Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

BAGAIMANA SELAMA INI SAPURA BOLEH TAK BAYAR HUTANG VENDOR?

Dalam isu apa yang disebut sebagai pelaburan strategik atau pinjaman atau bailout atau  usaha menyelamatkan Sapura Energy dengan suntikan dana sebanyak RM1.1 bilion, tujuan utamanya ialah untuk membayar hutang kepada vendor-vendor yang gagal dilunaskan oleh syarikat tersebut.

Tidak disebutkan berapa jumlahnya daripada RM1.1 bilion itu untuk membayar hutang-hutang vendor terbabit.

Cuma yang disebut ada kira-kira 2,000 vendor yang masih tidak dibayar oleh Sapura dan 80 peratus daripadanya adalah syarikat bumiputera.

Selain sudah disebut dalam penjelasan Sapura sebelum ini berkaitan dana itu untuk membayar hutang vendor, Perdana Menteri juga mengulangi perkara yang sama ketika berucap dalam perhimpunan di Kementerian Kewangan, pagi semalam.

“Daripada kira-kira 2,000 vendor, 80 peratus daripadanya adalah syarikat bumiputera yang telah menyumbang kepada Sapura Energy.

“Bagaimana mereka (vendor) boleh dihukum?

“Kalau saya tak tolong, (dituduh) Anwar khianat (sebab) dan kata dia bukan lagi membantu perjuangkan nasib bumiputera, dia hanya jadi jurucakap DAP.

“Kalau kita buat, dia kata: oh ini kita bantu (syarikat terbabit).

“Saya tak bantu selamatkan tauke-tauke kaya. Wang itu setiap sen terus (dibayar) kepada vendor yang telah bekerja (untuk Sapura Energy) dan tidak dapat bayaran,” kata Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan.

Selain itu, menurut Anwar lagi, bayaran tersebut adalah untuk memastikan syarikat minyak dan gas itu (Sapura) tidak bankrap serta dapat terus beroperasi dalam industri hiliran supaya negara tidak bergantung kepada pengusaha asing.

Apa yang menjadi persoalan dalam hal ini ialah, mengapa selama ini Sapura tidak membuat bayaran sepenuhnya kepada vendor-vendor yang melakukan kerja untuk mereka?

Bukankah apabila Sapura memperolehi sesuatu projek, mereka telah dibayar oleh syarikat yang memberikan kontrak tersebut?

Ke mana hilangnya duit yang sepatutnya dibayar kepada vendor-vendor terbabit?

Sudah berapa lamakah hutang-hutang kepada vendor itu gagal dibayar oleh Sapura?

Sebab itu, sebagaimana gesaan Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Salleh dan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari, audit forensik yang disebut oleh Perdana Menteri telah dilakukan terhadap Sapura, ia kini wajib didedahkan kepada umum.

Tiada guna audit forensik yang telah dilakukan, tetapi hanya tersimpan dalam peti besi semata-mata.

Hanya dengan didedahkan kepada umum saja barulah diketahui apa “penyakit” sebenar dalam Sapura Energy sehingga hutang kepada vendor-vendor pun terbiar tidak berbayar dan akhirnya dana kerajaan terpaksa digunakan untuk langkah penyelamatan.

Cisssss…- ShahbudinHusin 14Mac2025.

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini

7 responses to “BAGAIMANA SELAMA INI SAPURA BOLEH TAK BAYAR HUTANG VENDOR?”

  1. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Fadhli gesa audit peruntukan Ahli Parlimen kerajaan susulan siasatan SPRMFMT Reporters

    14 Mar 2025, 01:21 PM
    Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari ulas kenyataan Ahli Parlimen Teresa Kok, yang berkata beliau tidak pernah meluluskan peruntukan RM1.5 juta untuk peralatan elektronik.2
    SHARES

    2

    0

    0

    0

    Total Views:244
    https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2025%2F01%2F6eed4bc5-ahmad-fadhli-shaari-resize-040125.webp&w=3840&q=75
    Fadhli Shaari kata audit forensik ke atas peruntukan Ahli Parlimen kerajaan harus jadi keutamaan, mengulas kenyataan Teresa Kok susulan penahanan dua individu oleh SPRM baru-baru ini.
    PETALING JAYA: Kerajaan digesa melaksanakan audit forensik terhadap peruntukan yang diberikan kepada Ahli Parlimen kerajaan bagi memastikan tiada ketirisan, memandangkan ia membabitkan jumlah yang besar.Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari menarik perhatian kepada kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa pada 13 Feb lalu, bahawa setiap Ahli Parlimen kerajaan menerima peruntukan sebanyak RM1.7 juta setahun bagi tempoh 2023 hingga 2024.

