Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

  • KERAJAAN MADANI HARUS BERANI BUKA SEMULA KERTAS SIASATAN ‘VIDEO SANDAKAN’

    Tiada apa-apa yang lebih menarik sebenarnya dalam sidang media Wan Saiful Wan Jan petang tadi melainkan apa yang diperkatakannya mengenai “video Sandakan” yang didakwa melibatkan Azmin Ali. Perkara-perkara lain yang disebut Wan Saiful dalam sidang medianya seperti SD (akuan bersumpah), dirinya disiasat berkaitan disiplin, pengakuan tiada usaha mahu menjatuhkan Muhyiddin Yassin, laporan bakal dibuat kepada…

  • TRUMP DATANG MALAYSIA – PAS GESA UMNO, AMANAH NYATA PENDIRIAN

    PAS menggesa Amanah dan Umno menyatakan pendirian berhubung kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ke negara ini sempena Sidang Kemuncak Asean ke-47, bulan depan. Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kedua-dua parti itu masih membisu ketika rakyat sedang menanti penjelasan kepimpinan mereka. “Pada suatu ketika dahulu Amanah pernah mengakui bahawa mereka adalah parti…

  • CINTA TIGA SEGI PRN SABAH, SIAPA UNTUNG?

    Ibarat cinta tiga segi sesama manusia, cinta tiga segi dalam politik juga tidak mungkin menjanjikan kedamaian. Hubungan akan selalu panas, wujud tekanan yang tidak menentu dan hampir tiada kestabilan. Begitulah keadaannya dalam cinta tiga menjelang PRN Sabah yang melibatkan PH, GRS dan BN. Di peringkat awal dulu, oleh kerana ketiga-tiga gabungan sedang makan setalam dalam…

  • BUDI95 TAK GUNA DATA PADU, TAPI DATA JPJ – RAFIZI

    Bagi Rafizi Ramli, sebarang keputusan yang mahu dibuat oleh kerajaan mesti dibuat “betul-betul” dan bukannya mengambil kira aspek lain termasuk “berimbang” demi peluang mendapatkan undi rakyat. Mengulas isu penyasaran subsidi petrol RON95 yang akan dilaksanakan mulai 30 Sept ini, bekas menteri ekonomi itu bertegas bahawa tiada jalan singkat yang boleh diambil oleh kerajaan. Dia juga…

  • KALAU IA KHABAR ANGIN, APAKAH AZMIN SENDIRI YANG MENIUPKAN ANGIN ITU?

    Hanya beberapa jam setelah tersebar berita perletakan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang di DUN Selangor, Azmin Ali telah tampil menafikan perkara tersebut. Adun Hulu Kelang itu memberitahu sebuah portal berita, laporan berkenaan adalah tidak benar. “Tidak benar. Hentikan khabar angin. “Saya sentiasa optimistik. Kita usaha sedaya upaya. Rakyat mesti dibantu,” katanya. Azmin yang juga bekas Menteri…

  • HARGA RON95 – TURUN 6 SEN ATAU 61 SEN?

    Sejak dua hari lalu, saya ada terbaca beberapa ulasan di media sosial mengenai jumlah penurunan harga RON95 berikutan penguatkuasaan kadar baru yang bermula 30 September ini. Mereka menulis, dengan kadar baru RM1.99 seliter yang diperkenalkan itu, rakyat bukanlah mendapat penurunan harga 6 sen berdasarkan harga pasaran RON95 sebanyak RM2.05 sen sebelum ini. Sebaliknya, kata mereka,…