Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

  • INGATAN BUAT MIC PULA, MEMALUKAN JIKA TAK MAMPU TUNAI KEHENDAK AKAR UMBI SENDIRI

    Semalam saya telah menulis satu artikel dengan menyarankan agar BN jangan membuang masa lagi mahu bertemu dan cuba memujuk MIC supaya menukar keputusannya ingin meninggalkan gabungan tersebut. Saya kata, biarkan saja MIC dengan keputusannya itu, lagi pun ia adalah ketetapan perwakilan akar umbi yang disuarakan dalam perhimpunan agung tahunan parti. Ertinya, keputusan keluar BN itu…

  • BIARKAN SAJA MIC PERGI, JANGAN BUANG MASA NAK RAYU LAGI

    Sebagai respon kepada keputusan sebulat suara MIC mahu keluar daripada gabungan itu, Pengerusi BN, Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, beliau menghormati dan menerima dengan hati terbuka sebarang keputusan  parti itu. Beliau yang juga Presiden UMNO  berkata, pihaknya  tidak berhasrat untuk mencampuri urusan dalaman parti pimpinan Tan Sri S A Vigneswaran itu. “Saya mengikuti dengan dekat…

  • BERSIH GESA DIBEZAKAN URUSAN RASMI DAN PROGRAM PARTI

    Pemantau pilihan raya, Bersih mengingatkan bahawa kerajaan perlu memisahkan dengan jelas urusan rasmi dan aktiviti parti politik, khususnya semasa tempoh kempen pilihan raya. Menurut Bersih, walaupun perdana menteri menjelaskan bahawa dia dan menteri kabinet berhak menggunakan aset kerajaan termasuk kenderaan rasmi dan pengiring keselamatan bagi tujuan keselamatan dan tugasan rasmi, kenyataan bahawa tiada aset kerajaan…

  • PEMAIN MENGAKUI TIDAK BERTUTUR BAHASA MELAYU ANTARA TIGA HUJAH KEPUTUSAN FIFA

    Tujuh pemain bola sepak warisan Malaysia yang digantung memberitahu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) bahawa mereka tidak bertutur dalam bahasa Malaysia. Namun, entah bagaimana, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendakwa mereka lulus ujian Bahasa Malaysia yang diperlukan untuk permohonan kewarganegaraan. Ini antara tiga dakwaan yang muncul dalam dokumen keputusan jawatankuasa rayuan Fifa, yang menolak rayuan…

  • BENARKAH PERTEMUAN BERSATU MALAM ESOK BERTUJUAN MENUKAR KETUA PEMBANGKANG?

    Sebagaimana tular surat berkenaan di media sosial, Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin akan mengadakan pertemuan dengan Ahli-Ahli Parlimen parti itu malam esok. Pertemuan akan diadakan di kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara, jam 8.00 malam. Semua Ahli Parlimen Bersatu dijemput menghadiri pertemuan tersebut dan diminta mengesahkan kehadiran sebelum 15 November (Sabtu). Tiada agenda atau tujuan khusus Muhyiddin…

  • WALAU KEPUTUSAN DITANGGUH, REALITINYA PERWAKILAN MIC SUDAH TOLAK BN

    Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) ke-79 MIC hari ini sebulat suara bersetuju meluluskan usul untuk parti itu keluar dari Barisan Nasional (BN). Dengan keputusan itu ia dengan sendirinya membuka jalan bagi MIC untuk memohon secara rasmi menyertai PN. Astro Awani memetik Timbalan Presiden MIC, M Saravanan sebagai berkata, penyertaan ke dalam PN adalah bertujuan membina sebuah…