Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

Category: Politik Semasa

  • RUU PEROLEHAN KERAJAAN TAK PATUT DILULUS TERGESA-GESA – RAFIZI

    Bekas menteri ekonomi Rafizi Ramli berkata Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan 2025 adalah baik, tetapi ia tidak sepatutnya diluluskan secara tergesa-gesa. Kata Rafizi, pada masa ini, tiada undang-undang untuk memastikan kerajaan bertanggungjawab ke atas pemerolehannya. Jelasnya, sebarang pendakwaan mesti dilakukan di bawah Kanun Keseksaan atau akta SPRM. “Tapi tak mudah nak buktikan (di bawah undang-undang itu)….

  • KEMBALI KEPADA UMNO PILIHAN YANG TEPAT BUAT KJ

    Sebuah portal berita melaporkan, berdasarkan maklumat yang diterimanya, Khairy Jamaluddin atau KJ dikatakan sudah menghantar surat rayuan kepada UMNO berhubung penggantungannya daripada parti itu. Surat rayuan tersebut dikatakan dihantar kepada UMNO melalui pegawai bekas Menteri Kesihatan itu baru-baru ini. Bagaimanapun, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau masih belum menerima surat rayuan daripada  KJ itu….

  • CUBA SAYA SEBAGAI KETUA MENTERI – BUNG MOKHTAR

    Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin tanpa berselindung meminta pengundi negeri itu mempertimbangkannya sebagai ketua menteri, menjelang persiapan pilihan raya negeri ke-17. “Apa kata cuba saya (sebagai ketua menteri),” kata Ahli Parlimen Kinabatangan enam penggal itu, yang juga memegang kerusi DUN Lamag, semasa penampilan di podcast KiniTV. Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata rakyat Sabah…

  • NAIKKAN AMBANG SETUJU URA KEPADA 95% – G25

    Kumpulan G25 yang dianggotai pesara pegawai kanan kerajaan menyatakan sokongan terhadap gesaan supaya ambang persetujuan dalam Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU PSB) dinaikkan kepada 95% untuk semua kategori. Dalam satu kenyataan, G25 berkata kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming bahawa semua projek pembangunan semula di bawah RUU itu kini memerlukan persetujuan…

  • PEMERINTAHAN YANG ADIL

    Pemerintahan yang adil adalah pemerintahan yang berkat pemerintahannya dirasai oleh setiap lapisan rakyat. Ini seperti kata Muhammad bin Ka’ab al-Qurtubi apabila diminta oleh ‘Umar bin Abd al-Aziz untuk menyifatkan keadilan pemerintah, katanya: كُنْ لِصَغِيرِ النَّاسِ أَبًا ، وَلِكَبِيرِهِمْ ابْنًا ، وَلِلْمِثْلِ مِنْهُمْ أَخًا ، وَلِلنِّسَاءِ كَذَلِكَ ، وَعَاقِبْ النَّاسَ بِقَدْرِ ذُنُوبِهِمْ عَلَى قَدْرِ احْتِمَالِهِمْ وَلَا…

  • KANDASNYA URA MENUNJUKKAN JIKA PN DAN BN SEDIA BEKERJASAMA, MALAYSIA INI MEREKA YANG PUNYA!!

    Perjuangan menentang Rang Undang-Undang Pembangunan Semula Bandar atau RUU URA pada mulanya hanya digerakkan oleh PN secara solo. Sejak awal mereka menentang RUU tersebut dan mengeluarkan banyak kenyataan penolakan. PN kemudian  mengumumkan akan mengadakan satu himpunan awam atas topik tersebut, namun ia kemudian ditukar menjadi Himpunan Turun Anwar. Himpunan tersebut berlangsung dengan jayanya pada 29…

