Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

DAP BOLEH BANTU UMNO ELAK ‘TUTUP KEDAI’

Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan bahawa  parti itu bakal “tutup kedai” dalam tempoh 20 tahun akan datang, sekiranya corak sokongan rakyat kekal seperti berlaku pada PRU lalu.

Beliau berkata, ahli UMNO khususnya barisan pelapis perlu mencipta sesuatu yang luar biasa untuk menangkis persepsi dan prasangka negatif terhadap parti.

“Kalau rakyat, khususnya pengundi buat keputusan sama dengan keputusan PRU lalu…saya khuatir 20 tahun akan datang, kita akan perlahan-lahan menutup kedai politik (UMNO) kita, biarpun produk kita jual di kedai politik itu baik,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sempena Ulang Tahun Pertama Sekolah Patriotik UMNO (SPU).

Untuk rekod, sokongan rakyat kepada UMNO memang menunjukkan trend penurunan sejak beberapa PRU kebelakangan ini.

Pada PRU13, UMNO menang 88 kerusi Parlimen, menurun kepada 54 kerusi pada PRU14 dan terus turun lagi kepada 26 kerusi pada PRU15 lalu.

Berdasarkan trend itu, berapakah kerusi yang mampu dimenangi UMNO pada PRU16 akan datang?

Sukar untuk dijangka secara tepat, tetapi UMNO sendiri baru-baru ini mendedahkan bahawa hanya 20 peratus ahli UMNO di Sabah mengundi BN pada PRN baru-baru ini.

Ertinya, 80 peratus ahli UMNO sendiri tidak mengundi calon yang  bertanding atas tiket BN di Sabah.

Kalau ahli UMNO pun tidak memberi undi kepada BN, apakah pengundi atas pagar yang tidak berparti mahu mengundi BN?

Bersekali dengan itu, bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob turut mendedahkan, sokongan pengundi Melayu ketika ini kepada UMNO hanyalah sekitar 28 peratus saja.

Jika diambil kira data-data tersebut, peringatan Zahid Hamidi bahawa UMNO akan “tutup kedai” dalam beberapa PRU akan datang bukanlah perkara yang mustahil jika trend penurunan itu tidak segera dibendung.

Apakah solusi atau keluarbiasaan yang perlu dicipta UMNO bagi menghalang “tutup kedai” itu daripada berlaku?

Sebagai langkah awal, khususnya berdasarkan keputusan PRN Sabah dan pendedahan Ismail Sabri berkaitan tahap sokongan semasa rakyat kepada UMNO dan diperkukuhkan lagi dengan gambaran yang merata di kalangan rakyat, hakikat yang tidak boleh dinafikan adalah kerjasama parti itu dengan DAP.

Sementara UMNO cuba menafikan ada kerjasama politik antara UMNO dengan DAP, sebaliknya yang ada hanyalah kerjasama dalam kerajaan, tetapi DAP jelas menolak fakta itu bersandarkan bantuan parti itu kepada UMNO dalam beberapa PRK serta kesediaan mereka menyerahkan kerusi Dusun Tua di Selangor kepada UMNO pda PRN tahun 2023 lalu.

Yang jelas, UMNO sendiri sebenarnya tidak senang dan cuba berselindung tentang kerjasama itu dan ia memberi makna, UMNO sedar kerjasama itu adalah beban serta tidak boleh diterima oleh pengundi Melayu.

Dengan kecenderungan DAP untuk melaksanakqn pilihan raya bagi memilih Datuk Bandar KL, hanya setelah lebih sebulan pemimpin DAP dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, ini tentunya tambah menjauhkan lagi sokongan pengundi Melayu kepada DAP.

DAP ternampak tidak menunggu lama untuk melaksanakan reformasi impiannya di negara ini, meski pun di ketika UMNO ada bersama-sama parti itu dalam kerajaan.

Ia memberi gambaran suara Melayu melalui 26 kerusi yang dimiliki UMNO tidak cukup kebal untuk menahan cita-cita reformasi DAP itu.

Sebelum ini, mereka juga cuba melaksanakan reformasi yang sama melalui URA dan pilihan raya PBT, namun setakat ini tertangguh kerana banyak bantahan.

Tetapi, di masa akan datang, ia tiada jaminan dibatalkan selama-lamanya.

UMNO kini tiada pilihan lain jika ingin mengelak ia “tutup kedai” melainkan segera memisahkan diri daripada DAP, baik daripada segi politik mahu pun kerjasama dalam kerajaan.

UMNO harus menjadi totok dalam memperjuangkan kepentingan Melayu, sama seperti mana DAP juga totok menjaga kepentingan kaum Cina.

Dua parti itu tidak boleh bekerjasama, tapi mesti berlawan secara terang dan nyata.

Melalui Rumah Bangsa, Kolaborasi Agung atau Musyawarah Nasional sebagaimana diumumkan Zahid Hamidi pada PAU baru-baru ini,  ia mesti segera digerakkan tanpa membuang banyak masa lagi.

Jika perlu tinggalkan kerajaan bagi menggerakkan ia menjadi kenyataan, tinggalkan sajalah.

Yang penting, parti-parti Melayu harus mula ada kesepatan serta bersatu hati bagi mengembalikan semula kuasa Melayu pada PRU akan datang.

Jika tiga parti Melayu utama – UMNO, PAS dan Bersatu dapat saling bermuafakat dan bekerjasama, itu memang pendekatan yang paling baik.

