Category: Politik Semasa
-
BELANJAWAN ALTERNATIF – PERLU ATAU TIDAK?
Dalam beberapa komen di sejumlah laman media sosial, didapati ramai yang membangkitkan berkenaan belanjawan alternatif daripada blok pembangkang. Mana belanjawan alternatif PN? Kenapa PN tidak berani membentangkan belanjawan alternatif sebagaimana PH melakukannya sebelum ini? Apakah PN tiada idea, maka sebab itu tidak mampu membentangkan belanjawan alternatif? Jangan asyik tahu kritik dan hentam belanjawan kerajaan saja,…
-
STR, SARA DIUMUM ANWAR KESINAMBUNGAN BR1M IDEA NAJIB – RAFIZI
Bantuan kepada rakyat seperti Sumbangan Asas Rahmah (Sara) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) perlu diinstitusikan seperti mana negara berkebajikan, selain tidak perlu dijadikan modal politik oleh kerajaan. Mengulas Belanjawan 2026 yang dibentangkan di parlimen semalam, bekas menteri ekonomi, Rafizi Ramli, berpendapat bantuan kerajaan Madani masih dilihat sebagai kesinambungan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan kerajaan…
-
DAPATLAH BERTAMBAH TUJUH ORANG RAKYAT MALAYSIA…
Beberapa orang ada menghubungi dan menghantar teks pesanan kepada saya bertanyakan soalan – apa jadi akhirnya kepada tujuh pemain bolasepak warisan itu? Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail semalam bertegas mengatakan semua proses memberi kerakyatan kepada tujuh pemain berkenaan dilakukan mengikut peraturan yang sewajarnya. Katanya, ia diproses mengikut Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan dan Kaedah-kaedah Warganegara…
-
TIONG DILANTIK MENTERI OLEH PERDANA MENTERI, BUKAN OLEH ABANG JO
Ada beberapa pengulas di media sosial – agaknya sebab nak mengampu – tidak setuju malah menolak desakan terhadap Perdana Menteri agar memecat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing terkait isu hidangan arak pada malam gala Tourism Malaysia, baru-baru ini. Kata mereka, desakan itu sepatutnya ditujukan kepada Pengerusi GPS, Abang Johari Haji Openg yang…
-
KALAU BENAR MALAM GALA BERHIDANG ARAK TELAH DIAMBIL ALIH PIHAK SWASTA, KENAPA MOTAC YANG MINTA MAAF?
Susulan amaran keras yang diberikan Perdana Menteri berhubung hidangan arak dalam majlis gala yang dikaitkan dengan Tourism Malaysia, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) beberapa ketika selepas itu segera tampil dengan pernohonan maaf atas apa yang telah berlaku. Motac dalam kenyataannya menagaskan amat menyesali dan menerima teguran Anwar Ibrahim itu dengan hati terbuka. Kementerian itu…
-
MEMUJI PERDANA MENTERI…
Sudah lama saya tak puji Perdana Menteri, tetapi kali ini saya ingin memujinya kerana tidak gentar memberi amaran keras kepada Menteri Pelancongan, Tiong King Sing. Dalam amaran kerasnya itu Anwar Ibrahim berkata, menghidangkan minuman keras dalam acara rasmi adalah tidak wajar kerana dasar kerajaan secara tegas tidak membenarkan ia dihidangkan sama sekali. “Kami telah berikan…
-
BERSUKAN BUKAN SEMATA-MATA UNTUK MENANG, JANGAN MENANG DENGAN KEPALSUAN
