Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

APA SALAHNYA NAJIB MEMINTA MAAF DAN KITA MEMAAFKANNYA?

Walaupun Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menunjukkan reaksi positif terhadap permohonan maaf oleh Najib Razak, mereka yang lain di dalam PH ternampak bersikap sebaliknya.

Sementara ada yang bersuara menolak permohonan maaf Najib itu dengan mempertikaikan kejujurannya, membuat sindiran, ingin proses undang-undang diteruskan, mahu beliau dihukum sewajarnya berhubung skandal 1MDB dan berbagai reaksi lain yang senada dengannya, yang lain-lain pula nampaknya lebih senang memilih untuk berdiam diri.

Tidak kurang yang terang-terang menyebut mereka tidak memaafkan Najib kerana berikutan skandal 1MDB itulah negara dibebankan hutang yang besar.

Bahkan, bila Anwar menyebut beliau menerima baik permohonan maaf Najib, ada yang melenting dan marah-marah kepada Perdana Menteri kerana dilihat suka-suka saja menerima permohonan maaf bekas Perdana Menteri itu.

Dek kerana ghairah menolak permohonan maaf Najib, mereka seperti tidak dapat membezakan antara menerima baik dengan menerima.

Menerima baik maaf yang dipohon Najib sebagaimana disebut Anwar hanyalah bermaksud mengalu-alukan, bukan menerima permohonan maaf itu.

Lagi pun, Perdana Menteri tidak berhak mewakilkan dirinya bagi seluruh rakyat untuk menerima maaf yang dipohon Najib itu.

Tetapi, kita dengan sendirinya tidak menunjukkan kesopanan yang tinggi apabila menolak maaf atau marah-marah terhadap reaksi positif Anwar itu.

Memohon maaf adalah perbuatan terpuji bagi manusia dan lebih terpuji lagi bila mudah menjadi pemaaf atau memaafkan mereka yang meminta maaf.

Dalam konteks maaf yang dipohon Najib, sikap beliau seharusnya dihargai kerana setidak-tidaknya ia suatu perbuatan yang terpuji yang digalakkan oleh agama untuk kita melakukannya.

Tambahan lagi, dengan Najib memohon maaf, ia tidak pun membuatkan kes mahkamahnya digugurkan secara tiba-tiba.

Beliau masih perlu diadili oleh mahkamah dan dalam kes perbicaraan 1MDB yang sedang dihadapinya, keputusan sama ada dirinya dibebaskan atau perlu membela diri akan tetap diputuskan oleh hakim yang bijaksana pada 30 Oktober ini.

Hakim pula, dalam membuat keputusannya sudah tentulah akan membuat pernilaian berdasarkan bukti dan keterangan yang dibentangkan oleh pihak pendakwa dan peguambela ketika perbicaraan, bukan disebabkan ada permohonan maaf daripada Najib itu.

Permohonan maaf Najib tidak akan mempengaruhi hakim dalam membuat keputusan.

Jadi, kenapa kita perlu gelisah dengan permohonan maaf Najib?

Tidak bolehkah kita bersangka baik dan menganggap permohonan maaf Najib itu sebagai sesuatu yang positif dalam perjalanan hidup seorang insan yang makin menuju ke penghujung?

Memanglah banyak tindakan Najib ketika beliau mengendalikan skandal 1MDB dulu yang membuatkan kita tidak setuju dengannya, namun semua itu sudah berlalu dan anggaplah ia sebagai sejarah kematangan buat kita semua.

Ambillah ia sebagai iktibar untuk kita sama-sama bergerak ke hadapan dengan lebih baik lagi.

Renungkanlah bahawa tanpa skandal 1MDB, mungkin Tun Mahathir Mohamad tidak berpeluang jadi Perdana Menteri buat kali kedua.

Bahkan tanpa skandal itu juga, Muhyiddin Yassin, Ismail Sabri Yaakob, malah Anwar pun, barangkali tidak tercecah punggung untuk duduk di kerusi empuk Perdana Menteri.

Hakikatnya, dengan Najib memohon maaf yang dibacakan anak sulungnya Khamis lalu, tiada apa-apa yang berubah dalam proses mahkamah yang dihadapinya.

Begitu juga jika kita memaafkan Najib, kes mahkamahnya juga tidak mengalami sebarang perubahan.

Beliau bukan saja masih kekal di Penjara Kajang,  bahkan perlu terus turun naik mahkamah lagi selepas ini.

Sedemikian, tidak bolehkah kita bersangka baik dan menerima maaf yang dihulur Najib itu atau setidak-tidaknya meneladani Anwar dengan menerima baik permohonan maaf tersebut? – ShahbudinHusin 27Oktober2024.

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

7 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
27 October 2024 4:41 pm

Bossku dah mitok maaf, terpulang kepada Hakim untuk mengadili keputusan kes dari fakta2 diMahkamah dari peguamcara dan peguambela. Sambut baik dari PMX pun bukan material. Malah mohon maaf dari OKT pun bukan material. Yg menarik dari fakta counter-claim Claire Brown, adakah TALIBAN PAS akan mitok maaf kepada Walaun2 dan Rakyat Malaysia kerana perdaya semua. Ini kerana bukan sahaja terima duit curi 1MDB RM90 juta dari Bossku, malah belanja sakan mcm harbi. Rumusan dari counter-claim Claire Brown dan TALIBAN PAS tarik balik saman dgn bayar wang ufti pau kepada Claire Brown supaya setuju: a. Takut kerana bersalah spt Menantu Abah yang… Read more »

Anonymous
Anonymous
27 October 2024 5:14 pm
Reply to  Anonymous

Gayanya semua Gelaran alaUtusan Malaysia yang diberi Walaun2 TALIBAN PAS kelihatan permainan gelar2 diTadika PASTI sahaja. Counter-claim dari Claire Brown Sarawak Report yg jadi asbab TALIBAN PAS terus bayar Claire Brown untuk setuju tidak terus kan saman diMahkamah London, mengesahkan TALIBAN PAS adalah Bapak Harbi lebih teruk dari DAP. Ini berlaku selang brp hari diMuktamar, Taki BlackFriday kaki dan muka Lebong dengan riak umum boleh menang mudah kes saman diLondon dan bakal bawak pulang ratus2 juta pound sterling. Bayar Claire Brown pun dibuat dalam senyap2 ketakutan bocor rahsia melalui Walaun orang tengah. Ini berat nanang dari kes tanam dijirat Cina… Read more »

UMNOMADANI
UMNOMADANI
27 October 2024 4:22 pm

PAS 🐷 FITNAH MENTRI, PAS 🐷 BYR DAP 🤣 🤣 🤣

UMNOMADANI
UMNOMADANI
27 October 2024 4:21 pm

PAK TEH PAS 🐷8️⃣4️⃣8️⃣1️⃣ BUKA TBG. AHLI PAS 8481 SEDIA DUIT

UMNOMADANI
UMNOMADANI
27 October 2024 4:11 pm

PAS 8481 🐷 🤣🤣🤣

UMNOMADANI
UMNOMADANI
27 October 2024 4:10 pm

PAS 🐷 8481 PUNCA MELAYU PECAH BELAH KAPIR MGKAPIR

UMNOMADANI
UMNOMADANI
27 October 2024 4:09 pm

KETIMBG BOSSKU & PMX, PAS 8481 🐷 TAK BOLE DIMAAFKN

7
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x