Tetapi, jika itu tidak mampu dilakukan, suatu kaedah mesti segera difikirkan agar akhirnya UMNO, PAS dan Bersatu, setidak-tidaknya mampu memiliki sekurang-kurangnya 112 kerusi Parlimen untuk ketiga-tiga parti itu “cukup jumlah” bagi membentukan kerajaan yang dikuasai Melayu semula, sesuai dengan komposisi Melayu sebagai penduduk majoriti di negara ini. – ShahbudinHusin 02Februari2026.

1 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini

One response to “DAP BOLEH BANTU UMNO ELAK ‘TUTUP KEDAI’”

  1. Anonymous Avatar
    Anonymous

    DAP BOLEH BANTU UMNO ELAK ‘TUTUP KEDAI’
    2 February 2026

    Alahai Budin, nak nganjing DAP dan UMNO le tu sbb terburai impian MN2.0, walaupun dok pkl canang 24/7 aritu!

    Mai nak habaq Budin pulok, PAS x leh le bantu PN tutup kedai kerana politik dungu kurang cerdik Hadi dan PAS!

    Masaalah Hadi, terlampau terikut telunjuk Atok Saka, dia pun berdendam sakan kepada PMX.

    Jadi bila Tok Guru amal dendam, maka gugur lah keberkatan. Itu yang dok asyik
    sumbat gol sendiri!

    Memang dah sampai masa, ROS haramkan PAS guna nama Islam kerana hanya politik Machiavelli tunggang agama!
    WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

    KISAH PAS KURANG CERDIK DAN TINDAKAN MEMBABI BUTA.

    Pas dengan Bersatu perang besar, PN parti yang khianat akhirnya berkecai.

    1. Krisis Perlis Pas desak Muhyiddin letak jawatan dari Pengerusi PN

    2. Muhyiddin dan Azmin letak jawatan Pengerusi dan Su PN.

    3. Hadi buat surat jemput mesyuarat PN untuk gantikan Muhyiddin

    4. Hadi lupa, dia guna logo PAS mana boleh. Kelakar

    5. Jadi Hashim Mursyidul Am Pas Hashim, Hadi Presiden Pas, Ibrahim Tinbalan Presiden, Samsuri Naib Presiden/bakal Pengerusi PN dari Pas, Takiyuddin Su Agong Pas pergi memujuk Muhyiddin letak jawatan dalam Mesyuarat, bincang bab Majlis Presiden, tidak sesekali bincang bab Pengerusi PN.

    5. Takiyuddin SU Agong Pas merangkap Timbalan Su Agong PN buat surat kedua, jemput mtg malam tadi 29 Januari 2026.

    6. Takiyuddin lupa, Muhyiddin masih Pengerusi PN sehingga perletakan jawatan sah diterima dalam mesyuarat PN.

    7. Dia ingat Muhyiddin tak reti berpolitik, Muhyiddin ni pengkhianat Kerajaan PH 22 bulan, dia pun mcm belut.

    8. Dia selaku Presiden Bersatu, ajak Presiden GERAKAN dan Presiden MIPP makan makan tarikh Takiyuddin jemput mtg PN malam tadi 29hb untuk terima pengesahan perletakan jawatan Muhyiddin.

    9. Mtg yang Takiyuddin buat batal, takda siapa pergi hanya Hadi Awang dan geng Pas ja. Muhyiddin tapau dgn buat makan malam je.

    10. Sebelah ptg sblm tu Muhyiddin buat mesyuarat IPR – Ikatan Prihatan Rakyat, platform baru Muhyiddin gabungan parti parti termasuk Pas yang Muhyiddin Pengerusinya. Semua hadir kecuali Hadi Awang. Tapi semua yang hadir semua tak boleh pakai. Bab ni bijak Pas lah. Bagi kredit sikit.

    11. Dengan bocor surat Presiden Bersatu, Muhyiddin tolak perlantikan Pengerusi PN (dari PAS lah tu), hanya setuju bentuk Majlis Presiden sahaja.

    12. Iaitu semua Presiden Presiden 4 Parti, sama taraf dan takda Pengerusi PN dah. Maksudnya Hadi sama level Muhyiddin, sama level dgn Dominic dan Punithan. Jadi khadam la lepas ni.

    13. Endingnya malam ni dikatakan Mesyuarat PN, entah jadi ke tidak. Terpaksa tunda yang semalam tadi jadi. Jika jadi ada 2 kemungkinan iaitu.

    I. Muhyiddin diterima perletakan jawatan

    II. Tapi Muhyiddin, Diminic dan Punithan tak setuju lantik Pengerusi PN, hanya kekalkan Majlis Presiden sahaja.

    14. Apa maksud? Pas gagal lantik Pengerusi PN dari PAS, BERSATU, GERAKAN dan MIPP tak setuju. 3 vs 1.

    15. Su Agong dah letak jawatan, Timbalan Su Agong Takiyuddin tiada kuasa untuk mengundi ikut perlembagaan.

    16. Sekian sudah, PN berkubur.

    17. Slogan “Perjuangan Melayu” PN hanya pak pandir, mrka sendiri tidak bersatu, nak lantik calon Pengerusi PN iaitu bakal Perdana Menteri pun tak boleh, inikan nak jatuhkan Kerajaan Perpaduan yang stabil, kukuh dan intact skrg? Angan-angan ajelah.

    18. Dibawah adalah Perlembagaan PN. Jadi siapa checkmate siapa? Hadi atau Muhyiddin?

    19. Yang mastermind sebenarnya adalah Datuk Takiyuddin Hassan kan?

    Sekadar pandangan. Bye bye PNengkhianat. Pengkhianat dikhianati pengkhianat. Indah sungguh takdir Allah Swt.

    Syam Ghaz

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Saturday, January 31, 2026
    Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x