Perkara pokok yang paling mudah untuk difahami dalam kenyataan media Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasition Ismail semalam ialah usul tambahan UMNO itu jelas tidak sah mengikut buku undang-undang RoS dan ia kemudian terpaksa disahkan melalui kuasa budi bicara menteri. Ia berikutan Saifuddin mengecualikan UMNO daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 yang gagal dipatuhi parti […]
KECUALI JIKA ZAHID HAMIDI DAPAT TUNJUK ADA SURAT LAIN, KENYATAAN MEDIA SAIFUDDIN HANYA MENGESAHKAN BELIAU BERBOHONG
Walaupun setelah dua hari berlalu dan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi masih gagal menunjukkan surat yang didakwa diterimanya daripada Kementerian Dalam Negeri yang kononnya menyebut RoS telah meluluskan usul tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO setelah dicabar oleh Ismail Sabri Yaakob, isu berkenaan terjawab akhirnya dengan kenyataan media Menteri Dalam Negeri, Saifuddin […]
HADI MESTI BERANI SEPERTI ANWAR JIKA BENAR MAHU TUMBANGKAN KERAJAAN
Presiden Pas, Hadi Awang adalah satu-satunya pemimpin blok pembangkang PN yang paling gemar dan sentiasa ghairah bercakap mengenai usaha menebuk atap bagi menumbangkan kerajaan. Pengerusi PN, Mahiaddin Md Yasin dan Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin pun tidak sekerap dan seghairah beliau bercakap untuk menjatuhkan kerajaan. Berbanding topik lain seperti ekonomi, pelaburan, pengangguran, pendidikan, malah berkenaan banjir […]
UMNO HARUS DIELAK JADI PARTI MONOPOLI
Dalam persaingan merebut jawatan Naib Presiden UMNO yang baru memasuki gear dua ketika ini, sebagaimana ditulis dalam artikel sebelumnya, nampaknya kemungkinan wujud dua kelompok kategori semakin menjadi paparan yang nyata. Kelompok tersebut ialah pertama, yang pro kepada Presiden serta Timbalan Presiden atau dipanggil kumpulan kanan dan kedua, yang tidak memihak kepada dua pemimpin teratas yang […]
TUNJUK SURAT RoS, ISMAIL SABRI CABAR ZAHID HAMIDI
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diminta menunjukkan surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang didakwa menerima resolusi parti supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan. Perkara itu disuarakan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berikutan polemik status usul tambahan yang diluluskan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 membabitkan dua jawatan […]
IDEA IPR MESIN VENDING MAMPU BERI PENDAPATAN RM2,500 KEPADA GOLONGAN B40
Ada sebuah portal yang selalu pro kepada bekas pemimpon PKR yang lompat lapor baru-baru ini konon inisiatif membantu miskin tegar dan B40 melalui penjualan makanan di mesin vending menemui masalah. Alasannya sebab konon makanan terburai dan susah nak bayar. Saya terjumpa video ini di YouTube. Review bebas yang dibuat netizen. Orang ramai boleh nilai sendiri. […]
NAIB PRESIDEN UMNO – KHALED NORDIN, JOHARI GHANI PALING POPULAR
Berikutan tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, tumpuan paling utama bagi pemilihan UMNO pada 18 Mac ini tentunya bagi jawatan Naib Presiden. Melihat kepada lapan nama yang mengemukakan pencalonan, tidak dapat dapat, pertandingan yang akan berlaku nanti adalah pertembungan dua kelompok dalam parti itu. Lapan calon Naib Presiden UMNO itu ialah Khaled Nordin, […]
MENU RAHMAH, INISIATIF TANPA MODAL YANG MEMBUATKAN PAS SEPERTI HILANG AKAL
Setakat ini, sejak terbentuknya kerajaan perpaduan, dua perkara didapati paling membuatkan Pas sakit hati dan benci sekali. Pertama, Anwar Ibrahim dan kedua, Menu Rahmah. Selepas Tun Mahathir Mohamad, Pas barangkali dalam kedudukan kedua sebagai suspek paling benci kepada Anwar. Sama seperti Tun Mahathir, Pas juga sentiasa cuba menghalang Anwar daripada menjadi Perdana Menteri, baik ketika […]
INGATAN UNTUK WALAUN-WALAUN, AKTA ANTI LOMPAT PENYELAMAT KEJAHATAN MENEBUK ATAP
Sama ada sebelum atau selepas Hadi Awang menjadi tukang ramal dengan mendakwa kerajaan perpaduan akan tumbang tidak lama lagi, perkara itu sebenarnya sudah lama bertebaran di mana saja sebagai bahan perbualan harian. Perbagai versi dan cerita digentayangkan untuk menggambarkan bagaimana Anwar Ibrahim boleh dijatuhkan sebagai Perdana Menteri. Antaranya dikatakan GPS dan GRS akan menarik sokongan […]
HAMPIR MUSTAHIL UNTUK PN TERIMA PEJUANG
Pejuang, parti yang dipimpin oleh Mukhriz Mahathir mengesahkan telah menulis surat kepada Mahiaddin Md Yasin untuk menjadi anggota komponen PN. Katanya, keputusan tersebut dibuat selepas mereka mencapai kesepakatan melalui Majlis Eksklusif Pusat (MEP) Pejuang, dua hari lalu. “Keputusan untuk membuat permohonan ini telah disepakati oleh MEP Pejuang dua hari lepas setelah penelitian dan penilaian khusus […]
BERIA-IA MAHU JATUHKAN KERAJAAN, ADAKAH HADI AWANG SEDANG CUBA MENONJOLKAN DIRINYA SEBAGAI CALON PM?
