Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

TAKIYUDDIN HARUS SEGERA PANGGIL SEMULA MESYUARAT KHAS PN

Sekiranya mesyuarat khas PN pada 29 Januari lalu tidak “diganggu” oleh Muhyiddin Yassin dan seterusnya ia tidak dibatalkan, masalah yang membelenggu gabungan itu pasti sekarang ini sudah selesai.

Jika mesyuarat itu dibenarkan berlangsung, tentunya perletakan jawatan Muhyiddin telah dapat disahkan dan Pengerusi PN yang baru juga sudah pun dilantik.

Dengan itu, hari ini sepatutnya masalah PN telah berakhir dan ia boleh terus bergerak ke hadapan sebagai gabungan yang diyakini mampu mengambil alih kerajaan selepas PRU16 akan datang.

Malangnya, semua itu tidak berlaku kerana Muhyiddin seolah-olah enggan melepaskan jawatannya dan ingin kembali menerajui PN semula.

Tindakan beliau “mengganggu”mesyuarat khas PN dengan memanggil perjumpaan dengan ketua-ketua parti pada tarikh dan masa yang sama isitu 29 Januari iuga, tidak lain adalah bertujuan untuk dirinya kekal menerajui dan menguasai PN dalam bentuk yang lain.

Bentuk lain itu ialah dengan mengemukakan idea memansuhkan jawatan Pengerusi PN dan menggantikannya dengan penubuhan Majlis Presiden dan Majlis Eksekutif.

Kiranya Muhyiddin benar-benar sedar masanya untuk mengetuai PN telah berakhir dan pengakiran itu disebabkan tindakan sendiri meletakkan jawatan, kemelut PN tidak akan berlarutan sehingga sekarang.

Begitu pun – kepada PN – yang berlalu biarkan saja berlalu.

Apa yang telah berlalu harus dijadikan pengajaran untuk PAS khususnya, mengenali siapa Muhyiddin yang sebenarnya.

Sebagai langkah ke hadapan, Penolong Setiausaha PN, Takiyuddin Hasan dalam waktu terdekat ini harus segera mengeluarkan surat panggilan untuk diadakan semula mesyuarat khas bagi menggantikan mesyuarat khas terdahulu yang telah dibatalkan itu.

Hanya dua agenda diperlukan dalam mesyuarat tersebut – mengesahkan perletakan jawatan Muhyiddin dan melantik Pengerusi PN yang baru.

Permintaan daripada PAS dan Gerakan sebelum ini untuk diadakan mesyuarat khas masih boleh digunakan untuk mengadakan khas kali ini.

Ia berikutan mesyuarat yang telah dipanggil sebelum ini tidak sempat untuk diadakan.

Selain itu, seperti mana mesyuarat khas 29 Januari lalu tidak menjemput Muhyiddin kerana beliau telah meletakkan jawatan, kali ini juga jemputan terhadapnya tidak perlu dilakukan.

Pokoknya mesyuarat khas kali ini hanya bertujuan untuk mengesahkan perletakan jawatan Muhyiddin sebagai agenda pertama dan melantik Pengerusi PN yang baru sebagai agenda kedua.

Itu saja agendanya dan keberadaan Muhyiddin tidak lagi diperlukan kerana sepatah kata pemimpin PAS – your time is finished.

PN tidak harus membuang masa lagi membiarkan isu perletakan jawatan Muhyiddin terus berlarutan dan tidak diselesaikan.

Hanya dalam mesyuarat berikutnya iaitu setelah Pengerusi PN yang baru dilantik, barulah Muhyiddin perlu dijemput untuk hadir atas kapasiti sebagai Presiden Bersatu.

Ketika itu nanti, barulah munasabah untuk sama-sama dibincangkan hala tuju baru PN, termasuk untuk mewujudkan Majlis Presiden, Majlis Eksekutif atau apa-apa cadangan yang lain.

Setelah jawatan Pengerusi PN diisi, ternampaklah logik di mata dunia untuk diadakan perbincangan bagi menentukan hala tuju baru gabungan itu.

Tentulah kelakar dan jadi lawak antarabangsa kiranya dibenarkan cadangan hala tuju baru PN kemukakan  oleh Pengerusi yang sudah pun meletakkan jawatan untuk dibincangkan serta dijadikan ketetapan.

Kepada Muhyiddin, dengan penuh hormat, sekali  lagi  – your time is finished. – ShahbudinHusin 01Februari2026.

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini

2 responses to “TAKIYUDDIN HARUS SEGERA PANGGIL SEMULA MESYUARAT KHAS PN”

  1. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Tak guna lagi panggil meeting. Din Cirit tak akan berganjak.

    Lagi baik cepat2 PAS keluar dari PN. Ini isu maruah.

    Jangan jadi pengecut… GO SOLO lagi ada maruah.

  2. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Muallap Kesayangan Hadi!

    Tok Guru ilmu Broker, Sedut Duit Haram dan Sakaw kepada PAS! Terutama Taki.

    PAS tinggal Amanat Hadi selepas menuntut ilmu baru.

    Isu Menara KL: 7 Mei perbicaraan pengarah syarikat tawar suapan kepada Annuar Musa

    MAHKAMAH Sesyen di Kuala Lumpur hari ini menetapkan 17 hari bermula pada 7 Mei untuk perbicaraan kes seorang pengarah syarikat yang berdepan dengan pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 setahun selama 15 tahun, bagi faedah Tan Sri Annuar Musa berhubung proses pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur.

    Hakim Suzana Hussin menetapkan tarikh itu selepas dipersetujui oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Elyza Amira Habeeb Rahman dan peguam Tang Jia Yearn yang mewakili Pengarah Syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh.

    “Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan pada 7 dan 8 Mei, 5 Jun, 20 hingga 22 Julai, 28 Ogos, manakala Oktober pada 5 hingga 7, 19 hingga 21 serta 1 hingga 4 Dis 2026. Mahkamah juga menetapkan tarikh sebutan kes pada 18 Mac ini untuk pihak pendakwaan menyerahkan senarai saksi,” kata Suzana.

    Terdahulu, Elyza Amira memohon tarikh sebutan untuk pihaknya menyerahkan senarai saksi pendakwaan yang akan memberikan keterangan di mahkamah.

    “Kita juga akan memaklumkan kepada mahkamah tentang status rayuan pihak pembelaan di Mahkamah Tinggi pada tarikh sebutan kes itu nanti,” katanya yang turut memaklumkan tarikh pendengaran rayuan berkenaan pada 6 Mac ini.

    Pihak pembelaan merayu terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang membenarkan kes membabitkan Abdul Hamid Shaikh dan Hydroshoppe Sdn Bhd dibicarakan bersama.

    Pada 5 April 2023, Abdul Hamid Shaikh, 52, didakwa menawarkan suapan menerusi Datuk Tan Ser Lay sebagai dorongan kepada Annuar, yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika itu, untuk mempercepat proses pengambilalihan pengurusan serta pentadbiran konsesi Menara Kuala Lumpur oleh syarikat berkenaan.

    Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Putrajaya antara Julai hingga Ogos 2022 mengikut Seksyen 16(6)(B) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.

    Hydroshoppe turut berdepan pertuduhan sebagai organisasi komersial melakukan kesalahan bersekutu dengan tertuduh, iaitu menawarkan suapan kepada Tan bagi faedah Annuar dengan niat yang sama di lokasi dan tarikh serupa.

    Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 17A(1)(a) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman denda tidak kurang 10 kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM1 juta, mengikut mana-mana lebih tinggi atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.- Bernama

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Sunday, February 01, 2026
    Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x