Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

BLACKROCK JADIKAN MADANI SEMAKIN DIJAUHI PENGUNDI MELAYU?

Kalau kita perhati dan teliti, mereka yang menolak, malah mengecam pemilikan Blackrock melalui GIP dalam MAHB ini rata-ratanya adalah orang Melayu.

Di mana-mana, orang Melayu dalam pelbagai peringkat usia dan kriteria kehidupan, boleh didengar serta dilihat kritikan mereka terhadap cadangan tersebut.

Soalan mudah mereka ialah, kenapa kerajaan dilihat begitu bersungguh-sungguh mahu meletakkan Blackrock dalam MAHB?

Yang lain pula menyifatkan penjualan saham MAHB, sebuah syarikat kerajaan kepada Blackrock itu terang-terang tidak selaras dengan sokongan Malaysia kepada Palestin.

Malah ketika saya pulang ke kampung minggu lalu, ramai juga bertanyakan soalan yang serupa.

Tidak saja kaum bapa yang bertanyakan kenapa penjualan itu dilakukan, golongan ibu serta makcik-makcik juga tidak ketinggalan ingin tahu mengenainya.

Ertinya, mereka masih ragu-ragu tentang kewajaran kerajaan menjual saham MAHB kepada GIP yang dimiliki Blackrock yang terkait dengan Israel itu.

Dengan rata-rata orang Melayu tidak senang dengan langkah kerajaan itu, terutama apabila mendapati MAHB selepas ini akan ditukar menjadi sebuah syarikat swasta berbanding kedudukannya sebagai syarikat senaraian awam sebelum ini, realitinya ia merupakan petanda yang tidak baik kepada masa depan kerajaan madani.

Berikutan kerajaan madani ini, meskipun melibatkan campuran PH dan BN, tidak mendapat sokongan yang kukuh daripada pengundi Melayu pada PRU15 lalu, isu Blackrock ini tidak mustahil meletakkan kedua-dua gabungan dalam keadaan lebih sukar menghadapi PRU akan datang.

Yang lebih malang dalam hal ini tentunya ialah UMNO kerana merekalah yang akan bertanding di kawasan-kawasan Melayu berbanding PKR dan Amanah yang hanya bertanding di kerusi campuran.

Sepertinya UMNOlah yang bakal menanggung beban sebenar dalam isu Blackrock ini.

Sebab itu, kerajaan tidak boleh melihat isu Blackrock ini sebagai isu yang dimainkan pembangkang semata-mata.

Ia lebih besar daripada itu dan kerajaan harus mendapat maklumat lebih menyeluruh tentang kesannya di peringkat bawah, khususnya kepada orang-orang Melayu.

Maklumat itu mungkin boleh diperolehi melalui UMNO, tapi adalah lebih baik jika kerajaan madani sendiri melakukan tinjauan bebas di lapangan.

Kemudian timbanglah sama ada berbaloi meneruskan penjualan saham MAHB kepada Blackrock itu atau sebaliknya.

Tetapi jika kerajaan tetap bertegas mahu meneruskan juga penjualan itu kerana berasakan “ini kerajaan kami, ikut suka kamilah”, di samping perlu bersedia menghadapi risiko penolakan yang lebih teruk daripada rakyat, khususnya orang Melayu, jentera penerangan serta komunikasi kerajaan haruslah turut diperkukuhkan lagi.

Kalau dilihat bagaimana jentera penerangan dan komunikasi kerajaan sekarang berperanan, bukan saja dalam menghadapi isu Blackrock, bahkan juga isu-isu lain sebelumnya, senang cerita – sendiri mau ingatlah! – ShahbudinHusin 28Jun2024.

5 2 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

10 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
29 June 2024 5:32 pm

SAYANG..PEJUANG HARGA MINYAK INI DAH ARUWAH…😅

https://vt.tiktok.com/ZSYHobF68/

Harga minyak naik habis harga barang lain naik.. tak cukup dgn harga minyak naik, maka dikenakan pula cukai harga barang² lain.. ada sbb kenapa kita pertahankan subsidi minyak.. kita bkn kemaruk nak duit dia.. subsidi minyak ini adalah hak rakyat, milik rakyat.. Sbb apa saya kata hak & milik rakyat? Sbb negara M’sia adalah negara kaya minyak.. kita ni bkn negara mcm S’pore yg tak ada minyak, kita bkn mcm Filipina takda minyak..

Anonymous
Anonymous
29 June 2024 5:33 pm
Reply to  Anonymous

Kita minyak banyak & minyak yg paling mahal dlm dunia, minyak kita minyak kualiti tinggi, minyak paling mahal.. tak percaya tanya saya, saya org minyak dulu masa di Petronas.. saya tahu lah.
M’sia negara kaya, Allah dah bagi minyak. Sepatutnya kekayaan ini kita kongsi utk rakyat. Sbb itu kita kata, dlm negara M’sia, utk pastikan harta kekayaan minyak itu sampai terus kpd rakyat, mesti ada subsidi minyak kerana hanya dgn subsidi minyak ia tak masuk ke poket Najib dulu, ia pergi terus kpd rakyat..

Anonymous
Anonymous
29 June 2024 5:33 pm
Reply to  Anonymous

Sbb itu klau kita ada minyak yg banyak, kita tidak ada alasan utk beritahu rakyat, rakyat tidak berhak utk dpt subsidi minyak.. itu kekayaan negara, bkn kekayaan pemerintah. Apabila kekayaan negara, cara yg paling baik ialah bagi direct terus kpd rakyat dlm bentuk harga minyak yg murah.. kerana bila harga minyak murah, harga barang lain pun murah. Harga minyak murah, letrik murah.

