F02%2F07a67a78-fadillah-yusof-bernama-260225.webp&w=3840&q=75 Deputy prime minister Fadillah Yusof said today’s meeting was crucial in formulating pragmatic follow-up action on outstanding MA63-related demands that have yet to be fully implemented. (Bernama pic) KUALA LUMPUR: The unity government has successfully resolved nine key claims related to the Malaysia Agreement 1963 (MA63), says deputy prime minister Fadillah Yusof.Fadillah, who is… Read more »
Jangan koyak Budin dan PN. Hadam je sakit hati.
PN akan hantar surat berkait peruntukan Ahli ParlimenFMT Reporters – 13 Mar 2025, 09:59 PM Ketua Whip PN Takiyuddin Hassan berkata mereka mahu mendapatkan perincian lanjut daripada kerajaan mengenai maksud rundingan itu.4 SHARES 2 1 1 0 Total Views: 363 https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F09%2F7a0d9778-takiyuddin-hassan-bernama-030924-1.webp&w=3840&q=75 Ketua Whip PN Takiyuddin Hassan berkata pucuk pimpinan PN memberikan persetujuan untuk mengutus surat kepada kerajaan bagi membincangkan perkara tersebut. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) akan menghantar surat kepada kerajaan pada minggu ini bagi mendapatkan perincian lanjut mengenai maksud rundingan bagi mendapatkan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.Ketua Whip PN Takiyuddin Hassan berkata pucuk pimpinan PN memberikan persetujuan untuk mengutus… Read more »
Budak PASTI tahun satu boleh ajor Taki Loyar Lebong PAS brp benda asas berunding: a. Peruntukan Pembangkang bukan hak tetapi ehsan Kerajaan b. Masa Kerajaan PN 33 bulan, Abah PM8 tidak bagi hanya beria2 ura CSA sebelum dia digulingkan PM8. Hanya Mail Bera PM9 terpaksa bagi berunding kerana majoriti yg goyang dan tipis. c. Kerajaan Perpaduan punyai majoriti 2/3, jadi PN dalam kedudukan mintak sedekah d. Kalu posisi mintak sedekah tak boleh desak dan memilih. Berlagaklah dengan sewajar sbg orang yang lemah dan berharap. e. Terbaik PN buang kaki gedebe dan derhaka ini cari personaliti PN yg bukan kaki gaduh… Read more »
Penyakit mental Budin dan PN! Kesian kou Budin, teras utama kewalaunan kau adalah meremeh apa sahaja yang dibuat PMX kerana PN maseh gagal gulingkan PMX selepas melebihi separuh penggal. Tiap kali kau tibai PMX apa2 isu, jadi senjata makan tuan gigit kau dan semua propaganda PN yg kou dok sebar. Banyak contoh2. AGC putuskan Addendum dibuat diluar Lembaga Pengampunan tidak sah supaya tidak dicabar diMahkamah. Taki dan Hamzah kelihatan paling bahalol nak tunggang Addendum yang tak boleh dikuatkuasa undang2. Isu URA dan Sapura Crest nenyerlahkan PMX dan Kerajaan mendahului PN dalam bantu Bumiputra Melayu! Masaalah utama Kerajaan PN 33 bulan… Read more »
TUN SKRG WALANON TERHORMAT PENYKONG TEGAR PMX
2 kes dah jerut tengkok, salah satu yg berat CPC Batu Putih.
Dah hilang mood Atok nak simpan dendam kepada PMX lagi bila tengok hukuman Batu Putih!