    “Audit forensik ini lebih perlu dilakukan terhadap Ahli Parlimen yang juga memegang jawatan sebagai menteri. Mereka sudah tentu sibuk menguruskan tugasan di kementerian masing-masing dan kerap kali perlu keluar negara untuk mencari pelabur serta menjalankan tugas rasmi kerajaan. Dengan beban tugas yang tinggi, mereka pastinya tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk memberi tumpuan kepada pengurusan peruntukan yang mereka terima sebagai Ahli Parlimen.
    “Oleh itu, risiko berlaku ketirisan dan salah guna dana lebih tinggi dalam kalangan mereka, menjadikan audit ini satu keperluan mendesak bagi memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam perbelanjaan kerajaan,” menurut kenyataan.
    Fadhli sebelum itu merujuk kenyataan Ahli Parlimen Teresa Kok susulan penahanan dua individu termasuk bekas pegawai khasnya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), baru-baru ini, kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM500,000 sebagai balasan membantu meluluskan dana projek mesra rakyat.
    Menurut sumber, rasuah itu bagi membantu meluluskan permohonan dana projek mesra rakyat bernilai kira-kira RM1.5 juta membabitkan pembekalan ‘interactive smart board’ kepada beberapa sekolah sekitar Kuala Lumpur.
    Kok berkata beliau tidak pernah meluluskan peruntukan RM1.5 juta untuk peralatan elektronik bagi 16 buah sekolah.
    “Jika benar kerajaan mengutamakan ketelusan dan integriti, audit forensik ke atas peruntukan Ahli Parlimen kerajaan harus menjadi keutamaan sekarang,” kata Fadhli.
    Terdahulu, bekas pegawai Kok, Edmund Teoh, nafi dakwaan beliau meminta dan menerima rasuah RM500,000.
    Teoh mengesahkan dia dibebaskan oleh SPRM pada Ahad dan berkata tiada pertuduhan difailkan terhadapnya, menurut kenyataan.

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      Boleh mula audit forensik dgn 2 Dana PAS ini dulu:

      a. Bayaran sulit Hadi RM1.3 juta kepada Claire Brown wang tutup mulut ‘hush money’ mintak Claire Brown setuju Hadi tarik balik saman fitnah Hadi dan PAS terima duit curi 1MDB RM90 juta dari Najib kes saman difailkan Hadi diMahkamah London

      b. Perbelanjaan duit curi 1MDB RM90 juta dari Najib kepada PAS Hadi.

  2. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Bila PN dah terhantuk nantiHishamuddin Aun

    14 Mar 2025, 07:30 AM
    Kesediaan mereka menulis surat kepada kerajaan berkait rundingan peruntukan belum nampakkan apa-apa penyelesaian.4
    SHARES

    2

    1

    1

    0

    Total Views:830
    https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F04%2F7094bfa6-hishamuddin-aun-columnist-220424-1.webp&w=640&q=75
    Perikatan Nasional (PN) harus sudah dapat melihat petandanya. Keengganan duduk semeja berunding dengan kerajaan hanya memungkinkan Ahli Parlimen pembangkang terus melopong tanpa peruntukan sehingga habis penggal Parlimen Ke-15 ini yang berbaki kira-kira 32 bulan lagi.

