Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

  • DEMO ANTI-KERAJAAN DI INDONESIA, UJIAN TERBESAR PRESIDEN PRABOWO

    Gelombang protes anti-kerajaan yang melanda Indonesia sejak 25 Ogos telah mencetuskan kebimbangan besar terhadap kestabilan politik negara. Ribuan rakyat turun ke jalan raya di Jakarta dan bandar-bandar utama lain, menuntut pembaharuan menyeluruh dalam pentadbiran dan kebertanggungjawaban wakil rakyat. Protes tercetus susulan pendedahan bahawa 580 ahli parlimen menerima elaun perumahan bulanan sebanyak 50 juta rupiah (kira-kira…

  • PENANGGUHAN URA DAN PERINGATAN BUAT KERAJAAN

    Selepas menerima bantahan yang meluas di dalam dan luar Parlimen, Rang Undang-Undang Pembangunan Semula Bandar atau URA akhirnya ditangguhkan. Walaupun semalam ada pembentangan, tetapi perbahasan dan pengundian hanya akan dilakukan pada sesi Parlimen Oktober depan. Penangguhan itu dilakukan di sebalik Menteri KPKT, Nga Kor Ming dan Perdana Menteri sendiri pada awalnya bertegas bahawa RUU itu…

  • KERAJAAN BERISIKO KALAH UNDIAN URA?

    Di sebalik pelbagai bantahan, kerajaan nampaknya tetap mempertahankan pendirian untuk terus membentangkan pindaan Rang Undang-Undang Pembangunan Semula Bandar atau URA. Di Parlimen hari ini, Perdana Menteri sendiri mempertahankan pindaan URA tersebut. Katanya, pindaan itu perlu dibentangkan kerajaan kerana ia bertujuan melindungi kepentingan rakyat, khususnya orang Melayu di bandar agar mereka tidak terus hidup dalam keadaan…

  • WARISAN MUKTAMAD SOLO, TANDING SEMUA 73 KERUSI

    Warisan memutuskan untuk bertanding di semua 73 kerusi DUN Sabah pada PRN tidak lama lagi, tanpa bekerjasama dengan mana-mana parti politik lain. Presidennya, Mohd Shafie Apdal, berkata keputusan itu dimuktamadkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi Warisan yang dipengerusikannya hari ini. “Parti memutuskan secara sebulat suara untuk bertanding 73 kerusi DUN. “Maknanya tiada gabungan atau kerjasama dengan…

  • RAFIZI SINDIR ANWAR ‘PM TERPALING ANTI-RASUAH’

    Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad dibebaskan dari 12 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram, setelah membayar kompaun RM4.1 juta. Tuduhan rasuah tersebut membabitkan projek-projek di bawah Jana Wibawa yang kononnya ingin membantu kontraktor Bumiputra di bawah pentadbiran Perikatan Nasional. Adam Radlan berdepan dakwaan berikut: Secara kasar, sekurang-kurangnya dia dituduh telah menerima…

  • RM7 JUTA SEORANG: VISI KU LI YANG TAK KESAMPAIAN

    Oleh Abdul Halim bin Husin(Bekas Setiausaha Agung Dewan Perniagaan Melayu Malaysia) “Kalau kita buat masa itu, hari ini setiap rakyat Malaysia ada RM7 juta… RM7 juta seorang, Halim.” – Tengku Razaleigh Hamzah, 23 Ogos 2025. Perjumpaan Yang Membuka Rahsia Pada petang 23 Ogos 2025, saya duduk di ruang tamu kediaman Tengku Razaleigh Hamzah, tokoh yang…