Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

PRK ENAM KERUSI PARLIMEN MEDAN UJIAN UNTUK UMNO BANGKIT SEMULA

Selain kerusi Dun Nenggiri, enam kerusi Parlimen yang kekosongannya dijangka akan diumumkan oleh Speaker Parlimen tidak lama lagi, semua kerusi itu adalah kerusi yang dihuni pengundi Melayu secara majoritinya.

Sementara di blok pembangkang, semua kerusi tersebut dimenangi Bersatu yang mewakili PN, manakala UMNO adalah pemenang kedua dan PH di tempat ketiga.

Oleh yang demikian, bagi pihak PH/BN yang kini telah bekerjasama, parti yang harus meletakkan calon dalam PRK nanti adalah UMNO mewakili BN.

PH, khususnya PKR, tidak perlu berebut atau cuba-cuba mengintai mahu meletakkan calon mereka di enam kerusi tersebut.

Serahkan saja kepada UMNO meletakkan calon yang difikirkannya mampu menang, seterusnya merampas sebahagian daripada enam kerusi itu.

Berdasarkan tinjauan dengan rakan-rakan dalam UMNO, ramai yang mengatakan dua atau tiga daripada enam kerusi itu berpotensi untuk dimenangi oleh UMNO jika PRK diadakan.

Bagi tujuan tersebut, UMNO bukan saja harus menyokong keperluan diadakan PRK di enam kerusi berkaitan, bahkan jika boleh Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi hendaklah juga memainkan peranannya secara halus dengan Speaker Parlimen, Johari Abdul.

Mungkin tidak ramai yang tahu, Johari adalah pengikut setia Zahid Hamidi ketika di dalam UMNO dahulu dan ketika Zahid Hamidi menjadi Ketua Pemuda UMNO, Johari telah diberi amanah sebagai CEO Yayasan Gerakbakti.

Yayasan Gerakbakti adalah yayasan milik Pemuda UMNO yang suatu ketika dahulu memiliki banyak aset, antaranya tanah di Kampung Abdullah Hukum, Bangsar (kini telah dibangunkan menjadi KL Eco City) dan Talasco Insurance.

Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada sekarang ini Yayasan Gerakbakti masih hidup atau sudah damai berada ke alam abadi.

Pokoknya, PRK enam kawasan Parlimen nanti adalah peluang terbaik untuk UMNO menunjukkan kebangkitannya.

Meskipun setelah merosot teruk dalam PRU15, kemudian merudum lagi dalam PRN enam negeri tahun lalu, keadaan kini mungkin sudah sedikit berbeza dengan sebelum ini.

Untuk UMNO menang di semua enam kawasan Parlimen terbabit barangkali amat mustahil, tetapi jika dapat menang dua atau tiga kerusi pun sudah mencukupi.

Kalau itu berjaya dilakukan, ia bukan saja menambah kerusi Parlimen milik UMNO daripada 26 yang dimilikinya sekarang, bahkan boleh dilihat sebagai permulaan kebangkitan untuk menghadapi PRU16 dan PRN Sabah, Melaka serta Johor yang dijangka diadakan pada tahun depan.

Tetapi, jika tiada PRK enam kerusi Parlimen tersebut, melainkan hanya ada PRK Dun Nenggiri saja, UMNO mungkin tidak dapat menguji kemampuannya untuk bangkit semula.

Di sinilah pentingnya PRK enam kawasan Parlimen itu kepada UMNO. – ShahbudinHusin 01Julai2024.

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

13 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
1 July 2024 4:16 pm

UMNO NAK BANGKIT SEMULA? BIAR BETUL BG BUDIN…😅
___________________________________________
UMNO Akan Jadi Dinasour…

Shahbudin Husin
21 January 2012

https://shahbudindotcom.net/2012/01/21/umno-akan-jadi-dinasour.html
___________________________________________
DINASOUR YG BG BUDIN MAKSUDKAN TU BKN LAH BERMAKSUD BESAR DAN KUAT…😂

HA HA HA.. DINASOUR YG BG BUDIN MAKSUDKAN IALAH PUPUS & HANYALAH MENINGGALKAN FOSSIL² UTK JADI ARTIFAK KAJIAN SAINS & SEJARAH…🤣

😃 😀 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

1000084218
Anonymous
Anonymous
1 July 2024 12:00 pm

Tisu Lembik Radzi JQAF dan Mat Jargon Machang kelihatan seperti lembu2 kenyang Sakaw 33 bulan tak perlu lari macam Sadiq kucing kurap utk dapat kan peruntukan. He He.Rakyat maseh tunggu pencerahan Geng BlackRock ini mengenai status Walaun PN Loyar Karan Singh jadi peguam untuk Agen Mossad Zionis yang ditangkap dan didakwa Mahkamah. Bagaimana mungkin PN terutama PAS meraikan hebat sakan termasuk Anak Hadi terhadap Karan Singh siap dengan turban hijau diPRK Sg. Bakap? Tak subahat proZionis ko? Syed Saddiq raises RM160,000 for Muar in 200km protest run Mohd Farhan Darwis – 01 Jul 2024, 11:30 AM The Muda MP was… Read more »

Anonymous
Anonymous
1 July 2024 11:40 am

AL-KISAH.. SATU SKETSA ANTARA CIKGU, ANAK MURID & ABANG BESAR…🤣

Anonymous
Anonymous
1 July 2024 11:45 am
Reply to  Anonymous

CIKGU:
Hello.. yer Yid.. kes² you tu berat Yid.. berpuluh-puluh.. ada Prima Facie pulak tu.. Nampaknya you kena ganti tmpt I pulak lah kat Sg Buloh Inn..”😅