  • DEMO ANTI-KERAJAAN DI INDONESIA, UJIAN TERBESAR PRESIDEN PRABOWO

    Gelombang protes anti-kerajaan yang melanda Indonesia sejak 25 Ogos telah mencetuskan kebimbangan besar terhadap kestabilan politik negara. Ribuan rakyat turun ke jalan raya di Jakarta dan bandar-bandar utama lain, menuntut pembaharuan menyeluruh dalam pentadbiran dan kebertanggungjawaban wakil rakyat. Protes tercetus susulan pendedahan bahawa 580 ahli parlimen menerima elaun perumahan bulanan sebanyak 50 juta rupiah (kira-kira…

  • PENANGGUHAN URA DAN PERINGATAN BUAT KERAJAAN

    Selepas menerima bantahan yang meluas di dalam dan luar Parlimen, Rang Undang-Undang Pembangunan Semula Bandar atau URA akhirnya ditangguhkan. Walaupun semalam ada pembentangan, tetapi perbahasan dan pengundian hanya akan dilakukan pada sesi Parlimen Oktober depan. Penangguhan itu dilakukan di sebalik Menteri KPKT, Nga Kor Ming dan Perdana Menteri sendiri pada awalnya bertegas bahawa RUU itu…

  • KERAJAAN BERISIKO KALAH UNDIAN URA?

    Di sebalik pelbagai bantahan, kerajaan nampaknya tetap mempertahankan pendirian untuk terus membentangkan pindaan Rang Undang-Undang Pembangunan Semula Bandar atau URA. Di Parlimen hari ini, Perdana Menteri sendiri mempertahankan pindaan URA tersebut. Katanya, pindaan itu perlu dibentangkan kerajaan kerana ia bertujuan melindungi kepentingan rakyat, khususnya orang Melayu di bandar agar mereka tidak terus hidup dalam keadaan…

  • WARISAN MUKTAMAD SOLO, TANDING SEMUA 73 KERUSI

    Warisan memutuskan untuk bertanding di semua 73 kerusi DUN Sabah pada PRN tidak lama lagi, tanpa bekerjasama dengan mana-mana parti politik lain. Presidennya, Mohd Shafie Apdal, berkata keputusan itu dimuktamadkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi Warisan yang dipengerusikannya hari ini. “Parti memutuskan secara sebulat suara untuk bertanding 73 kerusi DUN. “Maknanya tiada gabungan atau kerjasama dengan…

  • RAFIZI SINDIR ANWAR ‘PM TERPALING ANTI-RASUAH’

    Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad dibebaskan dari 12 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram, setelah membayar kompaun RM4.1 juta. Tuduhan rasuah tersebut membabitkan projek-projek di bawah Jana Wibawa yang kononnya ingin membantu kontraktor Bumiputra di bawah pentadbiran Perikatan Nasional. Adam Radlan berdepan dakwaan berikut: Secara kasar, sekurang-kurangnya dia dituduh telah menerima…

  • RM7 JUTA SEORANG: VISI KU LI YANG TAK KESAMPAIAN

    Oleh Abdul Halim bin Husin(Bekas Setiausaha Agung Dewan Perniagaan Melayu Malaysia) “Kalau kita buat masa itu, hari ini setiap rakyat Malaysia ada RM7 juta… RM7 juta seorang, Halim.” – Tengku Razaleigh Hamzah, 23 Ogos 2025. Perjumpaan Yang Membuka Rahsia Pada petang 23 Ogos 2025, saya duduk di ruang tamu kediaman Tengku Razaleigh Hamzah, tokoh yang…

  • UMNO DAN DAP – SIAPA MEMERLUKAN SIAPA?