Pendedahan FIFA mengenai pemalsuan dokumen asal usul datuk nenek tujuh pemain warisan yang mewakili Harinau Malaya adalah sesuatu yang amat memalukan kita semua. Perkara itu tidak sepatutnya berlaku dalam usaha kita cuba mengejar kemenangan bermain bola sepak di peringkat antarabangsa. Memang dalam pertandingan sukan, apa jenis sekali pun, semua orang inginkan kemenangan, tetapi itu bukanlah…
-
JASA PAS YANG RAMAI TAK TAHU – MENGHENTIKAN AMALAN HIDANG ARAK DI JAMUAN RASMI
Kisah Arak Dalam Majlis Jamuan Negara Dato’ Mustapha Ali, Mantan Setiausaha Agung PAS yang mesra disapa Cikgu Pa pernah mengisahkan… Tradisi menghidangkan arak dalam majlis Jamuan Negara/State Banquet dihentikan pada tahun 1974 ketika PAS berada dalam Kerajaan BN dan Dato’ Mustapha Ali sendiri menjawat jawatan Timbalan Menteri. Jamuan negara ialah jamuan paling tinggi yang dianjurkan…
-
DUN SABAH BUBAR, MASA UNTUK PENGUNDI PILIH KERAJAAN BARU
Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor hari ini (6 Oktober) mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, membuka laluan untuk pilihan raya negeri ke-17. Pengumuman dibuat semasa majlis bersama wakil rakyat Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Menara Kinabalu, pusat pentadbiran kerajaan negeri, sebentar tadi. Keputusan itu diumumkan Hajiji Noor selepas mengadakan perjumpaan dengan wakil rakyat kerajaan…
-
TERUSLAH KEKALKAN TIONG SEBAGAI MENTERI PELANCONGAN…
Siapa pun kita, selagi kita beragama Islam, termasuk kelompok penjilat dan pengampu, kita mesti bersuara menentang perbualan menghidangkan arak dalam majlis rasmi kerajaan. Pelbagai pihak telah bersuara menentang dan mengecam jamuan arak di majlis anjuran Tourism Malaysia, baru-baru ini. Cuma sedihnya, golongan pengampu terlihat agak senyap sikit dalam isu arak itu, tidak sebagaimana dalam isu…
-
UMNO SEKALI LAGI TOLAK URA, APA SELEPAS INI?
Berikut adalah ketetapan MT UMNO berkaitan RUU Pembaharuan Semula Bandar (URA) selepas parti itu mengadakan mesyuaratnya petang semalam. “UMNO amat prihatin terhadap keresahan rakyat berkaitan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (URA), justeru satu Konvensyen Pembaharuan Semula Bandar telah diadakan pada 3 Oktober 2025 yang menghimpunkan pelbagai pihak termasuk pimpinan parti, pertubuhan bukan kerajaan, ahli akademik,…
-
MACAM MANA NI, SIAPA SEBENARNYA CALON PM PILIHAN PAS?
Berikutan terbocornya rakaman audio seorang pemimpin Bersatu – dipercayai suara Wan Saiful Wan Jan – yang mendakwa PAS mahu mencalonkan Hamzah Zainuddin sebagai calon Perdana Menteri, beberapa rakan memberi reaksi musykil mengenai perkara itu. Beberapa rakan yang menghantar klip video itu, walaupun saya lebih dulu menerimanya, turut menyertakan teks yang berbunyi – macam mana ni…kata…
-
AZMIN WAJIB SAMAN WAN SAIFUL DAN SEMUA YANG PERNAH MENGAITKANNYA DENGAN ‘VIDEO SANDAKAN’
Sebagai respon terhadap dakwaan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan terhadap dirinya, Azmin Ali semalam menafikan kaitan dirinya dalam “video Sandakan”. Setiausaha Agung Bersatu itu menafikan tuduhan Wan Saiful Wan berhubung sebuah video pada yang tular sejak 2019 yang mengaitkan beliau dengan aktiviti homoseksual. Azmin berkata, dakwaan Wan Saiful dalam satu sidang media…
-
PAS BERI PILIHAN – TRUMP JUMPA KAMI ATAU KAMI DEMO?
