Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

  • KE MANA BERSATU SELEPAS INI – KEKAL BERSAMA PN ATAU SERTAI MADANI?

    Selepas Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai Pengerusi PN, beberapa perletakan jawatan lain turut menyusul. Antaranya setakat ini ialah Azmin Ali (letak jawatan Setiausaha Agung PN dan Pengerusi PN Selangor, Dr Sahrudin Jamal (letak jawatan Pengerusi PN Johor),  Ahmad Faizal Azumu atau Peja (letak jawatan Pengerusi PN Perak), Mohamad Hanifah Abu Baker (letak jawatan Pengerusi PN…

  • MUHYIDDIN SEWAJARNYA LETAK JUGA JAWATAN PRESIDEN BERSATU

    Muhyiddin Yassin sah telah meletak jawatan sebagai Pengerusi PN berkuatkuasa 1 Januari 2026. Setelah mengumumkan hasrat berbuat demikian malam tadi dalam Grup Whatsapp Ahli-Ahli Parlimen PN, kenyataan media mengenai perkara itu menyusul pagi ini. Adalah dipercayai Muhyiddin ketika ini sedang berada di luar negara bercuti bersama keluarganya. Perletakan jawatan Muhyiddin ini diambil selepas sejumlah besar…

  • NOTIS KOSONG TIGA KERUSI SUDAH DIHANTAR KE SPR, BERAPA LAMA MB BARU PERLIS MAMPU BERTAHAN?

    Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis sudah menyerahkan notis pengosongan tiga kerusi DUN kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Speaker DUN, Rus’sele Eizan mengesahkan, serahan notis pengosongan kerusi itu kepada SPR Perlis membabitkan kerusi DUN Bintong, DUN Guar Sanji dan DUN Chuping yang mana ketiga-tiga kerusi berkenaan dimenangi PAS sebelum ini. Serahan notis pengosongan kerusi itu dilaksanakan…

  • SYABAS, TAHNIAH PEMUDA UMNO

    Pemuda UMNO akan menganjurkan Konvensyen Khas bagi menentukan hala tuju parti itu sama ada perlu kekal bekerjasama atau memutuskan hubungan dengan PH. Konvensyen itu susulan kegagalan pemimpin DAP, Yeo Bee Yin memohon maaf berhubung hantaran ‘meraikan’ keputusan penolakan rayuan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Najib Razak. Ketua Pemudanya, Dr Akmal Saleh berkata,  konvensyen itu…

  • INILAH MASANYA UNTUK PAS BERGERAK SOLO DAN ISYTIHAR PN DIBUBARKAN

    Menteri Besar Perlis yang baru sudah pun diumumkan dan telah selesai mengangkat sumpah jawatan di Istana Arau, sebentar tadi. Pengerusi Bersatu Perlis, Abu Bakar Hamzah dilantik sebagai Menteri Besar yang baru bagi menggantikan Shukri Ramli yang sebelum ini meletak jawatan. Yang nyata, pertukaran Menteri Besar Perlis ini tidak akan berlaku jika ia tidak dimulakan dengan…

  • CALON MB PERLIS – AGAR PN KEKAL HARMONI, BERSATU SEBAIKNYA UMUM TARIK DIRI

    Krisis politik di Perlis dijangka akan berakhir tidak lama lagi sebaik saja nama Menteri Besar yang baru diumumkan. Tetapi, krisis itu sedikit sebanyak bukan saja mencalarkan imej PN,  bahkan juga mencetuskan bibit-bibit keretakan antara PAS dan Bersatu. Di samping disebabkan tindakan lima Adun Bersatu menarik sokongan terhadap Shukri Ramli sebagai Menteri Besar bersama tiga lagi…