    Andai tempoh 28 bulan yang telah dilalui sejak kerajaan perpaduan mengambil alih Putrajaya pasca PRU15 pada Nov 2022 dirasakan mereka sukar, pembangkang harus dapat membayangkan kepayahan yang harus ditempuhi untuk jangka masa lebih dua tahun selepas ini.
    Banyak pusat khidmat di kawasan Parlimen pembangkang yang akan terus terbengkalai di samping banyak juga aktiviti setempat wakil rakyat PN yang tidak dapat dijalankan pada ketika mereka hanya mampu berteriak kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim zalim dan mengamalkan politik balas dendam.
    Rengekan mereka kononnya dihimpit beban kewangan kerana tidak menerima peruntukan juga tidak menyelesaikan apa-apa. Mereka harus bertanya kepada diri sendiri sejauh mana usaha yang telah mereka lakukan, dan jawapannya ada pada mereka sendiri.
    Ringkasnya, mereka yang memilih untuk menyusahkan diri sendiri walhal kerajaan sudah banyak berkompromi dengan menawarkan pelbagai langkah pemudah cara yang bukan sahaja tidak dihargai, malah dipolemikkan dengan tuduhan Anwar tidak ikhlas dan menggunakan isu peruntukan untuk menekan pembangkang.
    Selasa lepas, Anwar memberi jaminan bahawa segala projek pembangunan dan kebajikan rakyat di semua kawasan akan diteruskan – memintas keperluan menyalurkannya melalui Ahli Parlimen.
    “Sama ada ia (peruntukan disalur) melalui Ahli Parlimen atau tidak, projek (untuk) rakyat diteruskan termasuk program pembasmian kemiskinan tegar yang dilaksanakan secara menyeluruh tanpa mengira kawasan,” katanya selepas menghadiri Program Ihya’ Ramadan bersama warga Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Putrajaya.
    Dalam bahasa mudah, kerajaan boleh sahaja memilih untuk terus mengabaikan tuntutan pembangkang terhadap peruntukan Ahli Parlimen kerana rakyat tidak akan terkesan dengannya – mereka tetap akan mendapat nikmat pembangunan yang disalurkan secara terus.
    Dari satu sudut, ia juga boleh dibaca sebagai kesabaran perdana menteri yang sering mengulangi nasihat ‘duduk bincang selesai’ sebagai semakin menipis terhadap pelbagai kerenah pembangkang – diberi memorandum persefahaman (MoU) mereka tolak bulat-bulat; diminta beri cadangan balas, mereka diamkan diri; dan dicadang tubuhkan jawatankuasa untuk berbincang, mereka kata tak perlu.
    Berkali-kali juga perdana menteri mengulangi bahawa tiada syarat yang memerlukan Ahli Parlimen menyokong beliau untuk mendapatkan peruntukan itu tetapi pembangkang membangkitkan pula pelbagai alasan dan dalih.
    Pengerusi PN Muhyiddin Yassin menganggap syarat MoU berkenaan terlalu ketat dan tidak adil, seolah-olah pembangkang perlu menyerahkan segala-galanya kepada kerajaan hanya untuk mendapatkan sejumlah peruntukan.
    Sambil ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal kata Anwar nak ‘mandulkan’ pembangkang dan nak jadikan pembangkang ‘budak suruhan’ di Parlimen, Ketua Penerangan Bersatu Tun Faisal Ismail Aziz pula menokok peruntukan harus diberikan tanpa syarat membebankan, tidak bertentangan dengan prinsip demokrasi serta tanpa sebarang sekatan terhadap kebebasan bersuara.
    Jawapan Anwar kepada mereka cukup ringkas dan tegas: “Mesyuaratlah dahulu, draf (MoU) boleh dipinda.” Tambahnya, ruang perbincangan antara kerajaan dan pembangkang berhubung peruntukan sentiasa terbuka.
    Selepas jenuh berdrama, Ketua Whip PN Takiyuddin Hassan pada Khamis berkata, pucuk pimpinan PN telah memberikan persetujuan untuk mengutus surat kepada kerajaan minggu ini bagi mendapatkan perincian lanjut mengenai maksud rundingan bagi mendapatkan peruntukan.
    Sekali imbas, ia kelihatan seperti pembangkang sudah berlembut sedikit daripada pendirian enggan berbincang sambil menuntut peruntukan diberikan kepada mereka tanpa syarat, tanpa MoU atau tanpa perjanjian keyakinan dan perbekalan (CSA).
    Sebaliknya jika dihalusi, ia bermaksud mereka baru mahu bertanya apa yang dimaksudkan kerajaan mengenai rundingan – sama ada ia menyamai pendekatan ketika Ismail Sabri Yaakob menjadi perdana menteri dengan kerajaan membentangkan cadangan untuk dipersetujui atau sebaliknya oleh pembangkang.
    “Semasa pentadbiran Ismail Sabri lalu, kita (PN) terus jemput mereka (pembangkang) dan buat jawatankuasa. Dalam jawatankuasa itu, kita bincang terma-terma dan syarat, akhirnya kita berjaya. Ini tiba-tiba hantar kepada kita draf, saya tak nak ulas panjang. Sepatutnya tubuh jawatankuasa dahulu, bentang apa cadangan kerajaan sama ada kita setuju atau tidak,” kata Takiyuddin.
    Sedikit perubahan pendirian pada pihak pembangkang mungkin hanya helah mereka mengheret isu ini hingga akhirnya diberi peruntukan tanpa syarat.
    Sebagai rujukan, Ismail Sabri ketika itu berkata, MoU tersebut yang ditandatanganinya bersama Anwar selaku presiden PKR merangkap ketua pembangkang merangkumi enam perkara – Pemerkasaan Pelan Covid-19; Transformasi Pentadbiran serta Pembaharuan Parlimen; Kebebasan Institusi Kehakiman; Perjanjian Malaysia 1963 (MA63); dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.
    Dalam apa keadaan pun, kesediaan PN untuk mengutus surat kepada kerajaan – dilihat lebih menekankan perkara teknikal – tidak boleh dilihat sebagai satu kemajuan untuk pertikaian mereka dengan kerajaan berkait soal peruntukan akan menemui penyelesaian tidak lama lagi.
    Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof yang dilantik berurusan bagi pihak kerajaan harus sudah masak dengan gelagat mereka untuk meyakini sedikit perubahan pendirian boleh diterima sebagai isyarat pembangkang sedia bertolak-ansur.
    Ambil contoh setelah sebulat suara menolak MoU pada 15 Sept lepas, Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin membuat kejutan dengan menyatakan PN sedia untuk kembali ke meja rundingan dengan syarat kerajaan hendaklah lebih dahulu menawarkan suatu perjanjian yang adil dan seimbang dan mewujudkan situasi menang-menang buat kedua-dua pihak.
    Kesudahannya, ia terus tergantung tanpa penyelesaian. Atau mungkin juga mereka mahu menguji-uji kerajaan – kalau-kalau kerajaan mahu berlembut untuk meminda syarat-syarat MoU agar lebih mesra pembangkang – satu perkara yang tidak pun berkemungkinan pada waktu ini.
    Ia mungkin telah disimpulkan dengan jelas oleh Wan Fayhsal pada 24 Sept lepas bahawa pembangkang tidak memerlukan sebarang MoU, sebaliknya hanya menuntut perdana menteri mengotakan janji dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk memberi peruntukan sama rata kepada semua Ahli Parlimen.
    Barangkali apabila mereka sudah terhantuk dengan kerajaan menutup terus pintu rundingan barulah pembangkang akan sedar perlunya mereka bertolak-ansur ketika ia mungkin sudah terlambat.

