Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

KALAULAH PH MASIH LAGI PEMBANGKANG KETIKA INI…

Pada masa lalu, ahli politik PH sering dilihat sebagai pembela golongan tertindas yang memperjuangkan keadilan tanpa kenal penat lelah dan tidak mengira masa siang atau malam.

Namun, lain pula halnya dalam kes pemandu e-hailing OKU Ong Ing Keong yang dipukul anggota polis pengiring di luar hotel St Regis, Kuala Lumpur.

Suara-suara lantang ahli politik ini seakan membisu seribu bahasa manakala pemandu pekak itu masih memasang harapan agar penyerangnya dihadapkan ke mahkamah.

Ketika ditanya jika dia berasa kecewa dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan pentadbirannya, Ong menjawab: “Ya.”

“Tiada seorang pun ahli politik yang memanggil saya untuk berbincang, menelefon atau melawat saya. Tak ada.

“Tiada yang menawarkan bantuan. Bahkan, tiada satu mesej pun sebagai sokongan. Tidak ada apa-apa,” katanya kepada Malaysiakini melalui seorang jurubahasa isyarat.

Ong turut kesal dengan kenyataan Anwar ketika ditanya mengenai serangannya, apabila Anwar menyebut beberapa kes memang memerlukan masa yang panjang.

“Ini semua sekadar cakap. Kes ini jelas. Bukti (rakaman dashcam serangan) telah diberikan kepada pihak berkuasa. Semua bukti telah ditunjukkan. Tetapi tiada hasil,” katanya.

Apabila ditanya jika dia mempunyai pesanan untuk Anwar, memandangkan perdana menteri juga pernah menjadi mangsa ketidakadilan dan serangan, Ong berkata: “Sama ada saya pekak atau tidak, kita sama-sama rakyat Malaysia.”

“Saya minta bantuan perdana menteri untuk selesaikan kes ini kerana sudah lima bulan…

“Harapan saya adalah agar perdana menteri melakukan sesuatu mengenainya,” katanya.

Ong, 48, diserang ketika berada di dalam keretanya sementara menunggu penumpang di luar hotel tersebut ketika Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, turut berada di tempat kejadian.

Penyerangnya sebahagian anggota polis pengiring TMJ dan Tunku Ismail sendiri telah bertitah supaya siasatan terperinci dijalankan serta keadilan ditegakkan.

Kejadian tersebut telah dirakam melalui kamera dashcam dan diserahkan kepada pihak polis dan Pejabat Perdana Menteri.

Polis menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara sebanyak dua kali, pada 5 Jun dan 27 Julai namun masih tiada sebarang perkembangan sejak itu.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/724209

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

5 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
28 October 2024 8:15 pm

Sekali lagi SiMuka Beruk Tamil Nadu Luar Kotak dan Murray Hunter, 2 ekoq blogger Prepaid upahan Abah dan Hamzah Genge buat sekian kali kalah lagi dgn PMX.Kali ini posting terbaru menghampakan Boss2 PN yg patut mintak mereka pulang balik duit upah yg dah sedut, kerana cubaan mereka nak spin PMX kencing Putin mengenai BRICS kerana tekanan U.S tidak hadir diKazan, gagal teruk. Memo Rasmi BRICS mengatakan Malaysia diterima diKazan, sebagai Partner Country protokol awal sebelum keahlian penuh dalam bac 17 negara sebaris dgn antara lain Indinesia, Thailand, Vietnam, Turkey. Untuk rekod, President Lula dari Brazil founding member pun tak hadir.… Read more »

Anonymous
Anonymous
28 October 2024 8:09 pm

Tetapi Duta Khas takkan boleh lawan Tok Kerala. Tok Kerala hilang deposit, hina Melayu, hina Raja, hina Islam, akhirnya jadi Penasihat SG4 ketua semua MB Pas.

340948187_192751943539347_6931396302213493431_n
Anonymous
Anonymous
28 October 2024 8:07 pm

Duta Khas paling tak guna. Candat sotong, berak, candat sotong, berak. Sesekali kencing.

1670577634163
Anonymous
Anonymous
28 October 2024 8:01 pm

Jadi pembangkang pun tak guna, jadi Kerajaan pun tak guna. Makan gaji buta.

hinahudud-kelantan
Anonymous
Anonymous
28 October 2024 6:10 pm

BERSATU diambang berpecah. Ada team Sakaw, ada team Kartel Tikam Belakang dan ada team jujur politik, Team menuju Kluster Penjara paling ramai. Ada puak, ada kem, ada regu – salah ke? Mohsin Abdullah – 26 Oct 2024, 08:00 AM Dalam Bersatu bukanlah rahsia besar wujud kem dan regu walaupun dinafikan.6 SHARES 5 1 0 0 Total Views: 1,078 https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F05%2Fa8fd859b-mohsin-abdullah-columnist-100524-1.webp&w=640&q=75 Setelah berbelas mungkin berpuluh kali Muhyiddin Yassin, Hamzah Zainudin, Peja juga Azmin Ali- semuanya pemimpin tertinggi parti menegaskan tidak ada puak atau kem dalam Bersatu timbul seorang lagi pemimpin dengan versinya tersendiri. Saifuddin Abdullah pemimpin profil tinggi yang kini menjadi pengerusi Bersatu… Read more »

5
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x