Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

BAGAIMANA SELAMA INI SAPURA BOLEH TAK BAYAR HUTANG VENDOR?

Dalam isu apa yang disebut sebagai pelaburan strategik atau pinjaman atau bailout atau  usaha menyelamatkan Sapura Energy dengan suntikan dana sebanyak RM1.1 bilion, tujuan utamanya ialah untuk membayar hutang kepada vendor-vendor yang gagal dilunaskan oleh syarikat tersebut.

Tidak disebutkan berapa jumlahnya daripada RM1.1 bilion itu untuk membayar hutang-hutang vendor terbabit.

Cuma yang disebut ada kira-kira 2,000 vendor yang masih tidak dibayar oleh Sapura dan 80 peratus daripadanya adalah syarikat bumiputera.

Selain sudah disebut dalam penjelasan Sapura sebelum ini berkaitan dana itu untuk membayar hutang vendor, Perdana Menteri juga mengulangi perkara yang sama ketika berucap dalam perhimpunan di Kementerian Kewangan, pagi semalam.

“Daripada kira-kira 2,000 vendor, 80 peratus daripadanya adalah syarikat bumiputera yang telah menyumbang kepada Sapura Energy.

“Bagaimana mereka (vendor) boleh dihukum?

“Kalau saya tak tolong, (dituduh) Anwar khianat (sebab) dan kata dia bukan lagi membantu perjuangkan nasib bumiputera, dia hanya jadi jurucakap DAP.

“Kalau kita buat, dia kata: oh ini kita bantu (syarikat terbabit).

“Saya tak bantu selamatkan tauke-tauke kaya. Wang itu setiap sen terus (dibayar) kepada vendor yang telah bekerja (untuk Sapura Energy) dan tidak dapat bayaran,” kata Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan.

Selain itu, menurut Anwar lagi, bayaran tersebut adalah untuk memastikan syarikat minyak dan gas itu (Sapura) tidak bankrap serta dapat terus beroperasi dalam industri hiliran supaya negara tidak bergantung kepada pengusaha asing.

Apa yang menjadi persoalan dalam hal ini ialah, mengapa selama ini Sapura tidak membuat bayaran sepenuhnya kepada vendor-vendor yang melakukan kerja untuk mereka?

Bukankah apabila Sapura memperolehi sesuatu projek, mereka telah dibayar oleh syarikat yang memberikan kontrak tersebut?

Ke mana hilangnya duit yang sepatutnya dibayar kepada vendor-vendor terbabit?

Sudah berapa lamakah hutang-hutang kepada vendor itu gagal dibayar oleh Sapura?

Sebab itu, sebagaimana gesaan Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Salleh dan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari, audit forensik yang disebut oleh Perdana Menteri telah dilakukan terhadap Sapura, ia kini wajib didedahkan kepada umum.

Tiada guna audit forensik yang telah dilakukan, tetapi hanya tersimpan dalam peti besi semata-mata.

Hanya dengan didedahkan kepada umum saja barulah diketahui apa “penyakit” sebenar dalam Sapura Energy sehingga hutang kepada vendor-vendor pun terbiar tidak berbayar dan akhirnya dana kerajaan terpaksa digunakan untuk langkah penyelamatan.

Cisssss…- ShahbudinHusin 14Mac2025.

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

7 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
14 March 2025 6:00 pm

TAK BANTU SALAH.. BANTU PUN HANGPA NAK SALAH. TAK GUNA PUNYA PEMBANGKANG

 Pembangkang menyalak dengan tindakan PMX. Sebaliknya jika PMX xbertindak apa kata mereka

comment image

AMIR Wartawan Rasmi LR at Friday, March 14, 2025

Share

Anonymous
Anonymous
14 March 2025 2:36 pm

Fadhli gesa audit peruntukan Ahli Parlimen kerajaan susulan siasatan SPRMFMT Reporters – 14 Mar 2025, 01:21 PM Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari ulas kenyataan Ahli Parlimen Teresa Kok, yang berkata beliau tidak pernah meluluskan peruntukan RM1.5 juta untuk peralatan elektronik.2 SHARES 2 0 0 0 Total Views:244 https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2025%2F01%2F6eed4bc5-ahmad-fadhli-shaari-resize-040125.webp&w=3840&q=75 Fadhli Shaari kata audit forensik ke atas peruntukan Ahli Parlimen kerajaan harus jadi keutamaan, mengulas kenyataan Teresa Kok susulan penahanan dua individu oleh SPRM baru-baru ini. PETALING JAYA: Kerajaan digesa melaksanakan audit forensik terhadap peruntukan yang diberikan kepada Ahli Parlimen kerajaan bagi memastikan tiada ketirisan, memandangkan ia membabitkan jumlah yang besar.Ketua Penerangan… Read more »

