Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

Category: Politik Semasa

  • HARGA RON95 – TURUN 6 SEN ATAU 61 SEN?

    Sejak dua hari lalu, saya ada terbaca beberapa ulasan di media sosial mengenai jumlah penurunan harga RON95 berikutan penguatkuasaan kadar baru yang bermula 30 September ini. Mereka menulis, dengan kadar baru RM1.99 seliter yang diperkenalkan itu, rakyat bukanlah mendapat penurunan harga 6 sen berdasarkan harga pasaran RON95 sebanyak RM2.05 sen sebelum ini. Sebaliknya, kata mereka,…

  • SIAPA PM11, MASIHKAH PEMIMPIN ‘BERDNA’ UMNO JADI PILIHAN?

    Siapa PM11? Inilah soalan yang sejak akhir-akhir ini membuatkan ramai orang begitu  ghairah ingin tahu jawapannya? Meskipun PMX masih berkuasa dan mungkin juga boleh kekal kerkuasa lagi selepas PRU16 akan datang, namun keghairahan terhadap kemungkinan itu seolah-olah bukan lagi sesuatu yang menggiurkan. Yang lebih menggiur dan memberahikan untuk diketahui ramai sekarang ialah siapakah sosok PM11…

  • VIP, AHLI POLITIK TAK BAYAR CUKAI JALAN KERETA MEWAH RM35.7 JUTA, SIAPA MEREKA?

    Kementerian Pengangkutan mendedahkan tunggakan cukai jalan melibatkan kenderaan mewah yang masih belum diperbaharui kini mencecah RM35.7 juta. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata jumlah itu membabitkan kenderaan milik individu berprofil tinggi termasuk tokoh kenamaan, ahli korporat serta ahli politik. Menurutnya, lima jenama kenderaan mewah yang terlibat ialah Rolls Royce, Lamborghini, Bentley, Ferrari dan Porsche. “Keseluruhannya lima…

  • KONFLIK PAYUNG BESAR POLITIK MELAYU

    Sekali lagi Tun Mahathir Mohamad bercakap mengenai payung besar. Kali ini beliau mengingatkan kewujudan banyak payung besar dalam kalangan parti-parti Melayu akan hanya membawa kepada perpecahan dan kekalahan dalam pilihan raya. Katanya, walaupun sambutan terhadap cadangan menubuhkan gabungan atau payung besar amat menggalakkan, namun terdapat kecenderungan untuk setiap pihak yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri membentuk…

  • TIADA MASALAH JIKA PAS TERAJUI PN, KATA NAIB PRESIDEN BERSATU

    Naib Presiden Bersatu, Ronald Kiandee tiada masalah dengan PAS yang berpotensi menerajui Perikatan Nasional (PN) susulan pengalamannya ketika menganggotai Jemaah Menteri bersama parti Islam itu. Bekas menteri pertanian dan industri makanan itu berkata, ramai tidak menyangka beliau dapat menerajui PN Sabah, tetapi kini beliau sudah berbuat demikian. “Saya tiada masalah dengan Pas. Kita pernah duduk…

  • PUTRA DESAK KERAJAAN AMBIL ALIH PEMBANGUNAN KG SUNGAI BARU

    Parti Putra mendesak kerajaan mengambil alih pembangunan di Kampung Baru daripada pemaju yang dakwanya gagal menjaga kepentingan penduduk Melayu. Presiden Putra Datuk Ibrahim Ali mendakwa, pemaju juga hanya menjadikan tanah di kawasan itu sebagai alat mendapatkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan nilai kepentingan kedaulatan tanah pusaka Melayu itu. “Pembangunan Kampung Baru bukan isu komersial, tetapi persoalan…

  • PN TANDING PRU16 TANPA ‘POSTER BOY’?