PAS sedia berjumpa dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bagi mempamerkan bantahan berhubung genosid Israel terhadap rakyat Palestin, kata Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan. Bagaimanapun, katanya, jika Trump tidak mahu berjumpa, PAS merancang satu perhimpunan besar-besaran sebagai tanda protes semasa Trump hadir ke sidang kemuncak Asean ke-47 di Kuala Lumpur hujung bulan ini. “Kalau dia betul-betul datang mengapa…
-
BERSATU BERGOLAK, KEDUDUKAN PAS MELONJAK
Pergolakan yang berlaku dalam Bersatu akhir-akhir ini, tidak lama setelah parti itu meluluskan usul menamakan Muhyiddin Yassin sebagai calon PM11, adalah suatu episod yang malang sekali. Sepatutnya, dengan calon PM11 telah dinamakan, perpaduan dalam Bersatu makin mantap dan semua orang dalam parti kian bersatu hati dalam meneroka jalan kemenangan. Sepatutnya juga, dalam keadaan sentimen penerimaan…
-
KERAJAAN MADANI HARUS BERANI BUKA SEMULA KERTAS SIASATAN ‘VIDEO SANDAKAN’
Tiada apa-apa yang lebih menarik sebenarnya dalam sidang media Wan Saiful Wan Jan petang tadi melainkan apa yang diperkatakannya mengenai “video Sandakan” yang didakwa melibatkan Azmin Ali. Perkara-perkara lain yang disebut Wan Saiful dalam sidang medianya seperti SD (akuan bersumpah), dirinya disiasat berkaitan disiplin, pengakuan tiada usaha mahu menjatuhkan Muhyiddin Yassin, laporan bakal dibuat kepada…
-
TRUMP DATANG MALAYSIA – PAS GESA UMNO, AMANAH NYATA PENDIRIAN
PAS menggesa Amanah dan Umno menyatakan pendirian berhubung kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ke negara ini sempena Sidang Kemuncak Asean ke-47, bulan depan. Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kedua-dua parti itu masih membisu ketika rakyat sedang menanti penjelasan kepimpinan mereka. “Pada suatu ketika dahulu Amanah pernah mengakui bahawa mereka adalah parti…
-
CINTA TIGA SEGI PRN SABAH, SIAPA UNTUNG?
Ibarat cinta tiga segi sesama manusia, cinta tiga segi dalam politik juga tidak mungkin menjanjikan kedamaian. Hubungan akan selalu panas, wujud tekanan yang tidak menentu dan hampir tiada kestabilan. Begitulah keadaannya dalam cinta tiga menjelang PRN Sabah yang melibatkan PH, GRS dan BN. Di peringkat awal dulu, oleh kerana ketiga-tiga gabungan sedang makan setalam dalam…
-
BUDI95 TAK GUNA DATA PADU, TAPI DATA JPJ – RAFIZI
Bagi Rafizi Ramli, sebarang keputusan yang mahu dibuat oleh kerajaan mesti dibuat “betul-betul” dan bukannya mengambil kira aspek lain termasuk “berimbang” demi peluang mendapatkan undi rakyat. Mengulas isu penyasaran subsidi petrol RON95 yang akan dilaksanakan mulai 30 Sept ini, bekas menteri ekonomi itu bertegas bahawa tiada jalan singkat yang boleh diambil oleh kerajaan. Dia juga…
-
KALAU IA KHABAR ANGIN, APAKAH AZMIN SENDIRI YANG MENIUPKAN ANGIN ITU?
Hanya beberapa jam setelah tersebar berita perletakan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang di DUN Selangor, Azmin Ali telah tampil menafikan perkara tersebut. Adun Hulu Kelang itu memberitahu sebuah portal berita, laporan berkenaan adalah tidak benar. “Tidak benar. Hentikan khabar angin. “Saya sentiasa optimistik. Kita usaha sedaya upaya. Rakyat mesti dibantu,” katanya. Azmin yang juga bekas Menteri…