Anonymous
Anonymous
29 June 2024 5:34 pm
Reply to  Anonymous

Harga minyak murah, insya-Allah kos segala yg lain juga murah. Kerana harga minyak ini adalah kos bagi semua aktiviti dlm kehidupan kita. Bisnes pakai minyak, hantar anak ke sekolah pun pakai minyak.. klau harga minyak naik 20 sen, roti canai naik 20 sen juga.. klau harga minyak naik 20 sen, karipap pun naik 20 sen juga.. jgn marah makcik yg jual karipap, dia pun nak hidup juga sedara sedari.. jika harga minyak naik, harga barang lain pun turut naik juga.. sbb itu kita perlu pertahankan subsidi ini kerana subsidi & kekayaan rakyat, negara perlu sampai terus kpd rakyat..” 😀 😃… Read more »

145065
Anonymous
Anonymous
29 June 2024 5:36 pm
Reply to  Anonymous

APA² PUN, SEMOGA ROH ARUAH DICUCURI RAHMAT & SEMOGA DIA MENDAPAT PENGAMPUNAN DARI ALLAH SWT JIKA MASA HDUPNYA DULU TU DIA BANYAK MENIPU..😅

HA HA HA.. MARILAH KITA SEDEKAHKAN AL-FATIHAH UTK ARUAH..😂

AL-FATIHAH (DIBACA).🤣

😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

145064
Anonymous
Anonymous
28 June 2024 7:02 pm

UTK MACAI² UMDAP SEMANGAT 47 PIMPINAN WAK SAKAU PONOROGO BOLEH CARI MAKAN LAGI PRU16 NANTI, ELOK JER DIBUBAR PARTI SARKAS DEPA TU & PAKAT MASUK PAN(tat) SEMUANYA…😅

DULU UMNO MENUNGGANG ORG MELAYU, KINI DEPA DITUNGGANG OLEH DAP, JADI SAMALAH TARAF DGN PAN(tat) PENUNGGANG AGAMA YG KINI MMG JADI TUNGGANGAN DAP.😂

HA HA HA.. BEZANYA IALAH DLM UMNO TAK SELAMAT LAGI TAPI DLM PAN(tat) AKAN LEBIH SELAMAT…🤣

😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

1000016806
Anonymous
Anonymous
28 June 2024 6:14 pm

UMNO KEMBAR SIAM RASUAH TU SEPATUTNYA DAH LUNGKUP GHUYUB LPS PRU-15 DAHULU, TAPI DGN RENCANA WAK SAKAU PONOROGO, UMNO TELAH DISELAMATKAN OLEH DAP…😂
________________________________________
Rasuah dan UMNO macam kembar siam

POSTED ON 12 MARCH 2017

https://dapmalaysia.org/rasuah-dan-umno-macam-kembar-siam/
________________________________________
HA HA HA.. BAGI DAP, KEMBAR SIAM RASUAH PUN KEMBAR SIAM RASUAH LAH, JANJI BOLEH BERKUASA KE ATAS ORG² MELAYU…🤣

😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

1000003584
Anonymous
Anonymous
28 June 2024 6:02 pm

RAFIZI PUN DAH BOLEH JANGKA NASIB UMNO SEJAK DUA TAHUN YG LEPAS LAGI..😅
________________________________________
Umno-BN Akan Hancur Dalam Tempoh 5-7 Tahun – Rafizi

Published
September 12, 2022

https://www.mediarania.com/2022/09/12/umno-bn-akan-hancur-dalam-tempoh-5-7-tahun-rafizi/amp/
________________________________________
MMG RAMALAN RAFIZI AKAN JADI KENYATAAN.. DIA TAHULAH SBB DIA PAKAR FORMULA..😂

HA HA HA.. MMG TERBAIKLAH RAFIZI MENTERI FORMULA KITA…🤣

😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

136746
Anonymous
Anonymous
28 June 2024 5:44 pm

INI PETIKAN SATU PERENGGAN TULISAN BG BUDIN:😆
________________________________________
Yang lebih malang dalam hal ini tentunya ialah UMNO kerana merekalah yang akan bertanding di kawasan-kawasan Melayu berbanding PKR dan Amanah yang hanya bertanding di kerusi campuran.
________________________________________
SETUJU BG BUDIN!😅

UNGKAPAN YG NYATA ANGKUH & SOMBONG DARI BERUK HULU LANGAT:

“ini kerajaan kami, ikut suka kamilah”

AKAN MEMBERI TEMPIAS BESAR KPD UMNO.😂

HA HA HA.. SAKIT BESAR LER PARTI SARKAS SEMANGAT 47 NI BILA PRU16 NANTI…🤣

😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

144740
Anonymous
Anonymous
28 June 2024 5:52 pm
Reply to  Anonymous

BERUK HULU LANGAT PARTI KATAK PENUNGGANG AGAMA SERPIHAN PAS TU TAK APALAH, SAMALAH MCM BG MAT LEMBU.. BERTANDING DI MANA PUN DIA AKAN SELAMAT.. LETAK KAT TEMPAT PENGUNDI 99% BKN MELAYU PUN, BERUK INI AKAN MENANG…😂

TAPI MELAYU² PEMBELOT PARTI SEMANGAT 47 (UMDAP) MMG AKAN SAKIT LER NAK KENA BERTANDING DI KWSN MAJORITI MELAYU…😂

HA HA HA.. INNAA LILLAH LER UMNGOK BILA PRU16 NANTI…🤣

😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

130921
10
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x