Walaupun semua orang tahu penubuhan kerajaan perpaduan yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim sekarang adalah atas titah Yang Dipertuan Agong, namun Presiden Pas Hadi Awang tetap bernafsu besar mahu menumbangkannya. Lebih daripada itu, ketika bertitah merasmikan pembukaan Sidang Parlimen baru-baru ini, Sultan Abdullah turut berharap kerajaan perpaduan ini tidak bertukar sebelum tamat tempoh khidmat baginda sebagai […]
PESANAN BUAT MENTERI YANG SUKA MARAH-MARAH – JADI PEMIMPIN MESTI PEMURAH DAN PERLU ADA SIFAT RAHMAH
Sejak beberapa hari lalu, ada orang-orang lama dalam PKR meminta saya menghentam seorang menteri yang baru-baru ini berucap dalam nada marah-marah mengingatkan ahli parti itu agar jangan bercakap soal jawatan, elaun, ghanimah dan seumpamanya. Kata beliau, PKR bukan berjuang kerana poket, kocek atau projek kerana ia bukan DNA parti itu. Sambil mengambil contoh dirinya yang […]
SHAHRIZAT LEBIH BERPELUANG MENANG KETUA WANITA UMNO
Sebelum ini, saya pernah menulis yang menyatakan, daripada Shahrizat Jalil memimpin kembali Wanita UMNO, lebih baik pergerakan itu diketuai oleh Azalina Othman Said. Dengan rekod pernah mengetuai Puteri UMNO serta berprestasi agak cemerlang sebagai menteri kabinet, Azalina diyakini mampu memulihkan Wanita UMNO yang sedikit malap sejak diterajui Noraini Ahmad. Noraini bukan saja malap dalam memimpin […]
KALAU JAWATAN PRESIDEN UMNO ADA PERLAWANAN, AGAKNYA ITULAH KEBURUKAN DEMOKRASI…
Nasib baik jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO berjaya dielakkan daripada berlaku pertandingan, maka dapatlah Zahid Hamidi sembang kencang berkenaan pemilihan kali ini. Kata Presiden UMNO itu, jumlah calon yang ramai menawarkan diri untuk bertanding dalam pemilihan UMNO 2023 kali ini adalah bukti demokrasi semakin menyubur dalam parti itu. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri […]
TAK MASUK AKAL ANTHONY LOKE LEBIH POPULAR BERBANDING ANWAR
Sebuah kaji selidik terbaru dilaporkan mendapati Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sebagai menteri paling popular sekali di kalangan rakyat. Kaji selidik secara dalam talian itu digerakkan secara bersama oleh Sinar Harian, Astro AWANI, Sin Chew, The Star dan Malaysia Nanban dengan kerjasama firma penyelidikan, O2 Research. Lebih 36,000 responden mengambil bahagian dalam kaji selidik yang dijalankan […]
BELANJAWAN 2023 – KALI INI TIADA ULASAN DARIPADA SAYA
Ramai kawan-kawan dan kenalan menghubungi saya bertanya, apa ulasan saya berkenaan Belanjawan 2023 yang dibentangkan semalam. Mereka juga bertanya, kenapa tiada ulasan daripada saya ditemui di website atau media sosial? Sejak saya kembali aktif menulis pada 2011, sebenarnya inilah kali pertama saya tidak mengulas apa-apa mengenai belanjawan. Biasanya, setiap kali belanjawan dibentangkan, dua tiga jam […]
MALUNYA…SIANG-SIANG LAGI PH KELANTAN SUDAH MENGAKU KALAH!!
Semua parti yang masuk bertanding dalam pilihan raya adalah dengan hasrat untuk menang dan menubuhkan kerajaan. Tidak kira siapa pun lawan yang akan dihadapi, keyakinan untuk menang mesti sentiasa ada. Lagi pula, selagi keputusan belum diumumkan, macam-macam perkara di luar jangka boleh berlaku tanpa disangka-sangka. Kadang-kadang yang dijangka menang tiba-tiba kecundang, manakala yang diramalkan kalah […]
KALAU MAHIADDIN PUN BUAT SALAH, APA MASALAH?
Susulan pendakwaan terhadap Wan Saiful Wan Jan dan dua individu lain berkaitan rasuah Jana Wibawa, terdapat kecenderungan daripada Bersatu untuk terus melompat kepada kesimpulan kononnya sasaran sebenar SPRM ialah Mahiaddin Md Yasin. Dikatakan Mahiaddin disasarkan bertujuan untuk melemahkan Bersatu dan PN, bukan saja untuk menghadapi PRN di enam negeri tidak lama lagi, bahkan bagi mendepani […]
SELONGKAR KES RASUAH KERAJAAN TERDAHULU SUATU PERINGATAN JUGA BUAT PEMIMPIN SEMASA
Di sebalik adanya tuduhan bahawa tindakan menyelongkar kes rasuah dan salah guna kuasa melibatkan pemimpin kerajaan terdahulu atau blok pembangkang sekarang merupakan pendakwaan terpilih dan seolah-olah Anwar Ibrahim seorang pendendam, hakikatnya apa yang dilakukan itu adalah sesuatu yang tepat dan terpuji. Anwar yang terlihat sebagai Perdana Menteri paling tegas memerangi rasuah setakat ini, dengan itu […]
WAN SAIFUL AKHIRNYA AKUR LETAK JAWATAN
Datuk Wan Saiful Wan Jan mengumumkan hasratnya untuk melepaskan jawatan sebagai Ketua Penerangan BERSATU susulan pendakwaan dikenakan terhadapnya semalam. Beliau berkata hasrat itu sudah dimaklumkan kepada Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan terpulang kepada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) untuk membuat keputusan. Katanya, tindakan itu dibuat bagi memberi tumpuan untul […]