Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

HASSAN KARIM SANGGAH S/U AGUNG PKR YANG BAHARU

Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim mendakwa tindakannya lantang mengkritik kerajaan dan Anwar Ibrahim, telah mendapat ‘restu’ daripada Presiden PKR itu sendiri.

Mengulas teguran Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh, Hassan berkata Anwar sendiri menghubungi beliau awal tahun lalu yang memberi ‘lampu hijau’ kepadanya untuk menulis apa sahaja.

“Selepas Ketua Penerangan PKR (Fahmi Fadzil) secara terbuka di media kata tindakan disiplin akan diambil terhadap saya (awal tahun ini), maka beberapa hari selepas itu Anwar Ibrahim menelefon saya.

“Pesannya ‘Hassan tulislah apa saja, cakaplah apa saja, kritiklah beliau dan kerajaan sebebasnya tetapi satu pesanannya kepada saya. Hassan, janganlah kritik raja,” kata beliau kepada FMT.

Hassan berkata beliau menerima nasihat perdana menteri itu, namun mengakui kadang-kala terlanggar pesanan berkenaan.

“PMX menghormati anggota partinya, Ahli Parlimennya dari Pasir Gudang ini yang setia menyokongnya hampir setengah abad sejak zaman mahasiswa lagi,” katanya.

Terdahulu, Fuziah dalam temu bual bersama FMT menggesa Hassan mengemukakan pandangan dan kebimbangan melalui saluran dalaman, bukannya membuat kenyataan umum.

Awal tahun ini, Fahmi yang juga menteri komunikasi memberi ‘teguran keras’ kepada Ahli Parlimen dua penggal dan bekas ketua PKR Johor itu supaya berhenti campur tangan dalam hal ehwal dalaman parti sekutu PH.

Kenyataan itu susulan tindakan Hassan menggesa Umno menggantikan presidennya, Zahid Hamidi, bagi mendapatkan semula keyakinan pengundi Melayu terhadap parti itu.

Hassan dilihat sebagai pengkritik pentadbiran Anwar yang lantang. Terbaharu, beliau menyuarakan rasa hairan apabila ucapan Belanjawan 2025 menyentuh soalan penahanan di rumah.

Perkembangan ini ketika bekas perdana menteri Najib Razak sedang menjadi jalan perundangan untuk menguatkuasakan apa yang dikatakan ‘adendum’ yang membenarkan beliau menjalani baki hukuman penjara di rumah.

Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/10/24/pmx-sendiri-beri-lampu-hijau-untuk-cakap-apa-saja-hassan-bidas-fuziah/

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

4 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
24 October 2024 9:50 pm
Anonymous
Anonymous
24 October 2024 9:52 pm
Reply to  Anonymous

MMG HEBAT & TERBAIKLAH PAK HASSAN PEJUANG PENEGAK KEBENARAN & PENENTANG KEBATHILAN…🤣

😃 😀 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

1000087925
Anonymous
Anonymous
24 October 2024 9:53 pm
Reply to  Anonymous

HA HA HA.. NANTI CAI WALANON PENTAKSUB AKAN KELUAR DGN KENYATAAN, PAK HASSAN WALAUN ATAU KUDA TROJAN PN…🤣

😃 😀 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

1000104480
Anonymous
Anonymous
24 October 2024 9:59 pm
Reply to  Anonymous

PRINSIP & PERJUANGAN PAK HASSAN ADALAH SELARAS DGN FIRMAN ALLAH TAALA DLM AL-QURAN.👍😀

Surah Al-Baqarah, Ayat 42:

وَلَا تَلْبِسُوا الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُوا الْحَقَّ وَاَنْتُمْ تَعْلَمُوْنَ

Dan janganlah kamu campuradukkan kebenaran dengan kebatilan dan (janganlah) kamu sembunyikan kebenaran, sedangkan kamu mengetahuinya.

4
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x