Anonymous
Anonymous
14 March 2025 2:43 pm
Reply to  Anonymous

Boleh mula audit forensik dgn 2 Dana PAS ini dulu:

a. Bayaran sulit Hadi RM1.3 juta kepada Claire Brown wang tutup mulut ‘hush money’ mintak Claire Brown setuju Hadi tarik balik saman fitnah Hadi dan PAS terima duit curi 1MDB RM90 juta dari Najib kes saman difailkan Hadi diMahkamah London

b. Perbelanjaan duit curi 1MDB RM90 juta dari Najib kepada PAS Hadi.

Anonymous
Anonymous
14 March 2025 2:34 pm

Bila PN dah terhantuk nantiHishamuddin Aun – 14 Mar 2025, 07:30 AM Kesediaan mereka menulis surat kepada kerajaan berkait rundingan peruntukan belum nampakkan apa-apa penyelesaian.4 SHARES 2 1 1 0 Total Views:830 https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F04%2F7094bfa6-hishamuddin-aun-columnist-220424-1.webp&w=640&q=75 Perikatan Nasional (PN) harus sudah dapat melihat petandanya. Keengganan duduk semeja berunding dengan kerajaan hanya memungkinkan Ahli Parlimen pembangkang terus melopong tanpa peruntukan sehingga habis penggal Parlimen Ke-15 ini yang berbaki kira-kira 32 bulan lagi. Andai tempoh 28 bulan yang telah dilalui sejak kerajaan perpaduan mengambil alih Putrajaya pasca PRU15 pada Nov 2022 dirasakan mereka sukar, pembangkang harus dapat membayangkan kepayahan yang harus ditempuhi untuk jangka masa… Read more »

Anonymous
Anonymous
14 March 2025 10:13 am

Mat Sagon PAS Ahmad Fadzli tak nak bagitau sapa 3 bekas Menteri PAS PN yang sama terlibat kes Sakaw RM170 juta Mael Bera?

Make PAS Great Again ko, Mat Sagon?

HRC LIVE!! – RM170 JUTA – SIAPA 3 PIMPINAN PAS TU? | PMX LUAH PERASAAN -…

https://wrlr.blogspot.com/2025/03/hrc-live-rm170-juta-siapa-3-pimpinan.html

AMIR Wartawan Rasmi LR at Friday, March 14, 2025
Share

Anonymous
Anonymous
14 March 2025 10:00 am

Sebab yang sama PN PAS dan HARAKAH dak bayar hutang berzaman pencetak Melayu Islam Bumiputera!

Budin tak cisssss sama ko kepada ahli PN suci murni PAS, maseh engkar perintah Mahkamah tak bayar hutang pencetak HARAKAH berpuloh tahun?

Budin tak tanya Mat Jargon Pasir Mas, Ahmad Fadzli mengapa Boss dia, Hadi liat nak bayor hutang Syarikat Melayu Bumiputera Islam?

Pencetak BMF terpaksa bergolok gadai merana dan berbakul maki PAS.

Celah tu jugak lah sebab pemilik Sapura, Shamsuddin dan anak nya Sharil dan anak Atok, Mokhzani liat nak bayor 2,000 vendor2 Melayu Bumi?

Anonymous
Anonymous
14 March 2025 8:20 am

Cisssss tu nak marah kepada siapa, Budin? Najib PM6 yang dulu nak bantu Sapura, Atok sekarang yang setuju Sapura dibantu atau Towkay Sapura dan anak nya yang dulu ambik gaji luar tabiee, Mokhzani anak Atok yang dulu ada share dalam Sapura atau PNB yang labur dalam Sapura dizaman Atok PM4 dan Mokhzani ada share? Atau PN yang maseh gagal guling PMX dan Kerajaan Perpaduan? Tak batak puasa ke Budin hati asyik tak tenang je dan dok berkecamuk mental? Sama seperti kes Addendum yang tak sah oleh AGC, Budin dok ratib berbulan2 disembunyikan PMX!!! Lain kali menang le PRU dulu jadi… Read more »

7
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x