    Meskipun Muhyiddin Yassin minggu lalu mengatakan mesyuarat PN akan diadakan dalam waktu terdekat bagi memuktamadkan calon PM11, perkara itu kemungkinan besar tidak akan berlaku. Kalau pun ada mesyuarat PN diadakan, tiada mana-mana pemimpin, baik daripada Bersatu mahu pun PAS, akan dinamakan sebagai calon PM11 untuk mewakili gabungan itu bagi menghadapi PRU16 akan datang. Ini bermakna,…

  • JOHARI DISARAN TIDAK KEMUKA CALON BARU DALAM YAYASAN WP

    Berikutan tidak puas hati berkaitan pengagihan sub zon dalam Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Parlimen Batu, UMNO Bahagian tersebut mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan PH Wilayah Persekutuan. Ketua UMNO Bahagian Batu, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim berkata, tindakan memutuskan hubungan itu diambil kerana  PH negeri tidak menunaikan janji memberikan satu daripada enam sub zon di kawasan Parlimen…

  • PENTINGNYA HUBUNGAN PAS – BERSATU SAMA SEPERTI PENTINGNYA HUBUNGAN PKR – DAP

    Semalam saya menulis dengan memberi pandangan bahawa PAS tidak boleh meninggalkan Bersatu  jika benar-benar ingin memastikan kerusi PM11 menjadi milik mereka pada PRU16 akan datang. PAS dan Bersatu adalah ibarat aur dan tebing yang saling memerlukan antara satu sama lain. Kemenangan 43 kerusi PAS pada PRU15 lepas adalah kerana bekerjasama dengan Bersatu, begitu juga kemampuan…

  • UNTUK DAPAT JADI PM11, PAS TIDAK BOLEH TINGGALKAN BERSATU

    Sebagai parti Melayu paling berpengaruh ketika ini, kita barangkali tiada masalah untuk memahami apa juga keinginan yang dimahukan oleh PAS. Sama ada untuk mereka mengetuai PN atau menamakan pemimpin PAS sebagai calon PM11, keinginan itu boleh dikira wajar dan munasabah. Lagi pula, negara ini sudah ada 10 Perdana Menteri sejak merdeka, namun belum pernah seorang…

  • KEPIMPINAN BARU PAS SESI 2025-2027

    Pengerusi Tetap: Hussin Ismail Timbalan Pengerusi Tetap: Kamal Shaari Presiden: Abdul Hadi Awang Timbalan Presiden: Tuan Ibrahim Tuan Man Naib Presiden: 1. Idris Ahmad2. Ahmad Samsuri Mokhtar3. Mohd Amar Abdullah AJK PAS Pusat 1. Ahmad Fadhli Shaari (1,096 undi) 2. Sanusi Nor (1,062) 3. Haim Hilman Abdullah (1,028) 4. Muhammad Khalil Abdul Hadi (1,018) 5….

  • PELUANG TIDAK DATANG DUA KALI, PRU16 MASA TERBAIK PAS PIMPIN NEGARA

    Selepas beberapa pemimpin PAS menyuarakan perlunya parti itu mengetuai PN dan menamakan calon Perdana Menteri, perkara itu hari ini disambut positif oleh Haji Hadi Awang sendiri. Ketika berucap merasmikan Muktamar Agung PAS di Kedah, Haji Hadi berkata, sudah tiba masanya parti Islam itu memimpin PN dan negara. Beliau berkata, PAS sudah bersedia memimpin masyarakat majmuk…

  • 80 KERUSI BUKAN IMPIAN KOSONG PAS

    Barangkali ramai yang agak pesimis dengan cita-cita PAS mahu memenangi 80 kerusi Parlimen pada PRU16 akan datang. Mereka tidak yakin, malah tidak percaya PAS mampu menggapai cita-cita itu. Kalau kita lihat sejarah politik negara ini, hanya UMNO  selama ini yang pernah memenangi lebih 80 kerusi Parlimen. Dalam waktu yang baru berlalu, misalnya pada PRU tahun…

  • YAA BEDA BEDUU…SATU LAGI HIMPUNAN BAKAL BERLAKU!!

