Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

  • BERI KATA DUA ENAM BULAN ADALAH CERMIN KEGAGALAN, DAP PATUT KELUAR KERAJAAN

    DAP dilaporkan memberi tempoh enam bulan kepada Perdana Menteri untuk menyegerakan reformasi yang selama ini dijanjikan. Setiausaha Agungnya, Anthony Loke berkata, jika Anwar Ibrahim gagal melaksanakan tuntutan itu dalam tempoh tersebut, DAP akan menilai semula peranan parti itu dalam kerajaan. Bagaimanapun, katanya, ia tidak bermakna DAP akan menarik sokongan dan menjatuhkan kerajaan. Walaupun Loke tidak…

  • MCA SETUJU DIALOG DENGAN PAS

    MCA menyambut ‘pelawaan’ PAS sekali gus setuju berdialog bagi mengetahui lebih mendalam dasar parti itu termasuk terhadap bukan Islam. Timbalan Ketua Pemuda MCA, Mike Chong, berkata apa lebih penting pendekatan dilakukan PAS untuk meyakinkan bukan Islam khususnya masyarakat Cina menerima ideologinya. “Memang kita tidak menolak untuk berdialog atau berbincang dengan mana-mana parti termasuk PAS, tapi…

  • AMAT MENGAIBKAN JIKA MCA MASIH MAHU KEKAL BERSAMA BN

    Saranan paling mudah untuk MCA ketika ini ialah mereka tidak perlu berlengah lagi untuk segera keluar daripada BN. Di sebalik ancaman Wee Ka Siong bahawa MCA tidak akan teragak-agak keluar BN jika gabungan itu cenderung untuk bekerjasama dengan PH yang ada DAP di dalamnya pada PRU16 akan datang, kenyataan balas Ahli MT UMNO, Dr Puad…

  • BEKAS MB AKUI FELDA LAKSANA PEMBANGUNAN HARAM, KERAJAAN TERENGGANU ADA HAK AMBIL TINDAKAN

    Kerajaan Terengganu berhak dan mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ke atas FELDA berikutan kegagalan menjelaskan bayaran premium dan cukai tanah. Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Said berkata, tanah seluas kira-kira 15,000 hektar diusahakan dengan ladang kelapa sawit oleh FGV tidak mematuhi syarat, terutama tidak memasukkan peneroka. Katanya, tanah diterokai masing-masing di daerah…

  • LEPAS PORTFOLIO KEWANGAN, PECAT AZAM BAKI – TUNTUTAN TERBARU MCA KEPADA ANWAR

    MCA menuntut Perdana Menteri Anwar Ibrahim melepaskan portfolio kewangan dan memecat Azam Baki sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon, berkata kedua-duanya merupakan dua janji utama Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, terutama selepas kekalahan teruk pada PRN Sabah minggu lalu. “Kedua-dua reformasi ini boleh dilaksanakan serta-merta tanpa kos,…

  • PERJANJIAN ART – BEKAS PANGLIMA ATM MOHON CAMPUR TANGAN RAJA2

    Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyuarakan bantahan terhadap perjanjian perdagangan kontroversi Malaysia-AS dengan menyatakan kebimbangan bahawa perjanjian tersebut menjejaskan kedaulatan Malaysia dalam situasi yang dianggap seperti “penjajahan semula”. Bercakap pada sidang media bersama bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad hari ini, bekas Panglima ATM, Jeneral (B) Borhan Ahmad berkata para veteran bersedia menghadap Majlis Raja-Raja…