Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

  • TIONG DILANTIK MENTERI OLEH PERDANA MENTERI, BUKAN OLEH ABANG JO

    Ada beberapa pengulas di media sosial – agaknya sebab nak mengampu – tidak setuju malah menolak desakan terhadap Perdana Menteri agar memecat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing terkait isu hidangan arak pada malam gala Tourism Malaysia, baru-baru ini. Kata mereka, desakan itu sepatutnya ditujukan kepada Pengerusi GPS, Abang Johari Haji Openg yang…

  • KALAU BENAR MALAM GALA BERHIDANG ARAK TELAH DIAMBIL ALIH PIHAK SWASTA, KENAPA MOTAC YANG MINTA MAAF?

    Susulan amaran keras yang diberikan Perdana Menteri berhubung hidangan arak dalam majlis gala yang dikaitkan dengan Tourism Malaysia, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) beberapa ketika selepas itu segera tampil dengan pernohonan maaf atas apa yang telah berlaku. Motac dalam kenyataannya menagaskan amat menyesali dan menerima teguran  Anwar Ibrahim itu dengan hati terbuka. Kementerian itu…

  • MEMUJI PERDANA MENTERI…

    Sudah lama saya tak puji Perdana Menteri, tetapi kali ini saya ingin memujinya kerana tidak gentar memberi amaran keras kepada Menteri Pelancongan, Tiong King Sing. Dalam amaran kerasnya itu Anwar Ibrahim berkata, menghidangkan minuman keras dalam acara rasmi adalah tidak wajar kerana dasar kerajaan secara tegas tidak membenarkan ia dihidangkan sama sekali. “Kami telah berikan…

  • BERSUKAN BUKAN SEMATA-MATA UNTUK MENANG, JANGAN MENANG DENGAN KEPALSUAN

    Pendedahan FIFA mengenai pemalsuan dokumen asal usul datuk nenek tujuh pemain warisan yang mewakili Harinau Malaya adalah sesuatu yang amat memalukan kita semua. Perkara itu tidak sepatutnya berlaku dalam usaha kita cuba mengejar kemenangan bermain bola sepak  di peringkat antarabangsa. Memang dalam pertandingan sukan, apa jenis sekali pun, semua orang inginkan kemenangan, tetapi itu bukanlah…

  • JASA PAS YANG RAMAI TAK TAHU – MENGHENTIKAN AMALAN HIDANG ARAK DI JAMUAN RASMI

    Kisah Arak Dalam Majlis Jamuan Negara Dato’ Mustapha Ali, Mantan Setiausaha Agung PAS yang mesra disapa Cikgu Pa pernah mengisahkan… Tradisi menghidangkan arak dalam majlis Jamuan Negara/State Banquet dihentikan pada tahun 1974 ketika PAS berada dalam Kerajaan BN dan Dato’ Mustapha Ali sendiri menjawat jawatan Timbalan Menteri. Jamuan negara ialah jamuan paling tinggi yang dianjurkan…

  • DUN SABAH BUBAR, MASA UNTUK PENGUNDI PILIH KERAJAAN BARU

    Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor hari ini (6 Oktober) mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, membuka laluan untuk pilihan raya negeri ke-17. Pengumuman dibuat semasa majlis bersama wakil rakyat Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Menara Kinabalu, pusat pentadbiran kerajaan negeri, sebentar tadi. Keputusan itu diumumkan Hajiji Noor selepas mengadakan perjumpaan dengan wakil rakyat kerajaan…