Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

  • ADA BEBERAPA PARTI MOHON SERTAI PN, KATA TUAN IBRAHIM

    Perikatan Nasional (PN) mengesahkan menerima beberapa permohonan daripada parti-parti politik yang berminat untuk menyertai gabungan itu, kata timbalan presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man. Tuan Ibrahim yang juga ahli majlis tertinggi PN berkata gabungannya sedang meneliti permohonannya. “Sebelum Pilihan Raya (PRU) baru ini ada, setiausaha agung PN (Mohamed Azmin Ali) memberitahu ada terima permohonan. “Ada…

  • PEMBANGUNAN SEMULA KG SUNGAI BARU HANYA UNTUK MELAYU – DATUK JOHARI

    Pemaju Kampung Sungai Baru perlu membina perumahan yang mampu dibeli oleh orang Melayu memandangkan tanah itu adalah hak milik kaum berkenaan yang diberikan oleh Sultan Selangor ketika itu pada zaman British.  Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata pemaju perlu memahami keunikan tanah Kampung Sungai Baru dan sebarang usaha membangunkan kawasan itu perlu…

  • PAS TAK HARUS BERLENGAH LAGI NAMAKAN CALON PM11

    Menamakan calon Perdana Menteri ibarat memilih seorang nakhoda kapal untuk sebuah pelayaran di lautan yang penuh bergelora. Tanpa nakhoda yang khusus, pelayaran kapal akan jadi tidak menentu dan gelombang cabaran dalam perjalanan juga sukar ditangani. Mereka yang berada di dalam kapal pun automatik jadi selesa dan yakin dengan pelayaran jika nakhoda yang dipilih itu cukup…

  • SAMA ADA ISMAIL SABRI AKAN DIDAKWA ATAU TIDAK KINI DI TANGAN PEGUAM NEGARA

    Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki hari ini berkata pelucuthakan wang tunai RM170 juta yang dikaitkan dengan dakwaan rasuah terhadap bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob tidak bermakna tiada pertuduhan akan dikenakan terhadap bekas perdana menteri itu. Pada sidang media di Putrajaya, Azam berkata keputusan Ismail Sabri untuk tidak mencabar pelucuthakan itu akan menyaksikan wang berkenaan…

  • CALON PM11 MASIH BELUM BERES

    Apa yang dianggap masih ada yang tidak beres antara Muhyiddin Yassin dan Hamzah Zainuddin berikutan tercetusnya insiden kekecohan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu semalam, ia akhirnya boleh disimpulkan berakhir dengan keceriaan. Ini berikutan Hamzah sendiri membuat pengakuan bahawa beliau adalah penyokong utama kepada Muhyiddin dalam memimpin parti. Hamzah menegaskan, beliau akan terus bersama Muhyiddin dan…

  • KEKECOHAN BERSATU TUNJUK ADA YANG TAK BERES ANTARA MUHYIDDIN, HAMZAH

    Kekecohan yang berlaku ketika majlis perasmian PAT Bersatu malam ini menunjukkan masih ada yang tidak beres dalam kepimpinan parti itu. Kekecohan dilaporkan tercetus ketika Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan perasmian dengan membangkitkan ada usaha mengutip tandatangan untuk menjatuhkannya. “Katanya ada orang kutip tandatangan untuk jatuhkan presiden. β€œIni tindakan yang bercanggah dengan perlembagaan parti,” kata…