Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

  • MUHYIDDIN KIAN TERPINGGIR DALAM BERSATU?

    Dalam reaksi pertamanya berhubung perlantikan Mazlan Bujang sebagai Pengerusi Bersatu Negeri Johor, Muhyiddin Yassin berharap ianya tidak menjejaskan hubungan antara pemimpin parti di negeri itu. Kata Presiden Bersatu itu, apa yang penting ialah perpaduan dan kerjasama perlu menjadi pegangan kepimpinan Bersatu di Johor. “Surat perlantikan sudah dikeluarkan secara rasmi, jadi dia (Mazlan) jalankan tugaslah,” tambahnya…

  • LAGI PERTEMUAN RUTIN ANTARA PM DENGAN BAKAL PM KE-8

    Sebagaimana bulan-bulan sebelumnya sejak lima atau enam bulan yang lalu, setiap bulan Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan serta perbincangan dengan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad. Pertemuan rutin secara bulanan itu sesuai dengan kedudukan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri ke-8 menggantikan Tun Mahathir yang tarikh tepat penyerahan jawatan masih lagi dalam perbincangan antara kedua-dua mereka. Pertemuan…

  • KALAU PADANG FUTSAL KERAJAAN BOLEH SEDIAKAN, APA MASALAHNYA KERAJAAN JUGA BINA MASJID?

    Apa lagi ni Tun? Tidak cukup dengan di Langkawi baru-baru ini, Tun Mahathir Mohamad ketika betucap di majlis penyampaian bantuan Ramadan dengan meminta rakyat supaya tidak terlalu bergantung kepada pemberian orang, di majlis lain pada Sabtu lalu, beliau menggesa agar masjid dibina tanpa mengharapkan bantuan daripada kerajaan. Katanya, beliau pernah pergi ke beberapa negara seperti…

  • PH JANGAN MUDAH LUPA SUMBANGAN PENEROKA FELDA

    Apabila baru-baru ini Azmin Ali mengumumkan tiada duit raya akan diberikan kepada peneroka Felda bagi tahun ini, sebahagian kita mungkin memahami betapa kecewa dan remuknya hati mereka. Ini kerana saban tahun sebelum ini, duit raya tidak pernah lupa diberikan oleh kerajaan kepada peneroka Felda. Sama seperti penjawat awam yang sentiasa diberikan duit raya, peneroka Felda…

  • BENARKAH JAWATAN TPM YANG DITERIMA ZAHID SUATU ANUGERAH LAILATUL QADAR?

    Daripada cerita yang dikisahkan Zahid Hamidi ini, beliau seolah-olah memberi gambaran bahawa perlantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 2015 dahulu adalah suatu anugerah Lailatul Qadar daripada Tuhan. Ini kerana beliau menerima 18 “missed calls” daripada nombor yang tidak dikenali pada malam 25 Ramadan ketika sedang menunaikan umrah di Mekah. “Pada tahun 2015 ketika saya…

  • DR. SHAHRUDDIN MB JOHOR SEPENGGAL?

    Sejak pertukaran Menteri Besar Johor, macam-macam perkara pelik berlaku dalam Bersatu negeri itu. Mula-mula, meskipun dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Osman Sapian, tetapi Dr. Shahruddin Jamal hanya diberikan jawatan Setiausaha Bersatu Johor saja. Pengerusi Bersatu Johor pula diberikan kepada Mazlan Bujang, Exco Kerajaan Negeri yang digugurkan kerana dikatakan tidak disenangi oleh pihak istana. Oleh kerana…