    Tanpa ingin menyebut nama, ada beberapa watak dalam UMNO yang menganggap kerjasama dengan DAP sebagai suatu rahmat besar bagi parti Melayu itu. Dengan itu bagi mereka, kerjasama yang bermula selepas PRU15 lalu itu perlu terus dipertahankan, mungkin kalau boleh, sehingga ke hari kiamat. Bagi mereka, hanya melalui kerjasama dengan DAP yang menguasai sokongan segmen pengundi…

  • DR AKMAL PATUT DIBERI PUJIAN

    Saya jarang memuji pemimpin, kerapnya ialah saya menegur atau mengkritik mereka melalui tulisan-tulisan saya. Tidak terkecuali, sesekali saya juga menghentam mereka. Mungkin saya bukan jenis pengampu atau penjilat, sebab itu saya tiada kemahiran berbuat demikian. Najib Razak, Tun Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin, Ismail Sabri Yaakob dan sekarang Anwar Ibrahim, ketika mereka menjadi Perdana Menteri, boleh…

  • HEY DAP, CEPATLAH PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN PEMUDA UMNO!!

    Semakin banyak sayap Pemuda DAP menggesa parti itu memutuskan hubungan dengan Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh. Yang terbaru berbuat demikian ialah Pemuda DAP Selangor dan Melaka. Sebelum ini, Pemuda DAP Pulau Pinang,  Kedah, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan lebih dulu membuat desakan yang sama. Meskipun desakan dijangka akan berterusan, tetapi sehingga ini DAP masing…

  • KADAR INFLASI JULAI 2025 NAIK KEPADA 1.2%

    Inflasi Malaysia meningkat kepada 1.2 peratus pada Julai 2025, sedikit lebih tinggi berbanding 1.1 peratus yang direkodkan pada Jun, dengan mata indeks mencatatkan 134.7, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, peningkatan ini didorong terutamanya oleh kumpulan Insurans dan Perkhidmatan Kewangan, yang melonjak kepada 5.5 peratus berbanding 1.5…

  • SERANGAN ANAK RAFIZI JADIKAN SUDAH 10 KES BERPROFIL TINGGI TIDAK SELESAI – PROJEK SAMA

    NGO Projek Sama menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas bagi membendung kes keganasan dan ugutan, susulan serangan terhadap anak lelaki Rafizi Ramli. Projek Sama berkata serangan tersebut merupakan kes berprofil tinggi ke-10 melibatkan keganasan atau ugutan yang masih belum diselesaikan di bawah pentadbiran kerajaan semasa. “Sepuluh kes berprofil tinggi yang belum diselesaikan di bawah kerajaan Madani…

  • 12 PARTI PEMBANGKANG SETUJU BERGABUNG, PH/BN WAJAR MULAI BIMBANG

    Menjelang kira-kira dua tahun lagi sebelum PRU16 diadakan, kejayaan 12 parti-parti dalam blok pembangkang bersatu dalam sebuah gabungan tentunya merupakan suatu perkembangan yang positif lagi sihat. Ini memperlihatkan blok pembangkang benar-benar serius mahu memberi saingan, sekaligus menggambarkan keinginan mengambil alih kerajaan daripada PH/BN pada PRU akan datang. Rakyat pula, dengan adanya gabungan 12 parti itu,…

  • 12 PARTI PEMBANGKANG SETUJU BERGABUNG

    Dua belas parti pembangkang hari ini bersetuju membentuk satu gabungan longgar bagi memperjuangkan isu-isu yang didakwa mereka gagal diselesaikan kerajaan Madani, termasuk janji reformasi. Gabungan itu terdiri daripada Bersatu, PAS, Gerakan, Pejuang, Muda, Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), Putra, Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Kemajuan…

  • BERITA BAIK, MIC KINI SAHKAN SUDAH ADA PERTEMUAN DENGAN PN

    Baru-baru ini.  Timbalan Presiden MIC, M Saravanan meluahkan kecewa terhadap BN dan kerajaan perpaduan kerana mendakwa parti itu tidak dilayan dengan sewajarnya. Selain menyuarakan kekecewaan kerana MIC didakwa tidak diberi sebarang peranan dalam kerajaan serta dipinggirkan oleh BN, beliau juga menegaskan tidak mahu membiarkan parti itu terus dibuli. Tidak sampai sebulan selepas kenyataan tersebut, kini…