Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

  • WALAU ADA HAD 10 TAHUN JADI PM, PALING BAIK JIKA PERTUKARAN BERLAKU SETIAP LIMA TAHUN SEKALI

    Undang-undang untuk menghadkan seseorang hanya boleh memegang jawatan Perdana Menteri tidak lebih 10 tahun akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Ia berikutan kerajaan bersetuju untuk membentangkan rang undang-undang berkaitan perkara tersebut pada sidang Parlimen tahun ini. Walaupun perkara itu merupakan antara janji asal PH ketika bergelar pembangkang, namun ia tetap memerlukan lebih tiga tahun kuasa…

  • BILA KONVENSYEN PEMUDA DIRESTUI PRESIDEN UMNO SENDIRI…

    Apa yang menarik tentang konvensyen khas anjuran Pemuda UMNO semalam ialah ia diadakan dengan restu Presiden UMNO sendiri. Sebagaimana dijelaskan oleh Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh, walaupun konvensyen itu untuk menentukan hala tuju UMNO sama perlu kekal atau keluar daripada kerajaan, tetapi Dr Ahmad Zahid Hamiidi begitu berjiwa besar membenarkan ia diadakan. “Presiden merestui…

  • KERJASAMA UMNO & PAS MAMPU CETUS TSUNAMI MELAYU

    Seperti mana saya pernah mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dr Akmal Salleh sebelum ini, kali ini sekali lagi saya ingin memberikan penghargaan yang sama kepadanya. Jika sebelum ini saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ketua Pemuda UMNO itu atas inisiatif menganjurkan konvensyen khas bagi membincangkan hala tuju UMNO, tetapi kali ini atas usul yang dicadangkan…

  • PAS NAK AMBIL ALIH KERAJAAN, BUKAN NAK SERTAI KERAJAAN

    Seorang pemimpin Pemuda PKR di sebuah negeri semalam  menyarankan agar PAS meninggalkan PN dan menyertai kerajaan perpaduan. Pemimpin pemuda berkenaan melihat krisis yang berlaku dalam gabungan itu sekarang lebih menunjukkan Bersatu hanya mementingkan agenda kuasa semata-mata berbanding menjaga semangat setiakawan. Dengan itu, bagi beliau, lebih baik jika PAS meninggalkan PN dan menyertai kerajaan perpaduan. Saranan…

  • HAJI HADI PALING LAYAK TERAJUI PN, KALAU BELIAU ENGGAN DIJADIKAN CALON PM, IA BOLEH DISERAH KEPADA PEMIMPIN LAIN

    Ramai yang mula bertanya, siapa paling layak mengetuai PN setelah Muhyiddin Yassin meletak jawatan? Beberapa rakan dan kenalan, sejak Muhyiddin mengumumkan perletakan jawatannya lagi,  sudah mula bertanya soalan demikian. Tanpa perlu berselindung dan ragu-ragu, pemimpin yang paling layak untuk mengetuai PN selepas pengunduran Muhyiddin ialah Tuan Guru Haji Hadi Awang, Presiden PAS. Dengan mengetuai parti…

  • KE MANA BERSATU SELEPAS INI – KEKAL BERSAMA PN ATAU SERTAI MADANI?

    Selepas Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai Pengerusi PN, beberapa perletakan jawatan lain turut menyusul. Antaranya setakat ini ialah Azmin Ali (letak jawatan Setiausaha Agung PN dan Pengerusi PN Selangor, Dr Sahrudin Jamal (letak jawatan Pengerusi PN Johor),  Ahmad Faizal Azumu atau Peja (letak jawatan Pengerusi PN Perak), Mohamad Hanifah Abu Baker (letak jawatan Pengerusi PN…