  3. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Mat Sagon PAS Ahmad Fadzli tak nak bagitau sapa 3 bekas Menteri PAS PN yang sama terlibat kes Sakaw RM170 juta Mael Bera?

    Make PAS Great Again ko, Mat Sagon?

    HRC LIVE!! – RM170 JUTA – SIAPA 3 PIMPINAN PAS TU? | PMX LUAH PERASAAN -…

    https://wrlr.blogspot.com/2025/03/hrc-live-rm170-juta-siapa-3-pimpinan.html

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Friday, March 14, 2025
    Share

  4. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Sebab yang sama PN PAS dan HARAKAH dak bayar hutang berzaman pencetak Melayu Islam Bumiputera!

    Budin tak cisssss sama ko kepada ahli PN suci murni PAS, maseh engkar perintah Mahkamah tak bayar hutang pencetak HARAKAH berpuloh tahun?

    Budin tak tanya Mat Jargon Pasir Mas, Ahmad Fadzli mengapa Boss dia, Hadi liat nak bayor hutang Syarikat Melayu Bumiputera Islam?

    Pencetak BMF terpaksa bergolok gadai merana dan berbakul maki PAS.

    Celah tu jugak lah sebab pemilik Sapura, Shamsuddin dan anak nya Sharil dan anak Atok, Mokhzani liat nak bayor 2,000 vendor2 Melayu Bumi?

  5. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Cisssss tu nak marah kepada siapa, Budin?

    Najib PM6 yang dulu nak bantu Sapura, Atok sekarang yang setuju Sapura dibantu atau Towkay Sapura dan anak nya yang dulu ambik gaji luar tabiee, Mokhzani anak Atok yang dulu ada share dalam Sapura atau PNB yang labur dalam Sapura dizaman Atok PM4 dan Mokhzani ada share?

    Atau PN yang maseh gagal guling PMX dan Kerajaan Perpaduan?

    Tak batak puasa ke Budin hati asyik tak tenang je dan dok berkecamuk mental?

    Sama seperti kes Addendum yang tak sah oleh AGC, Budin dok ratib berbulan2 disembunyikan PMX!!!

    Lain kali menang le PRU dulu jadi PMX dan bebas nak buat apa2 termasuk Sakaw lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

7
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x