ANAK MURID:
Mcm mana ni cikgu.. I tak nak duduk situ.. tolong lah cikgu..”😂
___________________________________________
😃 😀 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

1000001020
Anonymous
Anonymous
1 July 2024 11:48 am
Reply to  Anonymous

CIKGU:
Gini Yid.. you hanya ada 2 pilihan Yid.. you nak duduk Sg Buloh Inn atau pun duduk dlm kem DAP mcm I nih..?“😅

ANAK MURID:
“Tapi cikgu, I dah bersumpah dgn geng² I.. no Anwar, no DAP..”😂
___________________________________________
😃 😀 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

146183
Anonymous
Anonymous
1 July 2024 11:51 am
Reply to  Anonymous

CIKGU:
Tak apalah Yid.. klau you nak kekal dgn sumpah you tu, you gantilah tempat I di Sg Buloh.. tapi klau you ikut I bersama DAP, I akan jadi PM & you jadi TPM.. you buatlah pilihan.. “😅

ANAK MURID
Ok lah cikgu.. siapa yg nak jadi bodoh utk memilih Sg Buloh Inn & menolak jwtn TPM.. yahoo.. ya beda bedoo..”😂
___________________________________________
😃 😀 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

134831
Anonymous
Anonymous
1 July 2024 11:58 am
Reply to  Anonymous

ANAK MURID:
Isu Blackrock ni camner cikgu? Akar Umbi Umno dok tekan I, suruh you batalkan penjualan tu.. Akmal, Puad, Tok Mat.. I nak buat mcm mana Cikgu..”😅

CIKGU:
You kena ingat Yid.. kita dua ni dok kat atas ni atas pertolongan siapa? You punya Umno tu berapa kerusi? Ciput jer Yid.. Apa jua keadaan, kita kena tunduk dgn abg² besar kita.. “😂
___________________________________________
😃 😀 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

1000066364
Anonymous
Anonymous
1 July 2024 12:05 pm
Reply to  Anonymous

BOLEH KER ORG² MELAYU NAK BERHARAP KPD UMNGOK SEMANGAT 47 NIH?😂

HA HA HA.. WAK SAKAU PONOROGO AKAN BERBUAT APA SAJA DEMI UTK NAK SELAMATKAN DIRINYA & JUGA CIKGUNYA, PAPA SASAU PROBONO…🤣

😃 😀 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

145850
Anonymous
Anonymous
1 July 2024 10:55 am

INI PETIKAN SATU PERENGGAN TULISAN BG BUDIN:😆
________________________________________
Mungkin tidak ramai yang tahu, Johari adalah pengikut setia Zahid Hamidi ketika di dalam UMNO dahulu dan ketika Zahid Hamidi menjadi Ketua Pemuda UMNO, Johari telah diberi amanah sebagai CEO Yayasan Gerakbakti.
________________________________________
TU DIA.. NAMA KEMAIN LAGI, “GERAKBAKTI”.. NAK SEIMBAS YAYASAN AKAL-BUDI.. “BUDI”..😅

YAYASAN AKAL BUDI, PROJEK ZAHID HAMIDI, KRONI DGN TOKEY JUDI, SEKUTU DGN YAHUDI… 😂

HA HA HA.. ITULAH WAK SAKAU BAPAK KOMEDI…🤣

😃 😀 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

138735
Anonymous
Anonymous
1 July 2024 10:59 am
Reply to  Anonymous

NAMUN APA YG NYATA, “BAKTI” & “BUDI” HANYALAH “SONGLAP” & “SAKAU”.. “PARTI KEMBAR SIAM RASUAH“…😂
________________________________________
Rasuah dan UMNO macam kembar siam

POSTED ON 12 MARCH 2017

https://dapmalaysia.org/rasuah-dan-umno-macam-kembar-siam/
________________________________________
HA HA HA.. BKN SAYA KATA OK, TAPI DAP YG KATA YER!🤣

😃 😀 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

1000003584
Anonymous
Anonymous
1 July 2024 11:06 am
Reply to  Anonymous

PARTI ‘SEMANGAT 47″ KEMBAR SIAM RASUAH INI DAH NYAWA² IKAN SELEPAS PRU15…😅

WAK SAKAU PULA, SEBELAH KAKI DAH DLM PENJARA…😂

HA HA HA.. NAMUN WAK SAKAU TERSELAMAT BILA DIA SANGGUP MEMBELOT KPD BANGSA, MENJUAL MARUAH DIRI & MEMPERHAMBAKAN DIRI KPD DAP…🤣

😃 😀 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

144748
Anonymous
Anonymous
1 July 2024 11:15 am
Reply to  Anonymous

SBLUM PRU15, DAP MMG HAHUKAN WAK SAKAU KORUP PERASUAH TEGAR ITU DIPEROSOK KG SG BULOH…😅

SEORANG WANITA DAP DGN LANTANG BERKEMPEN:😂

“BENTONG MESTI MENANG UTK DAPATKAN KERAJAAN YG BERSIH DARI KORUP.. KITA MESTI HANTAR ZAHID HAMIDI KE PENJARA”…🤣

😃 😀 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

133604
Anonymous
Anonymous
1 July 2024 12:14 pm
Reply to  Anonymous

HA HA HA.. GABUNGAN PENJARA & PUTERAJAYA, MENJADI “PENJARAJAYA”..🤣

😃 😀 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

133610
13
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x