    Selepas kejayaan Himpinan Turun Anwar pada 26 Julai lalu, kini satu lagi himpunan bakal menyusul. Ini berikutan Pemuda PAS merancang untuk menggerakkan satu lagi himpunan rakyat pada 4 Oktober depan. Meskipun tidak disebut, adalah dipercayai lokasi himpunan juga akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Himpunan 4 Oktober nanti ialah bagi membantah Rang Undang-undang (RUU)…

  • ADA BEBERAPA PARTI MOHON SERTAI PN, KATA TUAN IBRAHIM

    Perikatan Nasional (PN) mengesahkan menerima beberapa permohonan daripada parti-parti politik yang berminat untuk menyertai gabungan itu, kata timbalan presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man. Tuan Ibrahim yang juga ahli majlis tertinggi PN berkata gabungannya sedang meneliti permohonannya. “Sebelum Pilihan Raya (PRU) baru ini ada, setiausaha agung PN (Mohamed Azmin Ali) memberitahu ada terima permohonan. “Ada…

  • PEMBANGUNAN SEMULA KG SUNGAI BARU HANYA UNTUK MELAYU – DATUK JOHARI

    Pemaju Kampung Sungai Baru perlu membina perumahan yang mampu dibeli oleh orang Melayu memandangkan tanah itu adalah hak milik kaum berkenaan yang diberikan oleh Sultan Selangor ketika itu pada zaman British.  Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata pemaju perlu memahami keunikan tanah Kampung Sungai Baru dan sebarang usaha membangunkan kawasan itu perlu…

  • PAS TAK HARUS BERLENGAH LAGI NAMAKAN CALON PM11

    Menamakan calon Perdana Menteri ibarat memilih seorang nakhoda kapal untuk sebuah pelayaran di lautan yang penuh bergelora. Tanpa nakhoda yang khusus, pelayaran kapal akan jadi tidak menentu dan gelombang cabaran dalam perjalanan juga sukar ditangani. Mereka yang berada di dalam kapal pun automatik jadi selesa dan yakin dengan pelayaran jika nakhoda yang dipilih itu cukup…

  • SAMA ADA ISMAIL SABRI AKAN DIDAKWA ATAU TIDAK KINI DI TANGAN PEGUAM NEGARA

    Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki hari ini berkata pelucuthakan wang tunai RM170 juta yang dikaitkan dengan dakwaan rasuah terhadap bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob tidak bermakna tiada pertuduhan akan dikenakan terhadap bekas perdana menteri itu. Pada sidang media di Putrajaya, Azam berkata keputusan Ismail Sabri untuk tidak mencabar pelucuthakan itu akan menyaksikan wang berkenaan…

  • CALON PM11 MASIH BELUM BERES

    Apa yang dianggap masih ada yang tidak beres antara Muhyiddin Yassin dan Hamzah Zainuddin berikutan tercetusnya insiden kekecohan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu semalam, ia akhirnya boleh disimpulkan berakhir dengan keceriaan. Ini berikutan Hamzah sendiri membuat pengakuan bahawa beliau adalah penyokong utama kepada Muhyiddin dalam memimpin parti. Hamzah menegaskan, beliau akan terus bersama Muhyiddin dan…

  • KEKECOHAN BERSATU TUNJUK ADA YANG TAK BERES ANTARA MUHYIDDIN, HAMZAH

    Kekecohan yang berlaku ketika majlis perasmian PAT Bersatu malam ini menunjukkan masih ada yang tidak beres dalam kepimpinan parti itu. Kekecohan dilaporkan tercetus ketika Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan perasmian dengan membangkitkan ada usaha mengutip tandatangan untuk menjatuhkannya. “Katanya ada orang kutip tandatangan untuk jatuhkan presiden. “Ini tindakan yang bercanggah dengan perlembagaan parti,” kata…