Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

  • DR. SHAHRUDDIN MB JOHOR SEPENGGAL?

    Sejak pertukaran Menteri Besar Johor, macam-macam perkara pelik berlaku dalam Bersatu negeri itu. Mula-mula, meskipun dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Osman Sapian, tetapi Dr. Shahruddin Jamal hanya diberikan jawatan Setiausaha Bersatu Johor saja. Pengerusi Bersatu Johor pula diberikan kepada Mazlan Bujang, Exco Kerajaan Negeri yang digugurkan kerana dikatakan tidak disenangi oleh pihak istana. Oleh kerana…

  • PERINGATAN YANG TIDAK KENA DARIPADA SEORANG PERDANA MENTERI

    Dalam majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada golongan miskin di Langkawi semalam, Tun Mahathir Mohamad mengingatkan masyarakat supaya tidak terlalu bergantung kepada pemberian orang lain, sebaliknya perlu berusaha sendiri dalam memajukan diri masing-masing. Perdana Menteri berkata, bergantung kepada pemberian orang lain boleh melemahkan jiwa seseorang. “Kita akan jadi lemah kerana bergantung kepada orang lain….

  • MUKHRIZ AKHIRNYA MENGAKUI KESILAPANNYA

    Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir akhirnya memohon maaf atas tindakannya tidak bersalam dengan Sultan Johor. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Akhbarnya, Mukhriz dilaporkan mengakui ianya adalah kekhilafan beliau yang didorong oleh kealpaannya. Tindakan tidak bersalam itu juga, menurut kenyataan itu lagi, tidak harus dilihat sebagai menggambarkan sifat sopan santun rakyat Kedah keseluruhannya. Dalam rakaman…

  • KENAPA SAMPAI JADI BEGINI? KENAPA MUKHRIZ YANG LEBIH2?

    Sebagaimana tular di media sosial, Tunku Mahkota Johor atau TMJ turut berkongsi rakaman video yang memperlihatkan Mukhriz Mahathir tidak bersalam dengan Sultan Johor. Kenapa sampai jadi begini? Di mana akhlak beliau sebagai seorang pemimpin Melayu yang beragama Islam? Bukankah Bersatu juga sebuah parti Melayu? Lagi pun, rakaman itu diambil di Istana Pahang ketika memberi penghormatan…

  • TUGAS KADIR SEKARANG DEDAHKAN SIAPA MENTERI YANG GAGAL ITU…

    Walaupun menganggap gesaan agar menteri yang gagal menunjukkan prestasi memuaskan supaya meletakkan jawatan secara sukarela sebagai pandangan peribadi A Kadir Jasin, Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin bersetuju dengan perkara itu. Kata Muhyiddin, beliau tidak tahu siapa menteri yang dimaksudkan Kadir itu, tetapi kalau terkena kepada dirinya, beliau akan mengundurkan dirinya. β€œItu pandangan seorang pengamal media, walaupun…

  • SIAPA MENTERI YANG SEDIA UNDUR SECARA SUKARELA?

    Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri, A Kadir Jasin nampaknya tidak pernah berputus asa menegur menteri-menteri yang lemah dan tidak menunjukkan prestasi kerja yang memuaskan hati. Untuk kesekian kalinya, beliau dalam teguran terbarunya menggesa menteri-menteri terbabit agar meletakkan jawatan secara sukarela. Katanya, walaupun baru setahun memegang jawatan dalam kerajaan, tempoh itu sebenarnya cukup lama bagi…